20100408

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 2012

There is 1 message in this issue.

Topics in this digest:

1. Berita, Blog Politik Hari Ini - 07 April 2010
From: dunia-politik@yahoogroups.com


Message
________________________________________________________________________
1. Berita, Blog Politik Hari Ini - 07 April 2010
Posted by: "dunia-politik@yahoogroups.com" dunia-politik@yahoogroups.com pdniaga
Date: Wed Apr 7, 2010 3:22 am ((PDT))

Dunia-Politik.blogspot.com <http://dunia-politik.blogspot.com>
Get the latest info on Dunia Politik direct. Analisa Politik. Informasi
tentang parti-parti Politik dan keadaan politik di segenap pelusok
dunia. Home · Messages. Members Only; Post; Files; Photos; Polls;
Promote ? Already a member? Sign in to Yahoo! ...

Ceramah Pemuda Pakatan atas lori usang

Rusli Yasmin

HULU SELANGOR: Walaupun Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor, namun
ceramah pentas Pemuda Pakatan Rakyat malam tadi tetap diadakan di atas
sebuah lori usang tanpa menggunakan jentera kerajaan negeri.

Pentas pemuda yang berlangsung di Dataran Bandar Baru Bukit Sentosa
malam tadi menampilkan ketiga-tiga tokoh ketua pemuda daripada PAS, PKR
dan DAP.

Menurut Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan, program malam itu
sebagai permulaan gerak kerja pemuda Pakatan Rakyat bagi membantu
kemenangan Pakatan Rakyat di dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu
Selangor pada 25 April ini.

Beliau menyatakan bahawa para pengundi dan rakyat Hulu Selangor mesti
bijak mendengar dan menilai sendiri kejayaan pentadbiran kerajaan negeri
Pakatan Rakyat dan tidak mempercayai propaganda yang di sebarkan oleh
Umno dan Barisan Nasional.

"Ini penting kerana berita-berita di dalam televisyen, terutamanya TV1,
TV2 dan TV3 menyembunyikan fakta kejayaan ini.

"Apa yang mereka tunjukkan, sedikit percakapan pemimpin kita yang telah
dipotong dan pemberita pula yang banyak mengulas," tambahnya sambil
memberikan contoh bagaimana Ketua Audit Negara mengakui pengurusan
kewangan di negeri-negeri Pakatan Rakyat adalah yang terbaik.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Samsul Iskandar pula di dalam ceramahnya
menjelaskan bagaimana berjuta-juta ringgit duit rakyat telah
dibelanjakan untuk membayar syarikat zionis Israel.

"Ini sebagai bukti bahawa Umno dan Barisan Nasionallah sebenarnya yang
mengkhianati perjuangan agama, bangsa dan negara," katanya.

Terdapat sedikit gangguan apabila pihak polis berkali-kali cuba meminta
ceramah itu dihentikan dan lima minit sebelum Anthony Luke menghabiskan
ceramahnya bekalan elektrik diputuskan secara tiba-tiba.

Ini menyebabkan mikrofon tidak dapat berfungsi dan Anthony terpaksa
menguatkan suara di dalam ceramah tersebut.

Walau bagaimanapun, program itu tetap berjalan lancar seperti yang
dirancangkan dengan kehadiran hampir seribu orang audien.

Program tersebut dipengerusikan oleh Sany Hamzan dan turut meriah dengan
kehadiran Yaakob Sapari, Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Dicatat oleh ELBI RISALAH

Apco: Kerajaan ketepi pandangan rakyat

Dzulfikar Mashoor

SHAH ALAM, 7 April: Tindakan segelintir Ahli Parlimen Umno/BN
mempertahankan perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan firma
perundingan antarabangsa Apco Worldwide menghairankan di samping
mengetepikan pandangan rakyat, kata Ahli Parlimen Tumpat, Datuk
Kamaruddin Jaffar (gambar).

Baginya, rasa hairan tersebut timbul kerana kerajaan seolah-olah
mengetepikan pandangan rakyat umum yang mengatakan Apco itu pro
zionis-Israel.

"Ini yang paling menghairankan kita (di kalangan) Ahli Parlimen Pakatan
Rakyat (dan) rakyat umumnya (kerana) dalam kes Apco yang dikaitkan
dengan zionis-Israel antarabangsa.

"(Kerajaan) tidak bertolak ansur dengan bukti-bukti yang didedahkan oleh
Datuk Seri Anwar Ibrahim, apatah lagi untuk tarik balik," kata beliau
dalam suatu ceramah politik di sini, malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Kewangan Negara (PAC)
berkata, walhal kerajaan masih boleh bertolak-ansur dalam cadangan
menarik semula subsidi minyak, isu royalti minyak di Kelantan dan
Terengganu serta cadangan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan
(GST) sebelum ini.

"Kerajaan boleh bertolak ansur dalam (dan) ditarik balik (tangguhkan)
GST apabila kita (Ahli Parlimen Pakatan Rakyat) dan rakyat bantah,
begitu juga dengan subsidi (minyak), tetapi isu Apco ini tidak.

"Begitu juga dalam tuntutan royalti minyak, walaupun kerajaan tetap
menafikan hak kerajaan negeri untuk mendapatkan royalti, kerajaan tetap
beri 'wang ehsan' walaupun kita (Pakatan Rakyat) tak iktiraf pemberian
tersebut, supaya rakyat tidak anggap kerajaan mengetepikan tuntutan
mereka," ujarnya.

Bercakap pada pentas yang sama di Dewan MBSA Syeksyen 17, Khalid Samad,
Ahli Parlimen Shah Alam berkata, rakyat perlu mengambil iktibar daripada
kuasa rakyat dalam mengkritik secara terbuka ke atas cadangan kerajaan
untuk melaksanakan GST, tarik subsidi minyak dan penafian hak rakyat
Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak.

Tambahnya lagi, kerajaan sebenarnya sudah berana dalam keadaan paling
lemah berdasarkan amalan 'flip-flop' dalam ketiga-tiga isu tersebut.

Sehubungan itu, rakyat, penyokong Pakatan Rakyat dan Ahli-Ahli Parlimen
Pakatan Rakyat diajak terus berpadu dan menterjemahkan kritikan terhadap
kerajaan dalam isu Apco tersebut dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu
Selangor tidak lama lagi.

Turut menyertai Kamaruddin dan Khalid antaranya ialah Saifuddin Nasution
Ismail (Ahli Parlimen Machang merangkap Setiausaha Agung PKR) dan Haji
Azli Haji Yusof (Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam).

harakahdaily

Inter ke separuh akhir

07/04/2010 7:23am

MOSCOW 7 April - Inter Milan mara ke perlawanan separuh akhir Liga
Juara-Juara selepas menang, 1-0 ke atas kelab Rusia, CSKA Moscow pada
suku akhir kedua, awal pagi ini.

