20090502

National Malaysian Press Institute perlu melakukan sesuatu terhadap Joyceline Tan

(Sdr Zakhir , berbaju kemeja biru sebelah kiri Tun)

Joyceline Tan dikatakan telah menghantar sms kepada menteri-menteri kabinet agar Rashid Yussof tidak dilantik sebagai Press Sec, beliau juga menghantar kepada TPM dan SMS demikian juga dihantar kepada TPM dan PM , Inilah berita yang kami terima dari sahabat-sahabat yang menerima sms dari Joyceline. Persoalan kami , siapa Joyceline Tan ini , apakah hanya kerana mempunyai dendam peribadi dengan ulasan Rashid mengenai akhbar tempat beliau bekerja , beliau mengambilnya sebagai satu dendam peribadi.

Sedangkan Joceline sendiri mengkritik politikus-politikus UMNO mengikut sesuka hati beliau , tetapi apabila akhbar beliau dikritik beliau tidak dapat menerima kritikan sehingga sanggup melakukan tugasan lebih dari seorang wartawan. sepatutnya Joceline menunggu berita politik dan bukan membentuk politik. atau jika benar-benar beliau mahu terlibat dalam pentadbiran politik , eloklah beliau meletakkan jawatan dan menceburi bidang ini.

National Malaysian Press Institute perlu melakukan sesuatu mengenai insiden ini dimana wartawan yang bertugas mencampuri pentadbiran negara. Jika Joyceline begitu hebat , eloklah dia betul kan MCA dan DAP dahulu. Pengurusan akhbar The Star juga sepatutnya mengambil tindakan disiplin terhadap Joyceline kerana perbuatan joyceline mengundang ketegangan antara pihak pihak tertentu dengan Star . Beliau tidak sepatut mencampuri urusan ini.

Kepada Sdr Rashid, anggaplah tidak ada rezeki dan rezeki ditangan tuhan dan ini akan menjadi satu cabaran kepada saudara sekiranya TPM tidak jadi melantik saudara. Kita perlu terima bahawa ini sebagai hukum Kadaq’ dan Kadar. Setiap perbuatan ada pembalasan nya. kita tunggu saja berita dari joyeceline dan sdr Zakhir dalam masa yang terdekat ini kerana Allah SWT membalas secara cash sekarang. Rezeki ada di mana -mana

ZAKHIR INGAT KEMPEN PEMUDA MASIH BELUM TAMAT LAGI

Oleh Bahadur Hishamuddin

Bila terpandang nama Zakhir di ruangan kpmu.net, menjadi tajuk rencana, kemudian lihat gambarnya berdiri tersengeh sebelah kiri Tun Mahathir, memang pasti saya kenal orang besar ini. Sebelah kanan Mahathir pula tercegat tumpang tui ialah Salahuddin yang juga bukan asing pada saya. Beliau pun tidak kurang bermain kotor dalam blognya.

Tetapi dalam ertikata sebenar, mereka berdua sudah menjadi makhluk asing dalam UMNO terutama Zakhir yang mempunyai blognya sendiri yang diwujudkan semata-mata untuk menjunjung Datuk Mukhriz Mahathir ke langit.

Ramai juga yang giat membuka blog untuk Mukhriz tetapi blog Zakhir benar-benar lain kerana jelas beliau telah cuba dengan sedaya upaya memberi gambaran negatif kepada pelayar-pelayar laman webnya supaya menanam satu macam benci pada Khairy Jamaluddin.

Memang benar kata penulis yang menulis rencana bertajuk ‘Sdr Zakhir -Jangan politikan kerjaya orang lain kerana taksub kepada seseorang’ yang nampaknya sudah menunjukkan betapa bebasnya Zakhir cuba mengusik orang seperti Rashid Yusof setelah gagal meletakkan Mukhriz sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sewaktu pemilihan lalu.

