20100330

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 2007[1 Attachment]

There are 2 messages in this issue.

Topics in this digest:

1. Berita, Blog Politik Hari Ini - 29 Mac 2010
From: dunia-politik@yahoogroups.com

2. Pernyataan Sikap PRP Kecam Usulan SBY Menjadikan Kawasan Lapindo seb
From: KP-PRP


Messages
________________________________________________________________________
1. Berita, Blog Politik Hari Ini - 29 Mac 2010
Posted by: "dunia-politik@yahoogroups.com" dunia-politik@yahoogroups.com pdniaga
Date: Mon Mar 29, 2010 1:12 am ((PDT))

http://dunia-politik.blogspot.com <http://dunia-politik.blogspot.com>

Get the latest info on Dunia Politik direct. Analisa Politik. Informasi
tentang parti-parti Politik dan keadaan politik di segenap pelusok
dunia. Home · Messages. Members Only; Post; Files; Photos; Polls;
Promote ? Already a member? Sign in to Yahoo! ...
Isnin, Mac 29, 2010


Pemimpin UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama gadis 16 tahun

TANAH MERAH - Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang
merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah
ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di
sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin.

Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30
pagi dalam operasi maksiat yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah bersama lapan anggota penguat kuasa yang
diketuai oleh Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail serta ahli Rukun
Tetangga (RT) kawasan setempat.

Difahamkan semasa kejadian, penguat kuasa sedang mengetuk bilik hotel
berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu,
namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguat
kuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit,
yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang
gadis belasan tahun yang sedang berkemban.

"Dia bersama pasangannya itu dibawa ke pejabat JHEAIK jajahan ini
untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah
mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.

"Selepas keterangan diambil kedua-duanya dijamin oleh seorang
penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei
ini," katanya.

Sementara itu, dalam operasi yang sama pihak berkenaan juga berjaya
menahan seorang lelaki dan wanita berdua-duaan di sebuah bilik hotel
lain.

Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi
mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah
Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan
susulan.

Nik Zuhdi berharap agar masyarakat sentiasa memberi kerjasama dan
membantu pihak JHEAIK bagi menangani gejala maksiat.

"Kerjasama daripada orang ramai bagi menghindari perbuatan ini dari
berleluasa amat diperlukan dan diharapkan gejala ini dapat ditangani
bersama," katanya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Kalau Takut Dipukul Badai...

Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

(Din Binjai)

Jumlah dagangan MLM dijangka cecah RM10b – Ismail

29/03/2010 12:44pm

KUALA LUMPUR 29 Mac – Jumlah dagangan dalam industri jualan langsung
(MLM) dijangka mencecah RM10 bilion pada penghujung Rancangan Malaysia
Ke-10 (RMK-10), kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagi 2009, jumlah dagangan dijangka berjumlah RM5 bilion.

"Kita yakin industri ini akan kembali berkembang dan terus meningkat
walaupun pada tahun 2008 jumlah dagangannya telah jatuh ke RM4 bilion
dari RM8 bilion pada tahun sebelumnya," kata beliau sempena majlis
penganugerahan syarikat Hai-O Enterprise Bhd. pada malam Sabtu lepas.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah Urusan Hai-O, Tan Kai Hee.

Ismail Sabri berkata, industri MLM mempunyai potensi untuk berkembang
dengan lebih pesat lagi jika dikawal dengan rapi melalui akta yang
mantap.

Atas kesedaran tersebut pihak kementerian akan membentangkan pindaan
Akta Jualan Langsung 1993 pada sidang Parlimen kali ini.

"Pindaan ini akan memudahkan pihak kementerian untuk mengambil tindakan
terhadap syarikat atau pengedar yang melanggar akta tersebut,"
katanya.

Antara tujuan pindaannya ialah untuk menjelaskan lagi pengertian skim
piramid serta larangan bagi mana-mana orang mempromosikan skim tersebut,
baik dari segi percetakan mahupun di dalam web dan sebagainya, tambah
beliau. – Bernama

PKR MAMPU GUGAT KESTABILAN UMNO SABAH

Written by Admin

Monday, 29 March 2010 12:22

Laporan : HALIK ZAMAN

PENGERUSI Pimpinan PKR Negeri Sabah, Ahmad Tamrin Hj Jaini, telah
merasmikan Mesyuarat Agung Cabang Tawau di bawah kepimpinan Datuk Kong
Hong Ming.

Pada sebelah malamnya, telah diadakan satu pejumpaan ceramah politik
bersama rakyat di Balung, Tawau. Perjumpaan ini telah berjaya
menghimpunkan ramai hadirin terdiri dari orang muda yang berminat untuk
mendengar penjelasan mengenai isu-isu semasa dan halatuju PKR dari
kepimpinan PKR Sabah.

Di perjumpaan ini, masyarakat Balung telah diterangkan dengan
sejelas-jelasnya mengenai susu-galur sebenar segala isu yang berkaitan
dengan Pakatan Rakyat memandangkan UMNO/BN telah banyak menaburkan
fitnah dan propaganda yang negatif terhadap Pakatan Rakyat, maka
perjumpaan sebegini dapat memberikan kefahaman sebenarnya kepada rakyat.

Dalam ucaptamanya, Tamrin mengucap syabas kepada Cabang Tawau kerana
keberhasilan perjumpaan ini yang begitu mendapat sambutan hebat dan
cemerlang dari rakyat Balung dan daerah Tawau.

Satu perjumpaan bertemu rakyat turut diadakan di Silam, Lahad Datu dalam
usaha mendekati rakyat Silam. Perjumpaan ini telah berjaya menarik
ribuan rakyat Silam dan juga beberapa orang Ketua-Ketua Cawangan UMNO
juga telah dikenalpasti turut hadir mendengar ceramah dari kepimpinan
PKR Sabah.

Ketua Cabang Silam, Johani Abd Halim telah mengambil satu inisiatif
bernas dengan menganjurkan perjumpaan berkenaan.

Lebih kurang 10 orang Ketua Cawangan UMNO turut hadir namun meminta agar
nama mereka tidak disiarkan turut memuji halatuju PKR begitu
mengkagumkan di mana selama ini mereka digambarkan oleh para pemimpin
UMNO Sabah bahawa PKR adalah sebuah parti yang merugikan kaum Bumiputera
tapi sebaliknya.

"Kalau kita dengar dan perhatikan betul-betul bahawa sebenarnya
pemimpin UMNO hanya menolong dan memperkayakan kroni mereka sendiri
sahaja. Betullah tuduhan para pemimpin PKR selama ini," ujar seorang
Ketua Cawangan UMNO Silam.

Kehadiran yang amat menggalakkan merupakan satu tanda aras akan
bertambahnya minat rakyat Sabah amnya dan rakyat Silam khasnya terhadap
perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat.

Ini membuktikan bahawa tafsiran pemimpin UMNO/BN terhadap Pakatan Rakyat
ternyata sama sekali meleset. Kehadiran yang begitu membangkitkan
semangat jelas membuktikan segala andaian UMNO/BN hanya tinggal andaian
sahaja. Syabas Cabang Silam kerana berjaya menganjurkan perhimpunan yang
sangat berjaya.

Pada pagi Isnin, jam 10.30 am, Pengerusi MPN Sabah dan rombongan
berangkat ke Bukit Garam, Kinabatangan bagi merasmikan Mesyuarat Agung
Cabang Kinabatangan.

Pada jam 2.00 pm, Pengerusi MPN akan merasmikan Mesyuarat Agung Cabang
Batu Sapi dan seterusnya satu perjumpaan bersama rakyat akan diadakan di
Batu Sapi. Semua ahli PKR dan rakyat Batu Sapi adalah dijemput hadir.

Rakyat wajib tolak kerajaan judi dalam PRU ke-13

Posted on Sunday, March 28 @ 21:55:13 PDT by paktam

Oleh WAN NORDIN dan NYZA AYUB

KUALA LUMPUR : PAS mengecam keras tindakan kerajaan yang bercadang
untuk membenarkan perjudian sukan berlesen di Malaysia, Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar mendapatkan pungutan suara rakyat di
peringkat nasional.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa semasa ditemui di Parlimen 25
Mac lalu berkata, isu judi telah dibangkitkan ahli-ahli Parlimen Pakatan
Rakyat beberapa kali di Parlimen sebelum ini.

"Apa yang diistilahkan dalam istilah percukaian ialah 'sin tax' yang
mana banyak jadi sumber utama bagi negara, persoalannya apakah dasar itu
akan diteruskan kerajaan hari ini sebab cukai yang jelas bercanggah
dengan Islam sedangkan agama persekutuan bagi negara kita ialah Islam,

Ini menunjukkan bahawa konsep Islam yang dilaksanakan dalam negara kita
atau yang difahami dalam perlembagaan amat terbatas penafsirannya kepada
perkara-perkara yang amat terbatas," katanya lagi.

Jadi ujarnya, apabila ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendedahkannya di
dewan ini dengan fakta, tujuannya ialah mahu maklumkan kepada rakyat
tentang penyelewengan yang telah berlaku.

Selain itu ahli Parlimen Pakatan Rakyat juga mahu kerajaan memberi
respons segera terhadap isu judi ini, dalam menggesa perubahan kepada
perkara mungkar ini, kata Nasharudin yang juga ahli Parlimen PAS Bachok.

Tetapi ujar Nasharudin, beliau tidak nampak sebarang tanda atau keazaman
kerajaan Umno/BN untuk berubah kerana judi adalah sumber pendapatan
mereka.

Justeru beliau menyeru kepada rakyat untuk mengubah kerajaan yang
bergantung kepada hasil judi ini kerana jelas judi adalah haram dalam
Islam, selain ia ditolak agama lain.

Sementara itu jawapan bertulis Menteri Kewangan kepada ahli Parlimen
Rasah (DAP) bertarikh 22 Mac 2010 berhubung isu judi mendedahkan,
kerajaan menerima jumlah cukai dan duti pertaruhan dari enam syarikat
utama judi negara berjumlah, RM 1.9 billion bagi tahun 2009.

Menurut jadual yang dilampirkan, Sports Toto menyumbang
RM459,600,452.05; Magnum Corporations RM401,283,257.55; Pan Malaysian
Pools RM265,531,593.04; Diriwan Corporation RM21,446,904.92, Sarawak
Turf and Equestrian Club RM30,664,302.61 dan Sandakan Turf Club
RM21,068,136.73.

Sementara itu terdahulu, dalam sidang media Pakatan Rakyat ahli Parlimen
Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dari PAS mencabar Perdana Menteri ,
Dato' Seri Najib Tun Razak hadir ke Parlimen menjelaskan pendiriannya
yang sebenar mengenai polisinya sebelum membenarkan perjudian sukan
berlesen di Malaysia.

Najib dicabar berbuat demikian kerana kesediaan beliau mempertimbang
proposal tersebut sempena pertandingan Piala Dunia yang akan diadakan di
Afrika Selatan pada pertengahan tahun ini.

Jelasnya, jika benar perkara ini sedang dipertimbangkan oleh kerajaan,
amat jelas Najib telah melanggar polisi yang telah dibawa oleh Perdana
Menteri sebelum ini, Tun Abdullah Badawi yang menarik balik polisi
tersebut sebelum ini.

"Dalam keadaan tedesak kerajaan untuk mencari pendapatan baru, kerajaan
gagal dalam menghormati pendirian rakyat di negara ini sehingga tidak
mengambil kira tentang kesan impak gejala sosial jika mereka yang
berjudi ini tertekan dengan hutang.

"Jika kerajaan ingin meluluskan lesen perjudian sukan, ia disifatkan
menggalakkan rakyat untuk terus berjudi dan berhutang. Saya juga
mencabar Najib perlu hadir dan jelaskan kepada kami jangan berdiam diri
sahaja," tegasnya dalam sidang media di lobi Parlimen pada 25 Mac lalu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ini juga menegaskan, jika Najib betul-betul
pemimpin Umno yang kononnya pejuang Melayu-Islam, Pakatan Rakyat mahu
beliau dapatkan pungutan suara nasional sebelum menghalalkan perjudian
sukan berdaftar di Malaysia,"

Katanya lagi, rakyat khususnya ahli-ahli Umno serta kaum Melayu berhak
mengetahui inisiatif terbaru kerajaan kerana amalan perjudian itu
membabitkan sensitiviti beragama Islam dan adat resam mereka
masing-masing.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan motif di sebalik pertemuan Najib
dengan pihak terbabit, Presiden Kumpulan Berjaya Corp. Bhd, Tan Sri
Vincent Tan Chee Yioun, di luar negara supaya masyarakat Melayu-Islam
tidak mengetahui inisiatif Najib itu.

Tambahnya lagi, bukan sahaja Islam mengharamkan amalan judi sama ada
berlesen atau haram, malah semua agama sekalipun turut mengharamkan
amalan tersebut.

Sementara itu, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail yang
turut serta dalam sidang media tersebut menjelaskan sebelum ini semasa
pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau telah meluluskan lesen
perjudian yang telah dipohon Berjaya Group bagi syarikat Ascot Sport Sdn
Bhd dalam perjudian sukan dengan perjanjian selama 20 tahun tetapi
permohonan itu telah dibatalkan oleh Tun Abdullah Badawi selepas beliau
mengambil alih pemerintahan negara.

"Tetapi tindakan untuk meluluskan permohonan yang telah dibatalkan
sebelum itu telah di ambil oleh Najib untuk dibuat pertimbangan semula.
Apakah kayu ukur yang digunakan oleh kerajaan dalam membuat pertimbangan
dalam meluluskan permohonan tersebut?

"Adakah kerajaan terdesak dalam mendapat sumber kewangan bagi mengisi
tabung kewangan negara sehingga tidak merujuk kepada aspek sosial
sebelum membuat keputusan, kalau tujuan ini semata-mata maka keputusan
itu tidak munasabah,"katanya.

Beliau juga menyelar sikap Najib yang dianggap hanya berani mendedahkan
kenyataan itu di luar negara ( di Hong Kong)sahaja tetapi tidak berani
mengeluarkan kenyataan pada media di Malaysia keranaa takut untuk
berdepan dengan rakyat yang menentang perjudian di Malaysia.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook turut mempersoalkan
kenapa Perdana Menteri hendak mempertimbangkan permohonan tersebut,
hanya kerana hendak bersaing dengan negara lain.

" Kerajaan sepatutnya meneliti impak besar yang akan timbul kepada
rakyat, lebih ramai rakyat akan berjudi dan membuat pinjaman dengan
along. Disebabkan pinjaman dengna along itu akan timbul unsur
jenayah,"katanya.

Perdana Menteri dikatakan mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara itu
semasa menghadiri Persidangan Pelaburan Asia Credit Suisse ke-13 di Hong
Kong. Beliau menyatakan Malaysia sedang menilai cadangan untuk
meluluskan perjudian sukan di negara ini bagi menjadikan perjudian itu
sah dan mempunyai lesen.

Sebelum itu Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook
menegaskan bahawa inisiatif tersebut mengakibatkan impak sosial yang
tinggi dalam masyarakat.

"Kita lihat ia (perjudian sukan berlesen) dari segi isu (dan) impak
yang akan melanda masyarakat kita, khususnya kaum Tionghua sendiri,"
jelas beliau.

Pengalaman melihat sendiri realiti dalam keluarga masyarakat Tionghua,
perjudian juga mengakibatkan rakyat terjebak dalam budaya memijam duit
riba daripada along.

"Khususnya impak (ke atas) kaum muda Tiong Hua, itu masalah besar
(apabila) ambil (pinjaman) `along' untuk berjudi dan ada
keluarga terpaksa jual rumah (atau) jual kereta untuk selamatkan
anak-anak mereka," beliau menambah.

Memetik suatu kenyataan dari akhbar tempatan beberapa hari lalu, Loke
turut bertanya, adakah Najib bercadang menjadikan industri judi salah
satu injin untuk memperkasa Model Ekonomi Baru (MEB).

Beliau mempersoal demikian kerana Najib sendiri mengaku bahawa industri
perjudian berkemungkinan akan menjadi salah satu bahagian dalam
menangani defisit kewangan melalui MEB.

Bercakap dalam kenyataan yang sama di lobi Parlimen, Ahli Parlimen
Machang Saifuddin Nasution pula mempersoal kaedah Najib dan kerajaan
untuk menjana pendapatan negara, menggunakan MEB.

"Apakah kayu ukur pertimbangan kerajaan ini semata-mata untuk
mengurangkan defisit kewangan dan meningkatkan pendapatan melalui cukai
judi," soal beliau.

Tegas beliau, sekiranya Najib bercadang menjana pendapatan negara
melalui hasil cukai perjudian, beliau menegaskan bahawa kaedah tersebut
tidak munasabah.

Beliau turut sependapat dengan Dzulkefly dan Loke, inisiatif Najib
tersebut seolah-olah mencerminkan beliau langsung tidak mempertimbang
impak berantai seperti kebejatan sosial di kalangan rakyat, ekoran
penggalakan industri perjudian berlesen tersebut.

Selasa lalu, akhbar The Star melaporkan Ascot Sports Sendirian Berhad,
iaitu satu anak syarikat Kumpulan Berjaya telah diberikan konsesi lesen
perjudian sukan berdaftar selama 20 tahun oleh Kementerian Kewangan pada
era Tun Dr. Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri, tahun 2003 yang
lalu.

Melalui industri perjudian tersebut, Malaysia sanggup menerima bayaran
sebanyak RM25 juta pada setiap tahun.

Pun begitu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri selepas Dr.
Mahathir mengetepikan proposal tersebut.

Lim: RM52 Billion Saham Bumiputera Hilang

Dari Malaysiakini

Oleh Hazlan Zakaria

Ahli parlimen Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng
hari ini meminta penjelasan di Dewan Rakyat mengenai RM52 billion saham
bumiputera yang dilaporkan `hilang' daripada tangan bumiputera
di Bursa Kuala Lumpur.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Lim berkata permohonan
penjelasannya itu dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan oleh
Bernama yang bertarikh 30 Jun 2009.

Menurut laporan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui
terdapat perbezaan ketara antara RM54 billion saham bumiputera yang
diperuntukan berbanding dengan jumlah sebenarnya yang masih dimiliki
mereka.

Dalam laporan itu Najib dipetik sebagai berkata, "daripada RM54
billion saham yang diperuntukkan, hanya tinggal RM2 billion yang masih
dipegang oleh bumiputera."

Lim menggesa kerajaan menyiasat apa yang berlaku dengan saham berkenaan
yang didakwa lazimnya diagihkan kepada kroni BN.

Kami tak Mahu MIC! - Ahli UMNO Hulu Selangor.

Posted by Anak Sungai Derhaka at 12:48:00 PM

UMNO merupakan parti terbesar dan orang Melayu merupakan pengundi
majoriti di Hulu Selangor tetapi atas dasar setia kepada keputusan pucuk
pimpinan parti, ahli-ahli UMNO terpaksa berkorban dan akur memberikan
kerusi tersebut kepada lain-lain parti komponen BN termasuk MCA, Gerakan
dan MIC. Tetapi pada PRK kali ini, keadaan telah banyak berubah..

AKU (Asal kan UMNO)...pandangan dari pengundi dan ahli UMNO Hulu
Selangor

Pilihanraya kecil Hulu Selangor akan berlaku sedikit masa lagi apabila
kerusi parlimen di istiharkan kosong oleh SPR kerana kematian Dato'
Dr. Zainal Abidin Ahmad. Bagi Barisan Nasional, isu pertama yang harus
ditangani adalah sama ada calon dari MIC iaitu Dato G. Palanivel
dikekalkan sebagai calon BN. Dari segi persefahaman yang telah sedia
terjalin dalam BN, kerusi Parlimen Hulu Selangor merupakan kuota yang
telah diperuntukan kepada MIC.

Dato' G Palanivel merupakan calon yang tewas dalam PRU yang lalu
kepada Dato Dr. Zainal Abidin Ahmad. Tanda-tanda di PRU yang lalu jelas
memperlihatkan bahawa pengundi-pengundi yang menyokong BN di Hulu
Selangor telah menolak Dato G. Palanivel. Masakan tidak, tiga DUN dalam
Parlimen Hulu Selangor dimenangi oleh calon BN tetapi majoriti di
peringkat DUN telah berubah menjadi minoriti di peringkat parlimen pula.

Perlu dinyatakan, Dato G Palanivel telah bertanding di Hulu Selangor dan
menang beberapa kali sejak tahun 1990. Ini bermakna Dato G Palanivel
telah diberikan peluang hampir 20 tahun untuk berbuat sesuatu di HS tapi
telah gagal mengekalkan penerimaan pengundi terutama dari kaum India
sendiri mahupun dari pengundi Melayu.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah pengundi Hulu Selangor telah menolak
Dato' G Palanivel. Hanya dengan sokongan pengundi setia UMNO
(terdapat ramai juga ahli UMNO sendiri telah mengundi calon PKR) dan
mungkin juga MCA yang membolehkan Dato G. Palanivel tidak hilang wang
pertaruhan di PRU 12.

Kebanyakan orang India di lihat tidak mengundi calon MIC malahan telah
mengundi calon PKR. Meletakkan Dato G Palanivel mahupaun mana-mana calon
MIC yang lain akan mengundang bencana bagi BN dalam pilihanraya kecil
ini.

Menurut sejarah, Parlimen Hulu Selangor pernah diwakili oleh Puan
Halimahton Saadiah dari UMNO pada tahun 1955. Selepas itu kerusi
Parlimen HS telah diberikan pula kepada calon-calon dari MCA, Gerakan
dan akhir sekali MIC.

UMNO merupakan parti terbesar dan orang Melayu merupakan pengundi
majoriti di Hulu Selangor tetapi atas dasar setia kepada keputusan pucuk
pimpinan parti, ahli-ahli UMNO terpaksa berkorban dan akur memberikan
kerusi tersebut kepada lain-lain parti komponen BN termasuk MCA, Gerakan
dan MIC. Tetapi pada PRK kali ini, keadaan telah banyak berubah.

Perubahan kerajaan diperingkat negeri telah membuatkan ramai ahli UMNO
merasa begitu tertekan. Tindak tanduk PKR/PAS/DAP dalam Pakatan Rakyat
telah banyak menguris hati mereka. Siapa yang boleh melupakan tindakan
kerajaan Negeri Selangor mensabotaj projek UiTM di Serendah? Mereka baru
sedar bahawa hanya UMNO (dengan segala kelemahan yang ada) sahajalah
yang mampu membawa pembangunan untuk rakyat.

Ahli-ahli UMNO ini menjadi begitu bersemangat untuk berkerja keras bagi
menumbangkan calon Pakatan Pembangkang. Banyak antara mereka yang telah
turun mengundi calon PKR di PRU 12 telah merasa menyesal yang teramat
sangat.

Mereka mahu UMNO meletakkan calon pada kali ini bagi menandingi calon
Melayu dari PKR nanti. Biar buku bertemu ruas. Baru dapat kita ukur jauh
mana popularnya calon PKR nanti. Meletakkan calon MIC hanya akan
mematikan semangat juang yang sedang melonjak begitu tinggi ini.

Kami, pengundi Melayu Hulu Selangor akan mengundi sesiapa sahaja calon
yang akan diletakkan oleh UMNO. UMNO Hulu Selangor mempunyai ramai
calon-calon yang berkaliber dan salah seorang dari mereka ini akan
diterima dengan tangan dan hati terbuka.

Antara calon-calon UMNO yang telah disebut-sebut termasuk Tan Sri
Mohamad Mohd Taib, Dato Zainal Abidin Hj. Sakom. Kedua-dua mereka ini
merupakan calon vateran yang tidak perlu lagi diperkenalkan kepada
pengundi Hulu Selangor.

Bagi muka-muka baru pula calon yang berpotensi termasuk Puan Rosni Sohar
(Penolong S/U Pergerakan Wanita UMNO Malaysia), Saudara Nazari Ahmad
Dahalan (S/U UMNO Bahagian Hulu Selangor), Saudara Kamsani (AJK Bahagian
HS dan Mantan ketua pemuda Bahagian HS), Saudara Khairudin Mohamad (S/U
Politik Kanan, Dato Ahmad Mazlan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia) dan
juga Dato Adnan Buyong (Naib Ketua UMNO Bahagian HS dan Mantan
Bendahari, Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor).

Setiap dari nama calon di atas mempunyai kekuatan yang tersendiri dan
kami amat percaya bahawa mereka-mereka ini akan dapat memikul tugas
sebagai Wakil Parlimen Hulu Selangor dengan baik jika andainya dipilih
sebagai calon.

Kami sebagai pengundi dan penyokong BN di Hulu Selangor ingin menyatakan
sekali lagi bahawa kami mahu kerusi Parlimen Hulu Selangor dipulangkan
kembali kepada UMNO.

Kami telah berkorban demi semangat kerjasama Perikatan/BN selama lebih
40 tahun dan sudah sampai masanya calon dari UMNO dinamakan sebagai
calon pada pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor yang akan datang
ini. Kami akan bekerja keras untuk memberikan kemenangan besar kepada BN
di PRK Hulu Selangor nanti.

Janji kami, "gelombang merah" yang akan bertiup dari Hulu
Selangor akan mengeggarkan benteng pertahanan Pakatan Rakyat bukan
sahaja di Hulu Selangor bahkan Malaysia! Ingat, jangan pisang berbuah
dua kali.

Hj. Yaziz Yunus

Timbalan Pengarah, Jentera Pilihanraya

Daerah Mengundi Bukit Sentosa 1-5

Menang Soi Lek, untung Umno – PKR

Ismail Hashim

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Pengarah Pilihan raya PKR, Hajah Fuziah Salleh
yakin kemenangan Dr Chua Soi Lek sebagai Presiden MCA yang baru adalah
kemenangan Umno dalam mengawal MCA.

Sehubungan dengan itu, beliau berpendapat, ia tidak banyak mendatangkan
kesan positif kepada pengundi Cina khususnya di Hulu Selangor.

"Dengan mempunyai seorang presiden yang ada rekod skandal, tentu
sekali Umno BN senang menundukkan MCA dengan apa cara sahaja menjadikan
MCA sentiasa dalam kerugian.

"Lebih teruk lagi apabila telah terbukti pemimpin yang ada rekod
atau skandal, maka yang lain tidak takut untuk buat salah sebab presiden
sendiri ada rekod, jadilah nanti ibarat ketam hendak mengajar anak jalan
lurus," tegasnya.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, sudah ternyata kini
rata-rata orang Cina melihat MCA sudah tidak lagi menjadi penyelesai
kepada permasalahan orang Tionghua khususnya.

Tambahan pula, jelasnya, MCA sekarang sudah berpecah kepada tiga puak
yang sudah pasti akan mengambil masa yang lama untuk menyatukan semula
dan memperkukuhkan MCA.

Apatah lagi kemenangan Dr Chua sebagai presiden menunjukkan ada krisis
ketandusan kepimpinan terus berlaku dalam MCA kerana sudah sah tiada
orang lain yang lebih layak sehingga yang ada skandal pun boleh menang,
tambahnya.

Fuziah mengulas demikian ketika ditanya tentang kesan kemenangan Dr Chua
sebagai Presiden MCA kepada pilihan raya kecil Hulu Selangor yang akan
berlaku dalam 60 hari ekoran kematian Ahli Parlimennya, Datuk Dr Zainal
Abidin Ahmad dari PKR pada 26 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan menetapkan tarikh penamaan calon dan
pilihan raya kecil pada Jumaat ini. Dalam pilihan raya umum 2008, P094
Hulu Selangor mempunyai pengundi seramai 63,593 terdiri daripada Melayu
54 peratus, Cina (26.7 peratus) dan India pula hanya 19 peratus.

Keputusan pilihan raya ke 12 pada 8 Mac 2008 lalu yang disifatkan
sebagai kejadian tsunami kepada politik negara menyaksikan Datuk Dr
Zainal Abidin menewaskan Palanivel a/l K. Govindasamy dari BN dengan
majoriti 198 sedangkan pada 2004, Palanivel mendapat kelebihan sebanyak
14,483 undi.

Mengulas lebih lanjut, Fuziah berkata, kemenangan Chua merupakan
liabiliti kepada MCA malah sudah pasti pengundi Melayu dan India yang
menjunjung nilai murni dan parti yang utamakan rekod bersih akan menolak
BN.

Bila ditanya bagaimana BN akan berhadapan dengan rakyat jelata dalam
keadaan mereka sekarang, Fuziah berkata, BN memang amat bagus dalam
usaha tipu helah dan memperdaya rakyat dengan janji manis dan projek mee
segera dan tentu sekali fenomena ini akan berulang di Hulu Selangor.

Apatah lagi, tegasnya, semua media elektronik dan media cetak arus
perdana dikawal oleh Kerajaan BN dan dengan semua agensi yang ada itu,
mereka akan pergunakan sepenuhnya namun rakyat pasti akan menilai
berlaku ketidak-adilan di situ.

Dalam hal ini, beliau kesal dengan kenyataan pihak SPR yang sudah
umumkan pada 27 Mac lalu mengenai `jangan hebohkan tentang pengundi
hantu' ketika berlangsungnya PRK Hulu Selangor nanti yang disifatkan
sudah menjadi `agensi' BN atau parti komponen BN ke 15.

Menurutnya, PR dilihat mempunyai peluang besar sedangkan BN berusaha all
out untuk menang, Fuziah menjangkakan akan berlaku `sesuatu'
akan berlaku khususnya dalam masa kempen nanti.

"Saya jangka kempen akan diusahakan oleh BN sehingga menjadi 'kotor'
dan juga ganas, saya andaikan Pemuda Umno akan mengepung kampung-kampung
tradisional Melayu dan akan bertindak liar serta ganas kepada petugas PR
terutama kepada petugas wanita," ujarnya.

Hajah Fuziah yang akan berlepas ke Bangkok bagi menghadiri Electoral
Justice Workshop bermula 30 Mac hingga 1 April anjuran Asian Network for
a Free and Fair Election (ANFREL) berharap pengundi Parlimen Hulu
Selangor menggunakan hak mereka dengan mengundi dengan bijak dan tidak
terpedaya dengan propoganda media.

Nik Aziz kekal mursyidul am lima tahun lagi

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dilantik
semula sebagai mursidul am PAS untuk sesi 2010-15.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kedua majlis syura ulamanya di
pejabat agung PAS,di ibu negara pagi ini.

Pelantikan itu sekali gus menutup ruang spekulasi berhubung kedudukan
tokoh popular PAS itu yang melanda sejak minggu lalu apabila
kedudukannya bergantung kepada sokongan 16 lagi anggota majlis tersebut.

Spekulasi tercetus minggu lala apabila majlis syura ulamanya tidak
membuat sebarang pelantikan terhadap pengerusi dan timbalannya,
sebaliknya hanya melantik lima anggota tambahan.

Majlis tersebut mempunyai 17 anggota - masing-masing empat wakil
daripada jawatankuasa pusat dan dewan ulama, dua orang daripada dewan
Pemuda dan Muslimat serta empat lagi anggota tambahan.

Sementara itu, dalam mesyuarat hari ini juga, Datuk Dr Haron Din turut
dilantik semula sebagai timbalan mursyidul am bagi membantu tugas-tugas
Nik Aziz sebagai pengerusi majlis tertinggi dalam parti.

Hormati keputusan, Nik Aziz terima

Turut dilantik sebagai anggota tambahan: Menteri Besar Kedah Datuk Seri
Azizan Razak, Pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin dan bekas timbalan
presiden Hassan Syukri.

Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang ketika ditemui pemberita di parlimen
mengesahkan pelantikan Nik Aziz dan Dr Haron selama lima tahun.

Tambahnya, Nik Abdul Aziz sebelum ini yang menyatakan kegembiraan
sekiranya tidak dilantik semula, bertindak demikian dengan "moral yang
tinggi."

Ditanya mengenai pertimbangan anggota majlis berkenaan terhadap tahap
kesihatan Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi berkata menteri besar Kelantan itu
dilihat masih mampu menjalankan tugas-tugasnya.

Sementara itu, walaupun membayangkan enggan dilantik semula sebagai
pemimpin nombor satu dalam PAS, Nik Aziz hari ini dijangka mengumumkan
kesediaannya memikul semula tanggungjawab dengan segera.

Menurut setiausaha politiknya Wan Nik Wan Yussof, satu kenyataan akhbar
berhubung perkara itu akan dikeluarkan lewat petang ini.

"Beliau terima. Tetapi (bertugas) macam dulu juga, kalau sakit tidak
dapatlah hadir ke mesyuarat," katanya kepada Malaysiakini tengah
hari ini.

"Penerimaan tersebut dibuat bagi menghormati keputusan majlis syura
ulama. Berdasarkan pengalamannya juga, beliau wajar dilantik
semula."

Terima kasih ALLAH !!!

Tuan Guru Nik Aziz kekal sebagai Mursyidul Am PAS!

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (PIC) dan
Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai
Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk sessi 2010-2015.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sessi ini
yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Selain mereka berdua, turut dilantik ke dalam Majlis Syura dalam
mesyuarat mereka yang pertama adalah Datuk Seri Azizan Razak, Ustaz
Hashim Jasin dan Ustaz Hassan Syukri. Kelima-lima mereka dilantik
sebagai ahli Majlis Syura dalam mesyuarat pertama mereka minggu lepas.
Mesyuarat hari ini membuat perlantikan untuk dua jawatan utama iaitu
Mursyidul Am dan timbalannya.

Selain mereka ahli Majlis Syura adalah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi
Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk
Abdul Halim Abdul Rahman (mewakili Jawatankuasa PAS Pusat).

Mewakili Dewan Ulamak adalah Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaakub, Datuk
Dr Mahfodz Mohamad dan Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh, mewakili Dewan
Pemuda Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Zaharudin Mohamad dan
dua wakil Dewan Muslimat yang nama mereka belum diperolehi. [link]

Posted by ali

Nik Aziz, Harun Din kekal Mursyidul Am dan timbalan

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (PIC) dan
Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai
Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk tempoh lima tahun dari
2010 hingga 2015.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sesi ini
yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mempengerusikan
mesyuarat tersebut berkata, pemilihan semula Tuan Guru Nik Abdul Aziz
kerana kelayakannya dan tidak mahu Mursyidul Am PAS itu bersara dari
perjuangan.

"Ramai yang layak, tetapi kita anggap beliau yang lebih layak dari orang
lain kerana dalam budaya perjuangan Islam tiada persaraan dalam
perjuangan.

"Kita tidak mahu tok guru kita bersara dari perjuangan," katanya pada
sidang media memaklumkan keputusan tersebut di parlimen hari ini.

Turut serta pada sidang media tersebut, Timbalan Presiden PAS,
Nasharudin Mat Isa.

Mengulas lanjut beliau berkata, keuzuran Tuan Guru Nik Aziz bukan
masalah besar kerana beliau akan dibantu ahli mesyuarat yang lain.

"Keuzuran beliau boleh dibantu ahli-ahli yang lain kerana keputusan
majlis syura bukan individualistik tetapi dibuat secara kolektif,"
tambahnya lagi.

Selain mereka berdua, turut dilantik ke dalam Majlis Syura dalam
mesyuarat mereka yang pertama adalah Datuk Seri Azizan Razak, Ustaz
Hashim Jasin dan Ustaz Hassan Syukri.

Kelima-lima mereka dilantik sebagai ahli Majlis Syura dalam mesyuarat
pertama mereka minggu lepas. Mesyuarat hari ini membuat perlantikan
untuk dua jawatan utama iaitu Mursyidul Am dan timbalannya.

Selain mereka ahli Majlis Syura adalah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi
Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk
Abdul Halim Abdul Rahman (mewakili Jawatankuasa PAS Pusat).

Mewakili Dewan Ulamak adalah Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaakub, Datuk
Dr Mahfodz Mohamad dan Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh, mewakili Dewan
Pemuda Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Zaharudin Mohamad dan
dua wakil Dewan Muslimat yang nama mereka belum diperolehi.

Ditanya berhubung kenyataan Tuan Guru Nik Aziz semalam yang bersedia
berundur, Abdul Hadi berkata ianya menunjukkan sikapnya yang tinggi
akhlaknya sesuai dengan tuntutan Islam yang mengajar umatnya untuk tidak
meminta jawatan.

"Itu satu moral yang tinggi yang sangat kami hargai. Memang kita dalam
Islam diajar tidak meminta jawatan, tidak berebut jawatan dan Islam
mengajar orang yang tidak meminta jawatan itu yang layak kita lantik,"
jelasnya lagi.

Sesi baru Majlis Syura bermula dengan mesyuarat pertama mereka minggu
lalu. Dalam mesyuarat di kalangan 12 anggota yang telah dilantik oleh
AJK PAS Pusat (4), Dewan Ulama (4), Dewan Pemuda (2) dan Dewan Muslimat
(2) itu, lima anggota tambahan dilantik.

Majlis Syura adalah badan tertinggi dalam PAS. Mengikut pindaan terbaru
Perlembagaan PAS, anggotanya menjadi 17 orang berbanding 12 sebelum ini
dan tempoh sepenggal dipanjangkan dari tiga tahun ke lima tahun.

Tindakan Mustafa Ali Perlu Disiasat.

Ekoran ulasan GB di dalam tulisan sebelum ini mengenai Mursyidul Am PAS
yang telah terlucut secara automatik dari jawatannya sebagai Mursyidul
Am PAS ramai yang telah menghubungi GB untuk membuat tindakan sewajarnya
bagi mempastikan semua hal dibongkar agar kebenaran dapat ditegakkan.

Sekalipun Harakahdaily melaporkan bahawa Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing
sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk sessi
2010-2015.

Keputusan ini dikatakan dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk
sessi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Langkah itu dianggap langkah terdesak parti kerana "kesilapan teknikal"
yang dilakukan oleh pihak tertentu - di dalam konteks ini - Setiausaha
Agong - yang begitu pantas melakukan kerja meminda perlembagaan TANPA
merujuk kepada Muktamar.

Persoalan kini siapa yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura Ulamak
pertama dan kedua sedangkan peruntukan Perlembagaan PAS sebelum ia
dipinda perlu dilakukan oleh Mursyidul Am? Apakah presiden PAS secara
automatik akan mempengerusikan Majlis Syura Ulamak mengikut pindaan
perlembagaan? Jika demikian apakan Presiden memegang kedua-dua jawatan,
Presiden dan mursyidul Am PAS sekaligus?

Apakah butir-butir Perlembagaan PAS yang dipinda dan siapakah yang
memandai-mandai meminda Perlembagaan khusus yang menyentuh kedudukan,
fungsi dan peranan badan tertinggi PAS iaitu Majlis Syura Ulamak?

Ada yang bertanya mengapa PAS Kawasan-kawasan dan AJK tertinggi PAS
membisu sekalipun "kemungkaran" (pencabulan) berlaku secara drastik dan
dengan begitu nyata sehinggakan institusi tertinggi parti sudah boleh
dipermainkan oleh eksekutif parti?

Laporan polis hendaklah dibuat terhadap Mustafa Ali agar beliau disiasat
terhadap tindakannya meminda perlembagaan parti tanpa sebarang resolusi
khusus muktamar-muktamar sebelum ini.

Tindakan untuk mengaibkan Mursyidul Am PAS yang dilakukan oleh pihak
tertentu di dalam parti dibantu oleh para petugas di pejabat PAS Pusat
perlu diambil tindakan sewajarnya agar parti tidak mudah dijadikan
boneka untuk sesetengah pihak di dalam mencapai matlamat-matlamat
tertentu untuk kepentingan-kepentingan tertentu.

Kuasa Politik dan Kuasa Agama

Ada yang menyatakan kepada saya bahawa dia bimbang negara ini menjadi
negara mullah (clergy state) yang akan melarang kebebasan bersuara
seperti yang saya dan beberapa pendakwah lain alami. Kata mereka,
apabila kuasa agama mencengkam, ramai yang akan terhalang haknya seperti
apa yang berlaku di Eropah sebelum Revolusi Perancis.

Saya jawab, saya tidak bimbang dengan pengaruh Islam terhadap negara,
bahkan itulah harapan saya sebagai Muslim. Islam dibina atas keadilan
dan rahmat. Apa yang saya bimbang adalah cengkaman sesetengah kelompok
bernama agama yang berfikiran sempit, fanatik atau berkepentingan
sehingga meminggirkan prinsip-prinsip keadilan seperti yang berlaku di
Afghanistan dan Nigeria. Bukan salah Islam, tapi salah guna kuasa.

Kita hendaklah mengenal pasti kerjasama antara golongan politik dan
agama itu sama ada demi kepentingan kuasa atau kepentingan Islam yang
berasaskan keadilan dan kerahmatan.

Begini...

Sepanjang sejarah kita lihat bukan sedikit pemimpin yang cuba mendakwa
dirinya adalah jelmaan Tuhan, atau dia merupakan Tuhan. Jika tidak pun,
ramai pemimpin tanpa mengira jenis agama, bangsa dan negara cuba
menguasai upacara agama, atau menguasai orang agama. Mengapakah hal ini
berlaku?

Sebenarnya, politik adalah penguasaan terhadap rakyat. Penguasaan yang
paling kuat adalah apabila seseorang pemimpin berjaya menguasai
kepercayaan, jiwa dan perasaan rakyat. Sehinggalah apabila 'iman rakyat'
dikuasai olehnya, dia bererti benar-benar menguasai rakyat. Mengaitkan
diri pemimpin dengan 'Tuhan' atau 'pegangan agama' adalah faktor terkuat
untuk rakyat taat dan setia tanpa berbelah bahagi terhadap seseorang
pemimpin.

Sebab itu, ramai pemimpin tanpa mengira agama akan mengaitkan dirinya
dengan agama tertentu apabila dia dapati pengaruhi agama tersebut kuat
menguasai rakyatnya. Dakwaan diri sebagai 'tuhan' atau 'jelmaan Tuhan'
adalah termasuk dalam usaha menguasai jiwa dan perasaan rakyat atau
menguasai 'iman rakyat'.

Begitulah juga penonjolan ciri-ciri agama seperti membawa orang agama
menyokong atau berdoa atau berdampingan dengan sesebuah kepimpinan
politik itu kadangkala atas tujuan sedemikian. Maka, sikap pemimpin atau
raja menonjolkan unsur-unsur agama atau hubungannya dengan ahli-ahli
agama mempunyai berbagai andaian; boleh jadi atas kesedaran dan
kecintaan serta ikhlas kepada agama atau 'Tuhan', tetapi boleh jadi juga
ada tujuan yang membabitkan agenda penguasaan politiknya.

Orang Agama

Rentetan dari itu, kita hendaklah sedar bahawa seseorang yang diberikan
kepercayaan oleh orang ramai disebabkan faktor agama, dia sebenarnya
telah memiliki sebahagian daripada kuasa penguasaan terhadap orang lain.
Ertinya, dia mempunyai sebahagian 'penguasaan politik' atau kuasa yang
menyebabkan orang lain hormat, patuh dan menurut arahannya.

Maka jangan hairan jika ada orang agama yang bersaing antara satu sama
lain seperti mana orang politik bersaing. Jangan hairan jika ada imam
yang 'senior' tidak mahu memberi laluan kepada 'imam junior' di sesebuah
masjid yang hanya berada di hulu kampung. Walaupun kadangkala tiada
elaun yang tinggi yang dibayar, namun 'pengaruh politik agama' amat
besar harganya bagi seseorang yang terbiasa dengan kuasa penguasaan ke
atas orang lain. Itu jika di hulu kampung, bagaimana pulak jika
membabitkan tempat, atau wilayah yang lebih besar?

Maka janganlah hairan, jika tanpa keikhlasan iman golongan agama juga
akan bertarung dan jatuh menjatuh sama seperti orang politik. Bukan
kerana perbezaan idea, tetapi kerana 'kemaruk kuasa' seperti mana yang
berlaku kepada ramai orang politik yang tidak bersandarkan wahyu. Mereka
pun akan menghapuskan apa sahaja yang boleh mengikis penguasaan mereka.
Kata Sufyan al-Thauri (meninggal 161H): "Aku tidak melihat kezuhudan itu
paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan
dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian
tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan
kerananya" (al-Zahabi, Siyar A'lam al-Nubala, 7/262).

Justeru itu juga, kita melihat bukan sedikit golongan agama yang cuba
mendampingi pemerintah atau raja. Perdampingan mereka itu boleh jadi
kerana keikhlasan untuk menerapkan nilai-nilai agama dan keadilan demi
kebaikan rakyat, tetapi boleh jadi juga kerana tujuan untuk menguatkan
penguasaan mereka terhadap masyarakat dan rakyat.

Perkongsian dan pertarungan kuasa

Sepertimana politik boleh menjadi saluran mendapat kemegahan, sanjungan,
kekuasaaan dan harta, demikianlah agama. Maka sepanjang sejarah, bukan
sedikit kita melihat dua kelompok ini berpakat untuk menguatkan antara
satu sama lain. Tujuannya; sama ada demi mematuhi perintah agama,
ataupun demi mengukuhkan cengkaman mereka ke atas orang lain.

Begitulah juga kita melihat kedua kuasa ini; kuasa politik dan kuasa
agama kadangkala bersaing dan bertarung antara satu sama lain. Boleh
jadi pertarungan itu disebabkan kuasa politik merasakan kuasa agama
bersaing pengaruh terhadap rakyat, ataupun kuasa agama merasakan kuasa
politik telah berperanan merentasi sempadan yang sepatutnya dikawal oleh
pengaruh agama.

Maka kerja sama atau pertarungan antara dua kuasa ini boleh jadi atas
asas menegakkan kebenaran dan keadilan di mana kuasa agama cuba mencegah
kezaliman kuasa politik seperti para nabi menentang pemerintah yang
zalim di zaman mereka.

Ataupun, kuasa politik cuba mencegah kezaliman atas nama agama seperti
kebangkitan Eropah menentang kuasa gereja atau Pemerintah Inggeris yang
menghapuskan beberapa amalan agama yang zalim di India seperti sati yang
membakar hidup-hidup isteri bersama suami yang mati.

Islam Dan Pemerintah

Islam juga menyatakan pemerintah adalah khalifah yang bertanggungjawab
terhadap menegakkan agama dan bersiasah dengan panduan agama. Namun,
Islam menjadikan keadilan dan kebenaran yang terkandung dalam al-Quran
dan al-Sunnah sebagai asas.

Pemerintah tiada kuasa mutlak atau dianggap maksum (infaillible).
Pemerintah sentiasa terdedah kepada kritikan dan pembetulan. Ini
terbukti dalam teksal-Quran dan al-Sunnah serta amalan Khulafa
al-Rasyidin yang menegaskan prinsip ini.

Membetulkan pemerintah apabila salah adalah satu tanggungjawab. Islam
tidak menyatakan semua perbuatan pemerintah itu divine atau diredhai
Allah. Islam tidak menyatakan taatlah apa sahaja yang disuruh oleh
pemerintah. Sebaliknya, Allah menyebut: (maksudnya) "Wahai mereka yang
beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan uli al-Amr (pemimpin)
dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat maka
kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar
beriman dengan Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu yang paling
utama dan paling baik akibatnya" (Surah al-Nisa' 59).

Ertinya, jika berlaku perselisahan, asasnya bukan pendapat pemerintah
tetapi kembali kepada prinsip-prinsip yang terkandung dalam al-Quran dan
al-Sunnah. Selepas ayat ini, Allah menegaskan tanggungjawab rakyat
melantik pemerintah yang berkualiti dan layak, dan tanggungjawab
pemerintah yang dilantik melaksanakan keadilan: (maksudnya)
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak
menerimanya dan apabila kamu berhukum dalam kalangan manusia maka
hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan
pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha
mendengar lagi Maha melihat". (Surah al-Nisa: 58).

Terlalu banyak nas-nas yang melarang mentaati pemimpin secara 'membabi
buta' (blind imitation). Antaranya, sabda Nabi s.a.w: "Dengar dan taat
(kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu Muslim dalam
perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam
perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka
tiada lagi dengar dan taat".

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Islam dan ulama

Islam tidak pernah memaksumkan ulama. Seperti mana orang lain, ulama
terdedah kepada salah dan silap. Sebab itu adanya istilah ulama al-suk
atau ulama jahat yang menggunakan ilmu untuk kepentingan diri sehingga
menggadaikan kebenaran. Bahkan al-Quran mensifatkan ulama jahat seperti
anjing dalam Surah al-'Araf ayat 75-76.

Ulama dilarang mengampu pemerintah atas kesalahan atau bersekongkol
dengan mereka atas kezaliman. Sehingga Nabi s.a.w memberi amaran:
"Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan
kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan
pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku
dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga).
Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong
kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan
dia akan mendatangi telaga (di syurga)". Riwayat Ahmad, al-Nasai dan
al-Tirmizi, ia dinilai sahih oleh al-Albani).

Pemerintah dan ulama

Pemerintah dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip keadilan dan
kemaslahatan rakyat. Bukan kepentingan diri ataupun puak tertentu semata
sehingga meminggirkan prinsip kepentingan umum. Pemerintah di suruh
bersama ulama jujur demi memastikan mereka sentiasa berada atas landasan
yang redhai Allah bukan untuk menguatkan cengkaman kuasa kedua kelompok
itu. Sabda Nabi s.a.w: "Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan
ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) Bitanah yang
menyuruhnya untuk melakukan kebaikan serta menggalakkannya. (Kedua)
bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan serta
menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang diselamatkan Allah".
(Riwayat al-Bukhari dan al-Nasai).

Inilah Perbezaannya...

Jika gabungan pemerintah dan golongan agama itu jujur, maka natijahnya
akan ditegakkan kebenaran, keadilan dan kerahmatan kepada rakyat.
Pemerintah akan tunduk kepada agama dan ulama akan bebas daripada
kepentingan lantas rakyat menikmati keadilan. Sebaliknya, jika tujuannya
untuk cengkaman kuasa, kita akan mendapati kedudukan kedua golongan
bertambah selesa sedangkan rakyat bertambah resah.

Di dunia Islam, ada mufti-mufti yang berjenama besar, tetapi gagal untuk
menasihati pemerintah mereka dengan tegas agar jangan bersekongkol
dengan Israel yang menzalimi rakyat Palestin. Lihat apa yang Mesir,
Jordan dan negara-negara lain lakukan terhadap nasib rakyat Palestin
yang terkepung di sempadan mereka. Ketika golongan agamawan makan mewah
di meja bersama penguasa, rakyat Palestin di sempadan mati kebuluran!!

Di negara kita juga mesti dilihat keadaan mana yang berlaku. Umpamanya,
jika peraturan agama pencetakan atau selainnya dibuat dengan ditegaskan
'tidak boleh mengkritik mufti' atau sultan atau majlis agama, maka itu
untuk cengkaman kuasa. Jika dimasukkan 'tidak boleh menghina Allah dan
Rasulullah, itu untuk Islam dan kebenaran!!! Setiap pihak terdedahkan
kepada kesilapan dan penilaian, sehingga Abu Bakr dan Umar membenarkan
diri mereka dikritik, bagaimana ada kelompok yang tidak boleh dikritik!!

Apabila sesebuah buku diharamkan tanpa alasan melainkan 'panel kurang
selesa' atau 'panel agama merasa keliru' maka itu ke arah negara
primitive dan kepentingan kuasa. Namun jika dilarang dengan asas-asas
ilmiah yang dibahas secara ilmu dan adil, maka itu prinsip Islam!!

Jika yoga diharamkan kerana ada unsur bagai menyembah, tetapi dalam masa
yang sama 'adat menyembah raja sehingga merangkak' direstui golongan
agamawan, maka itu kepentingan! Jika doa dibaca buat pemimpin dan sultan
dimasukkan unsur mengampu dipuja sultan dan raja dalam doa sehingga
hilang rasa rendah diri di hadapan Allah maka itu kepentingan 'sambungan
jawatan'! Demikianlah seterusnya..

Kita tidak takutkan prinsip Islam ditegakkan, kita takut nama agama
digunakan untuk cengkaman kuasa dan kerjasama 'pintar dan putar' antara
kedua kelompok ini untuk kepentingan masing-masing! Marilah kita nilai
dengan teliti apa sebenarnya yang sedang berlaku...

Nota pengarang: Dr Mohd Asri - bekas mufti Perlis - adalah lulusan
sarjana mudanya Universiti Jordan dalam bidang bahasa Arab dan syariah,
sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam
bidang pengajian Islam. Beliau seterusnya mengikuti pengajian di
peringkat doktor falsafahnya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
dengan tesisnya berhubung sebab wurud (terbitnya) hadis.

Posted by Din

Tahniah Persatuan Cina Malaysia

Saya rasa belum terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada DS Chua Soi
Lek kerana mendapat kepercayaan daripada perwakilan kaum Cina untuk
dilantik menjadi Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA). Walaupun sudah
terbukti dan beliau sendiri mengaku terlibat dengan skandal seks bebas
dan curang terhadap isteri tetapi masih mendapat tempat teratas. Selepas
ini pastinya ada desakan daripada Persatuan Cina Malaysia untuk
mendapatkan kuota jawatan Menteri daripada Perdana Menteri.

Sudah pastinya ini menjadi beban bergalas buat DS Najib sebagai Perdana
Menteri dan parti-parti komponen Barisan Nasional di dalam menghadapi
PRK P29, Hulu Selangor yang dijangkakan penghujung April depan. Walaupun
terpaksa memikul biawak hidup, perjuangan harus diteruskan. Penulis
masih lagi berharap DS Najib tidak meletakkan pemimpin di atas yang
terlibat dengan masalah moral di dalam kabinetnya. Ini termasuklah
dengan seorang Menteri beliau yang terlibat di dalam "tangkap basah" di
sebuah negeri di Utara Semenanjung dengan Ketua Puteri UMNO peringkat
negeri, beberapa bulan lepas hendaklah digugurkan daripada kabinet
beliau. Bagi penulis, barisan pemimpin DS Najib harus diakui bersih dan
kelihatan bersih.

PERLANTIKAN AHLI MAJLIS SYURA ULAMA PAS - KALAU TIDAK TAHU MENAHU LEBIH
BAIK DIAM

Pemilihan Ahli Majlis Syura PAS cuba dipolemikkan oleh penulis-penulis
blog ahli PAS seolah-olah mereka lebih tahu berbanding dengan pimpinan
PAS itu sendiri. Pada saya lebih baik diam dan tunggu sahaja dengan
memberi kepercayaan kepada pimpinan sepenuh hati daripada mengulas
perkara yang kita tidak tahu menahu. Beberapa penulisan dalam blog yang
saya baca, sekiranya diamati dengan teliti ternyata mereka tidak menahu
tentang perkara tersebut.

Ulasan yang diberi seolah-olah mereka benar-benar faham kandungan
Perlembagan PAS sehingga mereka mempertikai pindaan-pindaan yang telah
buat. Pada hal mereka jahil dan tidak tahu menahu. Saya bukan pimpinan
PAS yang ada autoriti untuk menjawab polemik ini. Tetapi saya tahu apa
yang mereka tulis tidak betul dan berniat jahat bagi memburukkan
pimpinan tertinggi PAS. Saya rasa bertanggung jawab bagi menjawab
persepsi yang slah ini.

Muktamar Agung Khas bagi meminda beberapa fasal dalam Perlembagaan PAS
telah dibuat pada tahun 2006 di Negeri Kedah. Kertas-kertas mengenai
pindaan tersebut telah dibentang oleh Ust Hj Hassan Shukri, antara
kandungan-kandungan pindaan ialah mengenai Majlis Syura Ulama,
perlantikan-perlantikan penolong Setiausaha dan sebagainya. Deraf
pindaan kemudian dibahas oleh perwakilan.

Muktamar seterusnya pada tahun 2007 di Kelantan dibentangkan semula
pindaan tersebut setelah mengambil kira pandangan dan cadangan dari
perwakilan ketika dibahaskan pada tahun 2006. Dan ia diluluskan sebulat
suara. Selepas Muktamar berakhir, PAS Pusat telah menghantar
pindaan-pindaan tersebut ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk
diluluskan. Pejabat Pendaftar Pertubuhan mengambil masa dua tahun bagi
meluluskan pindaan tersebut. Pada tahun 2009 Pejabat Pendaftar
Pertubuhan telah meluluskan pindaan tersebut.

Sesalinan deraf Perlembagaan PAS yang telah dipinda dan diluluskan telah
dihantar kepada semua pejabat Perhubungan Negeri-negeri, saya sebagai
Setiausaha Perhubungan PAS Perak salah seorang yang menerima deraf
tersebut.

Pindaan-pindaan tersebut tidak ada kaitan langsung dengan unsur-unsur
Kerajaan Perpaduan, ada penulis blog yang terang-terang menuduh ini
kerja Cikgu PA dan beberapa pemimpin PAS yang ada kaitan dengan isu
kerajaan perpaduan. Kononnya sejak Cikgu PA menjadi Setiausaha Agung
banyak sungguh pindaan dibuat, dipertikai pula kononnya pindaan tersebut
tidak dibawa ke mesyuarat agung dan macam-macam lagi tohmahan jahat
penulis blog yang mengaku ahli PAS. Cetek dan jahil betul pemikiran
mereka ini.

Pindaan ini dibuat ketika Datuk Kamaruddin Jaafar sebagai Setiausaha
Agung, ketika itu cadangan pindaan perlembagan dibuat belum timbul isu
Kerajaan Perpaduan.

Isu pemilihan Ahli Majlis Syura dikaitan dengan pindaan Perlembagaan
yang kononnya bertujuan menyingkirkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
dan Ust Ahmad Awang yang dikatakan merekalah penghalang Kerajaan
Perpaduan.

Tidak keterlaluan untuk saya katakan para blogger ini terlalu jahil
untuk memahaminya atau sengaja menimbulkan polemik supaya mereka dilihat
lebih tahu dan hebat berbanding dengan pimpinan PAS, dan mereka mahu
menjadi juara reformasi dalam PAS.

Tidak sukar memahami pindaan-pindaan yang dibuat dalam perlantikan Ahli
Majlis Syura Ulama PAS. Jawatankuasa Kerja PAS Pusat diberi kuasa
melantik 4 orang AJKnya menganggotai Ahli Majlis Syura Ulama,
perlantikan telah dibuat. Anggotanya ialah YB Datuk Presiden, Timbalan
Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Hj Abdul Halim Abdul
Rahman. Dewan Ulama pula diberi kuasa melantik 4 orang AJKnya,
perlantikan juga telah dibuat. Ahlinya ialah YB Ust Harun Taib, YB Datuk
Hj Ahmad Yaakob, Datuk Dr.Mafuz dan Ust Nik Zawawi. Manakala Dewan
Pemuda melantik Ust Nasaruddin Hasan dan Ust Zaharuddin, Manakala Dewan
Muslimat melantik Ustazah Wahibah Tahir, seorang lagi saya tidak pasti.

Ini semua terkandung dalam Perlembaaan PAS (pindaan baru) dalam FASAL
7A.

(2) Ahli-ahli Majlis Syura `Ulamak hendaklah terdiri daripada tidak
lebih tujuh belas orang iaitu:

(a) Seorang Mursyidul `Am

(b) Seorang Timbalan Mursyidul `Am

(c) Seorang Setiausaha Majlis Syura `Ulamak, dan

(d) Tidak lebih empat belas orang Ahli Majlis Syura`Ulamak

(3) Seseorang yang hendak dilantik menjadi Ahli Majlis Syura

`Ulamak itu hendaklah seseorang yang mengetahui masalah-masalah
pokok (AL-USUL) dalam syariat Islam dan hukum-hukumnya atau/dan dapat
merujuk masalahmasalah itu kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qias
dengan faham akan maksud dan maknanya yang muktabar dan hendaklah
seorang yang adil yakni tidak melakukan dosa besar atau terus menerus
melakukan dosa kecil dan hendaklah terpelihara maruahnya serta hendaklah
seorang ahli PAS.

(4) Empat orang daripada ahli Majlis Syura 'Ulamak itu hendaklah dipilih
dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan empat orang yang
dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan `Ulamak PAS Pusat
dan masing-masing dua orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa
Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat dan Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS
Pusat dan tidak lebih lima orang yang baki itu dipilih dan dilantik oleh
Majlis Syura 'Ulamak itu sendiri. Keahlian seseorang ahli majlis itu
boleh diperbaharui oleh pihak yang memilih/melantiknya setelah tamat
tempoh tersebut.

(5) Ahli-ahli Majlis Syura 'Ulamak itu hendaklah memegang jawatannya
selama lima tahun. Walau bagaimanapun ahli-ahli majlis ini boleh
berhenti sebelum cukup tempoh lima tahun dan boleh diberhentikan oleh
Majlis Syura 'Ulamak yang mempunyai kuasa menentukan kelayakan seseorang
ahli mengikut peruntukan Fasal 7A(3) dan sebab-sebab

seseorang ahli itu patut diberhentikan.

(6) Seorang Ketua Majlis Syura 'Ulamak yang dikenali sebagai Mursyidul
'Am dan seorang Timbalannya yang dikenali sebagai Timbalan Mursyidul 'Am
hendaklah dipilih di

dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak tersebut
dari kalangan ahli-ahlinya dan akan memegang jawatan itu selama lima
tahun dengan syarat dia boleh berhenti sebelum cukup tempoh tersebut dan
boleh diberhentikan dengan persetujuan dua pertiga daripada ahli-ahli
Majlis Syura 'Ulamak itu dan boleh diperbaharui perlantikannya setelah
tamat tempoh dia memegang jawatan itu.

(7) Seorang Setiausaha Majlis Syura `Ulamak hendaklah dilantik oleh
Mursyidul `Am di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura
`Ulamak dari kalangan ahli-ahlinya, dan hendaklah memegang jawatan
itu selama lima tahun dengan syarat dia boleh berhenti sebelum cukup
tempoh tersebut dan boleh diberhentikan dengan persetujuan mesyuarat
Majlis Syura 'Ulamak dan boleh diperbaharui perlantikannya setelah tamat
tempoh dia memegang jawatan itu.

(8) Mursyidul 'Am hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat-mesyuarat
Majlis Syura 'Ulamak. Sekiranya ketiadaan Mursyidul 'Am dengan apa-apa
sebab sekalipun, tugas mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak
itu hendaklah dijalankan oleh Timbalan Mursyidul 'Am. Jika kedua-duanya
berhalangan atas apa-apa sebab, maka mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak
hendaklah melantik salah seorang dari kalangan ahli-ahlinya untuk
mempengerusikan mesyuarat itu.

12 orang Ahli Majlis Syura yang telah dilantik ini telahpun bermesyuarat
bagi melantik 5 orang lagi. Mesyuarat pertamanya bersetuju melantik
Datuk Presiden mempengerusikan mesyuarat bagi menjalankan perlantian 5
ahli Majlis Syura yang lain. Di pilihnya Presiden bagi
mempengerusikannya kerana atas faktor ketika itu beliaulah yang paling
kanan dan senior dalam parti. Ketika itu Mursyidul Am belum dilantik
lagi. 5 orang yang dipilih itu, salah seorangnya ialah YAB Tuan Guru Nik
Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Dr. Harun Din juga turut dilantik, tidak silap
saya turut dilantik Ust Hashim Jasin dari Perlis dan YAB Ust Azezan
Razak dari Kedah. Saya tidak pasti siapa seorang lagi.

17 orang Ahli Majlis Syura Ulama ini akan bermesyuarat dalam masa
terdekat ini, tidak silap saya petang ini satu mesyuarat Majlis Syura
akan diadakan bagi melantik Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul AM PAS.

Tidak timbul penyingkiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ust Ahmad
Awang. Ada Penulis Blog menimbulkan mengapa mesyuarat Ahli Majlis Syura
yang lalu tidak menjemput Tuan Guru dan ust Ahmad Awang sedangkan mereka
masih Ahli Majlis Syura. Nampak sangat mereka ini tidak tahu apa-apa,
tanpa usul periksa mereka menuduh ini semua kerja Cikgu PA dan geng-geng
kerajaan perpaduan. Jahat sungguh pemikiran mereka.

Untuk pengetahun,pada hujung bulan 2009 yang lalu, Majlis Syura Ulama
telah mengadakan Mesyuarat terakhirnya kerana tempoh perkhidmatan mereka
telah tamat. Oleh kerana tempoh perkhidmatan mereka telah tamat pada
akhir tahun 2009, mereka sebenarnya sudah tidak lagi menjadi anggota
Majlis Syura Ulama. Mesyuarat jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang lalu
(saya tidak pasti mesyuarat ke berapa) tetapi awal tahun 2010 telah
melantik ahli-ahli barunya berdasarkan peruntukan dalam perlembaaan PAS
yang baru.

Mesyuarat pertama dihadiri oleh 12 orang tadi, 12 orang tadi akan
melantik 5 ahli barunya yang lain. 17 ahli ini pula akan bermesyuarat
bagi melantik Mursyidul Am dan Timbalan Mursidul Am. Mesyuarat pertama
dulu Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan ust Ahmad Awang tidak dijemput sebab
mereka bukan lagi Ahli Majlis Syura, perlantikan tambahan untuk 5 orang
belum lagi dibuat. Ini yang penulis blog tidak faham.

Mengapa tidak lantik ust Ahmad Awang ?. Perlantikan Ahli Majlis Syura
mengikut quata. Quata Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dewan Ulama, Dewan
Pemuda dan Dewan Muslimat. Kebetulan ust Ahmad tidak menganggotai
mana-mana jawatankuasa tersebut, sebab itu tidak ada quata untuknya.

Kesimpulannya, para penulis blog yang mengaku ahli PAS janganlah buang
masa kamu untuk menulis perkara yang kamu tidak mahu menahu. Asal sahaja
ada tulisan dari mana-nama blog yang mengkritik pimpinan, tanpa usul
periksa terus sahaja mengulas dan menokoh tambah dan memuatkan tulisan
tersebut dalam blog masing-masing.

Insaflah, tulisan seumpama itu sedikitpun tidak menguntungkan parti dan
Islam, malahan ia lebih menguntungkan UMNO BN apabila blogger PAS
sendiri menjadi lidah kepada UMNO BN itu sendiri. UMNO BN sangat seronok
apabila peranan blogger dan media mereka diambil alih oleh ahli PAS.

CILAKAK MISBAHLOL POOH!!!

Fitnah fitnah fitnah.

Pas dan Pakatan Riot Perak dalam keadaan TERDESAK cuba melaga-lagakan Dr
Zamry dan Dr Tajol Rosli. Konon ceritanya Tajol Rosli menyokong
Sivakumar.

HamPas, HamPas, HamPas...

tektik lama...tu orang kampung dah tahu...laa.

Dicatat oleh TAIPINGMALI (TM)

PKR terdesak guna tipu helah dan taktik kotor di Hulu S'ngor

Tanah dikubur Allahyarham Dr Zainal masih basah lagi. Pemuda Pakatan
sudah tidak sabar lagi untuk memulakan kempen pilihanraya kecil. Waktu
tengahhari 2:30, mereka bermesyuarat di Merchant Square Tropicana.

Pengerusinya adalah Yusmadi Yusuf bukan Shamsul Akin-cing. Ada lebih
kurang 25 yang datang.

Misi mereka dalam mahukan kemenangan untuk Pakatan Rakyat adalah
mensasarkan pengundi atas pagar. Mereka menyedari bahawa sepanjang
ceramah mereka hanya dihadhiri oleh 45% penyokong setia. Pengundi atas
pagar tak datang.

Gerak kerja yang mereka rancang adalah untuk mendatangi mereka secara
rahsia di rumah atau tempat kerja atau di lokasi awam.

Pekerja kempen diminta lebih "forceful" dalam mendapatkan perhatian
pengundi atas pagar. Tak peduli orang kata "hidung tak mancung pipi
tersorong-sorong".

Strategi aggresif yang diguna mereka adalah 3M ia-itu memujuk, mendesak,
dan memutarbelit. Mula di approach di lokasi awam dan cuba ajak bual,
konon dengar dan cara pujuk dan memahamkan isu. Tetapi ianya akan
meningkat menjadi lebih mendesak dan apabila tidak berjaya, mereka akan
memutarbelit.

Taktik yang diguna termasuk juga mengekori pengundi sasar ke rumah atau
pejabat untuk di ziarahi. Pengundi harus berhati2 apabila ada peraih
kempen yang datang secara berahsia dan bersembunyi.

Pemuda Pakatan menyedari banyak masaalah dalaman dalam Pakatan khususnya
PKR dan PAS. Mereka akan cuba mengaburi mata dengan membuat satu
deklarasi.

Malam esok pada malam kedua, PKR dah mula berkempen dengan ceramah
perdana dengan gimik pelancaran Kempen Selamatkan Malaysia. Dikatakan
ramai yang datang dalam 5,000 dengan hadirin impot dari luar. Itu pun
bawah sasaran 50,000.

Penipuan yang dibuat adalah tentang kononnya Dr Zainal banyak jasa di
situ. Itu tidak benar langsung kerana semasa dia Timbalan MB kepada Mat
Taib, dia bukan berasal dari situ. Malahan dia adalah Ketua Cabang Ulu
Langat. OLeh kerana orang baru meninggal, adalah tidak sopan untuk
menidakkan penipuan ini. Dalam hal Dr Zainal, ada banyak lagi penipuan
tentang hubungan Anwar dengannnya.

Siang-siang lagi mereka nampaknya tidak ada modal melainkan mencerita
keburukan kerajaan dan salahguna kerajaan Persekutuan. Kononnya kerajaan
Selangor itu baik sangat. Mereka menonjolkan kerajaan Selangor
seolah-olah baik dengan program air percuma dan lain2. Tukang kempen dan
panglima-panglima siber BN perlu dedahkan salahlaku kerajaan Selangor
yang berjela-jela panjang.

Permainan kritikan peribadi dibuat terhadap PM dan rekod kerja bekas AP,
Palanievel. Disamping itu, mereka sudah mula memainkan psywar membisik
pengundi jangan pilih India. PKR yang konon multiracial akan meletakkan
calun Melayu. Depan penuntun kata konon nak letak seorang calun Cina
atau wanita.

Penyampaian isi kandung ceramah ini sudah termaktub dalam mesyuarat biro
politik PKR yang dipengerusikan oleh Pengarah Pilihanraya Fuziah Salleh
pada siang hari itu.

Dalam mesyuarat itu, mereka menyedari peluang untuk calun PKR menang
adalah hanya 45% memandangkan kemelut dalaman yang melanda Cabang Hulu
Selangor dan Pusat masih berlarutan. Mereka berharap BN kekalkan calun
lama.

Mereka menyedari janji pilihanraya mereka belum yang belum dilaksanakan
dan pengundi Melayu sudah mula menolak PKR. Pengundi Melayu masih belum
lagi kembali lagi kepada BN dan UMNO. Ini yang menyulitkan kerana atas
pagar ramai. PKR tidak sedar bahawa pilihan pengundi Melayu situ hanya
antara UMNO atau PAS.

Mesyuarat menyedari kesulitan dari cara pentadbiran MB Selangor yang
kurang mesra Melayu.

Fuziah Salleh yang penyokong kuat Anwar memberitahu akar umbi Ulu
Selangor mahukan Zaid Ibrahim sebagai calon.

Posted by The Unspinners

AnWAR DAH LAMA PINGGIRKAN DR. ZAINAL.

1. W/pun agak terlambat, takziah buat keluarga Datuk Dr. Zainal Abidin
Ahmad, mantan MP Hulu Selangor PKR dan Timbalan Menteri Besar Selangor
semasa UMNO/BN dahulu. Kemunculan beliau secara terbuka dalam PKR adalah
semasa Kongres PKR di Ipoh Disember 2004. AnWAR membawa beliau setelah
usaha memujuk mula berjaya.

2. Tidak banyak legasi yang Datuk Dr. Zainal tinggalkan semasa menjadi
menjadi Timbalan Menteri Besar dan MP Hulu Selangor. Beliau terkenal
sebagai seorang yang patuh dengan arahan ketua serta tidak banyak cakap.
Karektor begini menyebabkan beliau 'ketinggalan' dalam politik serta
menjadi batu loncatan kepada orang lain.

3. Keluarga Datuk Dr. Zainal tidak langsung menyokong penglibatan beliau
di dalam PKR, namun menghormati keputusan yang telah dibuat oleh suami
dan bapa mereka. AnWAR mengulas dalam blognya konon beliau rapat dengan
Dr. Zainal. Bahasa yang digunakan cukup 'molek'. Begitulah AnWAR bermain
bahasa!

4. Apakah usaha AnWAR memelihara persahabatan mereka selain dari 'pr'
dan lakonan yang baik! Keluarga Dr. Zainal begitu tertekan dengan
keputusan beliau menyertai PKR namun tidak pernah dipedulikan langsung
oleh AnWAR. Semasa memujuk begitu banyak janji ditabur, setelah dapat,
janji tidak ditunai!

5. Dr. Zainal juga amat kecewa dengan AnWAR selepas 2006. Di Selangor,
Azmin tetap berkuasa. P/raya 2008, Dr. Zainal mahu bertanding di Hulu
Langat namun Azmin menguis beliau ke Hulu Selangor (ketika itu PKR tidak
dijangka menang). AnWAR tetap lepas tengkuk sendiri, konon banyak benda
lain nak fikir.

6. Mujurlah Dr. Zainal menang di sana. Maka kuranglah rengekan tidak
puashati terhadap AnWAR dan Azmin. Di Selangor, Azmin tetap mengenepikan
Dr. Zainal dalam kepimpinan negeri. Dr. Zainal ialah calon alternatif
sebagai MB Selangor jika bertanding DUN selain TS Khalid Ibrahim.

7. Dr. Zainal punya pengalaman luas dalam pentadbiran negeri Selangor
sebagai Ecxo dan Timbalan Menteri Besar. Beliau juga punya hubungan baik
dengan istana serta tiada isu-isu yang kontroversi. Punya hubungan baik
dengan agensi-agensi kerajaan negeri dan pusat. Perawakannya juga boleh
diterima masyarakat umum.

8. Kerana itulah Azmin pinggirkan Dr. Zainal di Selangor dan
'menghumbannya' ke Hulu Selangor. AnWAR menyokong Azmin dengan tidak
melayan langsung rungutan Dr. Zainal. Maka itu, tidak perlu mempercayai
hipokrasi AnWAR yang 'bercakap' dan 'menulis' yang baik-baik tentang Dr.
Zainal.

AnWAR memang 'hebat' dalam memujuk, lembut gigi dari lidah'. Semasa
memujuk, sebelum dapat, macam-macam yang dijanjikan! Sudah dapat, beliau
mengelak dan membiarkan orang yang dijanjikan terkontang-kanting
sendirian biarpun sahabat sendiri! Banyak rahsia perangai AnWAR telah
terbuka! Nilaikanlah sendiri manusia jenis apa jika depan cakap lain,
belakang cakap lain. Lepas tu tu asyik yang belakang dan jalan belakang
bagi memenuhi cita-cita sendiri...

Posted by x-pkr

Pkr judi Calon Cina di Hulu Selangor

Tatkala kelmarin hampir 5000 orang membanjiri ceramah Pkr di kuala kubu
baru, ramai yang berkata itu satu permulaan yang baik. Kalau pun BN buat
ceramah, nak memenuhkan 500 orang pun begitu azab sekali.

Tapi kalau direnung-renung, yang 5000 itu datang dari segenap penjuru
negeri selangor, selatan perak dan wilayah persekutuan. Mereka
mensasarkan 50 000, namun yang hadir cuma 5000 sahaja.

Namun yang lebih menarik juga adalah bila Pkr bercadang untuk meletakkan
seorang calon bukan melayu di Prk Hulu Selangor. Calon ini seorang cina.
Dia seorang wanita.

Pkr mencuba strategi serampang dua mata di Hulu Selangor. Pertama dengan
meletakkan calon cina, ini akan menambahkan undi orang cina di Hulu
Selangor.

Kedua untuk memberikan mesej bahawa Pkr adalah sebuah parti pro orang
cina. Yang ini tentu akan menguntungkan pelaburan jangka panjang Pkr
kepada masyakat cina.

Pkr tahu kali ini di Hulu Selangor mereka akan kecundang kerana terlalu
banyak isu tempatan dan nasional yang tidak menyebelah mereka. Kerana
itu mereka mengubah strategi untuk pelaburan jangka panjang.

Pkr sudah tahu orang melayu sudah kembali besar-besaran kepada UMNO.
Orang india pula tetap akan terus berpecah. Namun undi orang cina akan
cenderung kepada Pkr jika parti ini terus menjadi parti yang pro cina
dan anti melayu. Ia juga cara untuk mengengkang kekuatan Dap, rakan
karib mereka di kubu-kubu pengundi campuran yang banyak di dominasi oleh
Dap.

Dengan itu sumber Pkr mengaitkan Dr Tan Yee Kew, bekas Naib ketua wanita
MCA yang juga bekas menteri BN untuk menjadi calon mereka di Prk Hulu
Selangor.

Adakah kaum cina akan makan umpan Anwar kali ini ? Nanti kita saksikan
sama-sama samada umpan ini akan masuk jaring Pkr atau tidak.

Ustaz Badrul Amin kah? Zaid Ibrahim kah ? Dr Tan Yee Kew kah ? Yang
jelas calon-calon ini punya pengaruh dan wibawa yang tersendiri.

Sementara itu MIC terus berantakan mahukan timbalan presiden nya terus
di calonkan di Hulu Selangor, walau pun calon ini sangat tidak popular
kepada pengundi melayu dan india di Hulu Selangor.

AMARAN GAP KEPADA PAS: JANGAN BUANG NIK AJIS !

jumaat lepas aku dapat tahu bekas ketua dewan ulamak malaysia, ustaz
ahmad awang telah disingkirkan daripada menganggotai jawatankuasa dewan
ulamak pas.

ada sumber aku bagitahu ustaz ahmad awang terlupa bayar yuran tahunan
dewan ulamak pas, tu pasal dia disingkirkan daripada majlis tersebut.

entahlah..apa sebab penyingkiran aku tak tahu.namun yang pasti waktu
pengumuman tersingkirnya ahmad awang daripada barisan pimpinan..ada
kedengaran bunyi piano dan lagu ala-ala peserta AF yang kena terajang
keluar..ahmad awang sempatlah berpeluk dengan cekgu-cekgu yang telah
banyak memberikan tunjuk ajar semasa berada dalam pimpinan dewan
tersebut..

daud iraqi nampak macam gembira pasal peserta bernama ahmad awang ni dah
tersingkir keluar.bukan apa, dulu dauq iraqi pernah digertak oleh
kumpulan erdogan pasal dakwaan ada politik wang dalam pemilihan pimpinan
pas tahun lepas.suara ahmad awang dari kumpulan erdogan yang paling
lantang mengkritik beliau.

aku bukan nak cerita pasal ahmad awang. aku nak khususkan artikel ni
tentang wali selipar. dah 2 hari aku tengok wali selipar tersipu-sipu
malu bila ditanya kau nak lagi tak jawatan mursidul am pas.

tersengih-sengih wali selipar bagi jawapan.kejap kata dia setuju orang
lain ambil alih,kejap kata kalau nak kekal apa salahnya. namun yang
pasti wali selipar ni punyai rekod buruk dalam soal kedatangan
mesyuarat. dia mengaku dia salah.yang kelakor masa di mengaku tu muka
dia sengih-sengih macam kerang busuk..

entahlah, sejak 2-3 hari ni aku tengok muka wali selipar asyik tersengih
je..mungkin pasal dia syok sangat konsert jom heboh yang akhirnya dia
luluskan sementelahan selama ini dialah antara yang melaknat konsert
tersebut.

tu lah, cakap pasal haram dan halal, last-last aku tengok konsert sure
heboh secara live dari kota baru malam tadi bercampur gaul jugak laki
dan pompuan kat stadium kota baru .klik sini bab wali selipar tiba-tiba
buang tebiat ni aku risau sikit...manalah tau ? kan kan...

aku sebenarnya nak buat artikel ni ala-ala serius. ada ayat
katastrophi,ada ayat ketelusan,ada ayat yang serius-serius la..tapi
takleh lah...aduhh..

aku dapat tahu isnin ini keputusan dewan ulamak pas akan
diwartakan.samada mengekalkan wali selipar atau dilantik mursidul am
yang baru..

macamnilah..biar aku terus terang. aku sebenarnya sayang sangat kat pas
ni.bukan apa,pasal selagi pas ada selagi itulah aku bisa berbloging..

orang pas adalah melayu mudah lupa.siapa yang dibelakang tabir mahu
menyingkirkan wali selipar pun aku dah boleh bau...jika wali selipar
kena terajang dari jawatan mursidul am, tak mustahil dia bakal kena
tendang daripada menjawat jawatan menteri besar kelantan..

husam mungkin tengah tersenyum simpul pabila membaca perenggan
tadi..tersengih sengih macam kerang busuk..

apa pun dalam konteks politik berbloging, wali selipar adalah anugerah
tuhan yang ternilai harganya kepada aku..ya benar ..aku tahu kamu
terkejut..wali selipar cukup penting buat aku.

wali selipar umpama mentari yang menyinari bumi, dikala malam memberikan
sedikit cahaya kepada rembulan..

wali selipar umpama rintik-rintik hujan yang menyuburkan
tumbuh-tumbuhan, menyuburkan akar lalu tertunjanglah pokok. dari pokok
tumbuhlah rimbunan daun-daunan dan tumbuh-tumbuhan..dari tumbuhan dan
buah-buahan inilah akan menjadi makan kepada serangga dan mergastua.

kalau tiada ayat wali yang berkata tuhan itu pun mencarut,maka tiada
serilah hidup kami berbloging.

kalau tiada ayat wali selipar yang mendoakan pecah perut najib al
memanda menteri,maka tiada serilah hidup kami berbloging.

jika tiada ayat wali selipar yang berkata sorga itu milik pas dan neraka
itu milik ahli umno,maka tiada serilah hidup kami ini..

jika tiada wali selipar, maka siapakah lagi yang mampu menjual agama
demi politik ?

jika tiada wali selipar, siapakah lagi yang akan mengiktiraf peliwat
sebagai ulum amri ?

jadi kepada seluruh pimpinan dan ahli pas, kami bloger jalanan ingin
memberikan ultimatum atau peringatan paling keras kepada kamu. kekalkan
nik ajis , kekalkan dia menjawat jawatan mursidul am sehingga akhir
hayatnya.jangan pecat wali selipar !

kami membantah sekeras-kerasnya perangai seluruh pimpinan dan ahli pas
yang melayan wali selipar di akhir hayatnya sebegini..takde peri
kemanusiaan..umpama habis madu sepah dibuang. jangan kerana alasan dia
sudah tua,maka jasanya selama ini memberikan modal kepada bloger seperti
kami diketepikan !

jika masih berdegil,maka kami tiada pilihan lain. jebat pasti mengamok !

HIDUP WALI

HIDUP LAKSAMANA

HIDUP WALI

HIDUP LAKSAMANA

Posted by GAP KEMBALI

Sekatan darah menamatkan jantung demokrasi!

Oleh ALI BUKHARI AMIR

Rupa-rupanya rasa pedih, sakit dan ngilu yang dideritai rakan saya,
Ahmad Lutfi Othman itu belum reda. Keperitan yang ditanggungnya itu
masih belum kebah-kebah. Dan, ketika mendengar ceritanya, apatah lagi
melihat gerak badannya, hati jadi patah dilanggar hiba sekali-sekala.

Sebagai salah seorang rakan rapatnya, saya masih lagi gagal menyerap
rasa sakit itu dengan sebaik-baiknya. Masih teringat ketika dia
terlantar di rumahnya di Ampang selepas menjalani dua kali operasi
angioplasti, kerap juga saya dihubungi sekali-sekali, termasuk untuk
membawa naskhah akhbar Harakah percuma.

"Jantung ana ni masih perlu ada satu lagi operasi yang menelan belanja
rawatan yang agak banyak," katanya.

"Berapa banyak tu?" dengan pantas saya memintas.

"Kira-kira RM25,000 juga..."

Maknanya, jumlah rawatan sebanyak RM50,000 dalam dua operasi sebelum ini
masih belum menimbus rasa sakitnya. Kini, satu lubang di jantungnya
yang perlu digali lagi, agar darahnya mengalir lancar semula di salur
nadi jantungnya itu.

Saya selalu termenung panjang, cuba memejamkan mata lalu membayangkan
bagaimana pekat darah merah itu tersekat antara celah-celah laluan
terowong saluran pembuluh darah.

Dengan sebab tembok laluan, sekatan yang merintangi di pembuluh darah
terbina sejak sekian lama, banyak juga keinginannya yang tertimbus
dengan berlalunya masa-masa.

Dia seorang pengamal media, angan-angannya melangit, mahu membuang
segala sekatan dalam arus media perdana, mahu membentuk dan menampilkan
akhbar alternatif berkualiti yang segar persembahannya, dan ... ya, juga
pastinya tidak dipasung oleh peraturan dan akta karut. Akhbar-akhbar
semua perlu dizahirkan tanpa kongkongan pemerintah.

Lutfi - yang pernah berdepan tindakan ganas KDN mengharamkan beberapa
penerbitannya, antaranya Detik, Wasilah, akhbar Cabaran, selain dirampas
buku-buku politiknya dan akhbar tidak berkala tanpa (sebenarnya tidak
perlu) permit - mengimpikan Harakah yang "berkebajikan", mampu
menyelesaikan masalah rakyat, membantu masyarakat yang terdesak dan
individu yang memerlukan pertolongan, di samping menawarkan berita
terkini-sahih dan komentar bernas.

Tetapi, nampaknya segala impiannya yang mahu dihunjam ke langit harapan
tu, seakan-akan tergantung, terawang-awang tanpa hala tuju, lalu yang
bernama angan-angan untuk menolak sekatan dalam media itu kini menjelma
seperti sebatang pohon gergasi yang direntungkan oleh api kata-kata
pemerintah.

Kata-kata pemerintah yang bergema menjadi akta-akta sekatan media di
parlimen itu, bukannya mudah dibataskan. Rata-rata masyarakat hari ini
tidak berasakan bahawa tembok akta itu perlu diruntuhkan. Itulah yang
kerap menjadi tajuk bualan kami.

"Betapa di Indonesia, kalau majalah dan akhbar disekat, umat akan turun
ke jalan raya, memberontak dan memprotes," katanya pada suatu malam
ketika kami bersantai sambil minum-minum di sebuah restoren di sekitar
Jalan Pahang Barat.

Mendengar kata-kata beliau, saya selalu terbayang bahawa kemungkinan
beliau mahukan rakyat juga turun berarak ke jalan raya jika Harakah
terpaksa berdepan dengan beberapa tindakan khasnya yang berkaitan dengan
akta mesin cetak yang menyekat suara rakyat sendiri.

Tetapi, apakah pernah rakyat berfikir sedemikian? Soalan itu tidak
pernah berjawab dan ia barangkali akan kekal tenggelam dalam hati kami.

Segenap penjuru alam kini sedang memastikan akhbar ini disekat suaranya
dan siapa yang membelanya ketika berdepan dengan masa-masa getir?

Bergelut dengan kemelut muslihat pemerintah dan bergelumang dengan
bayang-bayang kezaliman yang panjang adalah bebanan yang amat
memenatkan. Apakah dia mampu berdepan dengan segala ancaman dengan
pasukan warga Harakah itu?

"Ana lebih rela jantung ana akan dirawat oleh umat. Biar ana berhutang
dengan orang-ramai yang memberi wang untuk merawat jantung ini.

"Biar orang-ramai berkata, mereka ada saham dalam merawat jantung ini,"
kata 'rakan baik' Khir Toyo ini.

Mungkin beliau lebih berbangga 'berhutang' dengan umat yang mahu merawat
degup nadi, detak jantung demokrasi yang makin lemah kerana diasak
sekatan-sekatan oleh blok-blok kolesterol yang semakin mengeras itu.

Dia malah terpaksa berdepan dengan orang-orang yang tidak memahami
tentang bagaimana akhbar ini beroperasi. Lalu kini, segala limpahan
maksud baik yang tercurah di sebalik tiap-tiap lembaran akhbar ini,
hanya dia dan rakan-rakan yang setia bersedia menakung kesannya.

Segala hasrat yang terpendam, terjunam ke gaung petaka oleh deretan
libasan akta-akta sekatan yang memusnahkan kehendak baik itu.

Sakitnya telah merebak sebagai wabak yang membingungkan. Ia mengalir ke
tahap yang paling serius. Saya fikir, kesakitan ini akan reda dalam
tempoh sekarang. Namun, arus denyut dan detak jantungnya masih lagi
bermasalah.

Melihatkan sahabat baik saya ini yang saya sifatkan beliau rakan debat
yang baik, saya seperti meragui darah-darah dan zat blok-blok kolesterol
yang terbenam melekat dengan utuhnya pada setiap pembuluh darahnya itu.
Adakah mereka juga bersekongkol dengan parti pemerintah? Ah! Mustahil!

Beliau diserang secara halus sejak menyiarkan laporan rasuah berhubung
salah laku bekas menteri besar Selangor. Sejak itu, kesihatannya semakin
pudar dan sedikit demi sedikit pergerakannya jadi terbatas.

JANTUNG DEMOKRASI BERDETAK LEMAH!

Ada waktu-waktunya, kedua-dua belah tangan dan kakinya terasa kebas.
Paling teruk ketika kejadian yang menimpanya di Sandakan tahun lalu
ketika kami bersama melawat ahli keluarga bekas tahanan ISA yang baru
dibebaskan.

Ketika itu, bulan Ramadhan dan waktu-waktu yang padat saat kami hampir
berbuka puasa, Ahmad Lutfi masih terlantar di atas katilnya. Sayalah
yang membawa air seteguk dan dia meneguknya dalam keletihan.

Undangan berbuka puasa daripada sebuah cawangan PAS terpaksa dibatalkan
lantaran kesakitan beliau itu. Itu antara secebis kenangan yang sempat
saya putarkan ketika melihat nafas beliau turun naik, bergayut-gayut di
palang keletihan.

Jantung yang dipinjamkan kepada beliau ini, saya namakan sebagai jantung
demokrasi. Penanda aras dan kayu ukur kepada demokrasi ialah kebebasan
bersuara tanpa dikenakan semacam undang-undang, lesen, permit keizinan,
hukum dan peraturan yang bakal menghancurkan kebebasan berkarya
tersebut.

"Rasa pedih ulu hati dan panas dada," katanya kepada saya sebentar tadi,
ketika petang tadi kami ingin menyambung bualan di sebuah restoren mamak
dekat Jalan Pahang Barat.

Tetapi, bicara petang itu masih lagi keras dan penuh bersemangat ketika
beliau meriwayatkan kenangan lalu mengenai koleksi editorial Risalah
terbitan ABIM ketika ia berada di bawah pimpinan Dr Siddiq Fadhil.

"Ayat-ayat dalam majalah itu menarik. Ana masih ingat - menggigit yang
terbabit, menggugat yang terlibat!" katanya ketika mengenangkan kisah
lama. Kata beliau, ayat-ayat itu mengecam beberapa peraturan Kementerian
Dalam Negeri yang mengenakan permit.

"Masa tu Risalah diterbitkan tanpa permit penerbitan. Jadi, masa tu, ana
dengar Dr Siddiq Fadhil sebut, kita tidak perlu gentar kerana kita ada
permit dari 'langit', kita tidak perlu permit daripada pihak
pemerintah," katanya ketika mengulas hal-hal yang bersifat sekatan ke
atas media itu.

Darah berhamburan dan semakin bergolak di dalam dadanya. Tiba-tiba,
malam ini dia diserang rasa pedih di bahagian ulu hati ketika balik dan
berjalan pulang ke pejabat editorial Harakah.

Ganjaran yang besarlah akan menanti orang yang sabar meneguhkan hati dan
pendiriannya saat menempuh kesakitan seumpama ini.