Inter mara dengan agregat, 2-0.

Gol Inter dijaringkan oleh Wesley Sneijder seawal minit keenam - Agensi.

FORMULA SIMPLE UNTUK MENGATASI KEMELUT PEMILIHAN CALON DI HULU SELANGOR!

Seperti yang telah aku janjikan di dalam artikel sebelum ini, bahawa aku
akan memberi sedikit idea atau formula simple untuk mengatasi kemelut
pemilihan calon, jangan risau aku tak akan cadangkan sepertimana yang
pernah dicadangkan oleh Tuan Husin Lempoyang

Idea aku simple je, ingat ya ini sekadar idea saja, bukan nak paksa
suruh sesiapa ikut idea aku ni, korang nak baca, bacalah kalau tak nak
pun tak apa, sebenarnya ada satu formula paling mudah untuk atasi
permasalahan ini, supaya tidak ada sesiapa yang berkecil hati nanti!

1. Apa kata kalau dilantik je si Palanivel tu jadi Senator, yalah dia
kan Timbalan Presiden MIC, lepas Samy No Value resign mesti dia la yang
akan memangku jawatan Presiden tu kan? So lantik je dia jadi Senator dan
selepas tu PM bolehlah fikirkan mana nak letak si Palanivel ni tadi,
jadi dia tak payah nak bertanding kat Hulu Selangor!

2. Letakkan saja calon UMNO di Hulu Selangor, bukan apa, sebab dah ramai
sangat yang mintak supaya diletakkan calon UMNO, memang ada baiknya juga
diletakkan calon UMNO sebab dengar khabarnya PKR nak letakkan Zaid
Ibrahim! Lagipun kalau nak lawan Zaid ni kena letak Mat Taib atau Dato
Zainal, baru power! Betul tak?

3. Buat calon dari MIC yang lain pula seperti Kamalanthan ke Murugesan
ke atau sesiapa saja yang masih muda lagi, mereka boleh bertanding dalam
PRU yang akan datang, come on la korang masih muda dan dinamik, kalau
korang kerja kuat PM mesti letak korang sebagai calon untuk mewakili MIC
pada PRU-13 yang akan datang.

So itulah dianya idea yang tak seberapa dari aku sebagai rakyat marhaen
ni, kena ingat dah ramai sangat yang mintak supaya diletakkan calon dari
parti UMNO, maka sebaiknya diletakkan je la calon dari UMNO, apa
salahnya kalau pucuk pimpinan dengar suara akar umbi kan?

Lagipun kalau UMNO bertanding kali ini, tak semestinya MIC tak boleh
bertanding kat situ untuk PRU yang akan datang kan? Sebab dari apa yang
aku lihat sekarang ni, momentum rakyat kat Selangor ni memang
berkehendakkan calon UMNO untuk bertanding di Hulu Selangor!

Dan aku percaya sekiranya diletakkan calon seperti Dato Haji Zainal
Sakom ka Tan Sri Mat Taib ka atau sesiapa saja la asalkan dari UMNO, aku
percaya rakyat tempatan disana akan memberikan sokongan yang penuh
kepada sesiapa je calon dari UMNO dan dengan ini kerusi tersebut boleh
dirampas dengan mudah oleh UMNO/BN!

Simple je kan? Buat apa nak pening-pening, ini cuma cadangan aku je la,
sekiranya PM nak lantik siapa yang dia fikir layak dan sesuai, aku tak
kisah, sebab tugas aku adalah mewakili suara rakyat, aku akan sampaikan
apa saja hasrat dari rakyat marhaen, itu aje, tak lebih tak kurang!

Apa pendapat korang? Ok tak formula ini?

by House PK

APCO dah jajah KDN?

Posted on April 6, 2010 by pemudasarawak

Posted by RAKYAT MARHAEN

Cerita pasai APCO ni mula heboh bila Anwar Ibrahim cerita di Parlimen
pasai 1Malaysia yang katanya ditiru dari 1Israel atas nasihat APCO. Bila
diugut untuk dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan kebebasan Parlimen atas
tuduhan fitnah kata 1Malaysia tiru1Israel atas nasihat APCO, Anwar
Ibrahim dedahkan lagi terperinci sapa dibelakang APCO dan apa bidang
tugas dia.

Nak bagi padam isu ni, media mainkan yang Anwar walaupun bercakap
panjang lebar mengenai APCO tapi depa kata dia tak menjawab soalan. Depa
kata dia tak bagi bukti pasai tuduhan tu, dan semalam mengesahkan
parlimen akan bawak usul menghadapkan Anwar ke jawatankuasa tu.

Anwar tambah lagi bagi panas isu tu bila dia dedahkan wujud perisik
Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM)

Isu APCO ni lagi bertambah panas bila didedahkan APCO dah masuk dalam
KDN yang didedahkan sendiri melalui iKDN, laman web rasmi KDN.

Harakahdaily melaporkan:

KUALA LUMPUR, 6 April: Lawatan firma perundingan antarabangsa APCO
Worldwide (APCO) ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 28 Oktober
tahun lalu, seperti yang dilaporkan oleh laman iKDN, portal rasmi
kementerian (gambar atas) tersebut seolah-olah memberi satu jawapan
berhubung sejauhmana firma yang dikatakan pro Zionis-Israel itu
berperanan dalam urusan keselamatan dalam negara.

Munurut portal rasmi kerajaan itu, http://www.ikdn.org, KDN telahpun
mengadakan pertemuan dengan beberapa perunding antarabangsa paling lewat
pada 23 Oktober tahun lalu.

Pertemuan itu, menurut portal KDN, adalah pertemuan kali yang kedua
dari empat pertemuan seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua belah
pihak.

Jelas sumber itu lagi, persetujuan KDN melantik APCO merupakan
aktiviti kesinambungan dari program `Supporting The Goverment Of
Malaysia: Building Intergrated Goverment Communication' anjuran
Jabatan Perdana Menteri (JPM) sendiri. – Harakahdaily

Nota kaki makan cekam: Lepas ni apa pulak pendedahan yang nak dibuat
pasai APCO ni. Cumanya, aku sikit susah hati bila memikirkan, orang
ramai dapat ka semua maklumat ni? :(

Bukti Nyata SPR Alat Kepada UMNO BN

Selepas bertindak sebagai badan pemantau bebas dalam sembilan pilihan
raya kecil sejak 2008, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk
tidak lagi mengiktiraf Badan Pemantau Pilihan Raya Bebas Malaysia
(Mafrel) bagi memantau pilihan raya kecil Hulu Selangor.

