Topics in this digest:
1. Berita, Blog Politik Hari Ini - 02 April 2010
From: dunia-politik@yahoogroups.com
Message
________________________________________________________________________
1. Berita, Blog Politik Hari Ini - 02 April 2010
Posted by: "dunia-politik@yahoogroups.com" dunia-politik@yahoogroups.com pdniaga
Date: Fri Apr 2, 2010 5:43 am ((PDT))
Dunia-Politik.blogspot.com <http://dunia-politik.blogspot.com>
Get the latest info on Dunia Politik direct. Analisa Politik. Informasi
tentang parti-parti Politik dan keadaan politik di segenap pelusok
dunia. Home · Messages. Members Only; Post; Files; Photos; Polls;
Promote ? Already a member? Sign in to Yahoo! ...
Perbicaraan kes rasuah Norza ditangguh kepada 9 April
02/04/2010 12:25pm
TEMERLOH 2 April - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan
perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah
Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, Halimi
Kamaruzzaman kepada 9 April ini.
Hakim Azuar Che Yusof menetapkan tarikh itu selepas peguam Jahaberdeen
Mohd. Yunoos yang mewakili Halimi memohon penangguhan berikutan peguam
Mohamad Norza, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah tidak dapat hadir
pada perbicaraan hari ini kerana masalah kesihatan. - Utusan
17 April Penamaan calon, 25 April mengundi di Hulu Selangor
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof
hari ini mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil
Parlimen Hulu Selangor ialah pada 17 April manakala hari pengundian
ialah pada 25 April ini.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi
kawasan itu, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat
(PKR) pada 25 Mac lalu akibat barah otak.
Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham, yang juga bekas Timbalan
Menteri Besar Selangor, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk G.
Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.
Allahyarham menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi, manakala
Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, mendapat 22,979 und
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
(Din Binjai)
MULA DAH !! EMPAT SEKOLAH BARU KAT HULU SELANGOR, INI BUKAN RASUAH OK
Hulu S'gor dapat empat sekolah baru
Pathma Subramaniam
Apr 2, 10
Meskipun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata
lawatannya ke Hulu Selangor hari ini bukan untuk berkempen, namun
kawasan parlimen itu dijanjikan empat buah sekolah baru.
Berucap kepada 500 guru dari Hulu selangor yang dihimpunkan di Sekolah
Menengah Sains Hulu Selangor, Muhyiddin mengumumkan sebuah sekolah
menengah dan tiga sekolah rendah akan dibina.
Dalam ucapan 30 minitnya itu, Muhyiddin, yang juga menteri pelajaran
berkata guru berperanan membawa tahap pendidikan negara ke tahap
antarabangsa.
Beliau juga menggunakan sessi soal jawab selama 15 minit untuk
mengulangi janji kerajaan mengkaji keperluan guru dan pelajar.
Bagaimanapun sebelum mengakhiri ucapannya, timbalan perdana menteri
mengingatakan bahawa tarikh pilihan raya kecil Hulu Selangor telah
diumumkan.
"Saya tidak akan berkempen hari ini tetapi saya akan datang kembali
untuk berkempen pada masa yang lain.
"17 April adalah hari penamaan calon manakala 25 April pula adalah hari
mengundi. Tandakan hari-hari dalam diari anda dan catatkan juga undilah
Barisan Nasional," katanya sambil berseloroh.
Selesai majlis itu, Muhyiddin bergegas ke sebuah masjid di Kampung
Sentosa di batang Kali.
Selepas menunaikan solat asar, beliau mengumumkan peruntukan RM2 juta
untuk mengatasi masalah banjir di kampung berkenaan.
Sehubungan itu, timbalan presiden Umno mengarahkan Jabatan Kerja Raya
menyempurnakan projek berkenaan dengan kadar segera selaras dengan
prinsip rakyat didahulukan.
Dalam pada itu, beliau turut meluluskan permohonan Masjid Al-Sajdin di
Kampung Sentosa untuk mendapatkan van jenazah dan tempat wuduk jemaah
perempuan yang menelan belanja RM100,000.
Beliau bagaimanapun enggan berjumpa dengan wartawan.
Esok, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dijangka memulakan
lawatannya pula untuk bermesra dan berjumpa dengan rakyat./Malaysiakini
by WFAUZDIN NS
MEB umpama 'tulang yang direbus berulang kali' - Mahfuz
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menyifatkan Model
Ekonomi Baru (MEB) tidak memberi kesan kepada rakyat mahupun membawa
sesuatu yang baru umpama 'tulang yang direbus berulang kali, sedangkan
isinya tiada' .
Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pengumuman yang
dibuar Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak langsung
membawa satu 'berita gembira' kepada rakyat, sebaliknya hanya kepada
kroni-kroni Umno/BN yang telah diatur untuk mendapatkan projek dalam
MEB.
Hakikatnya pelancaran MEB hanya mengulangi retorik kepentingan peribadi
syarikat berkepentingan kroni Umno/BN yang akan mengaut keuntungan
dengan dasar penswastaan yang lebih parah, katanya.
Penggunaan dana awam seperti Kumpulan Wan Simpanan Pekerja (KWSP) untuk
pelaburan kepada syarikat-syarikat kroni hanya akan membuka satu lagi
masalah baru kepada rakyat dan pencarum, katanya.
Ini kerana sebelum ini terdapat rekod-rekod buruk beberapa GLC mahupun
syarikat milik kroni yang diberikan 'suntikan' pelaburan melalui dana
awam yang akhirnya menyebabkan kerugian, ujar Mahfuz.
(Banyak lagi berita tentang MEB dalam Harakah cetak edisi Isnin)
Kenyataan Muhyiddin tidak bijaksana, Pemuda Gerakan
Setiausaha Pemuda Gerakan Dominic Lau Hoe Chai tidak menyetujui
kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang melihat
dirinya sebagai "Melayu terlebih dahulu, dan warga Malaysia
kemudiannya".
Dalam satu kenyataan medianya, Dominic Lau (gambar kiri) menganggap
hujah ini tidak bijaksana, malah tidak mempertimbangkan perasaan seluruh
rakyat kerana jelas membela kaum tertentu.
"Selaku TPM, Muhyiddin harus menjadi TPM untuk seluruh rakyat Malaysia,
dan bukannya TPM untuk Melayu. Beliau harus menyedari realiti bahawa
Malaysia sebagai sebuah masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama.
Saling hormat-menghormati, layanan yang saksama adalah lebih penting,
dan bukannya dominasi satu pihak."
Di samping itu, ketika mengulas pertikaian dan kritikan pembangkang
berhubung isu ini, Pemuda Gerakan menyeru agar TPM berhati-hati ketika
mengeluarkan kenyataan, terutamanya selepas tsunami politik 8 Mac 2008,
yang memberi pengajaran kepada BN agar jangan melewati sensiviti kaum.
Apa yang rakyat tuntut adalah kerajaan untuk semua, bukannya kerajaan
untuk satu-satu kaum.
*Kenyataan media oleh Dominic Lau Hoe Chai, selaku Setiausaha Pemuda
Gerakan. Diterjemahkan daripada kenyataan asal yang ditulis dalam
bahasa Cina.
Messages in this topic (1)
Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.
Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.
Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.
=============================================
Link List:
• Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
• Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
• Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com
------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/
<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
dunia-politik-normal@yahoogroups.com
dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment