Topics in this digest:
1. Berita, Blog & Web Politik - 14 April 2010
From: dunia-politik@yahoogroups.com
Message
________________________________________________________________________
1. Berita, Blog & Web Politik - 14 April 2010
Posted by: "dunia-politik@yahoogroups.com" dunia-politik@yahoogroups.com pdniaga
Date: Sun Apr 11, 2010 6:41 pm ((PDT))
Dunia-Politik.blogspot.com <http://dunia-politik.blogspot.com/>
Get the latest info on Dunia Politik direct. Analisa Politik. Informasi
tentang parti-parti Politik dan keadaan politik di segenap pelusok
dunia. Home · Messages. Members Only; Post; Files; Photos; Polls;
Promote ? Already a member? Sign in to Yahoo! ...
Sapa yang pembohong
Dr Pornthip kata dia tak mau hadir dalam inkues Teoh Beng Hock pasai ada
tekanan politik dari Malaysia keatas kementerian luar Thailand. Tekanan
tersebut datang dari saluran tak rasmi Malaysia mengatakan ada orang
orang yang tak senang dengan kehadirannya ke Malaysia.
Nazri Aziz, menteri kanan Najib dalam maklum balasnya mengatakan Dr
Pronthip telah berbohong dengan kenyataan berniat jahat tersebut.
Dalam laporan Malaysiakini jugak, peguam keluarga Teoh, Gobind Sigh Deo
berkata, tekanan macam ni bukanlah kali pertama dihadapi oleh Dr
Pornthip.
Aku mula rasa muak dah. Sapa yang pembohong sebenarnya dalam isu Teoh
Beng Hock ni. Aku dah mula nampak tanda tanda kematian Teoh ni macam tak
akan ada pembelaan. Dah la masa hidup dia pun terseksa dengan soal jawab
sampai ke pagi, ni sampai dah mati pun dok kena buli lagi.
Posted by Din
Rekod Bukit Selambau Berulang?
Oleh Erapakatan
KUALA LUMPUR : Rekod 15 calon merebut kerusi DUN Bukit Selambau April
2009 — paling ramai bertanding dalam satu-satu pilihan raya kecil
— kemungkinan berulang di Hulu Selangor?
Sama ada suasana itu akan dapat disaksikan pada pilihan raya kecil
kerusi Parlimen Hulu Selangor bulan ini masih menjadi teka-teki.
Bagaimanapun setakat semalam sembilan borang penamaan calon telah
diambil, demikian disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.
Beliau tidak menolak kemungkinan lebih banyak borang akan diambil
selepas ini.
Borang-borang ini diambil sama ada dari pejabat Pegawai Pengurus Pilihan
Raya atau Pejabat Pilihan Raya Selangor di Shah Alam.
"Tidak ada borang diambil dari ibu pejabat SPR," kata beliau
kepada The Malaysian Insider.
Sambil menyifatkan jumlah itu "agak ramai", Wan Ahmad berkata
pihaknya tiada maklumat tentang parti politik pihak yang mengambil
borang-borang ini mewakili.
"Biasanya kami tidak akan tanya parti politik yang mereka wakili
kecuali minta berikan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
"Ada jua yang mengambil borang bagi pihak parti dan ada kemungkinan
ada pihak yang mengambil lebih daripada satu borang sebagai langkah
berjaga-jaga (jika berlaku kesilapan)," katanya.
Tinggal hanya satu minggu sebelum hari penamaan calon.
Penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor akan
berlangsung 17 April ini manakala hari pengundian dijadual 25 April.
Setiap borang penamaan calon berharga RM20.
"Maklumat kami menunjukkan sembilan borang dikeluarkan setakat
petang ini (semalam).
"Setakat hari ini sahaja sembilan borang sudah dikeluarkan. Masa ada
masa lagi (menjelang hari penamaan calon)
"Kemungkinan akan ada lagi yang akan ambil borang penamaan
calon," kata beliau.
Setakat ini dua orang telah menyatakan pendirian akan bertanding sebagai
calon Bebas selain pesaing tradisi Barisan Nasional (BN) dan komponen
Pakatan Rakyat (PR) akan menurunkan calon masing-masing.
Difahamkan akan ada calon daripada Umno dan Pakatan Rakyat akan turun
gelanggang ekoran rasa tidak puas hati dengan pemilihan calon.
Umno dari awal mahu kerusi itu diberikan kepada parti itu.
Bagaimanapun Rabu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
mengesahkan kerusi itu akan ditandingi oleh MIC bagi pihak BN.
Pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau di Kedah pada 7 April 2009
menyaksikan 15 calon termasuk BN dan PR bertanding merebut kerusi itu
selepas ia kosong kerana penyandangnya, seorang Exco, meletakkan
jawatan. -MI
Dicatat oleh ELBI RISALAH
JK Antara Agama, Zahid Dan Ibrahim Ali Tak Sehaluan
Kebanyakan masalah antara agama yang wujud di negara ini ditimbulkan
ahli politik yang sempit pengetahuan agamanya, kata Naib Presiden Umno
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Bernama dipetik.
Justeru kata beliau, penubuhan Jawatankuasa Kerja Perhubungan Antara
Agama diharap dapat menjadi jambatan bagi menyelesaikan permasalahan
yang ditimbulkan oleh mereka dengan tujuan menjadikannya isu polemik.
"Masalah antara agama ini tidak diwujudkan oleh pengemudi dan pemuka
agama tetapi diwujudkan oleh ahli-ahli politik yang agak sempit dalam
agamanya yang menyebabkan timbulnya permasalahan ini," kata Zahid
yang juga Menteri Pertahanan pada sidang media selepas mengadakan
lawatan kerja sehari di Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak di sini.
Beliau berkata kewujudan jawatankuasa itu juga dijangka dapat membantu
menterjemahkan keharmonian masyarakat 1Malaysia seperti yang dihasratkan
oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ahmad Zahid juga menyifatkan pelantikan Datuk Ilani Isahak sebagai
Pegawai Penyelaras Khas bagi jawatankuasa itu bertepatan kerana beliau
merupakan bekas peguam yang mempunyai latar belakang agama yang luas.
Jawatankuasa itu bertanggungjawab mengenalpasti masalah yang boleh
menjejaskan keharmonian antara agama, termasuk pertukaran agama,
penyebaran agama, penggunaan istilah agama, pembinaan rumah ibadat dan
isu tanah perkuburan.