SPR memutuskan untuk tidak lagi melantik Mafrel atas alasan ia telah
melanggar syarat pelantikan — gagal mengemukakan laporan kerja
pemantauan yang dilakukan semasa kesemua sembilan pilihan raya kecil
sejak Ogos 2008.

Mafrel merupakan satu-satunya badan pemantau tempatan yang telah
diiktiraf SPR untuk memantau perjalanan pilihan raya khususnya sejak
enam tahun lalu.

"Kami tidak lagi melantik Mafrel sebagai badan pemantau bebas bagi
SPR ketika pilihan raya kecil di Hulu Selangor," kata Timbalan
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika
dihubungi The Malaysian Insider.

Difahamkan Mafrel kemungkinan hilang pengiktirafan SPR selepas ini,
tetapi boleh terus bertindak sebagai antara salah satu badan bukan
kerajaan pilihan raya.

Penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor diadakan
17 April ini manakala hari pengundian pula dijadual 25 April.

Lazimnya pelantikan SPR membolehkan Mafrel diberi `lesen' untuk
memantau perjalanan pilihan raya bermula dari hari penamaan calon
sehingga hari pengundian.

Sehubungan jelas Wan Ahmad, apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan Mafrel
adalah atas kapasitinya sebagai pertubuhan bukan kerajaan dan tiada
kaitan dengan SPR.

"Itu kenyataan-kenyataan Mafrel (mengecam pengumuman kerajaan BN di
Hulu Selangor), itu tiada kaitan dengan SPR," katanya.

Menurut Wan Ahmad, keputusan untuk tidak melantik lagi Mafrel tiada
kaitan dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh
Omar kelmarin, yang mendakwa Mafrel tidak layak memantau pilihan raya
kecil Hulu Selangor.

Noh mendakwa Mafrel bukan satu badan berwibawa kerana mengeluarkan
kenyataan sebelah pihak semata-mata.

"Ini kerana kami telah membuat keputusan itu lebih awal lagi,"
katanya.

Wan Ahmad berkata, SPR telah berulang kali meminta Mafrel supaya
mengemukakan laporan kepada SPR selepas berakhirnya setiap pilihan raya
kecil tetapi tidak diambil berat.

"Kita telah memberi peringatan demi peringatan kepada Mafrel supaya
menghantar laporan tetapi sejak sembilan pilihan raya kecil, bermula
dari Permatang Pauh tiada laporan yang diterima SPR," katanya.

"Itu syarat pelantikan Mafrel oleh SPR, menghantar laporan
pemantauan... sejak pilihan raya kecil Permatang Pauh (pada Ogos 2008)
sehingga pilihan raya kecil Bagan Pinang tahun lalu, Mafrel tidak
menghantar laporan walaupun diminta berbuat demikian," tambah Wan
Ahmad dengan menyifatkan Mafrel telah "mereka melanggar syarat
pelantikan."

Terdahulu dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider, Pengerusi
Mafrel Syed Ibrahim Syed Noh menegaskan tiada mana-mana pihak sama ada
SPR ataupun ahli politilk termasuk Noh berhak untuk menghalang daripada
membuat pemantauan perjalanan pilihan raya.

Bagaimanapun Syed Ibrahim berkeyakinan kerjasama baik sedia terjalin
antara pihaknya dengan SPR akan berterusan untuk melihat perjalanan
pilihan raya bebas dan adil bagi semua.

"Apa yang dikatakan oleh Datuk Noh adalah hak beliau dan kami pun
ada hak untuk memberikan pandangan," kata beliau.

Semalam Noh menggesa SPR supaya mengkaji semula peranan Mafrel sebagai
pemantau bebas pilihan raya atas alasan ia menjadi alat kepada parti
pembangkang kerana didakwa tidak bersikap bebas dalam menyatakan
pandangannya dan tidak layak dilihat sebagai sebuah badan yang
benar-benar menyalankan peranannya.

Noh berkata Mafrel sepatutnya menegur kedua-dua sekali, bukan hanya BN
kerana Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dari Pakatan Rakyat
juga mengagihkan geran tanah kepada penduduk tetapi tidak ditegur.

Beliau mempertikaikan kredibiliti Mafrel yang menyelar tindakan kerajaan
pusat meluluskan projek perumahan dan sekolah kepada penduduk di Hulu
Selangor yang didakwanya menyalahi peraturan pilihan raya.

Jelas Syed Ibrahim, Mafrel telah menjalankan peranannya sejak 2001
termasuk pilihan raya negeri Sarawak pada 2006 dan siri pilihan raya
kecil.

"Kami memantau dari luar dan dari dalam lingkungan hari pilihan
raya. SPR mengiktiraf kami dan meminta kami memantau pada hari
pengundian.

"Jadi kami membuat kerja sepanjang masa dan dari dalam ketika hari
pengundian. Apa yang tidak betul kami tegur dan laporkan dan apa yang
baik kami kata baik," katanya.

Oleh itu tegas beliau, Mafrel tidak terikat dengan mana-mana pihak. -MI

KJ - Jange Terlajok Manggak!

Ado sekor ...

anok beghuk ...

Masuk parti UMNO

warno hitei..

hati busuk...

nok jadi PM.... (2x)

kejadie Tuhe..

dipanggil beruk itei..

asalnyo dale hutei...

sejenis hewei... (2x)

kalu pasal peghanga huduh...

diolah yang paling panda...

sokmo dok berlakun kerano dio sayei tuei...

panda-panda beghuk melopat

jatuh tanoh jugok...

nok wi kabar..oghe jahat... jange terlajak manggok...

ooo...oghe zaman dulu...

pakat hambat beghuk...

bimbang ko oghe melayu...

takut jadi hambo... (2x)

nyo kepentinge melayu...

kalu de nyo buoei beghuk... pendek tahun tuh...

nyo melayu jadi hambo dalei negeri....

ooo...sekat bedil ado...

beghuk habih mati...

hok ni lah sayo raso...

kito suka sangat... (2x)

kito manusia...

tinggi mano pon kito ngaji...

nok wak beghuk sekor tentu skali nyo tok jadi ooo...

raso suko sunggoh....

tgk sekor beghuk hitei..

mapuh keno tembok...

sapa tokleh mapuh melayu... (2x)

bulu-bulu pon habis luruh...

air mato bera-bera...

maghi dale baruh bokali keno racun temakar..

