20100428

BN MENANG KECIL KERANA SERANGAN TAK CUKUP

Ada kawan-kawan yang menghubungi saya dan mereka berkata, “apa lagi rbf, dah menang dah lah tu, tak payah nak pening-pening kepala pasal jumlah-jumlah undi lagi”.

Ya, betul . Saya setuju, kita dah menang. Tetapi kita juga perlu melihat realiti. Jangan dibuai mimpi indah. Jangan terlalu selesa dengan kemenangan itu. Ianya boleh bertukar menjadi mimpi ngeri.

Sesungguhnya keputusan PRK HS tidak boleh dijadikan kayu pengukur atau KPI untuk BN merampas kembali Selangor. Masih jauh perjalanan yang perlu dilalui. Jangan kata sudah berbuah, berputik dan berbunga pun belum lagi.

Tak mengapalah, bab itu RBF tak perlu nak pening-peningkan kepala memikirkannya. Biar orang yang ada jawatan fikirkan.

Sebagaimana yang saya katakan semalam, BN boleh menang lebih besar jika mereka berkempen mengikuti cara PASrael dan PKR.

Bagaimana cara PASrael dan PKR ? caranya ialah menyerang habis-habisan.

Lihat saja bagaimana cara PASrael menyerang Rohaizat di Permatang Pasir. Setiap hari dan setiap ceramah mereka serang peribadi Rohaizat. Tidak cukup dengan itu, 2-3 hari sebelum pengundian ,mereka serang pula rumahtangga Rohaizat. Hasilnya, mereka berjaya dan menang dengan bergaya.

Tetapi BN tidak melakukan ini HS. Pemimpin-pemimpin BN berkempen dengan cara ‘sopan’. Naik pentas cerita bab kejayaan negara dan 1 Malaysia.

Azmin Ali sudah beri bola tanggung, apa lagi nak ditunggu, lipat maut saja lah. Lagi satu, Anwar letak Zaid sebagai calon kerana nak mengelakkan kes liwat beliau diperkatakan di HS. Sebab itu dia letak calon bermasalah.

Semua orang sibuk berbicara pasal Zaid dan mereka terlupa pasal Anwar. Itulah juga salah satu sebab Azmin cabar awal-awal supaya buktikan Zaid kaki botol. Ianya bertujuan agar kita semua terlupa pasal Anwar meliwat.

Sepatutnya apabila pemimpin BN naik saja pentas ceramah, bagi salam dan terus masuk gear lima serang Anwar dan Zaid habis-habisan. Jangan buang masa untuk berlenggang-lenggok.

Assalamualaikum , dum…dum..Anwar kaki liwat…dum…dum…dum…Zaid kaki botol….dum…dum…dum…Anwar kongsi bini dengan Azmin….dum….dum…dum….Zaid saman hudud….dum…dum…dum…dum…PAS dan Israel For All dum…dum…dum…..DAM…Wabilah hitaufik wal hidayah ,wasalamualaikum waramatulah hiwa barakatuh.

Itu yang patut dilakukan, naik penceramah yang kedua pun sama juga. Kalau tak tahu bagaimana nak berceramah cara begitu, pemimpin-pemimpin BN boleh belajar dengan Zahid Mat Arip. Lihat bagaimana cara dia berceramah. Anwar Al Juburi , Zaid Al Botol dan sebagainya semuanya keluar. Dia serang habis-habisan.

Walaubagaimanapun pujian harus diberi kepada Datuk Ahmad Maslan yang nampaknya sudah mula menyerang dalam ceramahnya. Sekarang nampaknya Datuk sudah pandai meninggikan suara dan menggunakan perkataan kepala otak dan kepala bapak . Tak cukup bahasa melayu, bahasa banjar digunakannya. Bagus Datuk, tingkatkan mutu serangan dari masa ke semasa.

Tidak kurang hebatnya Datuk Seri Khir Toyo, juga begitu, tidak cukup bahasa melayu , bahasa jawa digunanya. Datuk Idris Jusoh serta Datuk Seri Noh Omar, juga hebat menyerang.Tahniah Datuk-Datuk semua, teruskan menyerang.

Politik zaman sekarang orang dah tak nak dengar ceramah pembangunan, statistik dan sebagainya. Orang lebih suka dengar persepsi, khabar angin, isu dan fitnah. Itulah resepi kejayaan PAsrael, PKR dan DAP. Jika BN hendak berjaya, maka mereka mesti berubah. Berubah ikut cara serangan pembangkang.

Akibat serangan BN yang tak cukup terhadap Anwar dan Zaid , itulah yang membuatkan Zaid mendapat 23272 undi. Jika BN ikut cara seperti yang saya nyatakan diatas, sah Zaid akan hilang deposit.

Kita tidak perlu takut dengan pembangkang, kononnya BN serang peribadi calon dan sebagainya. Kita menari ikut rentak gendang yang dipalu oleh mereka. Mereka boleh buat, mengapa kita tidak boleh buat. Jika alasan kita adalah kerajaan yang memerintah, mereka juga ada kerajaan, tapi mereka tak peduli semua itu. Kes Altantuya dilenjan cukup-cukup oleh mereka walaupun cerita tersebut fitnah. Begitu juga dengan kes APCO.

Kita pula bukan nak bercakap bab fitnah, kita bercakap benda yang betul. Memang betul Anwar kaki liwat, memang betul Zaid kaki botol. Jadi ,apa lagi yang perlu ditakutkan. Serangggggg sajalah. Lihat sahaja pada hari penamaan calon, pelbagai banner provokasi yang dibawa dan baju-baju provokasi yang dipakai oleh mereka. tetapi di pihak kita satu pun tiada.

Saya sudah tahu cara mereka dan saya jangkakan semua itu akan berlaku, sebab itu saya telah beri cadangan disini. Tetapi satu pun tiada. Jika saya ada duit, saya tidak minta anda semua supaya buat semua itu. Saya akan buat sendiri dan saya bawa kesana. Malangnya kerana saya pun tidak berduit.

Ternyata BN memang ketinggalan dalam bab-bab menyerang. Rugi…rugi..memang rugi, lauk sudah depan mata, patutnya kita ratah habis-habisan, biar tinggal tulang saja. Jangan berikan mereka sedikit isi pun .

PKR sudah letak Zaid, Azmin pula sudah buka laluan. Tapi kita masih terhegeh-hegeh nak ratah sehingga mereka berjaya juga sambar isi yang sepatutnya masuk dalam mulut kita. Bukan senang nak dapat peluang begitu.

Tak mengapa, menang pun dah menang. Kita cuba lagi lain kali. Jadikan ini sebagai pengajaran. Tetapi entah bila pula peluang sebegitu akan datang lagi.
Posted by ruang bicara faisal

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com