20100425

Live PRK Hulu Selangor : 12.23% Telah Mengundi Setakat 12.00 TENGAHARI(TERKINI)

Proses mengundi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor bermula pagi ini sebaik sahaja pusat-pusat mengundi dibuka pukul 8 pagi ini.

Sejumlah 48 pusat mengundi yang ditempatkan di 47 sekolah dan dewan masyarakat yang menyediakan 136 saluran mengundi mula dibuka untuk pengundi pagi ini, dengan diselia oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia diketuai oleh pegawai pengurus pilihan raya Nor Hisham Ahmad Dahlan yang merupakan Pegawai Daerah Hulu Selangor.

Seramai 63,701 pengundi dijangka mengundi hari ini untuk memilih Anggota Parlimen baru kawasan itu, bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin.

7.45 am : Petugas dari AMK telah menahan 10 bas yang didakwa dipenuhi dengan pengundi hantu dari IKBN Ampang Pecah, berhampiran Kuala Kubu Baru.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin menyatakan mereka menunggu kedatangan polis untuk menyiasat 10 bas berkenaan.

8.00 am : Proses pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor bermula sebaik sahaja 48 pusat mengundi dibuka tepat jam 8.00 pagi

8.05 am : Di Sek Keb. Rasa, Para petugas dari PAS dan Keadlilan memulakan tugas di barung dan tepi jalan dengan mengibarkan bendera parti dan poster calon.

8.30 am: Bertaus-ratus pengundi kelihatan beratur di Pusat Pembuangan Undi Sg Tengi. Situasi tenang sekalipun kedua-dua pihak saling jerit menjerit antara satu sama lain

8.50 am: Harakahdaily melaporkan : Di pusat pengundian Sek. Ren J.K.C Khing Ming, kawasan pengundi Cina, keadaan juga masih lagi lengang.

Peyokong Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP berbaris di sepanjang jalan membawa bendera dan poster calon.

Hadir sama, Exco kerajaan negeri Selangor, Ronie Liu. Penyokong BN bagaimanapun tidak kelihatan.

9.00 am : SPR menyatakan 7,891 atau 12.23pc telah membuang undi setakat 9 am.

9.12 am Lawatan pertama Calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pagi ini ialah di Pusat Pembuangan Undi Sekolah Rendah Bandar Baru Batang Kali.

9.15 am Petugas PAS menganggarkan 100 daripada 1250 pengundi di SK Bkt Sentosa telah keluar mengundi.

10.00 am Polis leraikan pertelingkahan berpunca dari pertikaman lidah di antara penyokong PR dan BN di SRJK (Cina) Serendah.

10: 17 am : Sek. Keb. Bandar Bharu Batang Kali. suasana mula hingar bingar mula berlaku ekoran saling berbalas sorakan oleh kedua-dua belah pihak penyokong.

Para wartawan berkumpul di sini sekoran menunggu ketibaan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

10.19 am Pengundian agak lembab Bukit Beruntung apabila kurang dari 10 peratus dari 1,400 pengundi di SK Bukit Beruntung menunaikan kewajipan mereka.

10.20 am Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Salleh sampai di Sek. Keb. Bandar Bharu Batang Kali. Kekecohan tercetus apabila beliau ditolak oleh sekumpulan penyokong BN sehingga menyebabkan beliau hampir terjatuh.

10.45 am Kenyataan SPR menyatakan 16,932 pengundi atau 26.25 peratus telah keluar mengundi setakat jam 10 pagi.

10.46 am Di Batang Kali, penyokong Pakatan dan BN, bersorak dan mengejek satu sama lain. Penyokong BN memanggil penyokong Pakatan “bodoh, gemuk” dan melaungkan “liwat”, manakala penyokong Pakatan membalas “Umno rasuah” dan “Apco-Umno, “Umno-Yahudi”.

11.00 am Tercetus pertelingkahan kecil di Ulu Bernam. Pergelutan kecil juga berlaku di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali antara penyokong Pakatan dan BN. Polis bertindak memisahkan kedua belah pihak.

Keadaan bagaimanapun tenang. Ada yang membawa poster foto calon, manakala segelintirnya kelihatan membawa poster Teoh Beng Hock.

11.00 am – Dari TVSelangor:

11.12 am Calon PKR Datuk Zaid Ibrahim tiba di SK Bandar Utama Batang Kali, melambai tangannya kepada para penyokong.

11.15 am Sejumlah 16,932 pengundi atau 26.25 peratus dari 63,701 pengundi di Hulu Selangor telah membuang undi setakat jam 10 pagi tadi.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihanraya mengumumkan pengundian berjalan lancar dan ramai pengundi tampil membuang undi di awal pagi kerana cuaca yang mengizinkan.

11.15 am Sukarelawan PKR, Maznah Abdul Aziz, 59 mendakwa seramai empat pengundi kaum Tionghua di Sek. Keb. Batang kali Baru terkejut apabila dimaklumkan SPR bahawa nama mereka masing-masing telah dipindahkan ke Parlimen Kepong.

11.30 am SPR menyatakan 24,645 telah mengundi pada jam 11 pagi atau 38.21 peratus dari 63,701.

11.40 am TVS melaporkan Sekurang-kurangnya dua lelaki yang memakai kemeja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Sekolah Menengah Ampang Pecah, dikesan berkempen untuk Barisan Nasional dengan mengajak pengundi memangkah BN.

Tindakan mereka ini dikesali dan seakan-akan mengesahkan dakwaan betapa suruhanjaya itu berlagak sebagai parti komponen BN.

11.55 am Jalan sesak menuju ke Pusat Mengundi Batang Kali, bandar Kuala Kubu Baru & Kg Chuang Rasa.

12.00 tghari Malaysiakini melaporkan Exco Selangor, Elizabeth Wong mengesahkan ‘halangan’ di dua kampung Orang Asli telah dibuang selepas jam 3 pagi tadi, setelah laporan polis dibuat mengenainya

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com