The lyric is taken from KJ-10Q blog, and the actually dikir barat song
can be found here ... ENJOY ....

PRK HULU SELANGOR - HARAPAN TINGGI BUAT US BADRUL AMIN

Oleh: WFAUZDIN NS

Sejak awal lagi blog saya ini menyokong Us Badrul Amin agar dicalonkan
sebagai calon PKR di Parlimen Hulu Selangor nanti. Undian yang saya
adakan buat pengunjung-pengunjung blog saya setakat ini menunjukkan Us
Badrul Amin masih mendahului lain-lain calon termasuk dua calon yang
dikatakan hampir terpilih iaitu Dato' Zaid Ibrahim atau Ketua AMK Sdr
Shamsul Iskandar.

Semakin hangat diperkatakan dua tokoh iaitu Dato' Zaid dan juga Sdr
Shamsul Iskandar salah seorangnya akan dipilih oleh pimpinan PKR, namun
bagi saya selagi calon tidak diumumkan sebelum 13hb ini saya masih
berharap agar Us Badrul Amin terlekat sebagai calon. Tidak banyak faktor
yang membuatkan saya berfikir bahawa Us Badrul layak dan sesuai untuk
dicalonkan, Di antaranya adalah kerana;

a. Seorang ilmuan agama, bekas Pensyarah UIA yang tentunya dari golongan
intelektual.

b. Seorang Reformis tulen yang sering bersama rakyat berhimpun, berarak
di jalanan dan merasai susah getirnya menjadi seorang pejuang reformasi.

c. Pernah diuji serta ditahan di bawah ISA demi memperjuangkan keadilan.

d. Seorang Pendakwah terkenal dan `glamour' di kaca TV suatu ketika
dahulu menjadikan nama beliau sebaris dengan Prof Dr Haron Din, Us
Ismail Kamus, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dr Hassan Ali. Tentunya masih
diingati dan disukai oleh pengundi-pengundi Melayu Islam yang menjadi
majoriti di Hulu Selangor.

e. Tidak ada isu kontroversi yang membuatkan nama beliau tidak disukai
oleh Non Muslim samada berbangsa Cina atau India.

f. Beliau tidak meminta-minta jawatan walaupun beberapa kali tewas di
dalam pilihanraya sebelum ini, bahkan beliau semakin komited dengan
perjuangan.

g. Hubungan akrab beliau dengan pimpinan PAS di semua peringkat dapat
menarik minat pengundi-pengundi dari PAS untuk bekerja lebih kuat bagi
memenangkannya jika beliau terpilih.

Itu adalah sebahagian daripada faktor yang saya rasakan melayakkan
beliau menjadi calon buat PKR. Alasan yang menyatakan beliau seorang
yang agak keras ketika berceramah pada saya satu alasan yang remeh.
Berapa ramai pimpinan kita samada dari PKR, PAS mahu pun DAP yang keras
juga ketika berceramah tetapi mengapa mereka dipilih juga oleh rakyat?
Apa yang perlu dilihat apakah kerasnya isi kandungan ceramah itu kena
pada tempat atau dibolehkan. Tuan Guru Nik Aziz seorang penceramah yang
begitu lembut, tetapi pada sesuatu isu beliau juga berucap dengan nada
yang agak keras juga.

Di dalam perjuangan Islam, di kalangan pemimpin mestilah ada yang keras
dan lembut. Sahabat Nabi sendiri ada yang berpewatakan keras seperti
Sayyidina Omar R.A yang sering sahaja menghunuskan pedang, dan ada juga
sahabat yang begitu lembut seperti Sayyidina Ali R.A. Sekiranya semua
pejuang ini berpewatakan lembut, nescaya pihak lawan tidak lagi gerun
malah akan mempermainkan Islam itu sendiri. Oleh yang demikian,
uslub-uslub yang berbagai ini perlu ada asalkan tidak melanggar batasan
agama itu sendiri.

Ini kempen atau lobi saya secara peribadi yang terakhir dari saya buat
Us Badrul Amin. Seandainya beliau tidak juga tercalon, saya tetap
mengharapkan agar calon yang dipilih itu mestilah lebih baik dari Us
Badrul Amin dan pastinya kita sebagai pejuang kecil di dalam PR ini akan
tetap menyokongnya. Kita menaruh keyakinan pimpinan kita tidak lagi
silap di dalam menentukan calon kerana kita tidak lagi mahu `menternak
berudu' yang tiba masanya berubah menjadi `katak'.
/wfauzdin.blogspot.com

Posted by WFAUZDIN NS

Arini den sokong Arsenal

oleh ali :

Salam satu Eropah. Majoriti pasti sokong Barca. Dah la main kek Nou
Camp. Dah tontu lauk Arsenal malam ni. Tapi den ni kenkadang suko sokong
pasukan underdog. Arsenal kalau nak monang, jangan turunkan Bendtner.
Ini lah penyerang paling mangkuk dalam EPL. Eduardo atau Ashrvin turun
baru bagus. Tapi budak Rusia tu cedera tak salah den. Arsenal ado
peluang monang 1-0 kalau Theo Walcot main sepenuh masa dan boleh pocut
bawah 10 saat kek bolah sayap sepanjang 90 minit permainan. Lagipun
Puyol dengan Pique kono gantung tak bertali bai. Alamak game dah sotart.
Den blah dulu.

by ali

Ramai Hendak Dengar Forum Perdana Dr Zambery

Ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk mengikuti Forum Perdana
yang disertai sendiri oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery
Abdul Kadir di Mesjid Toh Paduka di Ijok selepas solat Isyak malam ini.

Ini adalah kali pertama Dr Zambery menjadi panel forum tersebut bagi
mengupas tajuk "Kerajaan Perak Aman Jaya membangunkan Ummah" bersempena
dengan lawatan beliau ke DUN Kubu Gajah dari 7 hingga 8 April.

Seorang lagi ahli panel yang akan diadakan di perkarangan Mesjid Toh
Paduka Kampung Mesjid itu iialah Ustaz Kazim Elias.

Pada petang semalam, ketika saya berada di Ijok, persiapan oleh tenaga
petugas di Mesjid Toh Paduka berjalan rancak. Dr Zambery bersama jemaah
yang lain akan juga berqiamulai.

Ini adalah lawatan resmi yang pertama Menteri Besar ke DUN Kubu Gajah.
Dr Zambery akan menyampaikan kunci bantuan rumah PPRT di Mesjid Toh
Paduka.