Ianya dianggotai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Institut Kefahaman Islam
Malaysia (Ikim), Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian,
Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST), Allied Coordinating Comitte for Islamic
NGOs (ACCIN), ahli akademik serta wakil dari Sabah dan Sarawak
Dalam pada itu, Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan Melayu terbesar,
mengambil pendirian rasmi menolak jawatankuasa antara agama tetapi
meletakkan syarat jika mahukan pengiktirafan pihaknya, dmikian lapor
Malaysian Insider.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, walaupun pihaknya menentang
keputusan membentuk jawatankuasa itu yang bertujuan menggalakkan
persefahaman dan keharmonian tetapi hanya akan mengiktiraf jika
diletakkan di bawah penyeliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Malah kata beliau, Perkasa juga akan bertolak ansur pembentukan
jawatankuasa itu jika diletakkan di bawah portfolio Datuk Jamil Khir
Baharom, bukannya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Kedua-dua mereka adalah menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Jamil bertanggungjawab kepada hal ehwal agama Islam manakala Koh pula
aspek perpaduan.
"Kami sangsi dengan jawatankuasa ini, jadi kami menolak jawatankuasa
ini kerana kita bercakap mengenai agama (Islam)," kata Ahli Parlimen
Bebas dari Pasir Mas ini selepas mempengerusikan mesyuarat Perkasa di
sini hari ini.
"Oleh kerana ia berkaitan dengan agama, ia seharusnya berada di
bawah bidang kuasa Jakim atau dipandu oleh Jamil dan bukannya Koh Tsu
Koon," kata beliau.
Ibrahim memberitahu walaupun jawatankuasa itu tidak tertakluk kepada
rangka kerja perundangan, tetapi ia cukup kuat untuk mempengaruhi
Kabinet.
Beliau mendakwa jawatankuasa itu tanpa pentauliahan agama Islam yang
kuat dan input-input daripada agama-agama lain mungkin mengancam
kesucian Islam.
Justeru kata beliau, pelantikan bekas Ahli Parlimen Kota Baru, Datuk
Ilani Isahak sebagai ketua jawatankuasa bukan pilihan yang baik untuk
mengepalainya.
"Anda boleh bayangkan apa akan berlaku terhadap akidah, ia akan
menghakiskan aspek akidah.
"Ini sesuatu yang anda tidak boleh main-main, ini soal sensitif
kepada umat Islam," katanya.
Ibrahim berkata Perkasa akan melobi agar Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak mengkaji semula jawatankuasa itu dan mengesyorkan supaya ia
diubah menjadi jawatankuasa antara kaum dan menggugurkan skop agama.
Perkasa juga akan menghantar memorandum kepada Majlis Raja-raja Melayu
dalam waktu terdekat.
Posted by greenboc
Kerajaan dicadang naikkan elaun veteran tentera
2010/04/12
KEPALA BATAS: Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) mencadangkan kepada kerajaan supaya menaikkan beberapa elaun
anggota veteran ATM berikutan kos taraf hidup yang semakin meningkat
selain keadaan ekonomi semasa negara semakin kukuh.
Antaranya, Elaun Sara Diri yang dikhususkan kepada bekas tentera yang
tiada pendapatan tetap kerana hilang upaya dan Elaun Bantuan Pendidikan
untuk dinikmati anak pesara tentera.
Ketua Pengarah JHEV, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan, berkata Elaun
Sara Diri yang diterima kira-kira 3,500 bekas tentera dicadangkan
dinaikkan kepada RM500 berbanding RM100 hingga RM200 ketika ini.
Elaun Bantuan Pendidikan diberikan kepada anak anggota veteran ATM yang
melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan
jumlah dicadangkan adalah daripada RM700 kepada RM1,000 bagi penuntut
diploma.
"Dalam pada itu, anak veteran ATM yang melanjutkan pelajaran di
peringkat sarjana, kami mencadangkan supaya dinaikkan daripada RM1,000
kepada RM1,500.
"Bantuan itu diberi pada awal pembelajaran bagi meringankan
beban," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian Pingat
Jasa Malaysia (PJM) kepada 31 penerima dan Skim Bantuan Kebajikan kepada
18 orang veteran ATM.
Pingat berkenaan diberikan bagi menghargai jasa serta pengorbanan mereka
yang terbabit dalam operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM) dan
Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) pada sekitar 1969 hingga 1990.
Zulkiflee berkata, cadangan untuk menaikkan kadar elaun itu selaras
dengan pembentukan Akta Veteran ATM, yang memperuntukkan faedah dan
bantuan bagi memberi lebih jaminan untuk membela kebajikan veteran ATM.
"Ketika ini, ia masih pada penelitian Pejabat Peguam Negara sebelum
dipanjangkan kepada Jemaah menteri seterusnya dibawa ke Parlimen,"
katanya.
KDN perlu beri jaminan keselamatan kepada Dr Pornthip
Kelmarin, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein kantoi
bilamana beliau terpaksa mengarahkan menyiasat dakwaan bahawa perisik
Israel berjaya menembusi maklumat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) yang sebelum ini beliau menafikannya.
Kali ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz
pula menuduh pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand berbohong
berhubung dakwaannya yang kerajaan Malaysia menggunakan "tekanan
politik" untuk menghalangnya daripada memberi keterangan."Dia seorang
pembohong! dia berbohong dalam inkues dan dia berbohong sekarang,"
katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Siapa sebenarnya yang berbohong? Nazri atau pun Dr Pornthip? Salah
seorang daripada mereka tentu berbohong .Tidak mungkin dua-dua telah
berbohong.
Sudahkah Nazri bertanyakan Menteri Keselamatan dalam Negeri itu? Tapi
seperti mana awal-awal tulisan ini menyatakan bahawa Hishamuddin ini
seorang yang pembohong. Jangan mudah percaya membabi buta begitu saja.
Nazri kena siasat betul-betul sebelum membuat penafian.Sepatutnya
Menteri Dalam Negeri yang kantoi itulah yang harus buat penafian dan
bukan Nazri.Protokol mudah macam ini pun dia tidak tahu.Macam mana boleh
dilantik jadi seorang Menteri?
Persoalan sekarang ialah apa perlunya Nazri menuduh Dr Pornthip
berbohong? Adalah lebih baik dan wajar Menteri Keselamatan Dalam Negeri
memberikan jaminan keselamatan kepada Dr Pornthip.
Kita tidak mahu tragedi yang pernah menimpa kepada seorang wanita
Monggolia yang diletupkan dengan C4 berulang semula. / end
Catatan Oleh alhusseyn
BLOGGER JAHIL INI CUBA MENJAWAB PERSOALAN HUKUM UMNO KAFIR
Oleh: WFAUZDIN NS
JIKA kita ingin bertanya sesuatu hukum atau isu-isu berkaitan agama
bertanyalah pada yang arif di bidang itu. Jangan jadi seperti kisah yang
diceritakan oleh sebuah blog pro UmApco di sini. Saya kesihat melihat
begitu cetek agama yang ada pada beliau sehingga hendak menjawab soalan
umpama `kacang' itu pun beliau tidak boleh jawab.
