20100411

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 2014

There is 1 message in this issue.

Topics in this digest:

1. Berita, Blog & Web Politik - 10 April 2010
From: dunia-politik@yahoogroups.com


Message
________________________________________________________________________
1. Berita, Blog & Web Politik - 10 April 2010
Posted by: "dunia-politik@yahoogroups.com" dunia-politik@yahoogroups.com pdniaga
Date: Sat Apr 10, 2010 4:42 am ((PDT))

Dunia-Politik.blogspot.com <http://dunia-politik.blogspot.com>
Get the latest info on Dunia Politik direct. Analisa Politik. Informasi
tentang parti-parti Politik dan keadaan politik di segenap pelusok
dunia. Home · Messages. Members Only; Post; Files; Photos; Polls;
Promote ? Already a member? Sign in to Yahoo! ...


Analisis menarik tentang BN di Hulu Selangor, Pakatan perlu ambil
iktibar

Tulisan Zulkiflee Bakar kali ini bukan sahaja perlu dinilai oleh BN,
Pakatan juga perlu melihat bahawa walaupun BN dilihat merosot sejak PRU
1990 namun mereka masih mempunyai kekuatan di Hulu Selangor dan hingga
ke hari ini mereka masih boleh pertahankan 3 DUN di Parlimen itu. Malah
dari segi kiraan Undi BN masih mempunyai lebih 23 ribu pengundi tegar
dan Pakatan juga harus terima hakikat bahawa terdapat juga undi protes
pada PRU 2008 yang membuka ruang kemenangan tipis pada waktu itu. Kerja
keras dan kesepaduan jentera Pakatan diperlukan ketika ini.

Jika Najib kini mengumpulkan kekuatan BN, bukan MIC lagi…maka
Pakatan juga harus pergia jauh dari itu. Kerana kekuatan Pakatan di Hulu
selangor bukan bergantung pada jentera PKR sahaja tapi semua komponen
Pakatan termasuk PAS dan DAP. Jika MIC sanggup bekerja dibawah Najib
atas nama BN maka seluruh jentera Pakatan juga harus menunjukan
kemampuan lebih dari itu dibawa kepimpinan Anwar yang turut
diperkukuhkan dengan semangat setiakawan Ust. Hadi dan Guan Eng.

Tidak dinafikan bahawa kelebihan berpihak kepada Pakatan kerana
memerintah Selangor sekarang. Tapi jangan lupa, PAS tahun lepas membuat
kejutan merampas Kuala Terengganu dari BN walaupun negeri itu diperintah
BN. Jadi tidak mustahil perkara yang sama berlaku kerana BN juga masih
mempunyai kekuatan dimana mereka juga menguasai Kerajaan Persekutuan dan
kerusi yang bakal direbut nanti adalah kerusi Parlimen bukan DUN.

BN pasti akan lakukan apa sahaja untuk menang kerana kemenangan kali ini
amat penting untuk menunjukan pemulihan sokongan rakyat kepada BN. Jika
BN menang, mereka akan mendabik dada bahawa rakyat kini bersama mereka.
Ya! mereka akan gunakannya sebagai modal propaganda dimasa depan
walaupun hanya menang dengan majoriti 1 undi.

Di pihak Pakatan pula, hal ini bukan mudah kerana dalam tempoh 2 tahun
pemerintahan di selangor begitu banyak cabaran dan isu yang dilalui. Ini
semua telah memberikan bermacam-macam gambaran pada rakyat. Jika Pakatan
menang, peluang untuk kekal memerintah Selangor pada PRU-13 amat cerah.
Tetapi kalau kalah, bermakna PRU-13 sangat menakutkan buat Pakatan.

BN jangan terlalu yakin

Oleh ZULKIFLEE BAKAR

�SAYA minta (biar) saya tentukan calon sebab kita hendak
menang. Kalau kalah bukan MIC sahaja kalah, tetapi BN kalah. Kalau
menang, bukan MIC menang tetapi BN menang.�

Penegasan ini dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di Shah Alam
pada Rabu lalu dan sekali gus menamatkan segala spekulasi berhubung
parti komponen manakah yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) pada
Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Sebaik sahaja kerusi Parlimen Hulu Selangor diisytiharkan kosong
berikutan penyandangnya, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia
pada 25 Mac lalu, maka wujud perbahasan siapakah yang patut mewakili BN.

Desakan akar umbi dikatakan begitu kuat mahu UMNO kembali bertanding
di situ setelah kali terakhir berbuat demikian pada 1955 dalam pilihan
raya majlis perbandaran.

Apatah lagi, keputusan pilihan raya umum lalu seolah-olah
menyaksikan ‘keganjilan’ apabila BN mampu menyapu bersih
tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen tersebut
tetapi di peringkat Parlimen, BN yang mempertaruhkan Datuk G.Palanivel
tewas dengan majoriti 198 undi kepada Dr. Zainal Abidin.

Tiga kerusi DUN berkenaan ialah Hulu Bernam, Kuala Kubu Baharu dan
Batang Kali.

Untuk rekod sejak pilihan raya umum 1959, kerusi Parlimen Hulu
Selangor ditandingi masing-masing sebanyak enam kali oleh MCA dan MIC
manakala UMNO masih belum berpeluang bertanding di situ kecuali ketika
pilihan raya majlis perbandaran pada tahun 1955.

Desakan untuk memberi peluang kepada UMNO bertanding kali ini juga
semakin ketara apabila statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
menunjukkan daripada jumlah keseluruhan 64,500 pengundi di kawasan
Parlimen berkenaan seramai 34,020 adalah pengundi Melayu, 16,964
pengundi Cina dan India (12,453 pengundi).

Bagaimanapun melalui kenyataan Najib yang juga Pengerusi BN bahawa
parti itu akan tetap meletakkan calon MIC, maka soal siapa paling layak
bertanding di situ sudah tidak timbul lagi.

Apa yang lebih penting bagi pemimpin dan penyokong BN sekarang ialah
bukannya terus membahaskan soal calon, sebaliknya seperti mana seruan
Najib, �jangan fikir soal calon, gerakkan jentera, jangan leka
dan jangan malas.�

Oleh itu seruan Perdana Menteri perlu dipatuhi kerana salah satu
cabaran awal kepada jentera BN terutamanya UMNO adalah untuk meyakinkan
pengundi Melayu.

Mereka perlu ‘dipulihkan semangat’ dan diberi jaminan
bahawa biarpun calon BN tetap daripada MIC, tetapi kali ini mereka tidak
akan mengalami lagi ’senario’ yang pernah dirasai sebelum
ini.

BN khususnya UMNO tidak harus memandang remeh soal memberi keyakinan
kepada golongan pengundi tersebut memandangkan keputusan pilihan raya di
kawasan itu sebelum ini membuktikan bahawa pengundi Melayu boleh menjadi
faktor kekalahan kepada parti berkenaan.

Cabaran untuk BN akan menjadi semakin getir jika pembangkang
meletakkan calon Melayu. Ia kerana berdasarkan keputusan pilihan raya
umum 1990, 1999, 2004 dan 2008, ia menunjukkan angka perolehan undi yang
‘menggerunkan’ memihak kepada pembangkang.

Contohnya, pada tahun 1990 walaupun tewas melalui calon mereka Nazar
Yakin, pembangkang meraih undi sebanyak 11,857 undi, ia diikuti pada
tahun 1999 apabila jumlah undi pembangkang meningkat kepada 13,548 undi
melalui calon, Dr. Halili Rahmat (Adil), kemudiannya 2004 melalui Ismail
Kamus (Pas) dengan 13,324 undi.

Pilihan raya umum lalu boleh dianggap kemuncak perolehan undi kepada
pembangkang apabila Dr. Zainal Abidin memperolehi sebanyak 23,177 undi
sekali gus menamatkan penguasaan BN dalam 11 pilihan raya sebelumnya.

Secara hitungan kasar jika keputusan mulai 1990 diambil kira,
pembangkang mempunyai tidak kurang 10,000 pengundi tegar yang memihak
kepada mereka, jika calon Melayu dipilih bertanding. Ini jelas apabila
pada tahun 1995, pembangkang meletakkan calon bukan Melayu, mereka hanya
berupaya meraih 1,231 undi sahaja.

Mungkin di kalangan penyokong BN tidak senang dengan fakta ini,
tetapi fakta tetap fakta. Ia kerana hak menentukan siapa yang mahu
diundi bukan terletak kepada BN tetapi di tangan pengundi. BN hanya
mampu berusaha meyakinkan mereka sahaja untuk menyokong parti tersebut.

Oleh itu jentera BN perlu mendengar nasihat Najib supaya turun
habis-habisan dengan membawa semangat 1Malaysia sebagai penyuntik
semangat.

Tidak dapat dinafikan di atas kertas, BN mempunyai peluang yang
cukup cerah untuk mencapai kemenangan tetapi keyakinan sahaja tidak
mencukupi. Sebaliknya usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan bagi
memastikan pengundi tanpa mengira kaum akan memihak kepada BN.

Seperti mana pandangan Perdana Menteri, BN tidak boleh menang dengan
hanya bergantung kepada undi orang Melayu sahaja.

Tambahan pula daripada tiga DUN yang dimenangi oleh BN, hanya dua
sahaja dengan majoriti agak selesa iaitu 3,549 undi di Hulu Bernam dan
2,179 undi di Batang Kali, manakala di Kuala Kubu Baharu, undi majoriti
yang diperolehi oleh BN hanya 448 undi.

Kalau dibandingkan dengan perolehan undi majoriti pada pilihan raya
umum 2004, ia ‘lebih ngeri’ memandangkan pada tahun itu
kesemua calon BN di ketiga-tiga DUN tersebut mendapat antara 6,000
hingga 8,000 undi.

Oleh itu gerak kerja seperti mana digariskan oleh Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu parti komponen tidak lagi
tertumpu kepada kaum yang mereka wakili adalah pendekatan yang tepat.

Selain memberi kelebihan kepada BN untuk membuktikan bahawa ia
memperjuangkan nasib semua kaum, corak kempen seperti itu juga akan
‘menyingkirkan’ sebarang persepsi mengenai calon yang
‘dipertaruhkan’ oleh BN.

Dalam situasi pilihan raya yang dianggap sengit kali ini, satu undi
sekali pun dianggap amat penting. Jadikanlah kekalahan tipis 198 undi
sebagai satu pengajaran. Jangan terlalu leka dan mendabik dada bahawa
senario kini sedang memihak kepada BN.

Pembangkang tiada apa-apa modal untuk terus mempertahankan kerusi
berkenaan berikutan pelbagai kemelut yang melanda mereka sejak
kebelakangan ini.

Justeru BN perlu merancang strategi daripada sekarang dan bukannya
terus berteka-teki soal siapa calon yang akan mewakili parti itu. Soal
calon biarlah Perdana Menteri menentukannya dan diumumkan oleh Muhyiddin
pada Khamis depan.

Najib sudah tentulah amat memahami kepentingan kerusi Parlimen Hulu
Selangor, oleh itu beliau pastinya akan membuat keputusan yang tepat.

Mungkin pelbagai pihak termasuk dalam MIC boleh memberikan
pandangan, tetapi kata pemutus tetap di tangan Perdana Menteri. Jangan
pula nanti ada di kalangan pemimpin MIC yang ‘merajuk’
kerana calon favourite mereka tidak terpilih atau bimbang jika seseorang
itu dipilih, dia boleh memberi ancaman politik kepada mana-mana
pemimpin.

