20100327

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 2005[1 Attachment]

There are 2 messages in this issue.

Topics in this digest:

1. Berita, Blog Politik Hari Ini - 26 Mac 2010
From: dunia-politik@yahoogroups.com

2. Pernyataan Solidaritas PRP untuk Korban Banjir Karawang
From: KP-PRP


Messages
________________________________________________________________________
1. Berita, Blog Politik Hari Ini - 26 Mac 2010
Posted by: "dunia-politik@yahoogroups.com" dunia-politik@yahoogroups.com pdniaga
Date: Fri Mar 26, 2010 4:24 am ((PDT))

Dunia-Politik.blogspot.com
Get the latest info on Dunia Politik direct. Analisa Politik. Informasi
tentang parti-parti Politik dan keadaan politik di segenap pelusok
dunia. Home · Messages. Members Only; Post; Files; Photos; Polls;
Promote ? Already a member? Sign in to Yahoo! ...
--------------------------------------------------------------------

Pilihan raya kecil Hulu Selangor: SPR mesyuarat 2 April
26/03/2010 4:09pm

PUTRAJAYA 26 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan
mesyuarat Jumaat depan untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan
pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, kata
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof hari ini.

Pilihan raya kecil itu berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu,
Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam
tadi akibat barah otak.

Abdul Aziz berkata, mesyuarat itu diadakan di Ibu pejabat SPR di sini
pada pukul 10 pagi.

"Notis mengenai kekosongan kerusi Parlimen Hulu Selangor akan diterima
Isnin ini," katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham, yang juga bekas Timbalan
Menteri Besar Selangor, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk G.
Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Allahyarham menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi, manakala
Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, mendapat 22,979 undi. –
Bernama

Fakta Menarik: Hanya 22% Cina anggap MCA relevan

Oleh: dperbatasan

"Hanya 22% orang Cina di Malaysia yang menganggap bahawa MCA
relevan, berbanding 28% yang berkata tidak dan agak tidak relevan,
sementara 45% memilih jawapan agak (somewhat) relevan. Demikianlah
hasilnya menurut satu soal selidik yang dikendalikan oleh Merdeka
Center, yang mengutip pandangan daripada orang awam.

Walaupun laporan soal selidik tersebut berjudul "Kebanyakan Cina
menganggap MCA masih relevan, cuma mempunyai perasaan berbaur terhadap
pemilihan semula", tetapi pada hakikatnya, responden keturunan Cina
yang menganggap MCA masih relevan hanyalah 22%.

Ketika menjawab soalan "Adakah MCA masih relevan kepada masyarakat
Cina hari ini?" dalam soal selidik tersebut, hanya 22% responden
Cina bersetuju, dan 45% menjawab "agak relevan"; di samping 9%
berkata "tidak relevan" dan 20% berkata "agak tidak
relevan". 4% yang selebihnya menjawab tidak tahu atau tiada maklum
balas.

Penilaian kaum bukan-Cina terhadap MCA lebih rendah, iaitu 14% Melayu
yang menganggap MCA masih relevan terhadap masyarakat Cina, sebanyak 33%
menganggap MCA tidak relevan dan agak tidak relevan, sementara 46%
memilih "agak relevan" (somewhat) terhadap masyarakat Cina.

Ong Ka Ting menduduki kedudukan ke-4

Antara pemimpin MCA, Menteri Pengangkatan yang menjalankan siasatan
terhadap skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Ong Tee Keat berada
pada kedudukan teratas. Seramai 34% orang responden (30% Cina, 36%
Melayu, 36% India) menganggap Ong Tee Keat berkemampuan untuk memimpin
MCA, disusuli Liow Tiong Lai (Menteri Kesihatan) dengan 16% (10% Cina,
18% Melayu, 18% India).

Chua Soi Lek berada pada tempat ketiga dengan 12% responden (12%Cina,
12% Melayu, 12% India) yang menyetujui kemampuannya, sementara bekas
Presiden MCA Ong Ka Ting yang kembali bertanding berada pada kedudukan
keempat, dengan hanya 10% responden (15% Cina, 8% Melayu, 8% India)
menyetujui kemampuannya untuk memimpin MCA.

Soal selidik turut mengumpul pandangan samada Ong Tee Keat, Chua Soi Lek
dan Ong Ka Ting harus menarik diri dari pemilihan semula, lebih daripada
60% responden menganggap Ong Tee Keat (65%) dan Ong Ka Ting (63%) harus
bertanding, tetapi hanya 50% responden yang bersetuju bahawa Chua Soi
Lek harus bertanding.

Ketika ditanya pandangan terhadap pemimpin perseorangan, 60% responden
Cina menganggap Ong Tee Keat (gambar kanan) harus bertanding, 24%
menganggap beliau harus berundur, 13% memberi jawapan tidak tahu dan 3%
tidak menjawab. Apa yang menarik, peratusan Melayu dan India yang
menyetujui agar Ong Tee Keat tampil bertanding lebih tinggi daripada
Cina, dengan Melayu 68% dan India 70%. Sebaliknya, 16% Melayu dan 14%
India menganggap Ong Tee Keat harus berundur.

Untuk Chua Soi Lek pula, terdapat 47% Cina, 47% Melayu dan 63% India
menganggap beliau harus bertanding, di samping 38% Cina, 35% Melayu dan
20% India menganggap beliau harus berundur.

Lebih daripada 69% Melayu menganggap Ong Ka Ting (gambar kanan) harus
bertanding, Cina dan India yang berkongsi pandangan ini hanya 57% dan
64% masing-masing. Sementara itu, 28% Cina, 13% Melayu dan 18% India
menganggap Ong Ka Ting harus berundur.

Kebanyakan orang masih mengikuti perkembangan MCA

Berbeza dengan pemerhatian sesetengah penganalisa politik yang
menganggap masyarakat sudah mual dengan berita MCA, kebanyakan Cina,
Melayu dan India masih mengikuti perkembangan MCA. Media disarat dengan
berita MCA, menjurus kepada 75% responden yang berkata mereka mengikuti
perkembangan parti komponen BN kedua terbesar itu. 73% Melayu, 82% Cina
dan 62% India mengakui bahawa mereka mengikuti perkembangan MCA.

Ketika ditanya sejauh manakah mereka mengikuti perkembangan MCA, 23%
daripada 202 orang responden Cina berkata "tidak kerap", 31%
berkata "kadang-kala", 28% berkata "selalu", dan 18%
menjawab "tidak tahu". Daripada 352 orang responden Melayu,
hanya 21% mengikuti perkembangan MCA, 27% menjawab tidak tahu. Apa yang
menarik, daripada 47 orang responden India, 38% berkata "tidak
tahu".

Kebanyakan responden menganggap bahawa kekalahan dalam PRU ke-12
merupakan punca kemelut parti, dengan 25% Cina, 41% Melayu dan 45% India
berkongsi pandangan bahawa kedudukan MCA menjadi lemah selepas dilanda
"tsunami politik". 22% Cina, 12% Melayu dan 9% India menganggap
pendedahan skandal PKFZ adalah punca utama pergelutan MCA, di samping
17% Cina, 17% Melayu dan 18% India melihat pemecatan Chua Soi Lek
(gambar kanan) berikutan skandal seksnya sebagai punca utama kemelut
MCA.

Apabila diajukan soalan apakah ciri-ciri pimpinan MCA yang diharapkan,
13% responden mahu pemimpin tampil untuk menyuarakan pandangan ketika
berdepan dengan isu penting; diikuti kejujuran 9%, adil dan demokratik
8%, pimpinan yang baik 8%, bekerjasama dan bersatu padu 6%, berdaya
saing 6%, bersih, beretika dan bermoral 5%.

805 orang responden

Sampel responden soal selidik ini dipilih secara rambang oleh Merdeka
Center. Seramai 805 orang yang berusia 21 tahun ke atas dipilih dari
semenanjung Malaysia dan soal selidik dijalankan melalui panggilan
telefon.