Sebagai menjawab soalan `Bolehkah orang Umno dikategorikan sebagai orang
Islam, kerana orang Umno tidak mengikut apa yang disuruh oleh Islam", si
bangang ini bukan menjawab soalan itu tetapi dia bertanya pula mengapa
Kerajaan PAS Kelantan tidak melaksanakan hukum hudud walaupun Kerajaan
Pusat tidak membenarkannya? (mengaku juga dia memang Kerajaan Pusat
tidak benarkan hukum hudud dijalankan). Adakah beliau tahu bahawa
Kerajaan PAS Kelantan adalah salah sebuah negeri yang berada di bawah
Kerajaan Persekutuan dan tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan yang
sekular itu?
Bayangkan, jika Kerajaan PAS Kelantan jalankan juga hukum hudud tersebut
tanpa kelulusan oleh Kerajaan Persekutuan, seandainya si Pesalah itu
membawa kes tersebut ke mahkamah yang lebih tinggi maka hukuman tersebut
tidak sah kerana hukum hudud tiada termaktub dalam perundangan negara
sekular kita ini. Kelantan bukan sebuah negara persendirian yang boleh
mengubah perundangan sesuka hati. Terdapat beberapa undang-undang yang
boleh dipinda oleh kerajaan negeri dan ada undang-undang yang memerlukan
kebenaran kerajaan pusat sekiranya ingin dipinda atau diwujudkan kerana
ianya melibatkan sistem kehakiman, pihak Polis atau Penjara yang
semuanya di bawah kawalan kerajaan pusat.
Apakah kerajaan negeri yang diperintah oleh PAS mesti melaksanakan
undang-undang Islam semata-mata untuk menunjukkan kerajaan PAS lebih
takut kepada Allah dari kerajaan pusat? Tentu kita boleh bayangkan apa
akan jadi kepada negara kita ini sekiranya PAS mengambil pendekatan
`revolusi' sedemikian. PAS tetap ingin menegakkan Islam tetapi PAS tidak
memilih `Revolusi' atau keganasan untuk mencapai cita-cita tersebut
sebaliknya PAS masih berharap kepada sistem demokrasi di negara ini.
Kita ingin juga bertanya, mengapa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh
Umno itu tidak mahu melaksanakan Undang-Undang Islam sedangkan mereka
berkuasa di peringkat pusat?
Tuduhan penulis bangang ini bahawa Tuan Guru Nik Aziz juga mengamalkan
rasuah tiada beza dengan kerajaan di bawah Umno/Bn (sekali lagi mengaku
pun negeri di bawah Umno itu rasuah). Tiada fakta dan hujah langsung
apabila beliau turut membuat tuduhan Tuan Guru Nik Aziz pergi menunaikan
ibadah Haji tidak pernah guna duit poket sendiri. Jelas dan berfakta
bahawa SPRM sejak berpuluh tahun dahulu sehingga saat ini tidak
henti-henti menyiasat perbuatan rasuah kerajaan Negeri Kelantan termasuk
Tuan Guru Nik Aziz sendiri. Apa hasilnya setakat ini? Cuba sebutkan satu
saja kes rasuah yang melibatkan Adun atau Exco kerajaan Negeri Kelantan
yang didakwa dan didapati bersalah sepanjang PAS memerintah. Kalau ikut
cerita dari Syaitan-Syaitan memang banyak, tetapi terbuktikah?
Si bangang ini menyebut di Kelantan ada pusat hiburan kununnya sama
seperti di negeri bawah Umno. Agaknya kali terakhir si bangang ini pergi
ke Kelantan adalah semasa Umno memerintah dahulu, sebab itu beliau
berjumpa pusat hiburan merata-rata, kedai ekor dan pusat judi di
Kelantan. Banyak lagi persoalan atau jawapan bodoh dari si penulis bodoh
itu yang kita boleh baca di dalam blognya itu.
Sebelum saya menutup tulisan ini, ingin saya mengajar sedikit si penulis
bodoh itu tentang jawapan terhadap soalan asal " `Bolehkah orang Umno di
kategorikan sebagai orang Islam, kerana orang Umno tidak mengikut apa
yang disuruh oleh Islam". Soalan itu samalah dengan jawapan kepada
soalan "Bolehkah orang Umno di kategorikan sebagai orang Islam, kerana
orang Umno tidak bersembahyang?". Jawapannya, dia tetap Islam tetapi
berdosa besar kecuali sekiranya dia menganggap sembahyang itu tidak
wajib atau tidak sesuai dilakukan di zaman ini maka hukumnya KAFIR.
(Saya mohon sesiapa yang lebih arif tentang persoalan ini betulkan saya
jika tersilap).
Jelas di sini, kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno hanya menjadikan
Islam sama seperti `gincu di bibir' untuk hiasan semata-mata. Sampai
bilakah gincu ini boleh bertahan? Kena kuah sup semangkuk habislah
ia./wfauzdin.blogspot.com
Posted by WFAUZDIN NS
Polis Perlu Telus Tangani Penyusupan Ejen Israel-Zionis
Sumber- TVSelangor
HULU SELANGOR 11 APR: Pakatan Rakyat mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri
Musa Hassan bertindak lebih telus dan ikhlas dalam menangani pendedahan
betapa Bukit Aman terdedah kepada penyusupan ejen Israel-Zionis.
Bercakap kepada TV Selangor, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),
Mohamed Azmin Ali berkata, Musa sewajarnya mengarahkan siasatan ke atas
laporan risikan Cawangan Khas yang dibuat dua tahun lalu.
"Tidak perlu mencabar ketua pembangkang sebaliknya menyiasat setelah
terima laporan polis yang dibuat dua tahun lalu. Laporan itu dibuat
pegawai polis yang sedia maklum dan bimbang. Dia mungkin ada maklumat,
kenapa tak disiasat?
"Apabila pembangkang bawa perkara ini, polis pula seolah-olah lebih
berminat hendak tangkap ketua pembangkang untuk menutup mulutnya," kata
Ahli Parlimen Gombak itu.
Pengumuman empat agensi kerajaan menyiasat kes penyeludupan ejen Israel
Zionis di Bukit Aman menunjukkan betapa lemahnya kerajaan hari ini
menjaga keselamatan negara.
Kementerian Dalam Negeri, akhirnya mengakui bahawa wujudnya masalah
dengan firma komputer yang mengendalikan perisiannya di Bukit Aman dan
telah mengarahkan perkhidmatan berkenaan ditamatkan.
Mohamed Azmin juga menegaskan betapa pendedahan Pakatan Rakyat mengenai
penyusupan ejen Israel-Zionis itu dibuat atas dasar kepentingan,
keselamatan dan kedaulatan negara.
Jika Anwar ditahan, beliau memberi amaran kepada Umno-BN yang mereka
tidak akan mampu menghalang kebangkitan rakyat yang teguh bersama
pemimpin reformasi dan menolak elemen Zionis di negara ini.