Semua itu tidak harus dimasukkan dalam perhitungan bagi
‘pertempuran’ di Hulu Selangor kerana bak kata Najib yang
menang atau kalah bukan MIC tetapi BN!

Najib ceramah tentang komunis di AS

Pengalaman perit Malaysia dalam menentang gerila komunis akan
diceritakan kepada warga Amerika pada satu forum di Washington ketika
negara mereka berhempas pulas menentang keganasan, termasuk menempatkan
tentera di Iraq dan Afghanistan.

Sempena lawatan beliau Amerika Syarikat, Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak telah diundang Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa
(CSIS) bagi menyampaikan ceramah, bukan sahaja berkaitan bidang
kerjasama ekonomi, tetapi juga tentang pengalaman Malaysia dalam
menentang pemberontakan komunis.

Najib, yang tiba pada Sabtu bagi lawatan seminggu, termasuk menghadiri
Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear Rabu ini, dijadualkan berucap pada
satu forum anjuran CSIS, sebuah badan pemikir dwipartisan mengenai dasar
luar.

Dalam pertemuan dengan wartawan Malaysia pada Jumaat, Duta Besar
Malaysia ke Amerika Datuk Seri Jamaludin Jarjis berkata bekas ketua
polis negara Tun Hanif Omar dan bekas panglima angkatan tentera Malaysia
Tan Sri Mohammed Hashim Ali juga diundang ke forum itu.

Hanif dan Mohammed Hashim adalah antara tokoh penting yang terlibat
dalam gerakan menentang pemberontakan komunis, yang sering dirujuk
sebagai darurat kedua di Malaysia. Episod itu bermula pada 1968 dan
berakhir pada 1989 berikutan perletakan senjata secara aman oleh
pengganas komunis.

Dalam sejarah kepolisan Malaysia, Hanif adalah orang paling lama
berkhidmat sebagai ketua polis negara. Beliau mula menyandang jawatan
itu pada 1974 selepas ketua polis negara sebelum beliau dibunuh
pengganas komunis dan bersara 20 tahun kemudian.

Mohammed Ali pula memulakan kerjaya sebagai pegawai tentera hingga
mencapai jawatan panglima tentera darat sebelum bersara sebagai panglima
angkatan tentera pada 1992 setelah berkhidmat selama hampir 39 tahun
dalam angkatan tentera.

- Bernama

Saya nak tanya Azmin apakah dia faham maksud dayus? - Nallakarupan

KUALA LUMPUR 9 April - Datuk S. Nallakarupan menyifatkan bekas rakan
karibnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan banyak perkara yang
boleh dianggap 'gila' dengan salah satunya ialah rancangan 16 September.

Beliau berkata, rancangan tersebut yang turut menggunakan nama Yang
di-Pertuan Agong jelas menunjukkan bagaimana Penasihat Parti Keadilan
Rakyat (PKR) itu boleh tampil dengan idea 'gila' dan tidak pernah dibuat
orang semata-mata bagi mencapai matlamat menjadi Perdana Menteri.

''Sebab itu saya memang setuju idea menuntut kemerdekaan Sarawak memang
sesuatu yang tidak masuk akal tetapi rancangan itu bukannya idea saya.

''Saya hanya maklumkan kepada rakyat apa yang dirancang. Anwar melakukan
banyak perkara 'gila' sebelum ini termasuk 16 September dengan
menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong di mana tidak ada sesiapapun di
negara ini yang pernah buat seperti itu kecuali Anwar,'' katanya di sini
hari ini.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali baru-baru ini menggelar Nallakarupan
sebagai 'gila' ketika mengulas pendedahan Presiden Parti India Bersatu
Malaysia (MUIP) itu mengenai rancangan Anwar jika pakatan pembangkang
menguasai DUN Sarawak.

Sementara itu, Nallakarupan mengingatkan Azmin dan Setiausaha Agung PKR,
Saifuddin Nasution supaya lebih cermat dalam pemilihan ayat ketika
mempertahankan Anwar supaya tidak dilihat kurang bijak.

Menurut beliau, tindakan Azmin cukup menghairankan apabila boleh
menggelarnya sebagai 'gila' demi mempertahankan Anwar sedangkan Ahli
Parlimen Gombak itu sepatutnya lebih tahu siapa yang gila sebenarnya.

''Saya lebih terkejut dengan sikap pura-pura Azmin dengan terus
mempertahankan Anwar. Azmin tahu secara mendalam siapakah Anwar. Beliau
sekutu Anwar sejak lama dan lebih tahu siapa yang 'gila', saya atau
Anwar.

''Azmin juga tahu yang saya amat maklum siapa Anwar. Masihkah Azmin mahu
menggelar saya begitu? Saya nak tanya Azmin apakah dia faham maksud
dayus,'' ujarnya.

Nallakarupan juga mengingatkan kedua-dua pemimpin PKR itu supaya tidak
membuatkannya menjadi 'gila' dengan menyenaraikan satu persatu perkara
yang menjadi kegilaan bekas rakan tenis beliau itu.

''Kepada Saifuddin, saya nak ingatkan yang saya pernah mengenali Anwar
selama 30 tahun. Saya cukup arif apa yang saya cakap (rancangan Anwar di
Sarawak) ini.

''Tiada siapa boleh nafikan yang matlamat utama Anwar adalah mahu jadi
Perdana Menteri,'' jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Pesanan peribadi

Nampaknya ada yang marah kerana TM tidak menyiarkan komen mereka. Apalah
nak marah. Blog ini saya yang punya dan saya berhak untuk menyiarkan
atau menolak komen-komen yang saya tak berkenan.

Tambahan pula ada individu yang mengenal saya turut menghentam secara
peribadi dan kerjaya saya. Nampaknya individu itu mengenali kehidupan
TM.

Cuma sayangnya individu ini sedikit bacul dan dayus kerana tidak berani
berdepan. Hanya menulis dengan Tanpa Nama.

Kalau dah kenal apa salahnya kita berdebat atau berbincang. mencari
kebenaran. Bukan setakat mengkritik mencela secara peribadi. Saya
menulis dan berhujah. Kalau individu itu bijak berhujah maka berhujah
lah. Gagal berhujah bererti anda kalah.

Dicatat oleh TAIPINGMALI

PENDEDAHAN! JANJI-JANJI PALSU SANG PAKATAN YANG TERSANGAT HARAM DI
SELANGOR!

Manifesto yang memperlihatkan muka Khalid dan Dr Hasan Ali begitu murah
dan hebat tapi ianya hangat2 taik ayam.

Contohnya sumbangan kerajaan negeri kepada rakyat miskin. Setelah PKR
naik memegang tampuk Menteri Besar negeri, mereka memberi sumbangan
beras berupa 5 kg beras, tepung, gula dan susu kepada golongan miskan
setiap bulan.

Tapi ini cuma bertahan selama 4 bulan. Lepas saja 4 bulan, bantuan
dihentikan tanpa alasan yg munasabah.

Contoh kedua adalah masaalah air bersih. Dulu mereka berjanji akan
berikan air percuma sebanyak satu jumlah. Yang dapat air percuma itu
hanya mereka yang duduk di rumah sebuah. Mana rumah flat untuk orang
berpendapatan rendah dapat merasa? Nak kena tukat meter dan kerajaan tak
mahu keluar wang untuk meter.

Akibat dari janji ini, kerajaan negeri telah menggunakan duit KDEB. Tapi
itu pun tak berapa bulan lagi tinggal. Katanya bulan April ini KDEB
sudah tak ada duit dan kerajaan akan guna duit bujet. Tambahan bujet dua
tahun berturut akan dibuat di sidang akan datang. Ada wayang disediakan
untuk alihpandang.

Psal duit dah tak ada, kerajaan menjadi "zalim". Pihak kerajaan Selangor
telah bertindak memberhentikan penyaluran air bersih kepada mana2
individu dan premis yang gagal menjelaskan bayaran bulanan.

Sekiranya bayaran tertunggak mencecah RM50, pihak berkenaan akan
memberhentikan bekalan tersebut. Pihak pemohon perlu membyar RM450 untuk
mendapatkan semula bekalan air. Ini peraturan macam peraturan komunis
Lee Kuan Yew. Mesti ide dari Ronnie Liu

Apa nama kerajaan yang tidak ada hati perut. Mana boleh potong air orang
begitu mudah. Itu hak asasi manusia untuk dapat air bersih.

Baru RM50 dah nak potiong. Fine pula menggila mahal. Buat apa janji air
percuma. Pembohong punya kerajaan si gagap.

Lama-lama rakyat miskin akan tebuk perigi. Jangan heran kerajaan Ronnie
Liu akan fine orang buat perigi.

Baca siri mengenai kerajaan Khalid oleh Dr Khir Toyo:

Dua tahun yang penuh hopokrasi Bhg 1,

Dua tahun yang penuh hipokrasi Bhg 2: Urusan kewangan negeri kacau
bilau; dan

Dua tahun yang penuh hipokrasi Bhg 3: Kerajaan Tin Kosong

Inilah pembohongan janji kerajaan kebajikan. Bagus undilah mereka ...

Hasil Pendedahan The Unspinners

Dua Tahun Yang Penuh Hipokrasi (Siri 1)

1. Bulan ini genap dua tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor.
Selama dua tahun ini saya melihat peralihan kuasa yang diuar-uarkan
sebagai "Merakyatkan Ekonomi Selangor" sebagai tidak lebih daripada
pentadbiran dan pengurusan ekonomi berasaskan andaian.

2. Pelaburan di Selangor berjumlah RM 11.18 bilion pada 2007, RM 11.87
bilion pada 2008 dan jatuh ke RM 6.7 Bilion pada 2009.

3. Bukan untuk mengungkit, namun pelaburan pada 2007 dan 2008 jelas
merupakan hasil usaha kerajaan di bawah BN dengan kerjasama para pegawai
kerajaan serta SSIC berikutan pelancaran beberapa projek besar seperti
Selangor Science Park 2.

4. Pelaburan yang dicatatkan di atas ialah jumlah yang telah diluluskan
pelaburannya. Selalunya usaha menarik pelaburan terutama pelaburan asing
memakan masa satu hingga tiga tahun sebelum ia dicatatkan oleh MIDA. Ini
bermakna jumlah pelaburan pada 2008 merupakan hasil usaha menarik
pelaburan pada 2006 dan 2007.

5. Sebab itu saya merasa sangat aneh apabila pada tahun lalu, kerajaan
Selangor di bawah Pakatan dengan bangga mengisytiharkan pencapaian
pelaburan tahun 2008 yang tertinggi dalam sejarah Selangor sebagai bukti
kejayaan kerajaan Pakatan. Tidak sedikit pun penghargaan diberikan
kepada kerajaan BN yang berusaha mendapatkannya.

6. Pada 2009 pula pelaburan jatuh sehingga hampir separuh. Saya percaya
sebahagian jumlah pelaburan asing pada 2009 juga adalah hasil usaha
kerajaan BN pada tahun 2007 dan 2006 yang lalu. Ini kerana lebih RM 3
Bilion daripada pelaburan di Selangor yang diluluskan pada 2009
merupakan pelaburan tambahan (expansion/diversification)daripada
perniagaan sedia ada.