Selepas melawat Pusat Homestay di Bagan Bahru dan beramah mesra dengan
masyarakat tempatan, Dr Zambery akan turun padang bermain Bola Sepak
persahabatan dengan pasukan ADUN Kubu Gajah di padang Majlis Daerah
Bagan Bahru.

Pada pagi Khamis, selepas sarapan pagi di gerai makan di pekan Ijok,
beliau akan meninjau sebentar Air Terjun yang ketiga tertinggi di Asia
Tenggara di Titi Dua, dekat Sungai Jerneh sebelum berlepas untuk melawat
Ladang Ternakan Kambing Bore Negara dekat Sungai Segar, Pondok Tanjong.

Menteri Besar kemudian akan ke Rancangan Tanah Felcra Tebing
Tinggi/Sungai Marlow untuk menyampaikan hak milik dan mendengar taklimat
sebelum menghadiri makan tenghari bersama penduduk di Latar Tebing
Tinggi dekat Ulu Mengkuang.

Pada sebelah pagi Rabu, Dr Zambery akan mempengerusikan Mesyuarat EXCO
di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kecil Selama, sebelum mengadakan sessi
dailog dan minum petang.

by DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN

CERITA PENUH KISAH NIZAR DIHALANG MASUK KAMPUNG

Maaf kerana agak terlewat membuat posting. Janji tengahari, sekarang
sudah petang. Saya terlebih dahulu kena turun ke Kg Jalan Kebun,Klang
untuk mengetahui kisah sebenar apa yang terjadi. Saya dibawa oleh
seorang rakan yang bernama Yusoff untuk bertemu orang kampung bagi
mengetahui cerita sebenar. Yusoff juga adalah penduduk Jalan Kebun.

Kg.Jalan Kebun terkenal sebagai lubuk reformasi pada sekitar tahun
1999-2002. Mungkin orang-orang kampung di tempat lain mereka tidak
pernah lihat Polis FRU , tetapi, tidak di Kg Jln Kebun, mereka sudah
terlebih kenal dengan lori kepala merah dan water canon. Begitulah
hebatnya Kg Jln Kebun.

Bagaimanapun gelombang reformasi disana mula menyusut menjelang tahun
2002 dan sekarang tiada lagi.

Untuk pengetahuan anda, Kg.Jln Kebun terletak bersempadan antara Shah
Alam & Klang. Pejabat Tanah dan Daerah termasuk dalam Klang. Manakala
PBT dan Polis termasuk dalam Shah Alam.

Hubungan kemasyarakatan dan kejiranan penduduk disana amat padu. Mereka
bersatu padu dan tolong menolong antara satu sama lain tanpa mengira
fahaman politik. Perbezaan politik tidak menjadi halangan kepada mereka.
Bab politik mereka buang ketepi, bila sampai masa mengundi mereka
terjemahkan mengikut selera masing-masing. Selepas habis mengundi
selesai masalah, mereka bersatu kembali.

Mereka bersatu dalam segenap sudut, baik kenduri-kendara, kematian,
gotong royong dan sebarang majlis. Mereka tidak suka berpecah belah atau
menghasut.

Di dalam kampung berkenaan terdapat banyak kedai-kedai. Klinik, kedai
eletrik, kedai jahit, spa, kedai dobi dan sebagainya. Pendek kata semua
ada disana. Semuanya milik orang Islam. Yang tiada kedai ekor, rumah
urut, kelab malam dan yang sewaktu dengannya.

Pernah terjadi seorang bukan Islam membuka kedai gambar disana. Tidak
sampai dua minggu kena tutup dan tuan kedai yang berbangsa melayu
diherdik cukup-cukup oleh orang kampung kerana menyewakan kedainya
kepada bangsa lain. Orang-orang kampung kutip duit dan mereka nak sewa
kedai berkenaan asalkan peniaga berkenaan keluar. Begitulah kuatnya
perpaduan penduduk-penduduk kampung berkenaan.

Penganjuran ceramah-ceramah politik sudah menjadi perkara biasa disana.
Mereka tiada masalah, asalkan bukan orang DAP yang datang. Mereka cukup
pantang dengan DAP. Nik Aziz, Hj.Hadi, Mat Sabu , Khir Toyo, Ezam Md Nor
dan ramai lagi yang pernah datang ceramah disana, tidak menjadi masalah
kepada mereka. Yang Umno boleh datang dengar ceramah PAS dan yang PAS
boleh datang dengar ceramah Umno. Unik kan penduduk disana ?

Tetapi, bila mereka tahu Nizar hendak datang ceramah disana semalam,
mereka tidak boleh terima. Turut sama dalam ceramah berkenaan semalam
ialah Adun Sri Muda,Suhaimie dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah.

Yang terlebih galak hendak bawa nizar berceramah disana ialah Dr.Mariah.
Ini sebagai tindakan balas dendam kerana tiga minggu lepas Khir Toyo dan
Ezam telah berceramah disana.

Orang-orang kampung tidak boleh terima nizar dan mereka tidak
membenarkan nizar memasuki kampung mereka kerana bagi mereka nizar
adalah barua DAP. Suhaimie dan Dr. Mariah mereka benarkan, ini kerana
mereka berkata, dua YB berkenaan berhak bercakap di kampung itu kerana
mereka mewakili kawasan berkenaan.

Orang-orang kampung membuat puluhan banner yang berbunyi 'Nizar Barua
DAP' 'Pengkhianat Bangsa Jangan Masuk Kampung Ini' . Banner tersebut
digantung di sekeliling kampung.

Akhirnya beberapa rumah penyokong PAS yang bersetuju menjadi tempat
ceramah sebelum itu terpaksa membatalkan persetujuan mereka kerana
bimbang mereka dimarahi orang kampung.

Dr.Mariah semakin tertekan, kerana tiada pilihan beliau datang memujuk
seorang ahli PAS di kampung berkenaan agar setuju meminjam rumahnya
untuk dijadikan tempat ceramah. Tuan rumah berkenaan juga agak keberatan
untuk memberinya. Tetapi setelah dipujuk-pujuk dan mungkin juga
dihulurkan sedikit not , maka tuan rumah bersetuju dalam keberatan.

Di tempat ini ceramah diadakan semalam

Saya difahamkan setiap hari Dr.Mariah menghubungi tuan rumah berkenaan
bagi tujuan membodek agar dia juga tidak membatalkan persetujuan.

Saya juga difahamkan tuan rumah tersebut telah dipanggil menghadap
J/Kuasa Tatertib,Hak dan Kebebasan Kampung bagi memberi penjelasan
kenapa dia membenarkan nizar berceramah di rumahnya.