"Mereka boleh tahan Anwar Ibrahim. Tetapi roh dan semangat perjuangannya
akan bertebaran di seluruh negara. Bunuh karier politik seorang Anwar
tetapi Umno-BN tidak mampu menahan rakyat satu negara," katanya.
Peraturan baru halau penduduk Tebing Barat
12/04/2010 2:50am
RAMALLAH 12 April - Tentera Israel hari ini mengeluarkan beberapa arahan
baru yang disifatkan oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia sebagai
berupaya menyebabkan puluhan ribu penduduk dihalau dari Tebing Barat.
Di bawah peraturan yang berkuat kuasa esok itu, sesiapa sahaja yang
menetap di Tebing Barat tanpa permit dari Israel boleh diarahkan keluar
dari wilayah berkenaan dalam tempoh tiga hari atau dipenjara maksimum
tujuh tahun.
Sejumlah 10 kumpulan hak asasi manusia Israel menggesa Menteri
Pertahanan, Ehud Barak menarik balik peraturan baru itu yang menurut
mereka merupakan cara tentera rejim berkenaan mahu mengosongkan Tebing
Barat dengan memindahkan mereka ke Gaza. - AP
Lelaki Pulang Menyeranah Diri Sendiri Juga
Oleh Lan Iisma 12 April 2010
Prihatin
Suratan ilahi kematian bayi secara menyedihkan berulang lagi. Memang
menyedihkan dengan masyarakat kita. Kebetulan pula ia berlaku di Sungai
Choh, Hulu Selangor, tempat di mana mencari juara dipertandingkan. Si
pembuang bayi hanya ingin melepaskan dugaan yang ditanggungnya. Dosa
pahala dikebelakangkan.
Takdirnya tempat yang menjadi rebutan PR dan BN. Takdir bayi mati di
situ. Jadi pahlawan-pahlawan kedua-duanya hendaklah melihat perkara ini
dan bagaimana sama-sama cuba menyelesaikannya. Perkara ini terjadi
sememangnya perlu diberi perhatian kerana bala masyarakat kita semakin
membarah.
Perlakuan zina haram. Bila kita dapat melihat kempen di kaca tv kita
tentang haramnya perlakuan zina. Kempen cuci tangan cuci kaki H1N1
tersiar di TV. Bagaimana pula kempen perlakuan zina. TV dan penguasa TV
seolah-olah takut nak menyatakan tentang haramnya zina. Banyak kempen
lain dapat dilaksanakan. Kempen menyediakan kondom, menyediakan tempat
perlindungan tidak juga menyelesaikan masalah kerana perkara pokok tidak
diselesaikan.
Cukupkah akhbar-akhbar kita tentang sumbang mahramnya, seks luar
nikahnya, seks tanpa kahwinnya dan seks bebasnya. Memang sedap telinga
mendengar, sedap juga pembuatnya. Bagaimana perkataan zina yang
diajarkan Islam.. lebih keras dan lebih berupaya mendidik. Kita
mendoakan ia mampu meresap ke jiwa insan yang sering kehausan.
Sememangnya kita tidak mahu menggunakannya kerana lebih keras, lebih
mendidik, itulah maksud diajarkan Islam. Lebih meresap dan lebih sebati
dengan jiwa kita tetapi kita terlalu pandai dengan perkataan.
Juga sememangnya bala yang menimpa masyarakat kita. Jangan kita umpankan
juga dengan bencana alam dan sebagainya. Memang bala dari Allah ke atas
masyarakat dengan budaya yang selama ini kita selami. Jadikan bala
sebagai peringatan, bukannya bencana yang seakan cuba menghalang kita
mengingati-Nya. Bukankah kita lebih sedap menyebut babi daripada
khinzir. Akhbar dan TV juga beralih kepada babi. Keras bunyinya dan
ketikanya mampu menyentakkan kita kerana seranah babi. Perkataan juga
memainkan peranan.
Jadi pendekar-pendekar di Hulu Selangor, jadikan ini tanggungjawab
bersama. Kepada perempuan-perempuan di luar tanggungjawab anda lebih
diperlukan. Jangan hanya lebih mempercayai lelaki, kerana lelaki hanya
minta sedap, anda merana keseorangan. Jangan kerana lelaki menjadi
pemurah membelanja anda di KFC, sebelah mangkuk anda, anda beri... cair.
Pujuk rayu lelaki memng hebat. Saya bukan hanya menyalahkan perempuan.
Kalau kankang anda tutup setututpnya, nescaya lelaki menelan liur
sahaja. Lelaki pulang menyeranah diri sendiri juga.
Kickdefella serang Tok Guru, kenapa blogger Pas membisu?
12 April 2010
Blogger Kickdefella terus "menyerang" Nik Aziz bertalu-talu dan bertali
arus sejak dia dipecat dan bersengketa dengan menantu Nik Aziz beberapa
bulan lalu. Lepas satu, satu serangan dibuat ke atas Nik Aziz oleh
blogger ini. Dari isu pembahagian balak, isu penguasaan anak-menantu Nik
Aziz dalam pentadbiran Kelantan sehinggalah perjanjian syaitan
(Pas-DAP).
Tapi yang peliknya tiada satupun blogger Pas yang mempertahankan Nik
Aziz yang mereka anggap seorang yang mulia, warak dan alim dan sudah
semestinya suci murni. Malah tiada secuit perkataan dalam Harakah Daily
mempertahankan Nik Aziz atau melawan balik tuduhan Kickdefella. Walhal
semua tahu pendedahan Kickdefella yang juga seorang blogger totok Pas
mampu menterlanjangkan Nik Aziz.
Apakah blogger Pas dan Harakah Daily tidak mampu menangkis serangan
Kickdefella yang lengkap berpelurukan fakta dan dokumen? Maklum dia
sendiri begitu lama berada dalam pentadbiran Pas, malah pernah menjadi
blogger ayam tambatan untuk membuat serangan ke atas UMNO/BN.
Nampak sangat selama ini blogger-blogger Pas dan para wartawan Harakah
Daily lebih gemar mencari kelemahan UMNO/BN waima sekecil zarah sekali
pun dan kemudian dibesar-besarkan manakala isu-isu berkaitan Mursyidul
Am Pas yang didedahkan sendiri oleh "orang kuat Husam" itu tidak pula
dibuat serangan balas sepertimana mereka membuat serangan balas terhadap
apa sahaja yang dilakukan kerajaan BN.
Kesimpulannya, agakanya inilah sosok tubuh para blogger Pas dan
wartawan2 Harakah Daily yang berserban sebesar tempayan tetapi
bertelanjang di bawahnya!
mesin taip buruk
Menilai Kehancuran Demokrasi di Malaysia
Hancur dan leburnya demokrasi di bumi Malaysia ini bukan sekadar menjadi
cemuhan dan loyaan rakyat tempatan, malah terpaksa menerima teguran
daripada ulama' tersohor seperti Al qaradhawi. Malah ahli parlimen
Australia juga terasa obligasi mereka untuk menegur kebejatan demokrasi
akibat sindrom diktator yang menguasai pentadbiran seluruh negara ini.