Di luar jendela sana, 'peluru-peluru sesat' semakin pantas, laju meluru
dengan pesat. Dan ia melesat ke dalam fikiran untuk memesongkan fakta
dan data. Akhbar dan media yang tersekat suatu ketika dahulu tidak mampu
menepis segala timbunan pembohongan ini.

Mujurlah dengan kemajuan dan perkembangan teknologi, ia akan makin
memudahkan segala gerakan pencerdasan dan pencerahan tanwiri.

Ahmad Lutfi sudah pulang ke rumah, tepat jam 12.15 tengahmalam,
meninggalkan saya sendirian menyambung kerja-kerja penulisan bersifat
kenangan yang lalu. Dan, darah yang mengalir lambat-lambat dalam
perjalanan menuju ke jantung demokrasi itu, entah bilakah akan deras
berlumba-lumba dengan keras agar mengalir seperti selalu?

Semoga darah perjuangan yang bergolak pantas, membuak-buak di dalam
dadanya itu, tidak akan lagi tersekat sehingga mengganggu detak jantung
demokrasi!

Demikianlah, semoga nafas demokrasi yang dihirup oleh rakyat di negara
ini akan berterusan menjadi segar, tidak diracun fitnah penguasa dan
tidak dituba oleh angin jalang dan ribut taufan petualang yang kencang
sekali menebarkan bilah-bilah jarum kesesatan.

Kuman dan virus yang menyekat pengaliran idea dan fikiran rakyat, ia
tegak bagaikan berhala agam dan selonggok blok kolestrol tegar yang
menyekat aliran zat darah kebebasan sehingga mengganggu detak jantung
demokrasi!

Sayang, hingga kini nampaknya Lutfi masih belum bersedia mengisi kolum
Catatan Hujungnya di Harakah ...

12:56 pagi, 26 Mac 2010

Sekolah Pemikiran Kg Baru

Bintang Porno akan jadi menteri?

Angkasanuri

Datuk Chua soi Lek telah membuat kejutan dengan menewaskan dua calon
pilihan presiden MCA. Pastinya Datuk Ong Ka Ting dan Datuk Ong Tee Kiat
termenung dan tidak lena tidur memikirkan kekalahan mereka semalam.

Secara tradisi, presiden MCA akan dilantik sebagai menteri bagi mewakili
kuota komponen BN dalam kabinet 1Malaysia.

Mungkinkah Ong Tee Keat akan digugurkan dan digantikan dengan Chua Soi
Lek? Kemungkinan itu hampir pasti sekarang.

Adalah sesuatu yang janggal jika Ong Tee Keat kekal menjadi menteri
kerana perlantikan beliau atas kapisiti sebelum ini sebagai presiden
MCA.

Adalah lebih bermoral dan akan mengangkat imejnya jika beliau meletak
jawatan sebagai menteri secara terhormat sebelum beliau terpaksa
digugurkan dari kabinet.

Jika Chua soi Lek dilantik sebagai menteri, apakah jawatan yang paling
sesuai untuk beliau? Saya mencadangkan beliau dilantik ke kementerian
baru yang boleh diwujudkan oleh Perdana Menteri 1Malaysia.

Perlantikan beliau sebagai menteri wajar memandangkan rekod cemerlang
sebelum ini sewaktu menjadi menteri.

Beliau bukan sahaja sanggup turun padang menguji ubat-ubatan yang ada di
Kementerian Kesihatan yang disandang sebelum ini.

Cuma beliau sebelum ini terpaksa meletak jawatan kerana dirakamkan
kerana menguji ubat-ubatan di luar waktu pejabat!

Jom Heboh: Format asing penonton tiada masalah

Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 28 Mac: Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media
Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, berkata pihaknya tiada sebarang
masalah untuk mematuhi peraturan enakmen hiburan di Kelantan dan akan
menggunakan format pengasingan penonton seperti di negeri ini apabila
bertandang ke Johor nanti dalam siri jelajah Jom Heboh seluruh negara
tahun ini.

"Saya lihat penonton begitu gembira hadir ke konsert ini walaupun
mereka dibahagikan kepada tiga tempat yang dihalang dengan pagar besi di
antara satu sama lain," ujarnya ketika ditemui selepas berakhir
konsert Jom Heboh di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam tadi.

Beliau juga melahirkan rasa kagum di atas sambutan yang amat
menggalakkan dan setakat ini Kelantan adalah negeri yang begitu berjaya
dalam mengadakan program Jom Heboh yang berakhir malam tadi.

"Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz serta kakitangan kerajaan negeri yang begitu mesra dalam
memberi kerjasama kepada kami dalam menjayakan program ini untuk kali
pertama di Kelantan dan insya Allah ia akan diadakan pada setiap tahun
di sini sekiranya mendapat kelulusan pihak kerajaan," kata beliau.

Beliau juga berkata walaupun program Jom Heboh hanya diadakan dua hari
tetapi dari segi pendapatan peniaga ia amat menggalakkan sehinggakan ada
beberapa gerai jualan kehabisan barangan sebelum berakhir program.

"Saya juga ingin memohon maaf kepada kerajaan Kelantan sekiranya
selama dua hari Jom Heboh berada di Kelantan ada sedikit sebanyak
kekurangan yang berlaku dan ia akan ditingkatkan pada masa akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan
negri, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar kanan) berkata, pihak penganjur
telah sanggup untuk mematuhi peraturan yang kerajaan tetapkan dan tidak
menafikan masih terdapat beberapa kes terpencil dalam perlaksanaannya
kali ini.

"Saya akui masih terdapat banyak perkara yang perlu dibetulkan dalam
penganjuran kali pertama ini dan insya Allah ia akan dibincangkan dengan
penganjur sekiranya mereka ingin adakan tahun hadapan di sini,"
katanya.

Kerajaan memandang serius dalam meluluskan mana-mana agensi mahupun
syarikat yang ingin adakan pertunjukan mahupun hiburan kerana memikirkan
terhadap kesannya terlebih dahulu.

"Kita lihat dalam penganjuran konsert hiburan pentas yang diadakan
malam ini, penonton telah diasingkan dalam tiga peringkat iaitu kaum
lelaki, perempuan dan juga berkeluarga (gambar bawah) dan menampilkan
hanya penyanyi lelaki sahaja," ujar beliau lagi.

Walaupun ini kali pertama konsert yang tidak ada artis wanita, namun ia
amat berjaya dan stadium dipenuhi orang ramai yang dianggarkan hampir
40,000 hadirin yang menampilkan artis lelaki seperti Jamal Abdillah, Jay
Jay, Yassin, Kumpulan Raihan termasuk Megat Nordin.

Kelantan sememangnya tidak menghalang mana-mana pihak untuk tampil untuk
mengadakan pelbagai bentuk hiburan, namun ia mestilah mematuhi enakmen
hiburan negeri yang telah menjadikan dasar Islam sebagai garis panduan.

Setiap kali masuk waktu Maghrib, azan telah dikumandangkan dan
penyediaan tempat solat yang banyak juga turut memberi keselesaan kepada
pengunjung

Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2. Pernyataan Sikap PRP Kecam Usulan SBY Menjadikan Kawasan Lapindo seb
Posted by: "KP-PRP" prppusat@yahoo.com prppusat
Date: Mon Mar 29, 2010 8:04 am ((PDT))







PERNYATAAN
SIKAP

PERHIMPUNAN
RAKYAT PEKERJA

Nomor:
220/PS/KP-PRP/e/III/10

Mengecam
usulan SBY menjadikan kawasan bencana Lumpur Lapindo sebagai objek
wisata geologis!


Salam
rakyat pekerja,

Sudah
lima tahun bencana lumpur Lapindo telah menjadi derita sekitar bagi
sekitar 300 KK di Sidoarjo, Jawa Timur. Namun hingga kini penanganan
terhadap korban bencana lumpur Lapindo belum dituntaskan oleh
pemerintah maupun PT Lapindo yang dimiliki keluarga Bakrie. SBY
nampak kalah wibawa ketika berhadapan dengan PT Lapindo. Bahkan pihak
Kepolisian Daerah Jawa Timur justru menghentikan penyidikan kasus
pidana Lapindo dengan menerbitkan Surat Perintah Penghentian
Penyidikan (SP3).

Rezim
neoliberal beranggapan, bahwa kasus Lapindo merupakan kasus yang
sepele dan tidak perlu diteruskan untuk diusut. Hal ini jelas
bertentangan dengan apa yang diputuskan oleh Komnas HAM, bahwa dalam
kasus Lapindo terdapat indikasi pelanggaran HAM. Fakta dari bencana
kasus Lapindo dapat terlihat, bahwa sejumlah masyarakat harus
kehilangan tanah dan tempat tinggalnya, kehilangan pekerjaan atau
mata pencariannya, serta anak-anak mereka harus berhenti bersekolah,
yang artinya kehilangan hak penghidupan yang layak.
Namun
kenyataan tersebut sungguh berbeda dengan apa yang dipikirkan oleh
rezim neoliberal. Mulai dari awal bulan Maret 2010 bahkan Dinas
Kebudayaan dan Pariwisata Provinsi Jawa Timur memutuskan kawasan
bencana lumpur Lapindo sebagai daerah tujuan wisata. Kawasan lumpur
Lapindo tersebut rencananya akan diluncurkan pada Majapahit
Travel Fair di Surabaya pada tanggal 19
Mei 2010. Gayung bersambut, DPRD Jawa Timur pun sepakat untuk
menjadikan kawasan lumpur Lapindo menjadi lokasi wisata. Inilah sikap
yang ditunjukkan oleh para penyelenggara negara di tingkat provinsi
yang hanya menginginkan penambahan pemasukan daerah di atas
penderitaan rakyat yang terkena bencana lumpur Lapindo.

Bertepatan
dengan peringatan 5 tahun lumpur Lapindo, SBY juga mengusulkan hal
yang sama untuk mengolah kawasan lumpur Lapindo menjadi objek wisata
geologis. Bagi SBY, yang merupakan pemimpin rezim neoliberal,
pemanfaatan kawasan lumpur Lapindo itu sebagai objek wisata, dapat
mendatangkan manfaat bagi masyarakat lokal dan ekonomi Jawa Timur.


Hal
in jelas ini menunjukkan, bahwa rencana menjadikan kawasan bencana
lumpur Lapindo menjadi objek wisata geologis merupakan upaya SBY
untuk menutupi kegagalannya menangani lumpur Lapindo. Banyaknya
korban bencana lumpur Lapindo yang tidak tertangani dengan baik dan
gagalnya upaya penggantian kerugian terhadap korban bencana menjadi
salah satu kecacatan rezim neoliberal. Bahkan hingga saat ini, korban
bencana lumpur Lapindo masih tinggal di tenda-tenda pengungsian dan
masih menunggu ganti rugi dari PT Lapindo dan pemerintah.


Keamanan
kawasan lumpur Lapindo pun masih sangat rawan dan belum terjamin,
karena beberapa kali semburan lumpur masih kerap muncul. Namun hal
ini tidak pernah dipedulikan oleh rezim neoliberal yang hanya
mementingkan untuk menutupi kegagalan SBY dalam menangani lumpur
Lapindo dan pemasukan daerah. Inilah ketertundukan rezim ini terhadap
neoliberalisme yang hanya mementingkan keuntungan dan mencoba
melindungi para kapitalis dari pelanggaran-pelanggaran yang mereka
buat, dalam hal ini perusahaan milik keluarga Bakrie.

Maka
dari itu, kami dari Perhimpunan Rakyat Pekerja menyatakan sikap:
Mengecam
keras usulan SBY untuk menjadikan kawasan lumpur Lapindo menjadi
kawasan wisata Geologis.

Tuntut
pertanggungjawaban PT Lapindo dan keluarga Bakrie yang telah
menyebabkan rakyat di Sidoarjo kehilangan hak penghidupan yang layak


Kapitalisme
telah gagal untuk mensejahterakan rakyat dan hanya dengan SOSIALISME
lah maka rakyat sejahtera.







Jakarta,
29 Maret 2010
Komite
Pusat
Perhimpunan
Rakyat Pekerja
(KP-PRP)




Ketua
Nasional


Sekretaris
Jenderal





ttd.
(Anwar
Ma'ruf)



ttd.
(Rendro
Prayogo)



filtered {margin:0.79in;}P {margin-bottom:0.08in;}-->___*****___Sosialisme Jalan Sejati Pembebasan Rakyat Pekerja!
Sosialisme Solusi Bagi Krisis Kapitalisme Global!
Bersatu Bangun Partai Kelas Pekerja!

Komite Pusat
Perhimpunan Rakyat Pekerja
(KP PRP)
JL Cikoko Barat IV No. 13 RT 04/RW 05, Pancoran, Jakarta Selatan 12770
Phone/Fax: (021) 798-2566
Email: komite.pusat@prp-indonesia.org / prppusat@yahoo.com
Website: www.prp-indonesia.org


Kenapa BBM mesti naik? Apakah tidak ada solusi selain itu? Temukan jawabannya di Yahoo! Answers! http://id.answers.yahoo.com


1 of 1 File(s) http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/attachments/folder/1567549991/item/list

Pernyataan-Sikap_Kecam-Usulan-SBY-Wisata-Lapindo.pdf

Messages in this topic (1)

Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
• Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
• Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
• Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com

------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/

<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
dunia-politik-normal@yahoogroups.com
dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

------------------------------------------------------------------------

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com