Saya cukup setuju dengan tindakan PUM ini kerana nampaknya, non-Muslim di negara kita pada hari ini lebih suka untuk membuat pakatan dalam hal yang menjauhkan umat Islam dari Islam.
Namun bila ada unsur keislaman dan memperjuangkan nasib umat Islam, merekalah paling jaguh menjadi penentangnya! Lihat sahaja kenyataan Lim Kit Siang dan Karpal Singh dalam perkara ini.
Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis
Ada yang menghisabnya.
Ahmus
From: alamkia
Subject: [suaraulama] PUM buat laporan polis terhadap Malaysiakini
To: "suaraulama"
Date: Friday, January 9, 2009, 6:05 AM
PUM buat laporan polis terhadap Malaysiakini
Mohamad Hadi Ahmad Talhah (dua dari kiri) memegang salinan laporan polis manakala dari kiri, Wan Ahmad Faisal Wan Ahmad Kamal, Khairul Anwar Mustafa dan Ahmad Nazri Mohd. Noh memegang poster membantah laporan laman web Malaysiakinidi Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 8 Jan. - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) hari ini membuat laporan polis terhadap laman web Malaysiakini kerana menyiarkan satu rencana yang menghina pemimpin Islam serta memperlekehkan usaha rakyat di negara ini memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang kini ditindas rejim Israel.
Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi PUM Cawangan Wilayah Persekutuan, Mohamad Hadi Ahmad Talhah di Balai Polis Brickfields di sini pada pukul 2 petang.
Turut disertakan dalam laporan tersebut, satu salinan rencana yang berjudul Abdullah's anti-Israel Posturing yang disiarkan dalam portal tersebut kelmarin.
Menurut Mohamad Hadi, rencana itu yang ternyata menyokong tindakan Israel telah mengguris hati serta membangkitkan kemarahan orang Islam.
''Berikutan itu, PUM meminta Malaysiakini supaya menarik semula rencana terbabit serta-merta dan membuat permohonan maaf secara terbuka.
''Jika tidak, kami minta kerajaan bertindak tegas dengan menggantung atau menarik permit operasi portal berita berkenaan,'' katanya yang ditemui selepas membuat laporan polis di sini hari ini.
Kandungan rencana itu antara lain memperlekehkan usaha semua pihak yang ingin membantu rakyat Palestin daripada cengkaman tentera Zionis termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut disifatkan seorang yang hipokrit dalam memperjuangkan isu Palestin.
Orang ramai termasuk NGO yang menyertai demonstrasi membantah kekejaman Israel turut dituduh menerima upah untuk tujuan tersebut.
Selain itu, ia juga mempersoalkan tindakan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dalam menangani isu Palestin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika ditemui pejabatnya di sini, mengesahkan polis menerima laporan berkenaan.
No comments:
Post a Comment