Kemuncak kepada kemarahan orang kampung ialah, apabila malam tadi lebih
kurang 300 orang termasuk dari kalangan orang Umno,Pas, PKR dan yang
tidak berparti berkumpul dan membuat sekatan di pintu masuk utama ke
kampung berkenaan bagi mengalang Nizar masuk. Satu persatu kereta yang
masuk ke kampung berkenaan disuluh oleh mereka.

Di simpang inilah nizar ditahan semalam

Akhirnya tiba giliran kenderaan yang membawa nizar masuk , mereka halang
nizar dari memasuki kampung berkenaan dan mereka paksa kenderaan
tersebut bergerak terus menuju ke Kg. Kebun Baru, Sijangkang.

Selepas setengah jam mereka mendapat berita nizar telah berjaya sampai
ke tempat ceramah dengan menggunakan jalan anak.

Apa lagi, berdesup semua menghidupkan enjin motosikal dan kereta
masing-masing menuju ke tempat ceramah yang hanya 400 meter dari situ.

Sampai disana wakil penduduk datang berjumpa Dr.Mariah dan tuan rumah,
meminta mereka agar tidak membenarkan nizar berceramah, jika tidak
mereka akan ganggu program tersebut. Anggota polis juga telah sampai.
Setelah perbincangan diadakan mereka bersetuju membenarkan nizar
berceramah dalam masa 30 minit sahaja, tetapi tidak boleh memuji DAP.

Jam lebih kurang 10 malam. Sebaik sahaja berada di depan pembesar suara,
jelas kelihatan di skrin yang disediakan muka nizar agak pucat ,mungkin
ketakutan dan percakapannya agak gugup.

Nizar memulakan ceramah dengan memuji-muji penduduk Kg.Jalan Kebun dan
orang-orang Umno dan disambut dengan sorakan oleh penduduk kampung. Nak
membodek katakan.

Selepas itu dia baca Hadis pula, suaranya terputus-putus. Tiba-tiba,
mungkin akibat ketakutan dia berceramah dalam bahasa inggeris pula lebih
kurang 15 minit. Akhirnya sekali lagi dia di booo oleh orang kampung.

Kemuncaknya ialah bila dia berkata DAP telah menerima dakwah dari PAS
dan tidak lagi menentang Islam. Orang kampung mula bersuara kuat dan ada
yang sudah bergerak ke arah pentas ceramah. Pendengar yang datang
mendengar ceramah sekitar 300 orang tidak berani berbuat apa-apa kerana
mereka sedar mereka orang luar dan tiada hak di kampung berkenaan.

Unit amal PAS mula mengelilingi nizar dan akhirnya nizar terpaksa
menghentikan ceramahnya pada jam 10.30 malam selepas 25 minit
berceramah. Mungkin beliau amat takut dengan situasi yang nampaknya mula
tegang.

Akhirnya teserlahlah belang nizar yang sebenar. Selama ini beliau
digambarkan sebagai seorang pendekar yang gagah berani dan hebat
sehingga Sultan pun dilawannya. Rupa-rupanya beliau seorang pendekar
tempang yang pengecut.

Saya juga difahamkan Dr.Mariah terpaksa cabut balik lebih awal kerana
malu dengan insiden yang terjadi. Manakala nizar terpaksa tunggu
sehingga hampir jam 1 pagi untuk pulang sambil diiringi belasan buah
motosikal sebagai pengiring untuk menjaga keselamatan hingga ke lebuh
raya Kesas.

Syabas kepada penduduk Kampung Jalan Kebun kerana anda telah mencipta
sejarah. Belum pernah terjadi lagi peristiwa sebegini. Semoga peristiwa
ini diambil sebagai iktibar oleh penduduk-penduduk tempat lain yang
nizar akan datang berceramah selepas ini. Ulangi peristiwa ini di tempat
anda, supaya barua DAP terus pupus.

Ingat Allah maha kaya. Sebelum ini nizar bukan main bangga lagi bila
seorang penyokongnya menghalang pemandu Datuk Seri Dr.Zambry meletak
kenderaan rasmi MB di tanahnya, semasa MB Perak melawat mangsa ribut di
Lumut tahun lepas. Sekarang giliran dia pula dihalang dan dihalau
penduduk kampung.

Kepada pembaca pula saya mohon maaf. Saya langsung tidak tahu menahu
langsung tentang apa yang dirancangkan oleh penduduk Kampung Jalan Kebun
malam tadi. Jika saya tahu sudah pasti saya kesana malam tadi untuk
melihat keadaan sebenar. Apatah lagi jarak antara rumah saya di Puchong
ke sana tidak lah jauh sangat. Betul-betul terlepas peluang keemasan
melihat barua DAP dihina malam tadi.Sayang seribu kali sayang.

Saya hanya tahu perkara ini bila bangun dari tidur pagi tadi. Saya
melihat ada panggilan tidak dijawab oleh rakan saya yang tinggal disana.
Bila saya menghubungi beliau kembali, barulah saya tahu cerita. Saya
terus membuat posting jam 7 pagi tadi. Jam 1 tengahari tadi saya
bergegas ke sana untuk mendengar cerita sebenar dan melihat suasana agar
dapat dilaporkan secara terperinci kepada anda.

Update - Sedikit tambahan, semasa gelombang reformasi kuat di kampung
tersebut dan pada tahun 2001 pernah ada rancangan untuk membawa Lim Kit
siang berceramah disana. Orang kampung tentang habis-habisan. Mereka
tidak benarkan walaupun seinci tapak kaki Lim Kit Siang pijak kampung
mereka. Akhirnya ia terpaksa dibatalkan. Selepas itu lah gelombang
reformasi mula mengecut di kampung berkenaan.

Posted by ruang bicara faisal

Rakyat Mahu Kerajaan Baru, Bukan Ekonomi Model Baru

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Pada 30 Mac yang lalu Najib Tun Razak mengumumkankan kepada rakyat
kononnya satu reformasi ekonomi Malaysia melalui pengenalan bahagian
pertama Model Ekonomi Baru ( MEB). Bahagian kedua MEB akan diumumkan
pada bulan Jun nanti.

MEB mengandungi 8 inisiatif perubahan yang dicadangkan oleh Kerajaan
BN.Di dalam laporan yang disediakan oleh Majlis Penasihat Ekonomi
Kebangsaan ( MPEK ) didedahkan satu penilaian yang agak terbuka tentang
apa yang tidak kena dengan ekonomi Malaysia sebelum ini . MPEK juga
mendedahkan halangan-halangan yang mengakibatkan pencapaian ekonomi
negara yang tidak memberangsangkan

Kadar pertumbuhan tersebut mula menurun dalam beberapa tahun
kebelakangan ini kepada purata 4.5 hingga 5 peratus sahaja.