Soal selidik dijalankan antara 17 hingga 23 Mac 2010, dengan ralat
kira-kira 3.50%. Isu yang berlaku ketika soal selidik ini dijalankan
termasuklah pencalonan pemilihan semula MCA, persidangan parlimen ke-12
penggal ketiga, perhimpunan orang asli di Putrajaya, dan pertikaian
antara TNB dengan penduduk Rawang.

Menurut hasil kajian Merdeka Center, responden terdiri daripada Melayu
(60%), Cina (30%), India (9%) dan lain-lain (1%). Pada masa yang sama,
responden terdiri daripada 61% muslim, 21% Buddist, 8% Hindu dan 5%
kristian.

Sampel responden yang berusia antara 21 hingga 60 tahun ini
kebanyakannya dari golongan muda, dengan 47% yang taraf pendidikannya
tamat pengajian sekolah menengah. 58% terdiri daripada penduduk bandar
dan 42% terdiri daripada penduduk kampung.

Selain itu, lebih daripada 50% responden tidak berpengalaman akses
kepada internet, hampir 50% responden tidak bekerja dan 36% responden
yang mempunyai pendapatan keluarga kurang daripada RM1,500.

*Laporan daripada MerdekaReview.

(http://dperbatasan.blogspot.com/)

CALON BN PADA PRK P094 HULU SELANGOR ?
nantikan pengumuman aku akan nama yang paling layak menjadi menjadi
calon prk P094 hulu selangor. nama ini hanya satu, tiada dua dan tiada
tiga.

orang ini akan mengulangi kejayaan sepertimana yang telah ditunjukkan di
bagan pinang. kejayaannya besar kerana meletakkan anak tempatan yang
popular lagi disayangi sebagai calon.

Projek siap, tetapi pindah milik belum selesai

Percaya atau tidak? Projek beratus juta ringgit telahpun siap beberapa
tahun lalu dan memberi pulangan hasil yang lumayan tetapi pindah milik
belum selesai hingga ke hari ini.

Bermakna, pemilik asal masih menerima notis bayaran cukai tanah. Itu
adalah diantara perbincangan hangat yang menarik perhatian ADUN-ADUN di
Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS)
yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah, Datuk Mahmud Murshidi, di Bilik
Gerakan, Taiping Semalam.

Saya turut meminta agar birokrasi dalam menyelesaikan masalah rakyat ini
diberikan perhatian serious jika flasafah rakyat didahulukan dan
pencapaian diutamakan mahu direalisasikan.

Masalah suka melepas tanggungjawab kepada agensi lain ini harus segera
dihapuskan kerana ini akan memenyebabkan banyak masalah rakyat tidak
selesai.

ADUN Selama, Datuk Haji Mohd Daud Yusof dan ADUN Terong, Datuk Rosli
Hussein turut memberikan pandangan mereka.

Masalah Kuaters Kerajaan yang tinggal terbiar juga turut menjadi
perbincangan hangat. Agensi terbabit seperti Pejabat Hutan dan JKR
diminta supaya membenarkan agensi Kerajaan yang lain menggunakan
bangunan tersebut sekiranya mereka tidak lagi mahu menggunakannya.

Masalah ketiadaan Pondik Polis di Pekan Kubu Gajah juga turut
dibincangkan dan meminta agar sebuah bangunan sementara diwujudkan
hingga satu projek Balai Polis baru dilaksanakan di bawah Rancangan
Malaysia Ke 10.

Saya sendiri telah menyenaraikan Projek Balai Polis Kubu Gajah dan
beberapa lagi agensi Kerajaan di bawah Pentadbiran baru Pekan Kubu Gajah
dalam RMK 10 yang disediaan oleh UPEN Negeri.
by DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN

PR mesti menang di Hulu Selangor

Pertama sekali saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga ahli
parlimen Hulu Selangor, Allahyarham Dato Dr Zainal Abidin Ahmad atas
kembalinya ke Rahmatullah Allahyarham semalam. Sesungguhnya Dato Dr
Zainal Abidin Ahmad telah berkorban begitu banyak kepada perjuangan PKR
dan Pakatan Rakyat.

Kini dengan pemergian beliau, Hulu Selangor akan menyaksikan satu
pilihanraya kecil.

BN sedang bertelagah menentukan apakah MIC yang akan bertanding atau
mungkinkah kerusi yang 19 peratus pengundi India itu akan diserahkan
kepada Umno (Melayu 53.9 peratus Cina 26.7 peratus).

Mana pun arahnya pasti pertelagahan ini akan menguntungkan calon Pakatan
Rakyat. Jika MIC kekal di sana, Umno dijangka merajuk, dan memang adat
kalau Umno merajuk, habis kelambu dan katil-katil dicucuhnya dengan api!
Manakala jika Umno menjadi calon, MIC pula akan naik angin, ketika itu
tidak mustahil pengundi India akan "solid" berdiri di belakang
calon Pakatan Rakyat.

Apa pun, yang pentingnya Pakatan Rakyat mesti menang di Hulu Selangor.

Kemenangan ini penting buat Selangor kerana ia menandakan yang rakyat
Selangor sudah muktamad, mereka akur bahawa 24 bulan yang lalu, sinar
perubahan sudah mula bertijar dan nampak jelas bersinar di bumi
Selangor. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat walau dalam tempuh singkat
telah membuktikan yang mereka komited dan bersungguh mahu mengubah dan
merobah nasib rakyat, memajukan negeri ini dalam kerangka bersih, adil
dan saksama buat semua.

Menteri Besar dan barisan EXCO Pakatan Rakyat dari PAS, PKR dan DAP
berlainan sama-sekali dengan kerajaan terdahulu. Mereka lebih ikhlas,
lebih tekun dan lebih jujur mengemudi negeri ini ke arah kebaikan dan
kesejahteraan buat semua.

Dahulu rakyat terpasong, rakyat terpinggir, rakyat kelabu dan
dikelabukan oleh retorik dan janji-janji palsu dan yang separuh masak.
Kini rakyat dapat merasa bahawa kerajaan ini milik dan bikinan mereka.
Rakyat dapat menikmati limpahan kekayaan negeri, berdiri megah merasai
kemajuan negeri dan dapat berhubung terus dengan pimpinan mereka tidak
seperti dahulu.

Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) contohnya membuka peluang
rakyat menikmati hasil kejayaan negeri. Air percuma yang tidak pernah
dinikmati di bumi lain, dapat dirasai di Selangor. Begitu juga bantuan
usia emas, hadiah anak ke IPT, tuisyen rakyat semuaini mungkin kecil
pada mata tubuh orang seumpama Qarun, tetapi bagi rakyat jelata ia
adalah bukti keprihatinan kebajikan kerajaan terhadap rakyat yang mereka
kasihi.

Kerana itu Pakatan Rakyat perlu menang di Hulu Selangor.

Kerana ia akan menjadi obor membawa pengharapan baru bukan sekadar di
bumi Selangor malah menyala terang kesegenap pelusuk bumi Malaysia.
Rakyat sudah kenal mana kaca dan mana permata.

Ayuh kita bekerja bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Hulu
Selangor!

Posted by roslan sms

YDP Majlis Perajaan Kelantan diganti

Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan hari ini mengumumkan pelantikan
Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan
Ibrahim sebagai Yang Dipertua (YDP) MPN yang baru bagi menggantikan
Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah.

Setiausaha MPN Datuk Mohd Aiseri Alias berkata pelantikan Tengku Abdul
Halim itu berkuatkuasa semalam selepas pembatalan pelantikan Tengku
Abdul Aziz yang juga berkuatkuasa semalam.

"Bagi menjunjung titah perintah Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris
Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan dengan ini saya
memaklumkan bahawa Yang Mulia Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah
dibatalkan pelantikan dan dilepaskan menjadi YDP MPN berkuatkuasa 25 Mac
2010 (semalam)," katanya dalam sidang akhbar di Kota Bharu.

Turut hadir pada sidang akhbar itu Pengelola Istana Diraja Kelantan
Datuk Abdul Halim Hamad dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Shafie Ismail.

Mohd Aiseri berkata pelantikan Tengku Abdul Halim sebagai YDPM MPN yang
baru itu juga telah mendapat perkenan Pemangku Raja Kelantan.