Jika dahulu Amaluddin Darus pernah mendokumentasikan kegagalan demokrasi
diamalkan menurut prinsip asalnya dalam bukunya bertajuk Demokrasi atau
Diktator. Kupasan beliau cukup bernas yang memberi gambaran kepada kita
betapa negara asal demokrasi seperti Eropah juga gagal melaksanakan
prinsip demokrasi apabila berkuasa. Demokrasi seolah-olah hanya impian
kaum bawahan yang tertekan atau tertindas, ia hanya menjadi teori indah
kaum tertindas kononnya jika mereka berjaya berkuasa mereka akan
mengubah dunia agar menajdi lebih adil.
Namun piawaian untuk keberkesanan demokrasi hanya berlaku sekiranya
kehendak majoriti rakyat yang inginkan perubahan merealisasikan tekad
dan usaha mereka melalui menyokong satu dasar politik yang akan membawa
kemakmuran. Sekiranya kebangkitan dan kesedaran rakyat tidak menyeluruh,
ia hanya akan menjadi politik minoriti yang menguasai majoriti. Apakah
maksudnya minoriti menguasai majoriti?
Jika meneliti tulisan Datuk Dr Hassan Ahmad bertajuk Kegagalan Demokrasi
yang disiarkan oleh Dewan Masyarakat Mac 2010, beliau ada memberi satu
kupasan bermakna untuk kita hayati kegagalan demokrasi akibat kerakusan
para pemerintah.
Kata beliau, demokrasi yang asalnya bermaksud pemerintahan oleh rakyat,
telah bertukar menjadi pemerintahan diktator majoriti. Pada
`ghalib'nya mana-mana parti yang dimenangi selepas mendapat
sokongan majoriti akan membuat dasar dan menguasai kerajaan negara.
Namun sesetengah negara, golongan peniaga dan kapitalis menggunakan wang
dan pengaruh sebagai alat untuk mempengaruhi dasar negara atau
mempengaruhi pemerintah agar tunduk dengan polisi tertentu.
Lebih malang apabila kelompok keluarga kepada si pemerintah mulai naik
daun, meragut semua projek mega, rasuah dan nepotisme melampau dalam
pengagihan kekayaaan negara, `membubu' keuntungan koperat atas
nama keluarga pemerintah dan sebagainya.
Ini antara pengaruh yang mengubah dasar dan polisi yang awalnya dibina
oleh kerajaan yang disokong oleh amjoriti rakyat. Selepas penguasaan
faktor luar tersebut terhadap pemerintah (kaum keluarga, kapitalis,
peniaga) maka bermulalah pula proses indoktrinisasi kepada rakyat agar
hanya taksub dan obses kepada pemerintah tersebut. Majoriti dirayu agar
percaya hanya satu parti tersebut sahaja mampu memberi syurga dan nyawa
kepada rakyat. Contohnya, hanya parti tertentu sahaja pandai membuat
jalan tar di kampung-kampung, parti lain tidak tahu buat. Gejala ini
adalah gejala `bebalisme' atau proses memperbodohkan rakyat demi
masa depan parti dan pemerintah diktator tersebut.
Kenyataan menarik Dr Hassan Ahmad lagi ialah, seringkali demokrasi
dihiasi dengan ketidak adilan terhadap rakyat yang mengundi pembangkang.
Menurut tradisi kerajaan yang dilantik oleh parti yang mendapat sokongan
majoriti rakyat dalam pilihanraya, dasarnya tidak memihak kepada parti
politik lawan. Hal ini beerti rakyat atau kawasan yang pengundinya
memilih parti lawan seringkali tidak mendapat layanan yang sama dengan
layanan yang diberikan kepada kawasan pengundi pemerintah. Walaupun Dr
Hassan memberi gambaran umum, jelasnya beliau telah menghurai senario
sebenar negara ini di dalam majalah ilmiah tertua di Malaysia. Rampasan
royalti Terengganu pada tahun 1999-2000 serta Kelantan pada tahun lalu
menggambarkan betapa dasar politik `balas dendam' menjadi amalan
BN selama ini malah sejak zaman Perikatan.
Kata Dr Hassan kesalahan kerajaan yang menyalahgunakan hak mengundi
rakyat ini terbahagi kepada dua iaitu kesalahan terhadap konsep
demokrasi yang berasaskan kepentingan rakyat dan negara serta melanggar
etika konsep ketua negara merentas kepentingan parti politik yang
menang. Lantaran itu saya juga berpendapat tidak mengira parti pro
pemerintah atau pembangkang, kedua ahli parlimen atau ADUN wajib menjaga
kepentingan rakyat yang mengundi mereka melebihi urusan parti yang
kadangkala dijulang-julang sehinga menerbitkan rasa jelek di kalangan
pengundi mereka sendiri. Dalam Islam, undi yang diperolehi daripada
rakyat adalah baiah atau perjanjian terhadap kepimpinan Islam dan wajib
untuk pemimpin tersebut menjaga amanah `Baiah' rakyatnya.
Politik demokrasi adalah idaman rakyat di Eropah selepas melancarkan
beberapa Revolusi seperti Revolusi Perancis (1789-1799), Revolusi
Inggeris ( dan revolusi Amerika (1775 hingga 1784). Demokrasi adalah doa
kaum poertengahan dan borjois untuk melihat negara mereka bebas dari
perhambaan sesama manusia kepada negara milik bersama walaupun akan ada
segelintir sahaja manusia yang memegang polisi negara.
Demokrasi dikehendaki di Perancis. Antara sebab-sebab utama berlakunya
Revolusi Perancis adalah seperti disebabkan Pengaruh para pemikir
Enlightment, Kelemahan pemerintahan Raja Louis XVI dan Pengaruh Revolusi
Amerika. Demokrasi liberal diperjuang oleh kelompok sekularis yang ingin
jauh daripada lingkaran agama Kristian. Pengaruh para pemikir
Enlightment merupakan antara penyumbang besar belakunya Revolusi ini.
Mereka memperjuangkan hak semula jadi manusia sebagai prinsip utama
pemikiran mereka. Kebanyakan pemikir Enlightment Perancis seperti Jean
Jacques Rousseau, Montesquieu, Voltaire, dan Denis Diedrot amat
dipengaruhi oleh falsafah John Locke.
Demokrasi adalah relevan di Malaysia sebagai satu pentas untuk setiap
kaum, kelompok insan, persatuan atau parti dipilih menjadi pemimpin dan
mengurus polisi negara. Kerencaman sosial dan komposisi kaum di negara
kita menyebabkan politik melalui jalan pilihanraya relevan seperti mana
pandangan Imam Mawardi terhadap pilihanraya di Basrah dan Baghdad
dahulu.