7. Lebih mengejutkan saya dimaklumkan bahawa YAB Menteri Besar dan EXCO
YB Teresa Kok mendakwa pencapaian 2009 ini melebih sasaran awal kerajaan
negeri sebanyak RM 4 bilion. Ia mengejutkan kerana dalam pembentangan
Bajet 2009, Tan Sri Khalid menyasarkan jumlah pelaburan ke Selangor pada
2009 sekitar RM 12 bilion.

Kerajaan Negeri berusaha mensasarkan pelaburan bagi tahun 2009
melebihi RM12 bilion dan yakin dapat mencapai sasaran pelaburan melebihi
RM35 bilion dalam tempoh RMK-9. - Ucapan Bajet Negeri Selangor 2009 yang
dibentangkan pada 20 Oktober 2008.

8. Apakah erti sikap berpura-pura sebegini? Tampaknya kerajaan negeri
sama seperti pentadbiran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masih berada
dalam keadaan sindrom penafian (denial syndrome).

9. Saya bangkitkan perkara ini bukan kerana ingin mendapat pujian dan
sebagainya. Sebaliknya ia sekadar mengulangi kebimbangan saya sebelum
ini bahawa kerajaan negeri tidak melakukan usaha yang cukup aggresif
bagi menarik pelaburan dari Timur Tengah dan Eropah. Dan ternyata
peratusan FDI selangor pada 2009 jatuh dengan banyak.

10. Malahan berdasarkan kegagalan kerajaan negeri melakukan usaha
menarik pelaburan yang serius pada 2008 dan 2009, tidak mustahil jumlah
FDI baru ke Selangor akan jatuh lagi.

11. Saya berharap pada tahun ini kerajaan negeri akan lebih aggresif
mengadakan misi perdagangan ke luar negara agar kemajuan negeri Selangor
akan dapat dikekalkan.

12. Namun jika dilihat tindak tanduk pentadbiran negeri hari ini dan
Penasihat Ekonomi Negeri yang lebih berminat berceramah politik setiap
minggu, saya fikir sukar untuk Selangor kembali meraih pelaburan yang
tinggi dalam beberapa tahun mendatang ini.

13. Pelaburan yang datang bukan ibarat yang bulat datang bergolek, yang
pipih datang melayang, tapi perlu ada usaha usaha dan kerja keras
meyakinkan pelaburan baru masuk ke Selangor. Kerajaan negeri perlu ingat
jika tidak dipecahkan ruyung, mustahil ada sagunya.

Posted by Dr Mohamad Khir Toyo

Dua Tahun Yang Penuh Hipokrasi (Siri 2): Urusan Kewangan Negeri Kacau
Bilau

1. Setelah dua tahun memerintah, saya melihat Pakatan Rakyat meletakkan
kedudukan kewangan negeri dalam keadaan "sakit" dan tidak terurus dengan
baik.

Kelemahan Perancangan dan Bajet Defisit

2. Apabila Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih kerajaan negeri, rizab
tunai negeri Selangor berjumlah RM 1.4 bilion, jika tidak silap saya
tertinggi dalam sejarah Selangor.

3. Namun pada tahun 2009, Bajet kerajaan negeri telah defisit hampir RM
1 bilion.

4. Ini bermakna rizab tunai kerajaan negeri telah berkurangan dengan
sangat banyak dalam tempoh dua tahun pemerintahan Pakatan di Selangor.
Bajet defisit yang besar ini sekaligus menunjukkan bahawa kerajaan
negeri tidak mempunyai perancangan yang jelas dalam memperkukuhkan
kewangan negeri.

5. Sejak dua tahun ini, tampak jelas perancangan kewangan dan ekonomi
negeri hanya berasaskan pendekatan-pendekatan populis dan andaian
pendapatan yang tidak berasaskan perkiraan yang cermat. Jika ia
dilakukan secara bertanggungjawab tetapi pendapatan tidak mencerminkan
anggaran, maka pasti ada kebocoran dan kelemahan yang sangat serius
dalam jentera pentadbiran negeri.

6. Dalam ucapan Bajet 2009, Tan Sri Khalid dilaporkan berkata:

"Kerajaan Negeri telah menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd sebagai
syarikat kerajaan negeri yang memberi penumpuan kepada aktiviti
perniagaan pasir pada tahun ini dan dijangka mampu membawa pulangan
bernilai RM150 juta pada tahun hadapan berbanding dengan kutipan royalti
bernilai RM20 juta pada tahun 2007."

7. Antara kebocoran dan kelemahan ketara ialah dari sudut pungutan hasil
pasir yang sangat sedikit berbanding "andaian" kerajaan negeri. Kerajaan
negeri menubuhkan Kumpulan Semesta

untuk menguruskan hasil pasir dengan matlamat mengutip antara RM 150 -
200 juta setahun. Namun hasil pasir yang masuk kepada kerajaan negeri
ialah sekitar RM 5 juta sahaja.

8. Jumlah kutipan ini sangat sedikit berbanding keluasan kawasan
perlombongan pasir hari ini berbanding zaman BN dahulu. Dahulu
perlombongan pasir hanya melibatkan kawasan persendirian dan pejabat
tanah megutip doket sahaja. Namun sekarang ini kerajaan negeri
membenarkan perlombongan pasir di tanah milik kerajaan.

9. Ini bermakna selain doket, kerajaan negeri juga mengutip wang
menerusi tender. Namun jumlah kutipan sangat rendah. Mengapa dan kenapa?
Adakah ia ada kena mengena dengan beberapa siasatan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas beberapa individu termasuk
pegawai khas seorang EXCO?

Pakej Rangsangan Ekonomi Lawak jenaka

10. Setahun yang lalu Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
menghebahkan Pakej Rangsangan Ekonomi sebanyak RM 50 bilion. Secara
keseluruhan Pakej Merangsang Ekonomi Selangor berjulah RM 50 Bilion itu
merangkumi:

(a)Pemulihan dan pembersihan Sungai Klang yang melibatkan
pembangunan kawasan perumahan di sepanjang sungai dan tanah rezab.

(b) Perluasan sistem pengangkutan bagi seluruh negeri Selangor
termasuk perluasan sistem transit aliran ringan (LRT).

(c)Usaha menaik taraf dan menggantikan aset air berikutan
pengambilalihan aset air Selangor oleh Pengurusan Aset Air Berhad
(PAAB).

(d) Pembaharuan aktiviti di bandar, iaitu menumpukan usaha terhadap
pembangunan semula kawasan terbiar termasuk di Petaling Jaya dan Klang.

(e)Pembangunan semula projek-projek perumahan yang terbengkalai.

11. Antaranya termasuk peruntukan RM 10 bilion bagi kos pembersihan dan
pemulihan Sungai Klang sepanjang 120km untuk menggalakkan pertumbuhan
ekonomi dalam bidang perumahan dan pelancongan di kawasan tanah rizab
sungai itu.

12. Jika setahun lalu dijanjikan projek ini akan dilakukan Mac 2009,
sehingga Mac 2010 belum nampak tender terbuka diumumkan mahu pun
kerja-kerja pembangunan Sungai Klang dijalankan. Yang lain lagilah jauh
api dari panggang.

13. Lebih melucukan kita tertanya-tanya daripada mana datangnya wang
kerajaan negeri untuk Pakej Rangsangan RM 50 Bilion itu dan berapa
banyak yang telah disuntik ke dalam pembangunan negeri?

Hutang Talam: Janji Tiga Bulan Yang Gagal

14. Pada November 2009, Kerajaan negeri mengumumkan satu acara silap
mata kewangan yang yang dikenali sebagai round-tripping. Bukan saya
sahaja mengkritik silap mata ini. Malahan seminggu selepas kritikan saya
tersebut, keluar emel daripada Setiausaha Agung PKR ketika itu, Datuk
Salahuddin Hashim yang turut mengkritik, "This is an old trick used by
the crooks in the corporate sector."

15. Dalam pengumuman tersebut, Menteri Besar Incorporated (MBI)
melakukan pengambil alihan hutang Talam sebanyak RM 391.7 juta dan
berjanji untuk menyelesaikannya dalam masa tiga bulan. Namun selepas
tiga bulan hanya RM 50 juta sahaja dikutip. Kutipan ini juga menimbulkan
banyak pertanyaan kerana ia diumumkan oleh Menteri Besar tanpa sebarang
kenyataan rasmi daripada Talam Corporation.

16. Saya pernah mempersoalkan berapakah kos round tripping ini.
Antaranya berapakah kos konsultan dan berapakah kos guaman untuk
perjanjian pengambilalihan pinjaman dan juga perjanjian pinjaman dengan
Bank.

17. Namun sehingga hari ini rakyat tidak mendapat jawapan yang konkrit.
Siapakah peguam yang mendapat keuntungan dalam urusan ini? Apakah ia ada
kaitan dengan parti pemerintah negeri hari ini? Sebaliknya Menteri Besar
memperbodohkan kita apabila menjawab ia dilakukan sendiri oleh beliau
tanpa sebarang bayaran. Menurut Mstar Khalid Ibrahim dilaporkan berkata:

Ketika ditanya, siapakah konsultan dalaman yang beliau maksudkan,
Khalid secara bersahaja menjawab; “Konsultan itu adalah Khalid
Ibrahim kerana saya orangnya yang membuat cadangan tersebut dan saya
akan memastikan proses pelaksanaannya nanti."

“Dan kos untuk konsultansi dalaman itu adalah percuma
melainkan saudara-saudari semua nak saya caj kerajaan negeri,�
katanya

18. Belum selesai dijawab dengan telus kos pengambilalihan hutang ini,
Menteri Besar umum berjaya kutip RM 50 juta dari Talam biarpun janji
asal untuk kutip RM 391.7 juta dalam masa tiga bulan ini.

19. Timbul lagi pertanyaan, apakah RM 50 juta tersebut dalam bentuk
tunai atau pengambilalihan aset. Jika pengambilalihan aset siapa yang
menilai? Dan bagaimana pula dengan sinisan kerajaan negeri sebelum ini
bahawa kerajaan negeri semasa di bawah pentadbiran saya tidak cekap
kerana menjalankan usaha mengambil alih aset Talam bukannya wang tunai.
Mereka berjanji untuk mendapatkan wang tunai.

20. Amat mustahil bagi sebuah syarikat senaraian awam yang berada dalam
kedudukan kewangan yang kurang baik seperti Talam membayar hutang
sebesar itu tanpa sebarang pengumuman rasmi. Jadi pertanyaan ini sudah
tentulah sangat relevan untuk dijawab. Namun sehingga hari ini belum ada
penjelasan daripada YAB Menteri Besar.

21. Sudah banyak jenaka kerajaan negeri, tapi bersediakah mereka yang
menyokong Pakatan Rakyat untuk menerima hakikat ini atau masih mahu
terus berada dalam denial syndrome bahawa segala-galanya indah belaka.

22. Saudara/i buatlah kesimpulan dan kenyataan sendiri mengenai apa yang
saya nyatakan ini. Nilaikanlah dengan hati dan fikiran yang terbuka.
Jangan kelak nasi sudah menjadi bubur baru mahu ditegur kepincangan
kerajaan negeri.

Posted by Dr Mohamad Khir Toyo

Dua Tahun Yang Penuh Hipokrasi (Siri 3): Kerajaan Tin Kosong?