Semalam Tengku Abdul Aziz yang bergelar Tengku Seri Utama Raja telah
diumumkan sebagai Pemangku Raja Kelantan selepas apa yang didakwa bahawa
Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra telah melucutkan jawatan anakandanya
Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuatkuasa
serta-merta.

Titah tersebut didakwa disampaikan baginda kepada Tengku Abdul Aziz dan
dibacakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Kelantan Datuk Wan Hashim Wan
Daud di Istana Mahkota di Kota Bharu.

Bagaimanapun susulan daripada pengumuman itu yang dihebahkan di laman
web media utama, Mohd Aiseri berkata Tengku Muhammad Faris Petra terus
kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut dua pertiga
daripada 17 anggota majlis MPN pada 29 Mei tahun lalu.

Mohd Aiseri, yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, berkata
pengumuman Wan Hashim mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra
sebagai Pemangku Raja dan digantikan Pengerusi MPN, Tengku Abdul Aziz
Hamzah berkuatkuasa serta merta adalah tidak terpakai kerana ia tidak
mewakili MPN.

Tengku Abdul Aziz iaitu abang kepada Anggota Parlimen Gua Musang Tengku
Razaleigh Hamzah juga telah bertindak secara berseorangan tanpa
memanggil MPN bersidang.

Sementara itu satu laporan polis terhadap Wan Hashim telah dibuat di
Balai Polis Kota Baharu di sini sebaik selesai sidang akhbar berkenaan.

Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri,
Shafie pada pukul 10.20 pagi berikutan tindakan Wan Hashim itu semalam.

Pada pukul 9 malam tadi, polis dilaporkan telah menahan seorang pegawai
kanan Istana yang bergelar Datuk di kediamannya, di Taman Sri Aman,
Kubang Kerian di sini dipercayai berhubung pengumuman pemecatan jawatan
Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja Kelantan itu.

Sumber polis berkata penahanan lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 419
Kanun Keseksaan iaitu melakukan penipuan.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
meminta semua rakyat mematuhi undang-undang yang ditetapkan dalam
perlembagaan bagi menyelesaikan kemelut Istana Kelantan sekarang.

Beliau tidak mahu rakyat terikut-ikut dengan mana-mana-mana kumpulan
dalam isu itu, tetapi mengikut apa yang dikehendaki oleh perlembagaan
kerana kerajaan negeri mempunyai perlembagaan tubuhnya sendiri.

"Saya nasihatkan kepada rakyat semua, masa kekecohan ini supaya patuh
kepada perlembagaan, jangan dengar A dengar B, tetapi ikut
perlembagaan," katanya.

- Bernama

Yb Buangan: Lempar Batu Sembunyi Tangan.

Oleh Lan Iisma 26 March 2010
Siasah
Karpal Singh mencabar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli
Noordin menyatakan nama pihak ketiga yang memberi tawaran kepada beliau
untuk mendapatkan surat akuan bersumpah membabitkan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya
Shaariibuu.

Jadi Zulkifli Noordin kenalah sahut cabaran Karpal tersebut memandangkan
dia sebelum ini begitu bertaring membuat kenyataan dan memberi gambaran
kesyumullannya. Dia kena sebut siapa, kalau kenyataannya betul.

Nampaknya dan rasanya si YB buangan tersebut tidak akan atau tidak boleh
mendedahkan kerana kenyataannya hanyalah bersifat kelentong dan
bertujuan memburukkan orang lain, seolah-olah menunjukkan kesucian
dirinya.

Dia hanya ingin mengenakan orang dengan lempar batu sembunyi tangan
menyeluk `teloq' sahaja.

Judi : Umno BN Harus Contohi Pendirian MP Bukan Islam

Pengerusi Sekretariat Ulama Asia (SHURA), Abdul Ghani Shamsudin mendesak
kerajaan Umno-Barisan Nasional supaya menilai semula amalan menjadikan
hasil judi untuk menampung perbelanjaan yang turut ditolak masyarakat
bukan Islam.

"Sebagai orang Islam, bahkan orang bukan Islam juga seperti Ahli
Parlimen Rasah, kalau tidak silap,menimbulkan keburukan judi yang
membawa implikasi berangkai," katanya.

Bercakap kepada TV Selangor, Abdul Ghani menyarankan pimpinan Umno-BN
seharusnya tidak menggalakkan amalan perjudian ini, apatah lagi
meluluskan 60 cabutan khas untuk 2010.

Pada 18 dan 22 Mac di sidang Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Rasah, Anthony
Luke Siew Fook meminta Datuk Seri Najib Razak menjelaskan jumlah kutipan
hasil aktiviti judi dan tindakan kerajaan meluluskan 60 cabutan khas
tersebut.

Najib bagaimanapun dilapor mengatakan kutipan hasil judi itu digunakan
untuk pembangunan negara.

Abdul Ghani turut mempersoalkan tindakan kerajaan Umno BN itu yang
bercanggah dengan Al-Quran walaupun mereka mengaku dan mendabik dada,
kononnya Umno satu-satunya parti yang membela agama dan bangsa.

"Sebagai orang Islam, orang yang mendakwa mahu menegakkan Islam
tetapi menjadikan lesen atau cukai judi sebagai sumber kewangan
pembangunan rakyat orang miskin ini, tentu tidak wajar dan membawa padah
yang besar," katanya. -TVS

Di Kedah ke , di Penang ke atau Selangor ni!!
Dari sini UMNO lahir.
Di sini UMNO tak pernah jatuh
disini UMNO gah
disini juga UMNO memerintah dari sejak merdeka
Tetapi disinilah juga UMNO yang akan kata pemusnah kalau dilakukan
ditempat lain
kalau yang lakukan Ust Azizan
kalau yang buat TG Nik Aziz
kalau yang buat TS Khalid
Kalau yang bikin YAB Lim Guan Eng
tapi hakikatnya inilah.
Kpg Beremban dapat saguhati
Kg Buah Pala dapat rumah flat
Kpg di Negeri Darul UMNO dapat apa????
Kemusnahan
kehancuran dan
air mata.
oh
PERKASA.
Mana suara
mana pembela
Bangsa dan nusa
oh Melayu ku.
begini jadinya

Kaki katak dalam mi goreng

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Mac – Sanggupkah anda menikmati hidangan mi goreng
berlaukkan kaki katak seperti insiden yang menimpa seorang pelajar
lelaki ketika dia sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya di
sebuah kopitiam di Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada 11 Mac lalu, Aliff Shanaz,
23, terkejut apabila mendapati terdapat kaki katak dalam menu mi goreng
yang dinikmatinya selepas tiga kali dia menyuap hidangan itu.

Sejurus selepas kejadian itu, dia terus mengadu kepada juruwang di
kopitiam berkenaan yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada
pengurus kedai makan tersebut.

Katanya, beberapa pekerja kopitiam berkenaan telah mengambil gambar kaki
katak dalam hidangan mi goreng itu selepas dia bertegas tidak akan
memulangkan hidangan tersebut.

"Pengurus itu cuba pujuk saya dengan berjanji untuk menggantikan
menu lain dan tidak mengenakan bayaran ke atas hidangan tersebut.

"Saya rasa tidak berpuas hati kerana pengurus tersebut gagal memberi
penjelasan bagaimana kaki katak berkenaan boleh dimasukkan dalam menu
makanan yang saya pesan.

"Malah, saya turut meminta pengurus itu menandatangani laporan yang
telah saya buat untuk tindakan selanjutnya, bagaimanapun dia menolak
dengan alasan arahan daripada pihak atasan," katanya di sini hari
ini.

Aliff kemudian turut mengambil gambar hidangan itu sebelum dibungkus dan
dibawa pulang sebagai bahan bukti.

Berikutan insiden itu, dia membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Agama Islam
Selangor serta satu laporan polis di Balai Polis Klang pada 14 Mac lalu.

Pelajar tersebut turut membuat satu aduan kepada Persatuan Pengguna
Islam Malaysia (PPIM) pada petang semalam.