Namun begitu bagaimana pula keadaan golongan yang muak dan jelak dengan
kediktatoran akibat demokrasi? Golongan yang memusuhi jalan politik
demokrasi terbahagi kepada dua iaitu pertamanya golongan yang ingin
melaksanakan hukum Islam secara segera dan idealis tanpa kompromi
terhadap sebarang advokasi atau keanjalan sistem. Mereka kesal demokrasi
tidak berjaya menyelesaikan masalah sosial dan kelambatan sistem itu
menjulang ajaran Islam. Bagi mereka disebabkan sistem itu berasal dari
barat, maka ia adalah jahiliyyah dan sesat.
Golongan kedua adalah golongan rakyat yang muak dengan politik majoriti
yang tidak membawa aspirasi rakyat. Malah menurut Dr Hassan Ahmad dalam
makalah yang sama, masalah negara da rakyat tidak boleh diselesaikan
dengan hanya berslogan atau beretorik semata-mata. Umpama malaysia yang
mengalami tsunami Islam Hadhari untuk mengkosmetikkan politik pemerintah
yang jauh dari ruh Islam. Retorik terkini adalah 1 Malaysia yang menutup
unsur perkauman dan kepuakan nepotisme yang diamalkan oleh pemerintah.
Pada pandangan Dr Hassan, orang yang melaksanakan pemerintahan perlulah
berilmu, jujur, amanah, bermoral tinggi malah perlu menyelesaikan setiap
persoalan rakyat bermula dari parlimen lagi kerana itulah tempat yang
diperuntukkan.
Demokrasi juga hancur luluh kerana ideologi manusia yang menciptanya
telah meletakkan konsep pemerintahan melebihi konsep kepimpinan.
Manusia seperti Mechiavelli, Hobbes, Karl Marx dan sebagainya banyak
meletakkan kaedah memerintah, teknik mengurus melebihi piawaian siapa
yang layak memerintah. Ironinya kaum Melayu patut berbangga kerana
banyak kitab-kitab jawi lama seperti Sulalatus Salatin, Hikayat Raja
Pasai, Muniatul Musolli (ada bab mengenai Raja yang adil) serta beberapa
kitab karangan Raja Ali Haji telah mengenengahkan konsep pemilihan raja
yang adil. Dunia melayu yang telah melarut masuk fiqh siasah daripada
kitab-kitab karangan ulama' arab telah menerima pemerintahan raja
yang dinasihati oleh ahli halli wal aqdi yang terdiri dari kalangan
Mufti da alim ulama' termasuk ulama' ilmu keduniaan. Namun
sejauh mana tradisi itu sampai kepada kaum melayu hari ini?
Demokrasi perlu dipugar agar menuruti kehendak rakyat selagi mana ia
berasaskan keadilan. Bagi kaum Islam, demokrasi perlu dibersihkan dari
sebarang kecacatan noda dosa yang dipacu di atas pentas matlamat
menghalalkan cara.
Cikgu Azmi Presiden Teras pengupayaan Melayu ada menulis menasihati
kerajaan,
"Amalan politik pemerintah yang mendiskriminasikan saingan politik
perlu dihentikan segera. Menggunakan kuasa politik untuk mempengaruhi
urusan pentadbiran perlu dihentikan. Memangsakan rakyat hanya kerana
tidak menyokong parti kerajaan adalah perbuatan salah. Menganiaya
penjawat kerajaan dan diambil tindakan disiplin secara tidaka dil hanya
kerana mahu semua kakitangan kerajaan menyokong parti kerajaan adalah
salah dan zalim. Mengenepikan wakil rakyat yang sah dilantik oleh rakyat
walaupun dari parti pembangkang adalah zalim…." ( dalam buku 50
Cara Selamatkan Malaysia, 2008.TERAS)
Menurut Dr Yusuf Al Qaradhawi pula, demokrasi adalah wadah yang mudah
diterima pakai oleh semua kaum dan agama. Pilihanraya dan pengundian
untuk mengetahui majoriti secara keseluruhan boleh dikatakan sudah
benar. Walaupun tetap memiliki kelemahan, sistem ini jauh lebih baik
daripada kaedah sistem politik lain. Apa yang perlu dijaga adalah
pengawalan sistem ini daripada gangguan tangan penipu, pembohong dan
hipokrit yang bertopengkan ingin berkhidmat untuk rakyat.
Demokrasi bukan memberi wewenang membabi buta kepada rakyat sehingga
mengenepikan kuasa perundangan Allah. Maksud kuasa rakyat ialah
`kuasa ini menolak kuasa mutlak yang dipelopori oleh diktator'.
Kuasa rakyat memilih pemimpin bukannya mencipta perundangan sehingga
mengenepikan hukum Islam. Inilah pandangan Al Qaradhawi dalam bukunya
Agama dan Politik ( 2009).
Jelas, merefomasikan demokrasi hanya berjaya selepas tangan-tangan yang
menconteng kepada wajah demokrasi dihukum dalam sebarang pilihanraya.
Ini kerja berat dan fokus utama bagi setiap pejuang kebenaran.
Muhammad Nuruddin Bashah
Pemuda PAS Gopeng Perak
Ajijoi
BENARKAH KEMISKINAN DI FELDA PUNCA PENDERAAN?
MANGSA.... Fansyarina sebelum didera neneknya (kanan) dan selepas didera
(kiri) berlatar belakangkan rumah neneknya. Datuknya, Majusin Lizun kini
bekerja dan berhijrah ke Kuala Lumpur meninggalkan Fansyarina dengan
neneknya yang tertekan akibat kemiskinan dan kemelaratan di rumah yang
belum siap sepenuhnya.
Oleh: INTAN SURIANI ABDUL HALIM
TRAGEDI sedih penderaan seorang kanak-kanak, Fansyarina Abdullah, 7, di
Tanah Rancangan Felda Sahabat Lahad Datu telah menyingkap hijab yang
menutupi kemegahan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dalam
bidang konglomerat perladangan.
Ketua Cawangan UMNO Tanjung Labian, Bahagian Silam, Kunsul Nahul, 53,
berpendapat Felda kini gagal mengeluarkan para peneroka di Tanah
Rancangan Felda daripada kepompong kemiskinan, sebaliknya memenjara
mereka di `Sangkar Emas' ciptaan Felda yang tidak kelihatan di
mata kasar.
"Walaupun di atas kertas, para peneroka Felda menerima lebih RM1,500
sebulan daripada hasil 5.66 hektar kebun kelapa sawit mereka, namun
hakikatnya mereka hanya membawa pulang RM50 sebulan; yang memenjarakan
mereka terus di kancah kemiskinan tegar," ujar Kunsul yang agak
kesal dengan sikap pengurusan Felda di Sabah yang cuba menyembunyikan
kebenaran daripada pengetahuan umum.