Sebelum ini, Zakhir telah ‘menggosok’ bahu Mukhriz mengatakan KJ akan kalah kerana dia sudah sumbat macam-macam supaya perwakilan pemuda semua benci pada KJ. Setiap kali Mukhriz mendengarkan kata ampu bodek Zakhir orang harapannya yang dipercayai sangat berpengaruh kononnya, Mukhriz akan tersenyum lebar.

Tetapi malangnya keadaan tidak begitu. Kiralah undi itu walaupun 20 kali, KJ sudah dari awal-awal lagi sudah menang. Memang tidak dapat dinafikan, pengira undi pun macam hairan KJ boleh menang, tetapi hakikatnya pemuda sudah lebih bijak dan yang meluat dengan terlalu banyak tohmahan terhadap KJ, mereka fikir lebih baik berikan undi pada KJ.

Yang penyokong Mukhirz terutama pemain blog termasuk Zakhir, mereka hanya ada satu modal untuk mengecam KJ iaitu dengan mengatakan KJ rasuah. Orang lain tidak. Yang mengamalkan rasuah hanyalah KJ sedangkan difinasi rasuah yang disebutkan itu amat berbeza dengan apa yang dimaksudkan oleh Lembaga Disiplin UMNO.

Sayang Zakhir tidak ada peluang untuk mengatakan KJ lemah, bodoh, tidak berkarisma, tidak pandai jaga pemuda, tidak ada visi kerana semua itu tidak ada dalam diri KJ. Sebaliknya, lawan KJ pula yang demikian. Paling banyak, Zakhir boleh puji Mukhriz putih, handsome, baik dan mudah senyum. Itu pun dalam banyak acara, Mukhriz macam terpingga-pingga.

Kelebihan yang Zakhir boleh tonjolkan pasal Mukhriz hanyalah Mukhriz itu anak Tun Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri Malaysia selama 23 tahun. Mujurlah semasa dia jadi perdana menteri selepas beberapa tahun, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein tak panjang umur. Kalau mereka berdua panjang umur, Mahathir akan lebih teruk dikerjakan daripada Mahathir kerjakan Tun Abdullah.

Yang menghairankan saya tentang sikap orang seperti Zakhir, kenapa selepas KJ menang ketua pemuda yang sudah menjadi rezeki dia atas petunjukNya, Zakhir masih lagi melalak mengaitkan KJ dengan tohmahan yang bukan-bukan lagi. Habis orang KJ hendak dikaitkan tidak berguna pada mata dan hatinya sedangkan orang yang ‘membesarkan’ Zakhir itu sudah mendapat tempat istimewa dalam saf Najib yang baru.

Saya sangat setuju dengan kata penulis rencana itu slogan Mukhriz yang mahukan pemuda berubah tidak dapat mengubah minda Zakhir yang bukan calang-calang orang kalau diukur dari tahap pendidikannya. Tetapi sayang seribu kali sayang, Zakhir tidak kenal dengan perkataan perubahan yang dituntut oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Maksud lebih jauh lagi, Najib ingin melihat bangsa Melayu mempunyai pemikiran yang tiada langsung berperasaan hasat dengki, bongkak, suka memburuk-burukkan orang lain atas satu sebab terlalu taksub dan diperalatkan terhadap seseorang.

Yang menyokong calon kalah nampaknya lebih teruk pula dari yang benar-benar kalah. Mukhriz tu sudah senyap dah macam ular kenyang dapat jawatan juga walaupun kalah kerana Najib kasihan melihat dia ‘menggigit jadi’, tapi janganlah pula Zakhir berlebih-lebih mahu memijak lawannya yang menang pula. Patutnya, ketika inilah Zakhir membuat jambatan supaya pemuda yang sudah agak dalam keadaan bertempiaran hari ini kembali bersatu membantu perdana menteri menjalankan kerja dengan kemas dan teratur.

