20090224

Elizabeth tidak salah, penceroboh yang salah, kata Nik Aziz

KOTA BARU, 18 Feb: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak ada sebarang asas untuk Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong meletakkan jawatan.

"Dari apa yang saya faham berdasarkan laporan akhbar, gambar itu diambil oleh penceroboh yang memasuki rumahnya. Jadi tidak dia yang salah tetapi penceroboh itu.

"Dalam Islam, kita bebas untuk berbuat apa sahaja ketika kita bersendirian dalam rumah kita. Kita boleh buka aurat kita atau menutupnya," kata Nik Aziz ketika ditemui media di rumah rasminya, JKR 10.

Sehubungan itu, beliau menyokong tindakan Elizabeth untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Exco tetapi tidak sebagai Adun.

Bagi beliau, tawaran meletakkan jawatan sebagai Exco itu boleh mengurangkan beban kerajaan negeri.

"Jika dia mahu meletakkan jawatan sebagai Exco, itu masalah dia dengan kerajaan negeri. Saya serahkannya kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan.

"Bagaimanapun saya tidak bersetuju kalau dia mahu meletakkan jawatan sebagai Adun kerana ia akan menimbulkan banyak masalah.

"Duit dan tenaga yang banyak terpaksa dihabiskan untuk pilihan raya kecil dan pengundi akan marah kerana mereka dipaksa mengundi semula," katanya.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com