Oleh kerana para peneroka yang ramai anak tidak lagi dapat bergantung
harap kepada tanah rancangan mereka, maka bagaikan burung, ramai di
antara mereka terpaksa meninggalkan anak isteri untuk bekerja di luar
dan ada di antaranya terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari
nafkah.
"Akibatnya, ramai isteri peneroka yang stress dan mengalami
kemurungan apabila suami mereka mempunyai isteri lain di tempat kerja
baru dan mengabaikan mereka. Kemiskinan menyebabkan mereka hilang
kawalan diri dan bertindak ganas melepaskan geram kepada keluarga
tersayang. Maka terjadilah penderaan dan keruntuhan rumah tangga,"
ujar Kunsul yang menyifatkan kes penderaan di Felda Sahabat Anjung Teduh
merupakan kes terpencil, namun ianya menjadi barah dalam daging
masyarakat Felda yang dihimpit hutang yang bertimbun dan dinafikan hak
mereka untuk bersuara.
Dalam kes penderaan yang kini masih dalam siasatan polis, kata Kunsul,
seorang nenek kandung telah mendera cucunya sehingga mengalami trauma
kerana tidak mempunyai pendapatan untuk menyara persekolahan anak dan
cucunya; apatah lagi suaminya bernikah lain dan mengabaikannya sejak
lima tahun lalu.
"Akibatnya, cucu kesayangan yang menjadi mangsa untuk melepaskan
kemarahan sehingga tergamak menyiksa cucu sendiri tanpa
perikemanusiaan," kata Kunsul yang mendesak Felda menjurutera semula
Skim Felda agar para peneroka diberi kelonggaran untuk mengusahakan
sendiri kebun mereka bagi menghapus kemiskinan tegar yang merantai
mereka selama ini.
Tanpa hutang, kata Kunsul, para peneroka mampu berdikari dan meneruskan
generasi kendiri tanpa mengharapkan subsidi; sebaliknya bebanan hutang
menyebabkan mereka `mati jiwa' sebelum kematian sebenar
menjemput mereka.
Adalah keterlaluan kata Kunsul, Pengurus Wilayah Felda Sahabat dengan
angkuh menolak khidmat 15 Professor daripada Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) Bangi yang ingin menjalankan `Projek Prosper' di
Gugusan Sahabat dengan alasan bongkak `tiada kemiskinan di Tanah
Rancangan Felda dan anda mendapat maklumat yang salah.'
"Ketika itu saya berkhidmat dengan pejabat Parlimen Silam dan kesal
kerana Pengurus berkenaan tidak memberi ruang kepada kami untuk
menjalankan kajian dengan kerjasama UKM," kata Kunsul yang kini lega
kerana berjaya membongkar telur tembelang yang disorok Felda selama ini.
Walaupun buku yang dihasilkan anak peneroka Felda di Semenanjung yang
bertajuk `Felda: Dulu Tolong, Sekarang Along' disifatkan sebagai
keterlaluan dan tidak benar; namun apa yang terjadi di lima tanah
rancangan Felda Sahabat lebih mengerikan.
"Felda bukan sahaja gagal menangani masalah kegelinciran moral dan
membebaskan peneroka daripada hutang yang semakin bertimbun, terutama
memaksa peneroka mengambil pinjaman membesarkan rumah; malah cuba
menjadikan Felda sebagai Wilayah Persekutuan yang baru dengan menggali
parit di sekeliling ladang yang bersempadan dengan tanah adat dan
mengimport ramai pekerja daripada Semenanjung," ujar Kunsul yang
meminta pihak pengurusan Felda lebih prihatin terhadap para peneroka
yang selama ini mengalirkan keringat, darah dan airmata untuk membayar
gaji pegawai yang sering lupa daratan.
Menurut Kunsul, Kerajaan `Berjaya' telah memberikan kawasan
seluas 101,171 hektar secara `Percuma' kepada Felda pada 1979
untuk membangunkan kawasan hutan termasuk `tanah adat yang
kehilangan jejak' sebagai ladang pertanian bagi menjana ekonomi
daerah Lahad Datu dan membasmi kemiskinan di Sabah.
"Namun sehingga kini hanya seramai 872 peneroka sahaja telah diambil
untuk ditempatkan di lima tanah rancangan Felda daripada 57 Gugusan
Felda Sahabat; setelah Felda mengubah dasar ke arah komersil dan
mengabaikan terus tanggung jawabnya, untuk menempatkan semula masyarakat
dan membasmi kemiskinan dengan mengamalkan konsep perladangan," ujar
Kunsul yang kesal kerana Felda gagal mengotakan janjinya membasmi
kemiskinan di Sabah.
Kata Kunsul, daripada jumlah itu, 5,610 hektar adalah kawasan peneroka,
100,174 hektar kawasan komersil dan 1,707 hektar lagi merupakan kawasan
bandar dan kampung.
"Secara luaran kita lihat para peneroka kaya kerana rumah mereka
cantik dan berkereta besar. Ada yang macam istana, tetapi sebenarnya
mereka berusaha mencari pendapatan di luar dan bukan daripada hasil
kebun mereka. Ramai dibelit hutang antara RM20,000 hingga RM40,000 untuk
membaikpulih atau membina rumah mereka," ujar Kunsul yang menggesa
agar Ahli Lembaga Felda, Datuk Suhaili Said bangun daripada tidur untuk
berpijak di bumi nyata.
Tegas Kunsul, sebagai Adun Tungku, Suhaili tidak mempunyai keberanian
untuk berkata benar di Dewan Undangan Negeri Sabah dan gagal menasihati
Felda untuk membela 872 peneroka yang dibebani dengan hutang dan berada
di lingkungan putaran ganas kemiskinan.
Sehubungan itu, kata Kunsul, atas desakan dan rayuan para peneroka,
beliau terpaksa mengetengahkan isu ini agar Perdana Menteri Malaysia,
Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dapat melakukan sesuatu bagi
mencipta penanda aras baru terhadap Legasi Tun Razak di Tanah Rancangan
Felda yang diasaskan bapanya.
"Saya percaya, jika para pegawai Felda memahami inspirasi dan konsep
1Malaysia YAB Perdana Menteri, isu penderaan, kemiskinan dan kemelaratan
tidak timbul lagi di Felda," ujar Kunsul yang mendesak agar Felda
tidak terlalu mengongkong kebebasan bersuara para peneroka sebagaimana
dijamin Perlembagaan Persekutuan.
Dalam pada itu, Sabahkini.net telah menjalankan kajian rambang dan
mendapati dakwaan Kunsul adalah 100 peratus benar dan berdasarkan
`slip gaji' atau penyata pendapatan peneroka; memang benar
kesemua 872 peneroka Felda di Lahad Datu adalah miskin tegar.
BIONIC.... Apa motif Felda menyediakan penyata yang hanya boleh dibaca
dengan kanta pembesar? Mungkinkan para peneroka mempunyai mata 'Bionic
Women' untuk membaca penyata ini? Pendapatan peneroka ini melebihi RM50
kerana tidak mengambil barangan makanan di Dmart.
