(Sdr Zakhir , berbaju kemeja biru sebelah kiri Tun)
Joyceline Tan dikatakan telah menghantar sms kepada menteri-menteri kabinet agar Rashid Yussof tidak dilantik sebagai Press Sec, beliau juga menghantar kepada TPM dan SMS demikian juga dihantar kepada TPM dan PM , Inilah berita yang kami terima dari sahabat-sahabat yang menerima sms dari Joyceline. Persoalan kami , siapa Joyceline Tan ini , apakah hanya kerana mempunyai dendam peribadi dengan ulasan Rashid mengenai akhbar tempat beliau bekerja , beliau mengambilnya sebagai satu dendam peribadi.
Sedangkan Joceline sendiri mengkritik politikus-politikus UMNO mengikut sesuka hati beliau , tetapi apabila akhbar beliau dikritik beliau tidak dapat menerima kritikan sehingga sanggup melakukan tugasan lebih dari seorang wartawan. sepatutnya Joceline menunggu berita politik dan bukan membentuk politik. atau jika benar-benar beliau mahu terlibat dalam pentadbiran politik , eloklah beliau meletakkan jawatan dan menceburi bidang ini.
National Malaysian Press Institute perlu melakukan sesuatu mengenai insiden ini dimana wartawan yang bertugas mencampuri pentadbiran negara. Jika Joyceline begitu hebat , eloklah dia betul kan MCA dan DAP dahulu. Pengurusan akhbar The Star juga sepatutnya mengambil tindakan disiplin terhadap Joyceline kerana perbuatan joyceline mengundang ketegangan antara pihak pihak tertentu dengan Star . Beliau tidak sepatut mencampuri urusan ini.
Kepada Sdr Rashid, anggaplah tidak ada rezeki dan rezeki ditangan tuhan dan ini akan menjadi satu cabaran kepada saudara sekiranya TPM tidak jadi melantik saudara. Kita perlu terima bahawa ini sebagai hukum Kadaq’ dan Kadar. Setiap perbuatan ada pembalasan nya. kita tunggu saja berita dari joyeceline dan sdr Zakhir dalam masa yang terdekat ini kerana Allah SWT membalas secara cash sekarang. Rezeki ada di mana -mana
ZAKHIR INGAT KEMPEN PEMUDA MASIH BELUM TAMAT LAGI
Oleh Bahadur Hishamuddin
Bila terpandang nama Zakhir di ruangan kpmu.net, menjadi tajuk rencana, kemudian lihat gambarnya berdiri tersengeh sebelah kiri Tun Mahathir, memang pasti saya kenal orang besar ini. Sebelah kanan Mahathir pula tercegat tumpang tui ialah Salahuddin yang juga bukan asing pada saya. Beliau pun tidak kurang bermain kotor dalam blognya.