26/03/2010 4:09pm
PUTRAJAYA 26 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat Jumaat depan untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof hari ini.
Pilihan raya kecil itu berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi akibat barah otak.
Abdul Aziz berkata, mesyuarat itu diadakan di Ibu pejabat SPR di sini pada pukul 10 pagi.
"Notis mengenai kekosongan kerusi Parlimen Hulu Selangor akan diterima Isnin ini,” katanya.
Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham, yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.
Allahyarham menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi, manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, mendapat 22,979 undi. – Bernama
No comments:
Post a Comment