1. Sehingga hari ini Tan Sri Khalid Ibrahim belum menerangkan apakah
bentuk pembayaran hutang oleh Talam kepada Kerajaan negeri sebanyak RM
50 juta baru-baru ini. Adakah ia dalam bentuk tunai atau pertukaran
aset. Jika pertukaran aset siapa yang menilai harga aset tersebut?

2. Kekeliruan bertambah lagi apabila Talam baru-baru ini mengumumkan ia
menandatangai memorandum persefahaman (MOU) untuk membayar hutang kepada
kerajaan negeri Selangor sebanyak RM 241.4 juta.

3. Namun jika saudara/i masih ingat pada November 2009, Tan Sri Khalid
mengumumkan Menteri Besar Incorporated (MBI) mengambil alih hutang Talam
daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri sebanyak RM 391.7 juta
melalui pinjaman bank. Nampak gayanya hutang belum dibayar tetapi RM 150
juta telah lesap.

4. Janji semasa round tripping tersebut untuk mengutip hutang dalam
tempoh tiga bulan. Namun selepas tiga bulan hanya MOU yang dapat dibuat.

5. Sungguhpun saya tidak dapat membangkitkan dalam sidan Dewan Negeri
Selangor bulan depan kerana masih digantung, insyallah rakan-rakan yang
lain akan membangkitkannya.

Janji Mudah Yang Belum Ditunai

5. Saya akan terus mengungkit hal manifesto Pakatan di Selangor kerana
ada antaranya sangat mudah dibuat tetapi masih tidak ditunaikan.

6. Mengapa kerajaan negeri masih belum menurunkan cukai pintu rumah
sebanyak 20% dan cukai pintu premis perniagaan sebanyak 10% seperti yang
mereka janjikan? Ia sangat mudah sekali kerana hanya memerlukan arahan
YAB Menteri Besar sahaja.

7. Saya bangkitkan ini kerana semasa pilihan raya dahulu kerajaan BN
dituduh tidak bertimbang rasa dan zalim kerana menaikkan cukai pintu
sebanyak 10%. Sekarang mengapa mereka menelan ludah sendiri?

8. Hari ini janji untuk memberi bantuan kepada semua anak pra-sekolah di
Selangor sebanyak RM 50 sebulan juga tidak ditunaikan. Demikian juga
bantuan RM 75 sebulan kepada semua anak-anak Selangor di pusat jagaan
(nursery)juga tidak dilaksanakan.

9. Saya juga ingin menyatakan bahawa bantuan Khairat Kematian yang
dibuat oleh kerajaan Pakatan sekarang ialah warisan kerajaan BN yang
lalu. Saya membentangkan Skim Khairat Kematian Selangor dalam
pembentangan Bajet 2008 pada November 2007.

10. Melalui skim ini, Kerajaan Negeri akan memberi sagu hati kematian
sebanyak RM 2,000 kepada waris-waris yang tinggal tanpa mengira
sebab-sebab kematian. Mereka-mereka yang layak adalah semua warga emas,
orang kurang upaya dan ibu tunggal yang berumur 60 tahun ke atas yang
merupakan rakyat Selangor atau mereka yang telah bermastautin
sekurang-kurangnya 15 tahun di Selangor.

11. Kerajaan negeri hari ini hanya meningkatkan jumlahnya daripada RM 2,
000 kepada 2, 500. Namun tidak seperti kerajaan BN yang membayar
seklaigus bagi memudahkan urusan pengkebumian dan sebagainya, kerajaan
negeri hari ini membayar sebanyak dua kali iaitu RM 1, 000 dan 1, 500
beberapa bulan kemudian.

12. Khabarnya ramai juga yang belum dapat bantuan kedua sebanyak RM 1,
500 walaupun sudah hampir enam bulan orang tua mereka meninggal. Jadi
apa makna bantuan khairat kematian jika ia diberi 6-12 bulan selepas
kematian? Bukankah khairat kematian untuk membantu urusan pengkebumian
jenazah?

13. Sehingga hari ini juga saya belum mendengar sebarang maklumat bahawa
kerajaan Pakatan akan memberi elaun kepada suri rumah yang tidak bekerja
seperti mana yang dijanjikan dalam manifesto mereka.

14. Saya pasti akan ada berhujah bahawa mereka baru memerintah selama
dua tahun sedangkan BN sudah lebih 50 tahun. Namun perlu diingat bahawa
BN memerintah daripada keadaan yang hampir kosong ditinggal penjajah,
"start from scratch", berbanding Pakatan yang mengambil alih pentadbiran
daripada sebuah kerajaan yang makmur dengan rizab tunai sebanyak RM 1.4
bilion.

15. Jadi ketika ada yang mahu membandingkan lama pemerintahan BN dengan
Pakatan mereka perlu menilai secara jujur apakah keadaan ekonomi,
pentadbiran, kewangan, infrastruktur adalah sama sejak 50 tahun lalu?

16. Selebihnya kita tidak menuntut perkara yang bukan-bukan daripada
Pakatan. Kita hanya menuntut janji yang mudah-mudah sahaja. Janji yang
mereka juga dakwa kerajaan BN tidak buat kerana tidak prihatin dengan
nasib rakyat. Seolah-olah jika mereka memerintah mereka mampu buat semua
itu sekelip mata. Justeru sekarang bukankah masa untuk menunaikan janji?

Jangan nanti kerajaan Pakatan hari ini tercatat di dalam sejarah sebagai
kerajaan tin kosong.

Posted by Dr Mohamad Khir Toyo

Perkasa...Kata Dulang Paku Serpih

Oleh Lan Iisma 10 April 2010

Siasah

Ramai yang tidak bersetuju dengan cara Noh Omar meminta maaf setelah
menyebut tentang sejarah taraf kewarganegaraan dalam ucapannya di
Konvensyen BN Selangor.

Dalam ramai yang tidak bersetuju Perkasa juga begitu. Apa yang disebut
Perkasa boleh dikira betul. Malangnya Perkasa hanya ingin menunjuk
perkasa. Melalui Ketua Wiranya yang sama, Arman Azha Abu Hanifah
nampaknya tidak menjadikan Perkasa perkasa. Perkasa hanya perkasa kepada
Anwar Ibrahim.

Dua tiga hari lepas Perkasa hanya mampu menghadiahkan buku Perlembagaan
Persekutuan kepada pemimpin Gerakan dan Mca dan dua akhbar berbahasa
Cina. Sebelum itu melalui wiranya yang terbarai itu juga
berdetam-berdetum menuntut mereka memohon maaf. Pada ketika itu mereka
kelihatannya tolak tak rebah tetapi rupa-rupa jentik pun terlentang.
Hanya menghadiahkan buku, tak menjadikan mereka perkasa. Lemah lutut
rasanya kalau ingin menyokong perkasa.

Hari ini mereka menegur Noh Omar, dilihat sebagai “kata dulang
paku serpih�. Sama-sama dah kecut. Lainlah kalau mereka
berhati-hati semasa bercakap atau ingin bercakap jangan sesedap mulut.
Bercakap jangan macam guruh di langit, hujan tak jadi atau teguh dengan
apa yang diperkatakan sekiranya betul.

Inilah Perkasa, berbau Umno sememangnya mereka. Bagaimana sekiranya
peminpim PR yang diminta untuk memohon maaf. Berani bukan kepalang
mereka. Kalau tak berpuluh-puluh laporan polis yang akan dibuat tak
nampak perkasalah mereka. Kalau tidak pun hangus mereka dibakar api
melalui gambarnya. Juga berhimpun bersepanduklah mereka, menunjukkan
merekalah juara.

Benarlah kalau orang-orang PR tidak pun memandang Perkasa, kerana
perjalanan mereka bengkang-bengkok, kalau lurus pun boleh menjadi lurus
bendul.

Ghana-Malaysia tingkatkan hubungan dua hala

10/04/2010 11:49am

KUALA LUMPUR 10 April - Ghana telah menyatakan hasrat untuk meningkatkan
kerjasama dua hala dengan Malaysia terutama dalam bidang ekonomi, kata
Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay.

Beliau berkata, perkara itu dinyatakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Ghana ke
Malaysia, Daniel Kwasi Abodakpi di Putrajaya semalam.

"Abodakpi yang merupakan bekas Menteri Perdagangan dan Industri Ghana
melahirkan hasrat untuk meningkatkan kerjasama ekonomi antara Ghana dan
Malaysia bagi manfaat bersama,� kata Kohilan dalam satu kenyataan
di sini hari ini.

Kohilan berkata, dalam pertemuan itu mereka telah mengambil maklum
mengenai hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan Ghana dan
menyatakan hasrat untuk menyemarakkan kerjasama dalam pelbagai bidang
antara kedua-dua negara bagi manfaat bersama. - Bernama

Rombakan Kabinet: Hisham akan ditukar?

Tengok, apek pun dah main keris sekarang.

Baru dapat berita dari sumber yang boleh dipercayai. Akibat berlaku
pertukaran dalam pimpinan MCA bagi mengisi kekosongan jawatan Chew Mei
Fun dan kekalahan bekas presiden Ong Tee Keat, kemungkinan satu rombakan
kecil kabinet akan dilakukan dalam jangka masa terdekat.

Namun kehadiran dua pilihanraya kecil dan juga Pilihanraya Negeri
Sarawak mungkin boleh melegakan sedikit pak-pak menteri kita buat
seketika.

Saya diberitahu Hishamudin tidak akan kekal sebagai Menteri Dalam
Negeri, kita tunggu dan lihat. Jika benar, elok juga. Macam-macam
kontroversi melanda KDN dan Polis sejak Hisham jadi menteri. Bukan salah
Hisham, surat khabar nak jual berita, blog nak naik hits, terpaksa lah.

Sememangnya Hisham tak pernah reda dengan kontroversi. Yang paling
sedih, beliau juga yang minta maaf atas apa yang dibuatnya. Isu keris,
mudah.

Rasa baik Hisham kembali ke Kementerian Belia dan Sukan. Itu memang
bidang dia. Jaga polis ni kita kasi politician muka pecah rumah sikit
lah, baru orang gerun. Ini ada ke Hisham? Handsome sangat. Tu yang
selalu kena kacau dek juak pembangkang.

WBhim | bite the bullets

PRK HS: Kalah PKR ...

Sejarah P94 Hulu Selangor

Secara tradisi,kerusi ini merupakan milik PAS. PAS sejak merdeka,tidak
pernah gagal untuk meletakkan calon di kawasan tersebut. Tetapi semuanya
menemui jalan buntu dan tidak dapat menewaskan BN.

Calon yang diletakkan PAS di situ bukanlah calang-calang. Pada PRU 2004,
PAS meletakkan Dato' Ismail Kamus untuk bertanding tetapi tewas kepada
G.Palanivel dengan majoriti 14,483.

Namun, pada PRU12 2008, kerusi itu diberikan kepada PKR.

PKR melalui calonnya Datuk Dr Zainal membuat kejutan dengan menang
kerusi tersebut tetapi majoriti hanya 198 undi. Bagi Umno, untuk
mendapat balik 200 undi bukan satu halangan bagi Barisan Nasional.

Kenapa saya berkata begitu?

Baiklah, yang pertama, jika diperhatikan, ketiga-tiga DUN di parlimen
Hulu Selangor dimenangi oleh Barisan Nasional. Dan jika dihitung
majoriti kemenangan calon BN di tiga DUN iaitu Hulu Bernam,Kuala Kubu
Bharu dan Batang Kali jumlah terkumpul ialah 6,179 undi.