MEB sepertimana slogan 1 Malaysia adalah slogan-slogan baru yang
dicanangkan kepada rakyat negara ini. Menjadi satu trend dalam negara
ini setiap kali berlaku pertukaran Perdana Menteri maka bertukar juga
slogan-slogan manis yang dicanangkan kepada rakyat. Satu Malaysia ganti
Islam Hadhari. MEB ganti DEB.

Bagaimanapun satu perkara yang tidak bertukar adalah sama ada konsep
Islam hadhari atau 1 Malaysia atau DEB atau MEB idea-idea ini masih
datang dari partai politik yang sama yang menerajui negara ini selama
ini- UMNO atau Barisan Nasional ( BN ). Sejarah membuktikan idea-idea
seperti DEB meskipun manis dari segi konsep dan niatnya namun bercelaru
apabila tiba waktu pelaksanaannya.

DEB yang bertunjangkan idea yang baik iaitu untuk menyusun semula
masyarakat dan menbanteras kemiskinan diakui oleh Najib sendiri dalam
ucapannya dengan kata-kata berikut " untuk sekian lama, perlaksanaan
dasar affirmative ( DEB ) tidak sampai kepada pihak-pihak yang perlu
kepada dasar tersebut". Secara mudahnya DEB gagal.

Para penganalisa ekonomi meskipun mengambil sikap terbuka menerima
konsep MEB ini namun masih ragu-ragu sama ada perlaksanaannya akan
benar-benar dapat dilakukan dengan jayanya. Melihat kepada beberapa
tulisan di dalam "the edge" seperti tulisan oleh Azam Aris (
"the missing political will" ) dan Anna Taing ( "So much to
do and so little time to do it ") adalah jelas mereka percaya dasar
ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya selagi mana budaya
"rent seeking and patronage" masih terus berleluasa.

Azam menulis " budaya rent seeking dan sistem patronage adalah
faktor besar yang menyumbang kepada ketirisan dan kebocoran dalam
ekonomi- sebahagian menyatakan beratus-beratus billion ringgit- yang
membawa kepada persekitaran ekonomi yang tidak cekap dan berdaya saing.
Budaya ini berkait rapat dengan amalan rasuah"

Secara mudahnya budaya "rent seeking " berlaku apabila mana-mana
individu atau syarikat atau organisasi menggunakan segala sumber yang
mereka ada untuk mendapat faedah-faedah ekonomi daripada Kerajaan tanpa
mengembalikan semula faedah-faedah yang mereka terima itu kepada
masyarakat. Contoh rent seeking adalah apabila syarikat melobi pihak
Kerajaan bagi mendapatkan pinjaman, geran atau perlindungan tariff di
mana aktiviti-aktiviti ini tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada
rakyat bawahan kerana ianya hanya adalah satu pengagihan semula sumber
–sumber dari pembayar cukai kepada golongan-golongan yang mempunyai
kepentingan tertentu.

Apa yang didedahkan oleh Azam bukan satu omongan kosong. Sejarah Umno
mengurus ekonomi negara membuktikan apa yang dikatakan oleh Azam adalah
satu realiti. Sebagai satu contoh kita lihat pendedahan yang dilakukan
oleh Barry Wain tentang budaya rent seeking dan patronage" di dalam
bukunya "Malaysia Maverick Mahathir Mohamed in turbulent times"
. Di m/s 186 buku tersebut Barry Wain menulis bagaimana Mantan Presiden
Umno itu menberikan kontrak projek empangan Bakun di Sarawak bernilai RM
15 bilion tersebut kepada Ting Pek Khiing yang mempunyai hubungan rapat
dengan mantan presiden Umno itu.

Barry Wain menulis "Dr Mahathir memberi keizinan kepada Ekran Bhd (
syarikat milik Ting Pek Khiing ) pada awal tahun 1994 selepas Ting dan
Ketua Menteri Sarawak yang amat berpengaruh iaitu Abdul Taib Mahmud
secara bersendirian membincangkan projek tersebut hanya dalam beberapa
minggu sahaja. Tiada persaingan /tender yang terbuka dibuat , Ekran yang
tidak mempunyai apa-apa kepakaran atau pengalaman dalam projek pembinaan
empangan tidak mengemukakan apa-apa cadangan kepada Kerajaan Negeri
sebelum mendapatkan kontrak tersebut. Ting hanya mengemukakan kajian
kesan kepada alam sekitar ( environmental impact study ) hanya setelah 6
bulan beliau mendapatkan kontrak tersebut."

Barry Wain juga menulis rakan kongsi kepada Ekran iaitu "Swiss
Swedish engineering powerhouse Asea Brown Boveri Ltd. iaitu syarikat
yang dipilih oleh Kerajaan Malaysia bagi mengetuai Konsortium pembinaan
empangan bakun itu telah bertelingkah dengan Ekran apabila Asea Brown
Boveri Ltd. membantah pemberian kontrak berjumlah RM 9 bilion kepada
empat syarikat yang Ekran mempunyai kepentingan tanpa tender terbuka.
Bantahan itu mengakibatkan syarikat asing itu dikeluarkan sebagai rakan
kongsi Ekran.

Pendedahan Bary Wain itu satu contoh daripada beberapa contoh yang
menunjukkan budaya rent seeking dan patronage boleh merosakkan sebarang
dasar atau teori ekonomi meskipun dihiasi dengan kata-kata yang indah.
Apa jaminan selagi Umno memerintah budaya tidak sihat sepertimana dalam
kes Bakun itu tidak akan berlaku dan merosakkan kata-kata indah yang
mendasari MEB yang dicanangkan oleh Najib.

Sepertimana yang dikatakan meskipun MEB adalah idea baru namun ianya
datang dari pemimpin Umno- parti yang sama memperkenalkan DEB dan dalam
masa yang sama menggagalkan DEB kerana perlaksanaannya yang penuh dengan
ketirisan, kronisme , nepotisme dan juga rasuah di mana-mana.

Apa yang lebih malang di zaman Umno memerintah krisis keyakinan melanda
institusi –institusi penting negara ini . Keyakinan para pelabur
terhadap integriti institusi kehakiman sebagai contoh sehingga kini
masih belum pulih sekaligus ia merencat iklim pelaburan. Bukan menjadi
rahsia lagi para pelabur asing lebih rela dan yakin kes –kes mereka
dibicarakan oleh timbangtara yang dikendalikan di luar negara daripada
dibicarakan oleh Mahkamah di negara ini. Atas dasar itu semasa
menandatangani mana-mana kontrak di negara ini para pelabur ini akan
mengarahkan para peguam mereka meletakkan klausa di dalam perjanjian
bahawa sebarang pertikaian yang berlaku hendaklah diputuskan oleh
timbangtara dan bukannya oleh Mahkamah di Malaysia. Lihatlah betapa
hinanya institusi kehakiman setelah dirosakkan oleh Umno.