Kalau orang seperti Zakhir masih ingat musim berkempen Ketua Pemuda belum habis dan akan terus berlarutan dan belum habis-habis lagi mengecam KJ, pergilah basuh muka tu dengan air sejuk. Bilas baik-baik dan bukalah mata kamu yang kita bukan lagi sedang berkempen. Kita semua sudah menerima apa yang telah ditentukan dan apa yang dihidangkan untuk kita terus berjuang membantu perdana menteri baru kita.

Zakhir dengan sekutunya atau siapa saja rakan-rakan yang terus menerus mahu memberi tekanan kepada KJ tolonglah hentikan kerja terkutuk itu sebelum bala menimpa diri akibat kadaq dari Allah nanti. Perlulah sedar bahawa kecacatan dari awal lagi telah ditunjukkan pada diri tuan itu. Besar tubuh tuan itu tidak sebesar hati tuan punya badan.

Kalau ya pun nak mengampu Tun Mahahir dan anaknya, janganlah sampai mahu menabur racun pada dulang perjuangan orang lain yang telah terbukti sokongan yang terlalu berlebihan tidak langsung membawa faedah dan keuntungan kepada pengidam sesuatu jawatan. Tumpukanlah membantu bangsa kita yang sudah jauh ketinggalan dan memerlukan satu penyatuan yang terhindar daripada cakap-cakap kosong dan fitnah memfitnah tanpa tahu hujung pangkalnya. Cukuplah Zakhir.

Sumber ~ www.walkdtalk09.blogspot.com

Artikel terdahulu: Sdr Zakhir -Jangan politikan kerjaya orang lain kerana taksub kepada seseorang !

Pagi tadi apabila penulis sedang melayari internet , penulis sempat singgah di sebuah blog milik saudara Zakhir , bigdogdotcom.wordpress.com. Seperti yang diharapkan sememangnya semua pelayar telah boleh mengagak apabila Big Dog ini menulis pasal KJ atau orang -orang KJ , tentu kita tidak akan dapat membaca satu catatan yang baik terhadap mereka kerana kita faham Zakhir sememangnya benci tahap gaban terhadap KJ dan orang-orang beliau.

Banyak tugasan memburukkan KJ adalah dari blog Zakhir dan banyak tokok tambah yang telah dimainkan kerana bertujuan dan berniat jahat menulis mengenai KJ ke tahap maksima kerana Zakhir adalah penyokong Tun Dr M tahap gaban dan taksub. Begitu juga beliau menyokong Mukhriz sehingga tahap taksub dan sesiapa sahaja yang menentang Mukhriz walaupun hanya bertanding sebagai Ketua pemuda UMNO akan menjadi musuh Zakhir .Tidak hairanlah jika Zakhir memburukkan KJ ke tahap yang paling maksima.

Membawa tag line berani berubah yang menjadi Tag line Mukhriz tetapi Zakhir sendiri adalah penyebar dan bukan pengamal tag line mereka. Mereka hanya berani melaungkan perubahan tetapi Zakhir dan kumpulan nya sendiri yang tidak berubah. Tidak berubah dari perangai lama beliau mengutuk ahli UMNO yang mereka tidak suka, Apakah ini yang dikatakan perubahan. Blah lah Zakhir…. UMNO macam Zakhir akan tetap dngan hati yang busuk sehingga bila bila, Jangan lah laungkan perubahan jika perangai masih ditahap nama samaran anda , (BigDog) .
Dalam artikel terbaru zakhir , beliau menyatakan bahawa rakyat kini fobia dengan brand KJ. Saya rasa Zakhir silap , sebenarnya yang fobia dengan brand KJ bukannya rakyat , tetapi yang fobia dengan brand KJ adalah Zakhir sendiri kerana tahu dan pernah menjadi saksi kepada kekalahan tuan nya ditangan KJ. Anda sebenarnya tewas Zakhir , “cos you are not good” You have no brain . You tidak dapat mempengaruhi minda perwakilan terhadap orang yang you sokong.