Di Hulu Bernam,Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Isris Abu Bakar
menewaskan calon PAS Abdul Shukor Ali dengan majoriti 3,549 undi. Idris
mendapat 7,985 undi manakala Shukor 4,436 undi.Di situ ada seramai
17,549 pengundi.

Di DUN Kuala Kubu Bharu calon MCA ,Wong Kun Moon menewaskan calon DAP
Annamalai Ramu dengan majoriti 448 undi. Beliau dapat 6,107 undi
manakala Ramu 6,555.Pengundi di situ ialah seramai 18,212 orang.

Di DUN Batang kali calon UMNO Mohd Isa Abu Kasim menewaskan calon Mohd
Nasarudin Abdul Aziz dengan majoriti 2,179 undi . Mohd Isa dapat 11,724
undi manakala Mohd Nasarudin 9,545 undi. Pengundi ialah seramai 27,832
orang. Calon kerusi Parlimen BN ialah Timbalan Presiden MIC Datuk G
Palanivel.Beliau dapat 22,979 undi manakala Allahyarham Dr Zainal
23,177. Pengundi untuk kerusi Parlimen ialah seramai 63,593 orang.

Maknanya,Dr Zainal mendapat undi protes mereka yang menyokong tiga calon
BN di 3 DUN..iaitu sebanyak 5,981 undi.

Kedua, isu yang membelit PKR bukanlah sesuatu yang boleh dipandang
enteng. Isu MP PKR yang keluar parti pasti akan digunakan habis-habisan
oleh BN untuk melanyak PR. Seakan sesuatu yang pasti, BN akan
menggunakan calon ini untuk mendedahkan pekung PR sebanyak-banyaknya
pada waktu kempen nanti.

Dan amaran ini telah diberi oleh Timb. Pengrusi BN, Tan Sri Muhyiddin
Yassin. BN dilaporkan 'cukup senjata' untuk melawan PR di Hulu Selangor.

Ketiga, halangan besar PR dalam memenangi kawasan ini adalah empat
kawasan Felda yang ada dalam kawasan Hulu Selangor Felda Gedangsa,
Soeharto, Sungai Tengi dan Sungai Tengi Selatan. Seperti yang diketahui,
felda kebiasaannya adalah kubu UMNO.

Sudah pasti UMNO akan kempen habis-habisan di sana. Dan felda telah
memberikan kredit kepada UMNO dan mebuatkan mereka dalam keadaan selesa.

Keempat, kalau diperhatikan keadaan semasa, mood rakyat lebih memihak
kepada BN. Majlis anjuran UMNO, Juara Rakyat mendapat sambutan 10,000
orang di Bukit Sentosa pada 9 Januari. Ini jauh lebih ramai berbanding
ceramah Himpunan Selamatkan Malaysia yang dianjurkan Pakatan Rakyat
dihadiri 5,000 orang pada malam 26 Mac.

Najib dilihat lebih disenangi orang2 UMNO berbanding Pak Lah. Mungkin
ini adalah hasil laporan media yang mencanang habis-habisan kempen
1Malaysia. 1Malaysia dilaporkan sebagai 'berjaya' oleh media menyebabkan
mood rakyat tidak menyebelahi PR.

Kelima, Umno telah sekian lama melancarkan kempen rampas Selangor,
'Selangor Bangkit' dalam usaha mendaptkan kembali kuasa. Pelbagai
perkara didedahkan untuk menghasut rakyat Selangor agar tidak
mempercayai kepimpinan TS Khalid,walaupun kadang-kadang perkara itu
tidak betul dan memakan diri sendiri.

Jika masih ingat, Umno telah mengganggu pentadbiran Selangor dengan
bermacam-macam isu seperti Kandang Khinzir, Air Percuma, Kepala lembu
dan sebagainya. Jadi, kesempatan yang ada pada kempen PRK ini nanti
pasti akan dugunakan sepenuhnya untuk memburukkan imej kerajaan Selangor
di bawah pimpinan PKR. Ingat,UMNo akan melakukan apa sahaja cara untuk
merampas kerusi ini.

Kesimpulannya, BN berada dalam keadaan selesa berbanding PR walaupun
kerusi itu disandang PKR sebelumnya. BN juga dilihat mampu untuk
merampas P96 Hulu Selangor sebagaimana PAS merampas kerusi mereka di
Kuala Terengganu.

Dipetik dari blog pro-PAS Kedah Lanie

COMING TO AMERICA!

Salam 2 all.

Alhamdulilah saya selamat sampai ke Washington jam 01.40 tengahari
Khamis 24 Rabi'ul Akhir 1431 / 08 April 2010 melalui pesaway British
Airways BA 217. Dapat jugak dok kat upperdeck Boeing 747. Dekat 7 jam 30
minit baru sampai. Perjalanan pun ok walaupun pramugari dia dah agak
berumur. Kira kalau kat Malaysia dah kena dok belakang kaunter jual
tiket je makcik-makcik ni.

Pelepasan imigresen pun kira cepat sebab visa diplomat. Jadi laju je,
tak payah nak check apa lagi dah. Teman disini tinggal di Bilik 812,
Embassy Suites Hotel. Rupanya ramai juga orang Malaysia di hotel ni,
sebab dema mewakili Malaysia untuk pelancaran program Warna-Warna
Malaysia yang dirasmikan oleh PM Ahad ini di Washington. Sebelah bilik
teman Dato' Mahadir Lokman, emcee yang terkenal tu ler! Yang syoknya di
hotel ni, salah seorang cook dia orang Islam. Nama dia Mohamed, daripada
Sri Lanka. Dah kerja sini lebih 9 tahun. Dia nampak teman pakai kepiah,
terus bagi salam. Siap pesan jangan risau kalau nak makan omelette ke
ape, sebab dia akan masak pakai kuali spesial yang tak campur dengan
"barang lain" punya. Bagus betul si mamat ni. Saya yang terharu tu bila
dia kata, "I must give my muslim brothers halal food, otherwise ALLAH
will curse me". Alangkah baiknya kalau lebih ramai Muslim macam mamat
ni, sentiasa ingat dan takutkan Allah walaupun kerja berseorangan di
hotel bukan Islam ni. Tak payah nak berkokok siang malam dabik dada kata
nak perjuangkan negara Islam dan macam-macam lagi, tapi perangai Allah
saja yang tau. Siap nak jual nama Allah lagi!

Di Washington ni dia lambat 12 jam dengan Malaysia. Jadi time saya
menulis ni baru pukul 11.40mlm Jumaat, di KL dah 11.40 pagi Sabtu. Time
memang lari yop. Teman nak tidor, mike tengah nak lunch dah. Sekarang ni
kebetulan musim bunga (spring) baru masuk. Jadi cuaca dia sikit punya
cantik, macam dok dalam aircon yop! Hujung minggu ni ada sambutan Cherry
Blooming, tanda masuk musim spring. Memang cantik, pokok semua mula nak
berbunga. Nanti ada gambar teman akan postkan disini.

Semalam aktiviti tak banyak. Cuma teman dan Dato' Ambassador kita (YB
Dato' Seri Jamaluddin Jarjis) menghadiri majlis menandatangani
perjanjian usahasama antara Airod Sdn. Bhd. dengan sebuah syarikat Korea
untuk pembuatan dan pembekalan kelongsong peluru. Majlis dibuat di Ritz
Carlton Hotel. Turut hadir Tan Sri Ahmad Johan (Presiden), Tan Sri
Hashim Ali (Consultant) dan beberapa orang lagi wakil Airod dan Attache
Defense Kedutaan Malaysia.

Yang syoknya Tan Sri Ahmad Johan bila dia tau teman siapa, siap tarik
tangan dan bersembang panjang lah kitorang. Yang mengejutkan teman, Tan
Sri dok sibuk bincang pasal isu Kristianisasi dan gerakan pendakyah
Kristian. Pengetahuan beliau tentang bible memang mengagumkan teman.
Siap boleh quote lagi. Dan Tan Sri sangat bersetuju dengan pendirian
kita memnetang penggunaan kalimah ALLAH oleh Kristian di Malaysia.

Rupanya Tan Sri ni sangat berminat untuk mendalami ilmu perbandingan
agama ini. Beliau rasakan kita kekurangan tenaga pakar dan terltih dalam
mengenal ilmu perbandingan agama terutama dengan agama Kristian, Hindu
dan Buddha. Dan Tan Sri bercadang untuk menubuhkan satu institusi khusus
untuk tujuan itu, supaya lebih banyak "Sheikh Shmad Deedat" dapat
dilahirkan, kata Tan Sri. Jadi Tan Sri meminta teman untuk membuat
kajian tentang perkara ini. Kalau ada diantara mike yang berminat dalam
perkara ini, bolehlah berhubung dengan teman untuk kita berbincang
dengan lebih panjang.

Tapi apa yang saya pelajari daripada ini ialah kita tak sepatutnya
menilai seseorang daripada luaran sahaja. Kekadang penilaian kita
terlalu superfisial, dan yang paling leceh kita ni cepat melabel dan
memftnah orang hanya dengan menilai dari segi luaran. Macam yang teman
difitnah sekarang lah. Yang peliknya tukang pencacai fitnah ni boleh
dikatakan langsung tak baca ucapan teman semasa bahas diraja tempoh
hari. Cuma baca headline suratkhabar dan internet, terus tabur fitnah
dan tohmah. Siap ada yang kata teman kutk Anwar dan Tok Guru Nik Aziz.
Padahal kalau budak tadika baca ucapan teman pun boleh tau bukan sahaja
teman tak kutuk Anwar atau Tok Guru, malah teman siap bela dan
pertahankan Anwar dan Tok Guru. Cuba baca sendiri Bahas titah DiRaja
bertajuk 'Fitnah' dilaman blog ni. Tapi namanya orang kita ni, dia
pemalas nak baca. Yang dia tau dengar cerita kedai kopi terus jadi
deejay Radio Karat FM (Fitnah Memfitnah), siap tambah kati lagi!!

Lepas daripada teman tulis pasal Dato' Seri Rais Yatim dan Datin Seri
Masnah serta Dato' Tengku Adnan, ramai jugak yang hantar email
membenarkan apa yang teman cerita. Ada yang siap bagi lagi
insiden-insiden yang mereka sendiri tengok dibuat oleh mereka-mereka ini
yang terbukti apa yang teman ceritakan tu benar-benar berlaku bukan
sekali tapi banyak kali.

Well, nampak teman kena sambung lain. Nagntuk giler dah ni. Tengok esok
kot teman boleh download gambar sikit. Nak cerita juga pengalaman solat
Jumaat tadi di Islamic Centre Washington dan makan seafood di Phillips
Seafood Restaurant dengan Dato' JJ, Dato' Rais dan rombongan Warna-Warna
Malaysia tadi.

Wokey yop, adios amigos. Grasias dan wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Jumaat

24 Rabi'ul Akhir 1431

09 April 2010

Washington

Angkasawan bersama 1,000 Pelajar di Ipoh

Secara kebetulan selepas Mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri Perak yang
dipengerusikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul
Kadir, malam tadi, Saya terserempak beberapa orang rakan di hadapan
sebuah Hotel di Ipoh yang sedang menunggu ketibaan Anagkasawan Negara,
Datuk Dr Sheikh Muzaffar Shukor.

Dr Muszaphar dijadualkan berada di Ipoh untuk program Angkasawan Bersama
1,000 orang Pelajar Negeri Perak yang dianjuirkan oleh Kelab elit, Kelab
Bakti Gunung Keledang bersama Pejabat Menteri Besar, Pejabat Setiausaha
Kereajaan dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Turut menyambut ketibaan Dr Muzaffar ialah Jawatankuasa Kelab Bakti
Gunung Keledang, Datuk Ishak Mohamed (Pak Sako) dan Peguam Datuk Azemi
Othman.

Kelab Bakti Gunung Keledang ini amat dikenali di Negeri Perak dan cukup
aktif dengan kegiatan kebajikan, termasuk di Perkampungan Orang Asli dan
kawasan sempadan.

Posted by DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN

Asiasoft: Ujian genting bagi Hishammuddin

Posted by Anak Sungai Derhaka at 10:56:00 AM

KUALA LUMPUR, 10 April: Pembabitan dua agen perisik zionis-Israel
seperti yang didedahkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
di Parlimen kelmarin seolah-olah menjadi ujian yang genting bagi Datuk
Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri.

Rakyat tentunya sedang menghitung pendiriannya ke atas Asiasoft (M) Sdn.
Bhd., firma kejuruteraan komunikasi yang didaftar di Singapura, tetapi
berpangkalan di Tel Aviv Israel.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno seolah-olah sedang
dibandingkan dengan Menteri Dalam Negeri sebelumnya, Tan Sri Syed Hamid
Syed Jaafar Albar.

"Alasan bagi membatalkan kontrak hanya akan diberi pertimbangan jika ada
bukti kukuh ancaman terhadap keselamatan negara," Anwar membaca
kenyataan Syed Hamid seperti yang diminitkan dalam suatu menyuarat khas
pada 23 November dua tahun lalu, di bilik Tetamu Kehormat, KLIA.

Dari kenyataan Anwar di Dewan Rakyat, Syed Hamid dan Kementerian Dalam
Negeri sah menerima desakan dari dalam Bukit Aman sendiri supaya
mengeluarkan Asiasoft dari membangunkan prasarana Sistem Laporan Polis
(PRS).

Dari minit itu itu, menyaksikan CP Datuk Mashuri Zainal (Pengarah
Jabatan Logistik), Datuk Khairi (Cawangan Khas Bahagian Bukit Aman), SAC
II Rosli Abdul Rahman (Timbalan III bagi Mashuri), Supt. Nik Mortadza
(IT Bukit Aman, Supt. Wahab (Pegawai Khas Menteri) antara yang terbabit
dalam pertemuan eksklusif itu.

Itu belum disokong lagi dengan akuan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira
Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid pada 11 Ogos dua tahun lalu.

"Haaa...perolehan baru ini yang melibatkan Israel," Anwar semalam
membaca kenyataan Azmi seperti dirujuk pada minit mesyuarat PAC sendiri.

"Ia (suatu) sistem yang begitu menakutkan, kemu semua (segelintir
anggota PAC) tahu (bahawa) rakyat boleh akses semua maklumat tersebut."

Pun begitu, Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara (KPN) sendiri
dilihat lebih tegas apabila skandal tersebut dibongkarkan.

"Dah lama kita siasat...bila isu ini timbul balik dan didedahkan di
Parlimen kita siasat lagi, malah kita juga telah menyekat kemasukan
syarikat itu (Asiasoft)," jelasnya kelmarin.

Walaupun Musa tidak pula menjelaskan sejauh mana pembabitan Asiasoft
serta dua agen zionis-Israel di Bukit Aman seperti yang didakwa Anwar,
rakyat umumnya seakan mengaitkan inisiatif Musa itu dengan dakwaannya,
iaitu ada pihak ketiga berpengaruh di PDRM.

Anwar di Dewan Rakyat turut mempersoal status syarikat Masterplan
Consulting Sdn. Bhd. (MPC) dan D.G.Kom Sdn. Bhd. (DGKom), iaitu dua
syarikat kontraktor utama yang dilantik membangunkan PRS sejak 2001
lalu.

Ini kerana, menurut Anwar, kedua-dua syarikat tersebut bertanggungjawab
membatalkan perkhidmatan Kumpulan Sapura demi melantik Asiasoft sebagai
sub-kontraktor bagi pembangunan Sistem Teknologi Maklumat PDRM.

Ujar Anwar, surat cadangan untuk menamatkan perkhidmatan Asiasoft oleh
Mashuri kepada Ketua Setiausaha KDN pada 3 Disember dua tahun lalu
sebenarnya sudah memadai untuk kerajaan memutuskan hubungan dengan
Asiasoft kerana 30 peratus saham dikuasai oleh Asiasoft (S) Pte. Ltd.

Asiasoft (S) pula dikuasai oleh dua bekas tentera risik Israel, iaitu
Izhak David Nakar dan Ido Schechter.

Implisitnya, maklumat berkaitan keselamatan negara, menurut Anwar, bukan
sahaja terdedah pada Singapura, malah Tel Aviv sendiri kerana Asiasoft
Global Ptd. Ltd. berpangkalan di sana.

Tidak cukup dengan itu, kredibiliti KDN terus dipersoal apabila aduan
yang dibuat oleh anggotanya sendiri, Konstabal Nurul Mazuha Mahadi
seakan diabaikan.

Dirujuk pada laporan polis bertarikh 28 November dua tahun yang lalu
itu, Nurul melaporkan tentang konspirasi yang membabitkan MPC dan Twin
Technology Sdn. Bhd.

Dilaporkan bahawa pengisytiharan pekerja oleh MPC sebagai pekerja MPC
sebenarnya adalah pekerja Twiz berdasarkan semakan data Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP).

Laporan tersebut sekali lagi menguji Hishammuddin untuk membuat
perhitungan yang wajar sama ada untuk memutuskan hubungan negara dengan
Asiasoft atau sebaliknya.

Pada tahap ini, kalau tidak pun mengambil kira kebimbangan Ahli Parlimen
Pakatan Rakyat dan rakyat sendiri berhubung kewujudan pengaruh
zionis-Israel di tanah air, sekurang-kurangnya Hishammuddin wajar
melayan gesaan Musa serta para anggota Polis yang lain atas nama
memelihara keamanan negara..

Pilihan Raya Kecil Pakatan Rakyat Selangkah Di Depan UBN

Oleh Mohd Sayuti Omar

PAKATAN Rakyat (PR) nampaknya tidak sabar-sabar lagi untuk menghadapi
pilihan raya kecil P094 Hulu Selangor yang akan berlangsung 25 April
nanti. Baru sekejap tadi PKR telah melancarkan jentera pilihan rayanya
yang dirasmikan oleh Pengerusi PKR Selangor, Mohd Khalid Ibrahim bersama
para pemimpin Pas dan DAP.

Majlis itu berlangsung di Dewan Komuniti, Kuala Kubu Baru . Lebih 2,500
hadir pada majlis tersebut. Kebanyakan yang hadir adalah para petugas
jentera berkenaan dan juga pemerhati dari luar yang sudah mula memberi
tumpuan ke Hulu Selangor sejeak beberapa hari lalu.

Melihat kepada semangat hadirin yang ditunjukkan pada majlis itu
seolah-olah Pakatan Rakyat sudah meninggalkan UBN selangkah di belakang.
UBN yang akan menurunkan calon dari MIC tetapi masih belum muktamad
siapakah calon mereka sedikit sebanyak akan merasa kecut perut dengan
persiapan awal PKR.

Antara tiga nama yang disebut-sebut bakal diturunkan UBN ialah,
Kamalanathan, Mugilan dan G Palanivel calonnya yang tewas dalam pilihan
raya lalu. PKR pula sudah pasti akan menurunkan bekas menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Zaid Ibrahim. Tidak ada persoalan lagi mengenai calon
di pihak PKR. Pemilihan Zaid sepakat dan disokong padu dalam PKR dan
Pakatan Rakyat.

Kehadiran Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dan Pesuruhjaya Pas
Selangor, Dr Mohd Hassan Ali, yang mewakili Pas dan Tan Seng Giaw,
Teresa Kok mewakili DAP menyerlahkan perpaduan di kalangan Pakatan
Rakyat. Selain dari mereka turut hadir pemimpin PKR Selangor, Fauziah
Salleh, Mohd Azmin Ali, Syed Shahir Syed Mohamud, Abdullah Sani, Xavier
Jayakumar, Gan Pen Nei lain-lain.

Semua pemimpin tertinggi parti turut memberi ucapan sebagai muqadimah
dan alu-aluan kepada para petugas pilihan raya berkenaan. Nasharudin
dalam ucapannya, memberi perakuan Pas akan berkerja seperti mana parti
itu sendiri yang bertanding bagi memastikan kerusi berkenaan kekal
kepada PKR.

Katanya kemenangan di Hulu Selangor adalah penting dan menjadi anak
tangga untuk ke Putrajaya. Kerana itu beliau menyeru supaya pilihan raya
itu dihadapi dengan serius. Sehubungan itu jelasnya Pas telah pun mula
mengerahkan jenteranya di seluruh negara untuk berkhemah di Hulu
Selangor.

"Sebanyak 60 buah rumah telah disewakan untuk ditempatkan para petugas
Pas dari seluruh negara," katanya disambut laungan takbir.

Sementara itu Khalid Ibrahim ketika berucap dan melancarkan jentera
berkenaan berkata, kemenangan boleh dicapai dengan berkerja kuat. Paling
penting katanya petugas parti kena mendekati rakyat.

"Jangan ingat pilihan raya ini senang, dan semangat saja tidak akan
menjamin kemenangan. Yang penting kena cari pengundi seberapa banyak
yang boleh," katanya. Sebagai simbolik pelancaran itu beliau telah
menyerahkan name tag dan bendera Keadilan kepada tiga ketua jenterata
peringkat Dun, Kuala Kubu Baru, Hulu Berenang dan Batang Kali.

Tan Seng Giaw pula membakar semangat para hadirin dengan patun dua
keratnya berbunyi; pisang sesikat, gulai sebelanga; mari kita sepakat
bersama-sama. Katanya Seng Giaw rakyat Hulu Selangor perlu menolak UBN
kerana mereka cakap tidak seperti bikin. Beliau merujuk kepada kenyataan
Muhyiddin Yassin yang mengutamakan Melayu dahulu mana kaum lain kemudian
di mana kenyataan itu disokong pula oleh Najib Razak pelopor 1 Malaysia.

Dalam pilihan itu seramai 3,000 telah dilantik sebagai petugas rasmi
dalam jentera berkenaan dan angka itu tidak termasuk petugas sukarela
yang datang dari seluruh negara.

Khalid Ibrahim bersama Nasharuddin dan pemimpin Pakatan

Rakyat mengibar bendera melancarkan jentera berkenaan.

Fauziah Salleh, Xavier Jayakumar dan Mohd Azmin.

Tan Seng Giaw, Dr Hassan Ali dan Khalid Ibrahim.

Sebahagian daripada petugas dan pemerhati yang turut hadir.

Sebahagian daripada petugas wanita.

Kombinasi kaum yang terlibat dalam jentera pilihan raya PKR menunjukkan
keunikan Pakatan Rakyat.

Syed Shahir Mahamud bersalaman dengan para petugas.

http://msomelayu.blogspot.com/

Bagaimana Perisik Israel menembusi Sistem Maklumat PDRM

By Anak Sungai Derhaka

Pihak Jabatan Logistik PDRM telah mencadangkan agar kontrak syarikat
Asiasoft ditamatkan pada Disember 2008 lagi..

Malangnya setelah lebih 2 tahun barulah kontrak Asiasoft dikatakan telah
ditamatkan…..

April 9, Kementerian dalam negeri akhirnya mengakui bahawa wujudnya
masalah dengan firma komputer yang mengendalikan perisiannya di Bukit
Aman dan telah mengarahkan perkhidmatan berkenaan ditamatkan.

"Sebagai rekod, kontrak dengan syarikat Asiasoft telah
ditamatkan,� kata Menterinya, Datuk Seri hishamuddin Hussein di
Putrajaya, hari ini.

Selain itu, katanya, kerajaan akan mengambil empat pendekatan bagi
menyiasat dakwaan bahawa perisik Israel berjaya menembusi maklumat dalam
pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hishammuddin berkata sebagai langkah permulaan pegawai khasnya telah
diarahkan untuk membuat laporan polis.

Laporan yang sama juga dibuat kepada Suruhanjaya Pencengahan Rasuah
Malaysia (SPRM).

Perkara yang sama juga akan dibawa ke Majlis Keselamatan Negara dan
Jawatankuasa Terpilih Parlimen.

"Tuduhan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim adalah serius. Justeru, kita
mesti menyiasat bagi menentukan kesahihannya," katanya. �"
Malaysiakini

Baiklah… mari kita lihat bagaimana perisik Israel melalui Asiasoft
berjaya menembusi (menguasai sebenarnya) system Maklumat dalam PDRM..

LATARBELAKANG PROJEK PRS

Projek Sistem Laporan Polis atau juga dikenali sebagai ‘Police
Reporting System’ (PRS) bermula apabila kontrak untuk fasa 1 dan
Fasa 2 diberikan kepada Syarikat Sapura Holdings Sdn. Bhd.

Kemudian Fasa 3 (Pembekalan) dan kontrak penyelengaraan untuk Fasa 1,2
dan 3 diberikan kepada Syarikat Masterplan Consulting Sdn. Bhd. (MPC).

Dalam tahun 2006 kontrak berkaitan Migrasi Data diberikan kepada D.G.
Kom Sdn. Bhd. Kontrak ini sepatutnya tamat pada 31 Mei 2008 telah
dilanjutkan tempohnya sehingga kepada 31 Dec. 2008

Read more at:
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/04/bagaimana-perisik-israel-m\
enembusi.html

Wang RM254,000 tiba-tiba lesap

Oleh ATIKAH DALI

atikah.mohddali@kosmo.com.my

Abdul Rahim menunjukkan gambar lima lelaki yang dicari bagi membantu
siasatan berhubung kehilangan karung berisi wang berjumlah RM254,000 di
sebuah bank di Rawang Selasa lalu.

KUALA LUMPUR �" Sebuah karung mengandungi wang berjumlah RM254,000
yang dibawa oleh pekerja syarikat keselamatan mencetuskan misteri
apabila ia tiba-tiba hilang ketika dibawa masuk ke sebuah bank di Rawang
dekat sini Selasa lalu.

Kejadian itu menimbulkan tanda tanya bagaimana karung wang tersebut
boleh dibawa keluar oleh suspek tanpa disedari oleh pekerja syarikat
keselamatan serta orang awam yang berurusan di bank tersebut.

Sebelum kejadian pada pukul 12.30 tengah hari pada 6 April, tiga pekerja
sebuah syarikat keselamatan telah membawa tiga karung berisi wang yang
kesemuanya berjumlah RM644,000 untuk diserahkan kepada bank itu.

Ketika sampai di hadapan bank, dua daripada tiga pekerja itu telah naik
ke tingkat satu bangunan bank dengan membawa bersama ketiga-tiga karung
wang tersebut.

Seorang lagi pekerja syarikat keselamatan itu menunggu di dalam van.

Sebelum itu, tiga pekerja tersebut mengutip wang di sebuah bank di
Batang Berjuntai.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah
berkata, selepas itu, pekerja syarikat keselamatan tersebut singgah di
bank berkenaan untuk menyerahkan tiga karung wang yang masing-masing
berisi RM117,000, RM254,000 dan RM273,000.

Hulu Selangor : Lebih 9 Calon Bertanding?

Rekod 15 calon merebut kerusi DUN Bukit Selambau April 2009 �"
paling ramai bertanding dalam satu-satu pilihan raya kecil �"
kemungkinan berulang di Hulu Selangor?

Sama ada suasana itu akan dapat disaksikan pada pilihan raya kecil
kerusi Parlimen Hulu Selangor bulan ini masih menjadi teka-teki.

Bagaimanapun setakat semalam sembilan borang penamaan calon telah
diambil, demikian disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau tidak menolak kemungkinan lebih banyak borang akan diambil
selepas ini.

Borang-borang ini diambil sama ada dari pejabat Pegawai Pengurus Pilihan
Raya atau Pejabat Pilihan Raya Selangor di Shah Alam.

“Tidak ada borang diambil dari ibu pejabat SPR,� kata
beliau kepada The Malaysian Insider.

Sambil menyifatkan jumlah itu “agak ramai�, Wan Ahmad
berkata pihaknya tiada maklumat tentang parti politik pihak yang
mengambil borang-borang ini mewakili.

“Biasanya kami tidak akan tanya parti politik yang mereka wakili
kecuali minta berikan nama dan nombor kad pengenalan mereka.

“Ada jua yang mengambil borang bagi pihak parti dan ada
kemungkinan ada pihak yang mengambil lebih daripada satu borang sebagai
langkah berjaga-jaga (jika berlaku kesilapan),� katanya.

Tinggal hanya satu minggu sebelum hari penamaan calon.

Penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor akan
berlangsung 17 April ini manakala hari pengundian dijadual 25 April.

Setiap borang penamaan calon berharga RM20.

“Maklumat kami menunjukkan sembilan borang dikeluarkan setakat
petang ini (semalam).

“Setakat hari ini sahaja sembilan borang sudah dikeluarkan. Masa
ada masa lagi (menjelang hari penamaan calon)

“Kemungkinan akan ada lagi yang akan ambil borang penamaan
calon,� kata beliau.

Setakat ini dua orang telah menyatakan pendirian akan bertanding sebagai
calon Bebas selain pesaing tradisi Barisan Nasional (BN) dan komponen
Pakatan Rakyat (PR) akan menurunkan calon masing-masing.

Difahamkan akan ada calon daripada Umno dan Pakatan Rakyat akan turun
gelanggang ekoran rasa tidak puas hati dengan pemilihan calon.

Umno dari awal mahu kerusi itu diberikan kepada parti itu.

Bagaimanapun Rabu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
mengesahkan kerusi itu akan ditandingi oleh MIC bagi pihak BN.

Pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau di Kedah pada 7 April 2009
menyaksikan 15 calon termasuk BN dan PR bertanding merebut kerusi itu
selepas ia kosong kerana penyandangnya, seorang Exco, meletakkan
jawatan. -MI

Lihatlah Aksi Cemas Peragut Berparang Mengejar Warga Emas

TURUTAN gambar menunjukkan Mary Rose Joseph, 63,

melalui detik cemas apabila dikejar peragut

KUALA LUMPUR: Usaha seorang suri rumah menyelamatkan diri daripada
peragut dengan memanjat pagar rumah jirannya sambil menjerit meminta
tolong tidak dapat mengelakkannya daripada menjadi mangsa ragut. Dalam
kejadian kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin, Mary Rose Joseph, 63, dikejar
dua peragut bermotosikal, termasuk seorang bersenjata parang yang turut
memanjat pagar untuk meragut rantai leher mangsa.

Kejadian di Taman Mastiara, Jalan Ipoh di sini, berjaya dirakamkan
kamera litar tertutup (CCTV) di rumah itu yang turut disiarkan Buletin
Utama TV3, malam tadi.

“Dia (peragut) turut memanjat pagar (rumah jiran) mengejar saya.
Saya meminta tidak dicederakan kerana terlalu takut melihat parang di
tangannya. “Saya ditolak hingga terjatuh di bawah ampaian sebelum
rantai emas saya diragut. “Peragut terbabit hanya melarikan diri
sebaik melihat seorang jiran yang terdengar jeritan saya keluar dari
rumah,� katanya. Mary Rose bersyukur kerana tidak dicederakan dua
penjenayah terbabit, namun masih trauma dengan kejadian itu, lebih-lebih
lagi apabila menonton semula CCTV. “Pengalaman ini cukup
menakutkan kerana peragut bersenjata tidak lagi melakukan jenayah di
jalanan, malah sudah berani mengejar mangsa hingga ke rumah,�
katanya yang membuat laporan di Balai Polis Jinjang, semalam. Ketua
Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, ketika dihubungi
mengesahkan kejadian itu dan sedang meneliti laporan mangsa, termasuk
rakaman CCTV berkenaan bagi mengenal pasti identiti suspek berusia
antara 21 dan 22 tahun yang dipercayai warga tempatan. Bagaimanapun,
beliau menafikan kawasan terbabit adalah kawasan panas kerana jarang
berlaku jenayah.

Memang berani mati betul geng-geng peragut ni yer .Semakin kurang ajar
peragut ni yer sanggup buat macam tu sekali kepada warga emas .Nasib
warga emas itu tidak tercedera atau meninggal dunia .Oleh itu
berhati-hatilah kerana jenayah ada dimana-mana walaupun kita berada
dirumah.Awasilah keluarga anda semua dari si peragut yang kejam
ini.......

Zul Kulim...Cuba Tengok Gambar Ni Sebelum KO Pergi US

Saudara Zul. Sebelum kau pergi melancong ke Amerika bersama Althantuyaa,
eloklah dulu kenangkan gambar ini

Nak menang bukannya mudah. Anwar sanggup datang kempen untuk ko pada
masa time kempen PRU lalu (25.Februari 2008). Kenapa sanggup untuk
kenakan Anwar balik. Ini tak lain kerana dengki dan duit. Pegilah ko
Zul. Kalau ada di Parlimen pun, bukannya ko bawa isu rakyat Kulim pun.
Isu peribadi adalah. Dengar cerita sekarang ni dah tak diundang ke
surau-surau PAS. Patutlah boleh enjoy ke US. Memang pemergian ko
langsung tak ditangisi. Buat apa nak menangis. Lagipun ko dihantar BN
kerana nak elak mereka kalah undi. Mereka perkakaskan ko untuk elak
tewas dalam Undian secara blok. Kerana kalau ko ada di Parlimen pun,
bukannya boleh percaya kat ko kerana ko ni jenis dr spin..

Buat YB Zul, nikmatilah saat-saat akhir anda bergelar YB. Pergilah
melancong mana-mana pun. Hatta Mongolia pun boleh pergi. Cubalah ajak
Abang Najib ko tu…apapun Zul, sebelum naik kapal terbang, cuba
tengok gambar PRU ko ni dulu. Biar ia jadi bayang-bayang yang akan
buatkan ko sasau di US nanti…

Posted by Hisyamuddin Che Ali

Biarlah DAP bertanding di SIBU

Mahu tidak mahu, suka tidak suka BN terpaksa berdepan dengan pilihanraya
kecil Hulu Selangor dan Sibu walaupun sebelum ini BN cuba sedaya upaya
untuk mengelak seperti di DUN Kota Siputeh dan Dun Titi Tinggi.

Manakala DUN Negeri Perak pula, BN masih mampu bertahan dan menghalang
untuk tidak dibubarkan.

Pada pandangan saya, biarlah DAP bertanding di Sibu, PKR tak payah dok
menyibuk nak bertanding di Sibu. Semangat Pakatan Rakyat wajib dijaga.

Pandangan dan kemahuan rakyat dalam politik di Malaysia tidak sama
antara Negeri, Parlimen mahupun Dun.

Pandangan akar umbi rakyat setempat wajib diutamakan. Rakyat Sibu
memberi 'signal' yang jelas bahawa pengaruh calon PKR di Sibu gagal
memikat hati rakyat Sibu.

Jadi biarlah DAP bertanding dalam prk Sibu menentang BN.

Cuba kita perhatikan keputusan pilihanraya di Dun Titi Tinggi, di sana
juga calon PKR gagal memikat pengundi Titi Tinggi.

Ramai yang tertanya-tanya siapakah calon bebas yang mendapat undi lebih
tinggi dari calon PKR? Siapakah Mohd Razi?

Sebenarnya Mohd Razi adalah ahli PAS di Dun Titi Tinggi, beliau adalah
orang berpengaruh di Dun tersebut.

Mungkin Anwar tidak gemar dan marah bila saya komen tentang kerusi PKR
di Sibu dan Titi Tinggi. Tetapi itu hak Anwarlah kalau dia nak marah.

Peribahasa orang tua-tua, jangan jadi seperti "anjing dengan
bayang-bayangnya". Tak payahlah saya ulas pula maksudnya, semua orang
dah tahu.

Saya bimbang "...yang dikejar tak dapat...yang dikendong pula keciciran
dan melompat...."

Kalau kita melihat calon di Hulu Selangor pula, Zaid Ibrahim dan Shamsul
Iskandar adalah antara dua nama teratas yang disebut-sebut akan menjadi
calon Hulu Selangor.

Ustaz Dr Badrul Amin walaupun dilihat lebih popular dan undian dalam
blog Sharpshooter juga menunjukkan Ustaz Dr Badrul Amin mendahului
nama-nama lain, tetapi ternyata peluang Ustaz Dr Badrul Amin untuk
menjadi calon Hulu Selangor semakin samar.

Walau bagaimana pun terpulanglah pada Anwar untuk menentukan siapa calon
yang paling sesuai untuk Hulu Selangor.

Sebagai ahli parti PKR, sebelum keputusan dibuat, kita boleh kemukakan
pandangan dan hujah kita tentang calon Hulu Selangor, tetapi bila
keputusan telah dibuat, jangan lagi kita pertikaikan. Itu adalah hak
Anwar untuk buat keputusan.

Tugas kita adalah untuk memastikan Parlimen Hulu Selangor akan kekal
milik Pakatan Rakyat. Semua ada tugas masing-masing dan jangan jadi
pelancong pilihanraya. Daftarlah diri sebagai petugas Pakatan Rakyat di
Hulu Selangor.

Hadiah Dari BN : Tarif Elektrik Dijangka Naik Pertengahan Tahun 2010

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui tidak
menolak kemungkinan tarif elektrik dinaikkan pertengahan tahun ini.

Ia berikutan terdapat desas-desus bahawa kenaikan tarif elektrik bakal
dilaksanakan Jun ini.

"Ia bukan dilakukan dalam masa terdekat, tetapi tahun ini ada
kemungkinan tarif elektrik naik," katanya ketika dihubungi Free Malaysia
Today.

Dalam mesyuarat kabinet Februari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak mengumumkan untuk tidak meluluskan usul kenaikan tarif ekoran
bantahan pelbagai pihak.

Namun menurut Peter pihaknya masih dalam perancangan untuk membuat
semakan semula tarif tarif elektrik itu.

"Kami memang ada rancangan untuk membuat semakan tarif tersebut namun
masih belum ada tarikh yang ditetapkan lagi," kata beliau.

Tambahnya lagi,proses semakan tarif perlu kerana mengambil kira
faktor-faktor seperti kenaikan permintaan pengguna yang kian meningkat.

"Semakan tarif ini perlu ambil kira faktor seperti permintaan pengguna,
kos dan lain-lain," jelas beliau.

Penjelasan beliau mengukuhkan lagi tiada kenaikan dalam masa terdekat,
ekoran terdapat rungutan dilontar orang ramai atas kenaikan bil elektrik
seperti dilaporkan dalam laman portal berita Harakahdaily.net.

Free Malaysia Today turut mendapatkan penjelasan sumber dalaman Tenaga
Nasional Berhad (TNB) berhubung hal berkenaan.

Sumber tersebut menjelaskan jika terdapat kenaikan dalam bil elektrik ia
mungkin berlaku disebabkan cuaca panas yang melanda negara kini.

"Peningkatan penggunaan ini berlaku kerana melihatkan keadaan cuaca yang
panas sekarang. Orang ramai menggunakan barang elektrik seperti penghawa
dingin, kipas lebih

daripada penggunaan biasa. Itu yang menyebabkan kenaikan bil elektrik,"
kata sumber itu.

Malah menurutnya setakat ini tiada sebarang aduan diterima TNB
membabitkan perkara berkenaan.

"Setakat ini kami belum menerima aduan mengenai hal ini. Jika ada
pengguna menghadapi masalah boleh diajukan terus kepada TNB," katanya.
-FMT-GB-

Peluang Baru Buat Khairy Jamaluddin!

Fiction from the Photo

KJ:Omaaaaaaaaak den tak kiro!!!!!! den nak juo jadi montori!!!!!!!!! den
nak jugak nak jugak!!!!!!pak mortuo pun tak guno tak nak lantik den jadi
montori!!!!!!!monyosal den tak ngurat anak najib ..tak pun jadi anak
ikan rosmah!!!! !!!!!mandu teksi jo la den!!!!!

Buletin Utama,TV3 sebentar tadi telah menyiarkan bahawa Timbalan Menteri
Pengangkutan yang juga MP Sibu daripada Barisan Nasional telah meninggal
dunia.Takziah kepada keluarga beliau.

Oleh yang demikian,satu lagi pilihanraya kecil bakal diadakan,pada
pandangan saya,eloklah diadakan serentak dengan pilihan raya kecil
kawasan parlimen Hulu Selangor.Namun,saya bukanlah Pengerusi Suruhanjaya
Pulihan Raya.

Tetapi,bukan mengenai pilihan raya kecil ini yang saya mahu
sentuh.Tetapi,mengenai peluang MP Rembau yang juga menantu kepada MP
Kepala Batas untuk menjadi seorang menteri.Maklumlah,mengikut
tradisi,mereka yang berjaya memenangi jawatan tertinggi dalam pemilihan
parti UMNO bakal dilantik menjadi menteri di dalam kabinet.Tetapi,amat
malang sekali tidak buat MP Rembau ini yang juga Ketua Pemuda UMNO.

Peluang untuk MP Rembau menjadi seorang menteri amatlah besar buat kali
ini.Hal ini kerana berlakunya perubahan dalam pucuk kepimpinan parti
komponen BN yang juga sahabat rapat UMNO iaitu MCA.Malah Presiden MCA
yang terbaru telah pun berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia.Selain
itu,Ketua Wanita MCA yang juga Timbalan Menteri Pembangunan
Wanita,Keluarga dan Masyarakat telah pun meletakkan jawatan beliau
sebagai timbalan menteri(senator je dia ni).Begitu juga dengan kematian
Timbalan Menteri Pengangkutan seperti yang telah saya
sebutkan,semestinya satu lagi jawatan kosong yang boleh diisi
beliau,yakni MP Rembau.

Mengikut pandangan saya,sudah pasti pada kempen pilihan raya kecil
ini,beliau bakal berkempen dengan baik dan bersungguh untuk menambat
hati PM Malaysia.

Saya juga melihat bahawa MP Rembau amat sesuai untuk menyandang jawatan
sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat
mahupun Timbalan Pengangkutan(sbb ni dia ni pernah pakai pakaian pompuan
dan suka mengangkut anak menteri..serta pernah menjadi pemandu teksi..
ahaha).

Sekian,

Assalamualaikum warahmatullah dan Selamat sejahtera.

Posted by AzamDin

GEMPAR - Presiden GERAKAN Koh Tsoo Koon Nyaris Nyaris Di Penampor Melayu

"Aku Penampor Hang ni"

He he he...ayat Penampor dalam gambar tu bukanlah yang di ucapkan oleh
Armand Ketua Wira PERKASA Malaysia. Saje je Gomo
melawak..he...he..he...Kalau penampor betul pun ok jugak..ha ha ha....

Gambar di atas di ambil oleh Brader Fotographer kita yang ternama Minaq
Jinggo sewaktu Armand selaku Ketua Wira PERKASA menyoal balas Tan Sri
Koh Tsoo Koon berhubung isu RACIST dan Penghinaan yang di keluarkan oleh
Teng Hock Nam Naib Presiden GERAKAN terhadap PERKASA dan juga Tun Dr
Mahathir Mantan PM kita.

Apabila Ketua Wira PERKASA bertanyakan isu Penghinaan yang di cetuskan
oleh GERAKAN itu tan Sri Koh Tsoo Koon tidak dapat menjawap dan
mengatakan beliau tidak terlibat sama sekali dengan kenyataan Naib
Presiden nya Teng Hock Nam. Seolah olah Koh Tsoo Koon cuba melarikan
diri dari menjawap soalan tersebut.

Apa pun yang di jawap oleh Koh Tsoo Koon ini hanyalah auta belaka, dan
dia turut memohon maaf atas kenyataan Naib Presiden nya atas penginaan
kepada PERKASA dan Tun Dr Mahathir. Namun kami tidak akan menerima maaf
tersebut selagi GERAKAN tidak menyatakan permohonan maaf tersebut secara
tepat melalui Media Masa dan Elektronik.

Dalam pada itu Gomo yang ada kebetulan di sebelah Minaq Jinggo dah
keluarkan Buku PERLEMBAGAAN Malaysia untuk di berikan kepada Koh Tsoo
Koon, namun tidak dapat berbuat demikian kerana Koh Tsoo Koon dah
menyatakan telah menerima buku tersebut oleh Wira PERKASA Malaysia yang
di hantar melalui POS LAJU.

Nasib baik lah...kalau tak memang kena Hempok dengan Buku PERLEMBAGAAN
Malaysia tu..he he he

Apa sekalipun Tan Sri Koh Tsoo Koon terkejut Gaban bila Armand dan Wira
PERKASA yang hadir termasuk Gomo mengepung beliau bagi menyoal penginaan
kepada PERKASA dan Tun Dr Mahathir. He he he....Kami Wira PERKASA akan
Terjah mana mana pemimpin yang tidak menghormati Perlembagaan Malaysia
terutama hal yang membabitkan kepentingan Islam dan Orang Melayu.

Psssttt...Nasib baik Teng Hock Nam tak datang..kalau tak...mau kena
baling selipar...He he he

PAS ITU MELAYU

UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Karangan GOMO


Messages in this topic (1)

Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
• Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
• Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
• Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com

------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/

<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
dunia-politik-normal@yahoogroups.com
dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

------------------------------------------------------------------------

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com