Hanya mereka yang tidak mengambil belanja di kedai Felda `DMart'
berjaya memperolehi pendapatan tunai lebih RM50; apatah lagi harga
barangan yang dijual di DMart, 40 peratus lebih mahal daripada harga
pasaran termasuk barang terkawal!
Berikut adalah contoh ringkasan akaun pendapatan Peneroka Sahabat 1,
Anjung Teduh yang berjaya diselidik krew Sabahkini.net;
Nama Peneroka: AWANG OMAR BIN JAWATAN
No. Kad Pengenalan:621006-12-5333
Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84
Jumlah Potongan: RM1,529.84
Baki Tunai: RM50.00
Nama Peneroka: ABDUL SALAM BIN AMBO RAPPE
No. Kad Pengenalan:530719-12-5313
Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84
Jumlah Potongan: RM1,329.18
Baki Tunai: RM250.66
Nama Peneroka: MOHD ALI @ JAPAR BIN MIRAL
No. Kad Pengenalan:540302-12-5755
Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84
Jumlah Potongan: RM1,529.18
Baki Tunai: RM50.66
Nama Peneroka: ALI BIN PALALOI
No. Kad Pengenalan:551026-12-5233
Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84
Jumlah Potongan: RM1,342.84
Baki Tunai: RM237.00
Nama Peneroka: MALIKI BIN O.T.LAHANI
No. Kad Pengenalan:570310-12-5269
Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84
Jumlah Potongan: RM1,529.84
Baki Tunai: RM50.00
Nama Peneroka: TAJUDDIN BIN ANGKAT
No. Kad Pengenalan:700622-12-5535
Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84
Jumlah Potongan: RM1,529.84
Baki Tunai: RM50.00
Nama Peneroka: S ROSLEY BIN SONG
No. Kad Pengenalan:681018-12-5511
Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84
Jumlah Potongan: RM1,529.84
Baki Tunai: RM50.00
Nama Peneroka: ROSLAN BIN MOOH
No. Kad Pengenalan:640227-12-5277
Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84
Jumlah Potongan: RM1,529.84
Baki Tunai: RM50.00
Nama Peneroka: MOHD ASBI BIN SARAMAN
No. Kad Pengenalan:630807-12-6031
Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84
Jumlah Potongan: RM1,529.18
Baki Tunai: RM50.66
Nama Peneroka: AZMAN BIN ASMAT
No. Kad Pengenalan:620618-12-5217
Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84
Jumlah Potongan: RM1,529.84
Baki Tunai: RM50.00
Nama Peneroka: LATAHIR BIN RAUF
No. Kad Pengenalan:620127-12-5095
Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84
Jumlah Potongan: RM1,318.58
Baki Tunai: RM261.26
Nama Peneroka: BACHOK BIN TAHIR
No. Kad Pengenalan:580219-12-5363
Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84
Jumlah Potongan: RM1,529.84
Baki Tunai: RM50.00
Nama Peneroka: TASAKA BIN BARO
No. Kad Pengenalan:611122-12-5358
Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84
Jumlah Potongan: RM1,279.18
Baki Tunai: RM300.66
Nama Peneroka: NARMAN BIN UMRA
No. Kad Pengenalan:610831-12-5241
Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84
Jumlah Potongan: RM1,529.84
Baki Tunai: RM50.00
Nama Peneroka: GAPOR BIN AMID
No. Kad Pengenalan:590624-12-5497
Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84
Jumlah Potongan: RM1,529.84
Baki Tunai: RM50.00
Nama Peneroka: ZAKARIAH BIN AG DAMIT
No. Kad Pengenalan:640227-12-5277
Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84
Jumlah Potongan: RM1,529.84
Baki Tunai: RM50.00
Nama Peneroka: BARAHIM BIN NASIRI
No. Kad Pengenalan:590402-12-5037
Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84
Jumlah Potongan: RM1,529.18
Baki Tunai: RM50.66
Nama Peneroka: ABDUL RAHMAN BIN BETANG
No. Kad Pengenalan:580510-12-5297
Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84
Jumlah Potongan: RM1,529.84
Baki Tunai: RM50.00
(Nota: Potongan termasuk CBC, Bayaran Kembali, Caruman Hari Raya,
Potongan JKKR, Kedai, Pinjaman Besar Rumah, Pendahuluan Tunai, Tanam
Semula dan sebagainya.)
FITNAH PAS BERTERUSAN DI PERAK
'TAHUN 1957, 3 JUTA EKAR TANAH RIZAB MLAYU. TAHUN 1995 TINGGAL 1.7 JUTA
EKAR SHJ. DLM TEMPOH 38 TAHUN UMNGOK PRINTAH, PUNYA LE BELA MLAYU,
SAMPAI HILANG SEPARUH TANAH RIZAB MLAYU. LADANG MARA NAK DJUALPD TOKEY
CINA, LADANG PRBADANAN FIMA CKT CRMIN, RAJA HITAM, LEKIR DAH JUAL KAT
KL KPONG.TOKEY CINA. LADANGTRNAK UDANG DSPANJANG LEKIR, SG DINDING,
PANTAI HINGGA LARUT MTG DLULUSKAN DAN JADI MILIK CINA, MB HARAM PUNYA
KOJE. TLG MLAYU. SOKONG UMGOK LAGI. BUTA PRUT, DOK PRCAYA TU PAPER
FITNAH UMNGOK, AKAL ALLAH BAGI TAK MAU GUNA. CELIK MATA UMNGOK PKIAG MCM
MANA NAK TPU MLAYU. MALAUN UMNGOK.'
Inilah sms yang diterima hari ini dari puak-puak hamPas. Tak habis-habis
buat fitnah....baca lah...percaya jangan sekali...dua kali pun
jangan,,,,malas nak komen malam ni...tunggu esok saja
Dicatat oleh TAIPINGMALI (TM)
BEAUTIFUL SPRING
Salam 2 all.
Sekarang ini di Washington musim bunga atau spring season baru nak
bermula. Pemandangan memang cantik, bunga dimana-mana. Dan kebetulan
hujung minggu ni ada pesta cherry blossom. Memang mengkagumkan ciptaan
ALLAH ini.
Ini gambar-gambar yang saya ambil depan kawasan Hotel Embassy Suites,
tempat saya tinggal. Well, picture says a thousand words. Enjoy the
pictures amigos.
My lovely dear
spring is here
with thousands of cheer
flowers blooming
colours brightening
the sun shining
people smiling
here I am
always thinking
forever dreaming
of you my darling
Adios amigos. Grasias.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
24 Rabi'ul Akhir 1431
09 April 2010
Messages in this topic (1)
Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.
Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.
Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.
=============================================
Link List:
• Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
• Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
• Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com
------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/
<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
dunia-politik-normal@yahoogroups.com
dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment