20100314

AYAH PIN HINA RASULULLAH S.A.W




Si laknatullah Ayah Pin atau bekas bomoh buta huruf yang mengaku sebagai wakil Kerajaan Langit, kini muncul lagi. Cuma kali ini, wakil Kerajaan Langit ini tidak lagi berani muncul secara terang-terangan sebaliknya menggunakan kecanggihan dunia siber yang mampu mencapai sasaran yang lebih luas dan tanpa sekatan.

Sekalung penghargaan kepada Blog Bagan Pinang yang berjaya menjejaki dan mendedahkan dakwah terbaru Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad menerusi Facebook. Anda boleh baca sendiri apa yang dikatakan oleh si Laknatullah alaih ini sendiri. Tidak tergamak rasanya nak menulis atau mengulas lebih panjang lebar tentang kata-kata Iblis berwajah manusia ini.



Si Laknatullah alaih ini merupakan bekas anak murid Hasan Rimau yang menyebar dan mengajar Ratib Hasan Rimau yang sangat sesat dan menyeleweng. Tindakan-tindakan kerajaan yang diambil terhadap kumpulan Ratib Hasan Rimau telah melumpuhkan kegiatan mereka. Pun begitu, sikap lepas pandang penguatkuasa jabatan agama dan lebih gemar berada di pejabat sambil menunggu laporan, menyebabkan Ayah Pin kembali muncul dengan ajarannya yang jauh lebih sesat. Sikap sambil lewa penguatkuasa Jabatan Agama akhirnya, membolehkan Ayah Pin menyebarluaskan ajarannya dan mengumpul ramai para pengikut yang berjiwa kosong serta memberontak terhadap peraturan serta hukum-hakam Islam.

Berdasarkan pengalaman penulis yang pernah mendedahkan kegiatan songsang kumpulan Ayah Pin ini di dalam tabloid MATAHARI sebelum dituruti oleh HARIAN METRO dan THE STAR pada tahun 2006, penulis mendapati kebanyakan pengikut Ayah Pin sangat meyakini kebenaran ajaran ini sekalipun hidup Ayah Pin sendiri adalah songsang dan hidup dengan hasil orang lain. Tiada sebarang keistimewaan kepada bekas bomoh yang hidup sebagai penoreh getah dan pencari akar kayu ini, selain daripada kata-kata dakyah dan tipu daya demi mendapatkan kepuasan seks daripada wanita-wanita muda.

Anehnya, ramai wanita muda yang sanggup menyerahkan diri untuk dikangkang dan melayani Ayah Pin dengan segala macam teknik semata-mata untuk mendapat keredhaan Kerajaan Langit. Berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh penulis pada waktu itu, kebanyakan wanita muda dan cantik-cantik yang berada di dalam kumpulan Ayah Pin menjadi gundik tidak rasminya dengan hanya alasan, 'Ambo mimpi mu malang tadi!'

Gundik-gundik tidak rasminya itu kemudian dikahwinkan dengan anggota-anggota kanan kumpulannya. Pun begitu, apabila Ayah Pin menghendaki gundik-gundik tidak rasminya, si suami perlu mengizinkannya dan rela Ayah Pin melakukan apa sahaja kepada isteri mereka.

Hanya selepas media massa menyiarkan tentang kesesatan Ayah Pin, barulah kerajaan mulai bertindak. Pun begitu, sesuatu yang menimbulkan kemusykilan ialah bilamana Ayah Pin dapat meloloskan diri dengan mudah dan perkampungannya di Batu 4, telah dimusnahkan. Sehingga kini, Ayah Pin tidak diburu dan usaha tidak bersungguh-sungguh penguatkuasa Jabatan Agama, sekadar menyaksikan Ayah Pin muncul untuk membuat onar sekali lagi.



Kelemahan Ibn Ishaq dalam menulis Sirah Nabawiyyah ditambah pula dengan campurtangan golongan Rafiddah dan Sabaiyyah telah menyaksikan fitnah terhadap Nabi s.a.w dan Ummul Mukminin Syaidatina Aisyah r.a begitu berleluasa. Bahkan di kalangan umat Islam yang menganggap karangan Ibn Ishaq sebagai 'authentic' turut terpengaruh dan menerima fakta yang disadurkan dengan rela hati.

Perkembangan terbaru Ayah Pin ini sewajarnya membuka mata penguatkuasa Jabatan Agama di seluruh Tanah Melayu. Selama ini, umum melihat penguatkuasa Jabatan Agama sekadar memenuhkan pejabat dengan cerita-cerita kenaikan gaji, sembang-sembang politik, penyalahgunaan harta pejabat dan sebagainya. Seharusnya kakitangan Jabatan Agama harus lebih efektif, aktif dan berinisiatif untuk mengangkat martabat Islam kerana tanggungjawab anda jauh lebih berat berbanding orang awam kerana gaji anda dibayar oleh kerajaan dan anda makan gaji untuk bekerja demi agama Islam.

Jangan jadi macam Baitulmal di seluruh Tanah Melayu. Pungutan zakat begitu dipromosikan, tetapi sekadar berbangga kerana berjaya memperolehi ratusan juta ringgit kutipan zakat, tetapi orang yang benar-benar memerlukan bantuan dari Baitulmal, terpaksa mengharungi pelbagai protokol dan borang, sedangkan pembangunan hospital, perniagaan ladang dan sebagainya, dibolehkan pula. Apa yang didahulukan tidak didahulukan sebaliknya dilihat kepada yang lebih menguntungkan. Dan alasan untuk membenarkan lebihan zakat dibawa ke tahun hadapan dan diperniagakan atau diperdagangkan atau dijadikan modal perniagaan, sentiasa dicari dan diberikan.....

Cucu Tok Wan

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com