Katanya, tindakan itu dibuat kerana dia tidak mahu insiden yang sama
menimpa umat Islam lain supaya berhati-hati sekiranya berkunjung ke
kopitiam.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan memberitahu,
pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan
sijil halal yang digantung di kedai-kedai kopitiam.

"Pihak kami berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap
pengusaha-pengusaha kopitiam yang masih berdegil memohon sijil halal
bagi makanan dan minuman untuk dijual di premis mereka," katanya
ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anggota Parlimen Hulu Selangor selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin
Ahmad, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka di
Jalan Cheras-Kajang kira-kira jam 11 pagi tadi.
Terdahulu, jenazah Allahyarham disolat di Masjid Batu 10 Jalan Cheras
dan turut hadir ialah Ketua Pembangkang dan Penasihat Parti Keadilan
Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR; Timbalan Presiden Dr Syed
Husin Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali. Timbalan
Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang juga Menteri Pertanian
dan Industri Asas Tani antara mereka yang berada di tanah perkuburan
itu.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat
orang anak.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira 9.27 malam tadi akibat barah otak
di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras-Kajang.-Bernama

Nasib Baik JOHOR, Kalau KEDAH yg Buat camnie.. Tak lena Pulak Ust Azizan

dari blog Anak Sungai Derhaka

Kita sering mendengar berita-berita yang memaparkan kezaliman Yahudi
terhadap penduduk Islam Palestine, berbagai-bagai jenis kezaliman mereka
gunakan terhadap penduduk Islam Palestine,..

Mereka sering menjadi mangsa keganasan Polis dan Tentera Yahudi, mereka
dibelasah tanpa belas kasihan,ditangkap dan dipenjarakan oleh puak
Yahudi tanpa peluang membela diri, Tembok batu dibina bagi memisahkan
mereka dengan dunia luar, kawasan tanaman mereka dimusnahkan kereta
kebal Yahudi, hak mereka untuk beribadat di halang..

Tanah yang mereka duduki sekian lama dirampas Yahudi dan rumah mereka
dirobohkan bagi membina penempatan haram Yahudi…

Kini kita patut bersyukur kehadrat Illahi kerana kita tidak perlu
menyabung nyawa untuk ke Palestine untuk melihat semua itu…

Apa yang perlu kita buat hanyalah menoleh kearah Negeri yang dikuasai
oleh Pejuang Bangsa di selatan tanahair iaitu Johor…

Dalam kejadian 12 rumah yang didakwa rumah setinggan di Kampung Denai
Pinggiran, Kempas, Johor telah dirobohkan oleh Pejabat Tanah dan Galian
daerah, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan dengan kerjasama Tenaga
Nasional Berhad (TNB).

Seramai 12 pegawai dan 112 anggota polis telah ditempatkan di kawasan
berkenaan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam berada
dalam keadaan terkawal bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.

Berpura-purakah anak-anak kecil ini?

Satu lagi kampung Melayu bakal hilang dari muka bumi, mereka dah tinggal
di sini selama 36 tahun dan di halau keluar tanpa sebarang pampasan....

Selama 36 tahun itulah mereka telah dijanjikan berbagai oleh sang
penguasa bagi menjamin penguasaan mereka..

Ketika Kampung Buah Pala menghadapi nasib yang sama Media UMNO/BN riuh
rendah mencanangkan kekejaman yang kononnya dilakukan terhadap penduduk
oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang walhal tanah Kampung BUah Pala
itu telah dijual semasa era Koh Tsu Koon lagi.. dan penduduk Kampung
Buah Pala juga telah diberikan pampas an yang setimpal.

Kalau Kampung Buah Pala yang dianngap setinggan, penduduk diberikan
pampasan RM250,000.00 dan lot rumah, apa bezanya dengan Kampung Denai
Pinggiran ini?

Adakah kerana Kampung Buah Pala terletak didalam Negeri yang diperintah
oleh Pakatan Rakyat dan Kampung Denai Pinggiran ini terletak didalam
negeri yang diperintah oleh UMNO/BN maka layanan terhadap penduduk
berbeza?

Kemana menghilang pejuang-pejuang Bangsa, kemana menghilang Presiden
Perkasa? Adakah kerana tidak menguntungkan mereka penduduk Kampung Denai
Pinggiran dibiar sendirian meratap hiba mengenang nasib mereka?

Inilah nasib orang melayu di bumi Johor.....Moga UMNO terus perintah
Johor!

Saifuddin tak terjawab Ibrahim Ali

Selepas pendedahan Ibrahim Ali di Parlimen, Saifuddin haram jadah cuba
membuat fitnah terhadapnya. Dengan style ala Goebbels - tell a big lie
and repeat it many times, people will believe it - Saifuddin cuba
mencemar nama baik Ibrahim Ali.

Fitnah Saifuddin terhadap Ibrahim Ali adalah dia ada saham dalam sebuah
syarikat Vincent Tan yang terlibat dengan judi.

Siapa yang kenal Ibrahim ali tahu part benda macam judi Ibrahim Ali tak
ada main punya? Ibrahim Ali main betina pun orang tak percaya walaupun
kampung dia di Pasir Mas di sempadan Siam aja. Garang garang Brahim Ali,
jinak di tangan Kak Rohaya. Itulah namanya pengimbang hidup.

Yang jadi ketawa mengenai tuduhan Saifuddin al 'sanggup penipu demi
Anwar', company yang dia tuduh Berahim ada saham itu adalah syarikat
buat aircon ... kah kah kah Goebbels Goblok namanya.

Tuduhan Saifuddin dibuat dalam Parlimen. Maka Ibrahim Ali tidak boleh
saman. Kalau cabar dia ulang tuduhan ini diluar mahkamah, dia pasti
tidak akan ulang.

Ibrahim Ali tak mengalah. Dia bangun dalam Parlimen dan cabar Saifuddin
ajak bersumpah luar dalam masjid. Rasanya dia cakap dia tak payah ulang
tuduhan di luar parlimen.

Tapi Ibrahim Ali kenakan satu syarat. Bos dia anwar kena bersumpah dalam
Masjid mengenia kes Saiful. Saifuddin tak jawab.

by The Unspinners

SUKA DAN DUKA!
Eh Eh ada adun dari Pakatan Haram di Perak nak lompat keluar lagi la,
wah ini sduah semakin menarik ni, memang sebelum ni pun aku ada dengar
cerita pasal adun Pakatan Haram yang nak keluar, kalau nak tau cerita
ini selanjutnya,

Makin ranapa la Pakatan Haram dengan KEYAKINAN PALSU mereka ni, dalam
seronok-seronok ni, aku harap UMNO jangan la lupa diri, bukan apa sudah
ada nampak bibit-bibit ketidak-sedaran diri dalam UMNO sekarang ni,

Berubahlah UMNO, jangan kau fikir kau kuat sekarang, apa yang sedang
berlaku sekarang ni hanyalah kerana Pakatan Haram sedang menuju
kehancuran tetapi jangan alpa, berjuanglah secara ikhlas demi AGAMA
BANGSA DAN NEGARA! Tolong jangan berjuang demi projek, projek dan
projek!
by House PK

ADUN BEBAS AKAN BERTAMBAH!!!

Betul ker dengan berita yang Awekz dengar, akan ada penambahan ADUN
BEBAS di Perak. Menjelang Sidang DUN Perak pada 30 Mac ini, desas desus
yang Awekz dengar kuat mengatakan seorang lagi ADUN dari Pakatan Rakyat
akan menjadi BEBAS...

Ish.Ish.Ish, apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat sekarang ni. Lepas
satu-satu masalah timbul. Awekz rasa mesti kepimpinan Pakatan Rakyat
sekarang ni tengah buntu untuk mencari jalan bagaimana untuk mengatasi
segala masalah yang melanda. Makin terserlah kepincangan yang melanda
kepimpinan Pakatan Rakyat ni.

Rakyat seharusnya sudah sedar akan permainan politik yang digunakan
Pakatan rakyat ini seterusnya perjuangan yang diperjuangkan oleh mereka.
Pada pendapat Awekz, perjuangan mereka bukanlah perjuangan yang
berteraskan rakyat tetapi sebenarnya perjuangan yang bersifat
individualistik.

Apa yang menjadi persoalan didalam fikiran Awekz, adakah bakal ADUN
BEBAS ini akan turut menyatakan sokongan kepada BN. Sama-sama kita
fikirkan dan nantikan!!!

by Awekz Bukit Gantang

RACUN DIDALAM UMNO!

Mc baru balik dari perjalanan yang jauh melihat dan menjelajah dari satu
kampung ke satu kampung melihat perkembangan penduduk, ekonomi dan
politik dikawasan setempat. Banyak cerita mengenai kawasan setempat yang
Mc dengar.

Johor adalah negeri lahirnya UMNO. Johor merupakan kawasan kubu kuat
UMNO. Bak kata orang Johor, kalau bertanding pilihanraya, letak songkok
pun boleh menang. Itu kata orang Johor la. Mungkin ayat tu boleh
digunakan pada 10tahun dahulu, dimana semangat kaum melayu terhadap UMNO
begitu kuat.

Tapi sekarang bila UMNO dah mungkin terlalu selesa di Johor, ramai
pemimpin bawahannya yang lupa diri bahawa dia dilantik untuk menjaga
rakyat dan kawasannya. Malah ada yang sudah berlagak sombong dengan
mengenepikan kepentingan penduduk setempat. Ini adalah kisah benar yang
Mc dapat semasa pengembaraan Mc dari satu tempat ke satu tempat.

Contohnya Mc ambil daerah Pagoh, Muar, Johor. Kawasan dimana semangat
UMNO masih kuat dan menebal didalam jiwa penduduknya. Hinggakan Pas dan
PKR nak masuk kawasan sana pun susah. Tapi! ada dikalangan pemimpin
tempatan disana yang mengambil kesempatan diatas kepercayaan penduduk.

Mc mendedahkan ini sebagai ingatan dan amaran kepada UMNO Johor dan
Pagoh untuk berwaspada dengan duri dalam daging yang membusukkan nama
UMNO dikalangan penduduk. Jika dulu kawasan Pagoh tiada virus parti
bulan. Sekarang kita boleh lihat percambahan cawangan Pas disana.

Kenapa penduduk menyokong Pas? Bukan kerana Pas bagus. Bukan kerana Pas
parti Islam. Tapi kerana dendam dan geram atas kebongkakkan pemimpin
akar umbi yang menyalahgunakan kuasa untuk mempelingkupkan rakyat. Mc
mengambil tidak mahu mendedahkan individu terbabit. Mc cuma minta UMNO
Johor turun padang dan menyiasat sendiri dakwaan Mc.

Nasihat Mc pergilah jumpa dengan penduduk dan dengar apa masalah mereka.
Bukan rugi pun. Mc berasal dari Kedah, Mc tak mahu UMNO Johor retak dan
musnah macam UMNO Kedah. Disebabkan sikit masalah dibiarkan begitu lama.
Lama kelamaan, masalah yang kecil akan jadi besar dan akan jadi barah
yang membawa maut.

Bersihkan nama UMNO dari rasuah dan salahgunakuasa. Tapis dan buang
pemimpin UMNO yang ditolak masyarakat. Mungkin ada segelintir yang
menyokong pemimpin terbabit, tapi itu hanyalah untuk mencari makan atau
disuap untuk menyokongnya.

MctHeory:
Rakyat Sayang Pada UMNO, Cuma rakyat benci akan individu yang guna nama
UMNO untuk poket sendiri!

oleh Mctheory

5 didakwa menculik bagi dapatkan wang tebusan RM1j
26/03/2010 6:24pm

JOHOR BAHRU 26 Mac – Lima lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Johor
Bahru di sini hari ini atas tuduhan menculik seorang lelaki berusia 22
tahun bagi mendapatkan wang tebusan RM1 juta dari keluarga mangsa, tiga
minggu lalu.

Tertuduh, penyelia kilang R.R. Thiru Kumaran, 27; mekanik V. Sivakumar,
24; pemandu lori M. Mohanraj, 19; dan dua penganggur Nagoor Khan Mustafa
Khan, 38; serta N. Nagulan, 23, didakwa menculik Puvendran Krishnan di
Jalan Kilang Nenas, Batu 8 1/2, Taman Ungku Tun Aminah, di sini, antara
pukul 8 malam, 7 Mac dan 10 malam, 8 Mac, yang lalu.

Kesemua mereka, bersama dua lagi yang masih bebas, didakwa mengikut
Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun
Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta
sebatan jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan daripada kelima-lima tertuduh.

Majistret Mohd. Fuad Abdul Aziz menetapkan 10 Jun ini sebagai tarikh
untuk sebutan kes. – Bernama

Polis telah maklum keluarga Benjy sebab penahanannya
26/03/2010 5:26pm

KUALA LUMPUR 26 Mac - Polis telah memberitahu sebab-sebab penangkapan
semula pelakon Khairell Benjamin Ibrahim atau Benjy, 31, kepada ibunya,
dramatis dan pelakon terkenal Azean Irdawaty dan keluarganya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner
Kang Chez Kiang berkata, perkara itu dimaklumkan kepada mereka ketika
mereka datang ke balai polis dan dapat menerima keputusan itu.

Chiez Kiang bagaimanapun melahirkan rasa kecewa dengan laporan beberapa
media yang menyatakan Azean tidak diberitahu sebab-sebab penangkapan
semula anak lelakinya itu.

"Kami berasa kecewa dengan kenyataan beberapa media berhubung perkara
ini dan tidak ada masalah antara pihak polis dengan keluarga Benjy
setakat ini", katanya.

Benjy ditahan semula tidak sampai dua jam setelah dibenarkan diikat
jamin oleh Mahkamah Majistret di sini semalam berhubung kes dadah.

Dia ditahan ketika berada di bahagian luar pejabat kaunter pembayaran
jamin di kompleks mahkamah itu oleh dua orang anggota polis pada pukul
2.50 petang sejurus sahaja Azean selesai membayar ikat jamin berjumlah
RM2,000. - Bernama

`Setiausaha Sulit' Sultan Kelantan ditahan

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
pengarang@utusan.com.my

KOTA BHARU 25 Mac - 'Setiausaha Sulit' Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim
Wan Daud yang mengumumkan mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra
sebagai Pemangku Raja Kelantan pagi ini, dipercayai ditahan polis malam
ini.

Difahamkan, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri itu ditahan di rumahnya di
Taman Seri Aman kira-kira pukul 8.40 malam untuk siasatan.

Beliau kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.
Bagaimanapun setakat tengah malam ini, belum ada pengesahan rasmi
daripada pihak polis berhubung penahanan itu.

Pelantikan Wan Hashim yang didakwa diputuskan Sultan Kelantan, Tuanku
Ismail Petra dan kenyataannya sejak seminggu lalu dilihat merumitkan
lagi krisis Istana Kelantan apabila beliau mula menyampaikan 'titah'
baginda.

Pada 18 Mac lalu, beliau mula mencetuskan kontroversi yang mendapat
perhatian umum apabila mengadakan sidang media dengan mendakwa Sultan
Kelantan telah menitahkan semua sambutan Hari Keputeraan baginda yang
ke-60 pada 30 Mac ini dibatalkan.

Walaupun pelantikannya tidak diiktiraf dan 'titah' itu telah dinafikan
kerajaan negeri, Wan Hashim mempertahankan pelantikan dan kenyataannya
tersebut.

Pagi ini, beliau membuat kenyataan lebih mengejutkan dengan mendakwa
Tengku Muhammad Faris Petra telah dipecat dan digantikan oleh Pengerusi
Majlis Perajaan Negeri (MPN), Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah berkuat
kuasa serta-merta.

Utusan Malaysia difahamkan, penahanannya dibuat bagi membolehkan
siasatan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu mengenai penipuan
dengan jalan penyamaran.

Anwar melenting diajukan soalan

KUALA LUMPUR 25 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melenting
apabila ditanya tentang dakwaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu,
Zulkifli Noordin tentang usaha mengaitkan Perdana Menteri dengan kes
pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Malah ketua pembangkang itu menuduh wartawan yang bertanyakan soalan
tersebut telah dibayar oleh pihak tertentu.

Anwar yang dikerumuni wartawan sebaik sahaja keluar dari Mahkamah Tinggi
di sini hari ini berkata, beliau tidak perlu menjawab soalan itu
sebaliknya menegaskan dakwaan tersebut sepatutnya dijawab sendiri oleh
Zulkifli.

"Kenapa awak nak tanya saya? Lebih baik awak tanya Zulkifli sendiri
berhubung dakwaan itu, dia tidak sebut nama saya semasa membahaskan
ucapannya di Parlimen semalam.

"Berapa banyak dakwaan dia pun saya tak tahu. Anda sebagai wartawan
sepatutnya bertanya kepada Zulkifli bukan bertanya kepada saya.

"Pertanyaan ini tidak mematuhi etika kewartawanan. Siapa yang membayar
anda untuk menanyakan soalan ini?" katanya ketika ditemui selepas
sebutan kes liwatnya terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari
Azlan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Semalam, Zulkifli semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang
di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat membuat pendedahan yang beliau
pernah diberi tawaran supaya mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes
pembunuhan Altantuya.

Tanpa mendedahkan pihak terlibat, Zulkifli berkata, antara tugasnya
ialah mendapatkan pengakuan bersumpah daripada Perdana Menteri dan
isterinya selain diminta membuat surat akuan bersumpah Najib dan Rosmah
terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Sementara itu, pada Rabu minggu lalu, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim
(Bebas-Bayan Baru) juga menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila
'memecahkan tembelang' Anwar berhubung rancangan mengambil alih kerajaan
Pusat pada 16 September 2008.

Syak kumpulan lawan sebar khabar angin

KUALA LUMPUR 25 Mac - Datuk Seri Ong Tee Keat (gambar) tidak menolak
kemungkinan kumpulan yang menyokong kedua-dua pencabarnya
bertanggungjawab menyebarkan desas-desus buruk bagi mengalih sokongan
perwakilan terhadapnya.

Katanya, perkara itu terbongkar selepas ramai perwakilan dan ahli MCA
menghubungi beliau bagi mendapat penjelasan sebenar berhubung pelbagai
khabar angin antaranya beliau akan menarik diri daripada mempertahankan
jawatan presiden serta ditawarkan jawatan setiausaha agung parti.

Sambil menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak membina dan
memalukan, Tee Keat juga menegaskan, pihak yang bertanggungjawab
sebenarnya tidak mempunyai keyakinan untuk berdepan dengannya secara
sihat pada pemilihan parti 28 Mac ini.

"Saya bukan hendak menuduh tetapi yakin kedua-dua pihak yang menentang
saya bertanggungjawab dalam hal ini kerana ramai perwakilan dan ahli MCA
menghubungi saya dan rakan bagi mendapatkan pengesahan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengumumkan
manifestonya di Wisma MCA, di sini hari ini.

Pada pemilihan parti itu nanti, Tee Keat akan dicabar bekas Presiden
MCA, Tan Sri Ong Ka Ting dan bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr.
Chua Soi Lek bagi jawatan presiden.

Dalam pada itu, Tee Keat berkata, beliau semakin yakin dapat
mempertahankan jawatan presiden, selepas mendakwa sokongan masyarakat
Cina, ahli dan perwakilan MCA terhadapnya meningkat berdasarkan
keputusan pungutan suara yang dibuat.

Menurutnya, walaupun pungutan suara yang dibuat oleh organisasi media
dan beberapa badan bebas itu dilakukan secara tidak formal, tetapi ia
memberi gambaran bahawa pelan transformasi yang ingin dijayakannya
diterima oleh pelbagai pihak.

"Sokongan khususnya perwakilan dan ahli MCA terhadap saya semakin
meningkat terutamanya selepas kami menjalankan kempen pemilihan secara
menyeluruh bagi mendedahkan kepada semua mengenai gambaran sebenar punca
kemelut parti ini,'' katanya.

Kepada soalan sama ada beliau sedia menimbangkan jawatan penting dalam
parti kepada pencabarnya jika kekal sebagai Presiden MCA, Tee Keat
memberitahu, masih terlalu awal untuk mengulas kemungkinan tersebut.

Namun, tegasnya, sepanjang penglibatannya dalam politik MCA, beliau
merupakan salah seorang pemimpin yang mempunyai rekod melantik
pencabarnya memegang peranan penting dalam parti.

Terdahulu, semasa mengumumkan manifestonya, Tee Keat menyenarai lima
Bidang Keberhasilan Utama MCA, yang akan menjadi fokus beliau dalam
memacu transformasi bagi mengukuhkan kembali parti untuk menghadapi
Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Lima Bidang Keberhasilan Utama tersebut ialah melancarkan Yayasan
1Malaysia MCA; mendekati dan menjuarai isu masyarakat Cina; melaksanakan
takbir urus dengan baik, berintegriti dan telus; memastikan parti lebih
demokratik serta memperkukuhkan jentera parti bagi menghadapi PRU.

Seks gereja merebak ke AS

Peter Isley (tengah), John Pilmaier (kiri) dan Barbara Blaine kesemua
dari Amerika Syarikat memegang gambar Kardinal Tarcisio Bertone (atas)
dan Pope Benedict XVI semasa menyertai demonstrasi membantah skandal
seks melibatkan kanak-kanak di hadapan Dataran St. Peter di Vatican,
semalam. Isley, Pilmaier dan Blaine didakwa menjadi mangsa seks oleh
paderi-paderi di Gereja Roman Katolik. - Reuters

WASHINGTON 25 Mac - Dakwaan terbaru berhubung cubaan menutup kes
fidofilia menghantui Pope Benedict XVI semalam apabila seorang paderi
Amerika Syarikat (AS) didakwa meliwat hingga 200 budak lelaki cacat
pendengaran, menurut fail gereja yang diperoleh oleh The New York Times.

Dokumen mengenainya yang dikemukakan sebagai sebahagian tindakan guaman
terhadap sebuah sekolah kanak-kanak pekak di negeri Wisconsin, AS
menunjukan hubungan langsung antara paderi yang didakwa itu dengan
Kardinal Joseph Ratzinger pada 1996, lapor akhbar berkenaan.

Perbicaraan terhadap Murphy dihentikan selepas beliau menulis terus
kepada Ratzinger untuk memprotes sebarang tindakan terhadap perbuatan
tersebut.

''Saya hanya mahu menghabiskan baki hidup saya sebagai paderi
bermaruah,'' kata Murphy kepada bakal pope itu.

''Beliau juga memohon bantuan jujur Ratzinger terhadap perkara itu.

''Dokumen berkenaan tidak mengandungi sebarang respons daripada
Ratzinger dan Murphy meninggal dunia dua tahun kemudian ketika masih
menjadi paderi,'' kata akhbar itu.

Murphy bekerja di sekolah tersebut dari 1950 hingga 1974.

Kes berkenaan melibatkan empat saman yang dikemukakan oleh lima orang di
mana para peguam mereka menyerahkan dokumen rahsia lama gereja kepada
akhbar berkenaan.

Kes berkenaan didedahkan ketika skandal penderaan seks melibatkan ilmuan
Katholik di beberapa negara termasuk Ireland, Austria, Belanda dan
Switzerland sedang sibuk diperkatakan.

Skandal berkenaan semakin hampir kepada pope sendiri.

Dalam kes di negara asalnya, Pope Jerman berkenaan ketika masih
merupakan Biskop di sana pada 1980 telah meluluskan perlindungan di
gereja kepada seorang pederi yang disyaki melakukan penderaan seks
terhadap seorang kanak-kanak ketika dia menerima terapi.

Pope telah memohon maaf dalam satu surat terhadap penderaan seks oleh
paderi Ireland tetapi mangsa berpendapat ia tidak cukup untuk menangani
skandal yang semakin menular itu.

Dalam dokumen gereja di Wisconsin, The New York Times berkata, terdapat
tiga Biskop diberitahu tentang perbuatan Murphy melakukan penderaan
seksual terhadap kanak- kanak, namun insiden berkenaan tidak pernah
dilaporkan kepada pihak berkuasa. - AFP

Akhbar berkenaan memetik jurucakap Vatican, Federico Lombardi sebagai
berkata, kes berkenaan adalah sesuatu yang tragik dan Murphy telah
menzalimi kanak-kanak malang.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, pihak berkuasa telah menyiasat kes
berkenaan dan menolaknya.

Benjy bebas lapan minit

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my


BENJY (dua dari kiri) ditahan semula oleh anggota Unit Narkotik diringi
oleh peguamnya Amir Hamzah (kanan) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta,
semalam.

KUALA LUMPUR 25 Mac – ``Kenapa ni? Anak saya dah bebas. Dah
bayar jamin, anak saya dah bebas.''

Itu yang diulangi oleh pelakon veteran, Azean Irdawaty kepada beberapa
anggota polis berpakaian preman ketika mereka menahan semula anak lelaki
tunggalnya, Benjy.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 2.50 petang, lapan minit
selepas Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32,
dibebaskan dengan ikat jamin.

Kali ini, penahanan Benjy dibuat mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah
Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 yang membolehkan
pelakon itu ditahan selama 60 hari.

Terdahulu, Benjy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini
atas tuduhan memiliki dadah jenis metaphetamine seberat 0.24 gram.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 4 petang, 11 Mac
lalu di sebuah premis beralamat A-6-5, Menara Duta 2, Jalan 1/38B off
Jalan Segambut, Sentul di sini.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah
Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum
RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaima Mohd. Noor
manakala Benjy diwakili peguam bela, Amer Hamzah Arshad.

Majistret Hafizza Sauni membenarkan tertuduh dibebaskan secara jaminan
RM2,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula pada 8
April ini.

Sementara itu, sebelum pelakon watak Jibek dalam drama Kerana Cintaku
Saerah ditahan semula, kelihatan hampir 10 orang anggota polis dan
pegawai berpakaian biasa menunggu di luar kaunter reman.

Keadaan bertukar kelam kabut sebaik sahaja Benjy `dicekup'
sewaktu melangkah keluar dari kaunter jamin menyebabkan ibunya
terpinga-pinga.

Amer Hamzah pula dilihat cuba menghalang tindakan anggota polis yang
cuba menggari Benjy dengan memegang dan melindungi anak guamnya sambil
meminta surat penahanan.

Tindakan tersebut bagaimanapun gagal apabila pemenang Anugerah Pelakon
Lelaki Terbaik menerusi drama Hanya Untukmu pada Anugerah Skrin Ke-6
tahun 2003 terus dibawa pergi.

Sementara itu, Azean dilihat cuba mendapatkan penjelasan daripada
seorang anggota polis tetapi hanya dimaklumkan supaya berjumpa dengan
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner
Kang Chez Chiang.

Adik Benjy, Elza Irdalyna yang pada mulanya hanya berdiam diri tiba-tiba
menjerit apabila melihat abangnya dibawa pergi oleh sekumpulan anggota
polis sebelum menangis.

Azean ketika ditemui selepas kekecohan itu berlaku meluahkan rasa
kesalnya dengan kejadian tersebut.

``Tolonglah jadi profesional. Kali ini anak Kak Yan ditangkap sebab
apa? Yang dituduh sebelum ini kata tak ada apa-apa pun.

``Kak Yan seorang ibu yang sakit. Berapa kali nak bagi Kak Yan
stres?'' ujarnya.

Ditanya mengenai tindakan selanjutnya, Azean menyatakan dia tidak tahu
kerana kebingungan.

``Masa jumpa tadi, tak cakap apa-apa pun. Dia (Benjy) cuma cium
tangan Kak Yan dan Kak Yan gosok kedua-dua pergelangan tangannya yang
dah bergari selama dua minggu,'' katanya yang mula dilihat
bergenang air mata.

Mengikut ADB, Langkah-Langkah Pencegahan Khas digunakan bagi menangani
mereka yang diyakini terlibat dalam pengedaran dadah tetapi tidak
mengendalikan, sebaliknya hanya mengeluarkan arahan dan menjadi orang
tengah dalam urusan jual beli.

Benjy sebelum ini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952
kerana disyaki mengedar dadah.

Dia yang sudah berkahwin dengan Safiya Stephanie Kar Leng Lee, 26, pada
9 Februari 2004 dikurniakan dengan seorang anak lelaki Firdauz Juan, 4.

Dua pegawai istana berjaya batal saman Tengku Muhammad Fakhry

KUALA LUMPUR 25 Mac - Dua pegawai Istana Kelantan hari ini berjaya
membatalkan saman Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra setelah
Mahkamah Tinggi di sini mendapati wujud kecacatan pada pernyataan
tuntutan Tengku Temenggong Kelantan itu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Zabariah Mohd. Yusof ketika membuat
keputusan tersebut turut mendapati isu tohmahan tidak timbul
memandangkan kedua-dua pegawai istana itu tidak mengadakan sidang akhbar
yang memfitnah Tengku Muhammad Fakhry.

Mahkamah sehubungan itu memerintahkan saman tersebut dibatalkan dengan
kos RM5,000 yang perlu dibayar oleh Tengku Muhammad Fakhry kepada
kedua-dua defendan yang diwakili peguam Datuk Cecil Abraham.

Pihak Defendan terdiri daripada Pegawai Tadbir (Pentadbiran) Pejabat
Sultan Kelantan, Nik Mahmud Nik Jaafar dan Pengelola Istana Diraja
Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad.

Peguam Datuk Mohd. Haaziq Pillay yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry
selaku plaintif memberitahu pihak media, pihaknya akan mendapatkan
arahan daripada anak guamnya sama ada mahu mengemukakan rayuan berhubung
keputusan tersebut.

Jelas beliau, mahkamah mendapati saman tersebut cacat kerana tidak
menyatakan secara keseluruhan kandungan perkataan berbaur fitnah atau
umpatan seperti yang didakwa oleh plaintif.

Plaintif memfailkan saman tersebut pada 10 Ogos 2009 ekoran satu
kenyataan akhbar yang didakwa dikeluarkan oleh pihak defendan pada 15
Jun tahun lalu berhubung kemelut perkahwinan beliau dengan isterinya
seorang model dari Indonesia, Manohara Odelia Pinot.

Beliau mendakwa, kenyataan yang ditandatangani oleh Abdul Halim itu
menyatakan Sultan Kelantan dan istana tidak mempunyai sebarang kaitan
dan tidak seharusnya diheret ke dalam krisis perkahwinan pasangan
terbabit.

Tengku Muhammad Fakhry juga mendakwa, kenyataan itu menggambarkan
seolah-olah ayahandanya dan pejabat Istana Kelantan meminggirkan beliau.

Pihak defendan pula dalam pernyataan pembelaan mereka bertarikh 11
September tahun lalu mendakwa, kenyataan akhbar berhubung pertelingkahan
antara Tengku Temenggong Kelantan dan isterinya yang dikeluarkan itu
adalah suatu 'keistimewaan yang melayakkan'.

Dakwa defendan, mereka sekadar bertindak mengikut tanggungjawab
masing-masing dalam hal ehwal istana atas arahan Pemangku Raja Kelantan.

Kedua-dua pegawai itu mendakwa, perkataan-perkataan dalam kenyataan itu
bukan bermaksud untuk memperkecilkan Tengku Muhammad Fakhry dalam
kedudukan beliau sebagai anggota keluarga Diraja Kelantan.

Defendan juga mendakwa, mereka tidak pernah mengutarakan kata-kata yang
bersifat palsu, berniat jahat atau fitnah terhadap Tengku Temenggong
Kelantan atau ditemubual oleh mana-mana anggota media.

Polis siasat pendedahan Zulkifli Noordin

KUALA LUMPUR 25 Mac - Polis akan siasat pendedahan mengejut yang dibuat
oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin semalam
mengenai ganjaran lumayan yang ditawarkan pihak tertentu untuk memfitnah
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri
Rosmah Mansor.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (gambar) berkata, ini kerana
pendedahan Zulkifli itu merupakan maklumat baru kepada polis dan orang
ramai, justeru, ia perlu disiasat kesahihannya.

"Sudah tentu apabila ada maklumat baru yang diperoleh polis, maka
siasatan akan dijalankan sama ada ia benar atau sebaliknya.

"Polis akan mengenal pasti jika ada mana-mana pihak atau individu yang
boleh tampil mengesahkan maklumat yang didedahkan itu," katanya pada
sidang akhbar selepas sambutan ulang tahun Peringatan Hari Polis ke-203
di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Semalam pada sidang Dewan Rakyat, Zulkifli ketika membahaskan usul
menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong mendakwa, beliau diberi
tugasan oleh pihak tertentu yang bagaimanapun tidak didedahkan
identitinya, untuk memfitnah Perdana Menteri dan isteri dalam kes
pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Antaranya, beliau diminta untuk mendapatkan pengakuan bersumpah daripada
Perdana Menteri dan isteri selain membuat surat akuan bersumpah bahawa
Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Kejutan berterusan di Parlimen apabila wakil rakyat Bebas itu membuat
satu lagi pendedahan bahawa dia juga diminta mengaitkan anak kepada
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berhubung satu
kes pembunuhan pada tahun 2004.

Pendedahan Zulkifli telah menggemparkan arena politik negara kerana ia
hadir hanya seminggu selepas bekas rakan partinya iaitu Ahli Parlimen
Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim memecahkan tembelang Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rancangan mengambil alih
kerajaan pusat pada 16 September 2008.


Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2. Pernyataan Solidaritas PRP untuk Korban Banjir Karawang
Posted by: "KP-PRP" prppusat@yahoo.com prppusat
Date: Fri Mar 26, 2010 11:52 pm ((PDT))


PERNYATAAN
SOLIDARITAS

PERHIMPUNAN
RAKYAT PEKERJA

Nomor:
219/PS/KP-PRP/e/III/10


Solidaritas
terhadap korban pengungsi banjir di Karawang!

Negara
harus menjamin kehidupan para pengungsi banjir di Karawang!


Salam
rakyat pekerja,

Bencana
kembali dialami oleh rakyat Indonesia. Kali ini bencana banjir sejak
tanggal 18 Maret 2010 hingga hari ini, terjadi di Karawang. Bencana
banjir yang menggenangi setidaknya 10 kecamatan di Karawang, terjadi
karena luapan sungai Citarum. Berdasarkan data Dinas Sosial Karawang,
hingga kini terdapat 16.000 rumah yang terendam banjir di 10
kecamatan, seperti Kecamatan Karawang Barat, Karawang Timur,
Telukjambe Timur, Telukjambe Barat, Ciampel, Batujaya, Pakisjaya,
Rengasdengklok, Klari, dan Jayakerta. Dari 16.000 rumah yang terendam
banjir tersebut terdapat 17.604 KK dan 66.382 jiwa yang menjadi
korban banjir akibat meluapnya sungai Citarum.

Dampak
dari bencana banjir di Karawang inipun akhirnya juga dialami oleh
anak-anak yang tidak bisa bersekolah dan kondisi yang sangat
memprihatinkan di posko pengungsian serta para buruh yang tidak dapat
bekerja. Pembangunan posko-posko pengungsian ini dikelola secara
swadaya karena hampir tidak ada bantuan resmi yang mereka dapatkan
dari pemerintah. Pengelolaan posko-posko pengungsian ini biasanya
dilakukan oleh serikat-serikat buruh/pekerja yang berada di Karawang.
Selain itu, perusahaan-perusahaan yang menjadi tempat bekerjanya para
pengungsi juga hanya memberikan bantuan minimal kepada para
pekerjanya, berupa bantuan makanan siap santap yang hanya diberikan
dalam 2 hari pertama musibah banjir. Selebihnya para pegungsi harus
berusaha sendiri untuk bertahan hidup.

Bahkan
banyak perusahaan di Karawang yang hanya memberikan dispensasi/ijin
untuk tidak kerja secara penuh kepada para pekerja hanya selama 2
hari saja. Hal ini menyebabkan pada hari ketiga, para pekerja dengan
terpaksa harus bekerja kembali secara normal. Sementara para pekerja
yang tergabung dalam serikat-serikat buruh/pekerja juga memiliki
tanggung jawab untuk mengelola posko pengungsian dan pencarian
bantuan. Pihak manajemen perusahaan-perusahaan tersebut, berusaha
menutup mata akan hal itu. Mereka tetap pada kebijakannya, bahwa bagi
para buruh yang tidak bekerja, maka perusahaan akan memotong cuti
atau dinyatakan alpa/mangkir dengan upah tidak dibayar serta
berpotensi menerima sanksi dikemudian hari karena dianggap melanggar
peraturan perusahaan.

Hal
ini tentu saja menjadi dilema bagi para pekerja yang terlibat di
dalam serikat buruh/pekerja. Di satu sisi para pekerja tersebut
mengelola posko pengungsian, karena pemerintah tidak menjalankan
tanggung jawabnya. Di sisi lain, para pekerja dipaksa bekerja oleh
perusahaan, karena perusahaan tidak memiliki toleransi terhadap
musibah yang dialami oleh pekerjanya. Artinya selalu saja pekerja
yang dikorbankan, baik oleh pemerintah maupun perusahaan.

Maka
dari itu, kami dari Perhimpunan Rakyat Pekerja menyatakan sikap:


Mendesak
pemerintah pusat maupun daerah untuk segera memberikan bantuan yang
menyeluruh kepada seluruh pengungsi bencana banjir di Karawang.

Pemerintah
pusat dan daerah harus mendesak dan menindak perusahaan-perusahaan
yang memaksa pekerjanya untuk bekerja selama musibah banjir,
terutama kepada para pengurus serikat pekeraj yang bertanggung jawab
dalam pengelolaan posko pengungsi.
Mendesak
perusahaan untuk memberikan bantuan berupa makanan siap
konsumsi/makanan instan/bantuan lainnya kepada para pekerjanya yang
mengalami musibah banjir sebagai bentuk tanggung jawab perusahaan
terhadap pekerja yang selama ini sudah bekerja dengan penuh dedikasi
untuk kemajuan perusahaan.


Kepada
seluruh elemen gerakan rakyat untuk bersolidaritas terhadap para
pengungsi musibah banjir di Karawang.








Jakarta,
27 Maret 2010
Komite
Pusat
Perhimpunan
Rakyat Pekerja
(KP-PRP)




Ketua
Nasional


Sekretaris
Jenderal






ttd.
(Anwar
Ma'ruf)




ttd.
(Rendro
Prayogo)



filtered {margin:0.79in;}P {margin-bottom:0.08in;}-->___*****___Sosialisme Jalan Sejati Pembebasan Rakyat Pekerja!
Sosialisme Solusi Bagi Krisis Kapitalisme Global!
Bersatu Bangun Partai Kelas Pekerja!

Komite Pusat
Perhimpunan Rakyat Pekerja
(KP PRP)
JL Cikoko Barat IV No. 13 RT 04/RW 05, Pancoran, Jakarta Selatan 12770
Phone/Fax: (021) 798-2566
Email: komite.pusat@prp-indonesia.org / prppusat@yahoo.com
Website: www.prp-indonesia.org


Berselancar lebih cepat. Internet Explorer 8 yang dioptimalkan untuk Yahoo! otomatis membuka 2 halaman favorit Anda setiap kali Anda membuka browser. Dapatkan IE8 di sini!
http://downloads.yahoo.com/id/internetexplorer


1 of 1 File(s) http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/attachments/folder/2044953052/item/list

Pernyataan-Solidaritas_Korban-Banjir-Karawang.pdf

Messages in this topic (1)

Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
• Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
• Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
• Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com

------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/

<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
dunia-politik-normal@yahoogroups.com
dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

------------------------------------------------------------------------

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com