Setelah selesai pertandingan sepatutnya perkara ini tidak lagi menghantui Zakhir, malangnya ianya berlanjutan seolah-olah KJ bukan lah ahli UMNO ,seolah-olah pemilihan dalam perhimpunan agung dahulu adalah satu perang yang maHa dahsyat dan kekalahan Mukhriz seolah-olah sudah tidak ada dunia lagi buat mereka. Sepatutnya semuanya sudah selesai dan PM dan TPM sedang cuba memperkemaskan dan memperbaiki UMNO . Jika ada orang macam Zakhir ini yang sentiasa tidak puas hati dan bersikap negatif dan sukar berubah , sampai bila pun UMNO akan berada di tahap dan takok lama dan memiliki ahli macam beliau.

Tak perlulah mereka cuba racun presepsi minda rakyat yang kononnya KJ itu tidak layak menjadi Ketua Pemuda kerana rasuah. Walaupun ada cubaan yang cuba melakukan ini dan mahu memberikan presepsi buruk terhadap KJ mengenai rasuah itu , sebenarnya mereka silap, rasuah yang disabitkan oleh lembaga disiplin bukanlah satu perbuatan jenayah yang sama dalam ertikata rasuah jenayah undang-undang kerajaan.

Rasuah yang dimaksudkan sebenarnya hanyalah salah laku dalam etika perlembagaan parti dan hanya masalah dalaman parti, dimana lembaga disiplin juga ada mempunyai kelemahan dalam memberikan garis panduan mengenai rasuah. Rasuah dalam etika lembaga disiplin tidak sama dengan rasuah jenayah undang-undang jenayah kerajaan. Agak sukar untuk kita memahamkan orang yang tidak mahu faham dan berniat jahat terhadap seseorang. namun lembaga disiplin juga yang teah membenarkan KJ untuk bertanding. Ini adalah hanya sekitar lembaga disiplin dalam parti yang tidak boleh disamakan dengan isu jenayah diluar.

Sebenarnya ,PM dan TPM tahu apa yang mereka nilai kan , sama juga seperti mereka menilai Mukhriz, walaupun tewas . masih diangkat sebagai Timbalan Menteri, Jangan pertikaian keputusan pemimpin tertinggi ini kerana mereka mempunyai grand design mereka sendiri. Kenapa Zakhir merasa fobia dengan Rashid yang di chop sebagai brand KJ, Kenapa fobia dengan brand KJ. Encik Rashid Yusof bermula sebagai wartawan sambilan di NST berkelulusan dari ITM di bidang kewartawanan dan beliau juga adalah bekas setiausaha akhbar kepada Tun Daim Zainuddin yang satu ketika dahulu Tun daim adalah rakan baik kepada Tun M.

Yang paling menarik adalah secara terus terang Zakhir mahu perbodoh kan pembaca dengan tujuan jahat memburukkan Rashid , Zakhir yang terlalu arif mengenai perkembangan tingkat 4 dengan sengaja mengatakan bahawa Rashid adalah belas staff tingkat 4 , sedangkan Rashid tidak pernah menjadi staff ting 4. Jangan lah politikkan kerjaya seseorang hanya kerana perasaan benci terhadap orang lain, Apakah ini arahan Mukhriz . well we all know , Zakhir ni kuda Mukhriz di alam siber. kami yakin TPM dan PM tidak akan mendengar pendapat bloggers terutama bloggers macam Zakhir ini dan TPM dan PM tahu apa yang mereka lakukan. Knowing Rashid dia sememangnya layak untuk mengisi kekosongan yang ditawarkan kepada beliau. Good Luck Rashid.

Nota: Walaupun ada yang mengatakan bahawa Joceline adalah perancang untuk menghalang Rashid , ianya tidak penting kerana kualiti Rashid akan mengatasi semua ini. baca ini juga

kpmu.net

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com