20100409

SPR masih raja di Malaysia

Setiap kali nak pilihanraya saja, SPR pasti menjadi punching bag bagi Pakatan Rakyat.

Isu isunya tak banyak berubah, masih bertenggek pada isu isu lapuk yang langsung tak diberi perhatian oleh SPR sejak dulu iaitu salah satu dari cawangan Umno yang paling raja di Malaysia. Terbaru menjelang pilihanraya kecil Hulu Selangor, MP bagi Machang, Sdr Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan di dewan Rakyat bahawa daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR tidak bersih.

"Hari ini senarai daftar pemilih di Bangladesh, kertas undi akan dikeluarkan setelah identiti mereka dikenal pasti secara pasti melalui tangan dan apabila wajah mereka tertera di skrin komputer, kertas undi dikeluarkan maka tidak ada lagi pertikaian di negara yang politiknya bergolak gara-gara daftar pemilih dan saya fikir itu boleh kita contohi kerana saya berpendapat di mana ada kemahuan di situ ada jalan," tegas Saifuddin dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di Dewan Rakyat.

Dari segi ketelusan nak dibandingkan dengan Bangladesh pun kita dah jauh ketinggalan... tok sah cakap la negeri negeri maju yang lain...

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com