Atas dasar itu rakyat mempunyai alasan yang kukuh untuk meragui konsep
MEB meskipun dasar itu dihiasai dengan pelbagai kata-kata yang enak dan
manis didengar. Najib mengatakan bahawa MEB masih mengekalkan dasar
affirmative tetapi ianya kini berdasarkan empat prinsip – prinsip
mesra pasaran ( market friendly ), prinsip berdasarkan merit ( merit
based ), prinsip berdasarkan keperluan ( need based ) dan prinsip
ketelusan ( transperancy ). Ya memang sedap didengar tetapi dengan trek
rekod yang buruk BN mengurus ekonomi negara ini adakah kata-kata yang
indah itu yang diperlukan oleh rakyat pada ketika ini ?

Iklan

WM : Seorang kawan pohon bantuan .Ada siapa yang tahu dimana boleh
dapatkan UBI JAGA dan AKAR JELATEK..penting untuk saya dapatkannya
segera, jika anda semua tau dimana sumber yang saya boleh perolehinya
email nieza_iraniey01@yahoo.com atau hubungi 012-2990131 nieza

Anwar takut digulai Nazri di Dewan Rakyat

Selepas di gulai Nazri, Anwar sudah mula takut-takut pada Nazri. Anwar
dicabar Nazri pada hari Isnin bertemu dalam Dewan Rakyat. Baca laporan
Agendadaily berikut:

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tak perlu bising-bising di
luar Dewan Rakyat memburukkan kerajaan berhubung isu Apco sebaliknya
kena jadi `lelaki' berani memberi keterangan kepada Jawatankuasa
Hak dan Kebebasan Parlimen jika usul menghadapkannya ke jawatankuasa itu
diluluskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan
tindakan Anwar berceramah mengenai isu itu termasuk memberi gambaran
kemungkinan beliau akan digantung sebagai Ahli Parlimen adalah kempen
murahan untuk pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Tindakan itu katanya seolah-olah hendak mendapat simpati dari luar
kerana bimbang tidak dapat membela diri di dalam Dewan Rakyat apabila
kesnya dibahaskan kelak.

"Saya tunggu dia dalam Dewan...tak perlu keliling dan bising-bising
kat luar, Saya cabar dia jadi lelaki jawab dalam Dewan," katanya
Nazri yang menganggap Anwar kaki spin kerana cuba mengelirukan rakyat
dengan dakwaan mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel serta pembabitan
Apco.

"Dia kaki spin. Orang lain kelirukan Dewan, mereka (pembangkang)
suruh ambil tindakan. Bila kena kat dia, seolah-olah dia kebal. Saya
hanya tahu peraturan. Saya cabar jadi lelaki. Saya bukan boleh jawab kat
luar," katanya kepada media di pejabatnya di Parlimen, Isnin.

Ahad malam,Anwar membangkitkan isu Apco dalam ceramahnya di Hulu
Selangor.Beliau antara lain mencabar BN mengambil tindakan keatasnya di
Dewan Rakyat.

Katanya, "Kalau betul-betul berani, saya tunggu dalam
Dewan,"tegasnya.

Menurut menteri itu isu ini diketahui umum dan apabila diminta beri
penjelasan dalam Dewan Rakyat Selasa lalu Anwar menyebut perkara-perkara
yang tiada kaitan.

Menurut Nazri, beliau akan menyerahkan notis kepada Speaker Dewan Rakyat
untuk merujuk Ketua Pembangkang itu ke jawatankuasa berkenaan petang
ini.

" Ini urusan kerajaan, mesti didahulukan, mesti dibentangkan sebab
usul dari kerajaan," Katanya lagi.

Sehubungan itu, Nazri juga berkata BN akan mengemukakan usul tersebut
pada 22 April, yang juga merupakan hari terakhir bagi sidang pertama,
penggal ketiga bagi sesi parlimen ke-12.

Makanya Anwar berdepan dengan kemungkinan diberi amaran atau digantung
sebagai Ahli Parlimen untuk tempoh yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Nazri hairan kenapa ahli-ahli parlimen pembangkang lain
lebih banyak mempertahankan Anwar dalam perbahasan mereka di Dewan
Rakyat daripada membangkitkan perkara kepentingan rakyat mahupun
pengundi masing-masing.

"Kata Pakatan Rakyat. Ni pakat-pakat nak bela Anwar," sindirnya.

Beliau juga menyifatkan tidak wajar Anwar memanggilnya biadap ketika
ahli parlimen Permatang Pauh itu berhujah di Dewan Rakyat baru-baru
ini.-5/4/2010

Sumber: Agendadaily

KDN sendiri yang sahkan

Punya kalut riuh rendah habih bila dah depa terdesak kena asak. Anwar
kata Apco ni ada kaitan dengan Israel, yang hangpa gatai nak lantik depa
sebagai tuan penasihat tu pasai apa.

Ada yang nahi nahi punya nafi. Ada yang berdolak dalik punya nak bagi
cantik. Malah ada yang berfatwa baik punya nak bagi nampak barakah.
Kalau ikut Harakah disini, memang dah sah dah Apco Worldwide terlibat.
Nak nafi apa lagi. Cuba hangpa siasat siapa sebenarnya Apco ni, dan
kalau dah sah ada kepentingan Israel dalamnya, terminate saja
perkhidmatan. Dok gagah nak tegak benang basah tu buat apa?

18 Mac lalu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Mohamed
Nazri Aziz dalam jawapan lisannya kepada Dewan Rakyat memberitahu,
inisiatif kerajaan melantik APCO menguruskan perkhidmatan komunikasi
menyeluruh dalam kerajaan supaya kerajaan mampu meningkatkan lagi
kapasiti perkhidmatannya dalam bidang komunikasi.

Habih tu, kalau dah depa yang nasihat dan jaga pasai komunikasi, tak
bocor lagi ka maklumat pertahanan negara? Bersembang ikut pungkok betoi
la geng hangpa ni...

shalehudin


Messages in this topic (1)

Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
• Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
• Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
• Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com

------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/

<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
dunia-politik-normal@yahoogroups.com
dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

------------------------------------------------------------------------

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com