20100309

MCA pecah 3 kumpulan menjelang pemilihan 28 Mac ini…

Pemilihan MCA: tiga puak bertembung pada 28 Mac?

Pemilihan pucuk pimpinan MCA pada 28 Mac diramal bakal menyaksikan kemunculan dan pertembungan antara tiga puak dalam parti itu.

Tiga puak tersebut ialah Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Datuk seri Kong Cho Ha, Liow Datuk Seri Tiong Lai dan Datuk seri Ong Ka Chuan, dan yang akhir Datuk Ong Tee Keat.

“Sama ada ini kekal sehingga 28 Mac, tidak ada siapa yang tahu dengan pasti,” kata seorang dalaman parti kepada Bernama.

Tee Keat dengan cukup jelas telah membayangkan yang beliau akan mempertahankan kedudukannya dalam pemilihan hujung bulan ini.

Sekalipun kedudukan masih kabur atau terlalu awal untuk membuat ramalan, orang dalaman parti dan penganalisis politik percaya mungkin wujud tiga puak dalam perebutan itu.

Minat untuk bertanding begitu sengit sekalipun mereka yang dipilih nanti akan berkhidmat untuk hanya setahun sebelum menghadapi pemilihan semula parti tahun depan.

Orang itu berkata spekulasi kuat mengatakan bahawa Dr Chua akan bertanding merebut jawatan presiden dan rakannya Kong bertanding timbalan presiden.

Bekas setiausaha agung Ka Chuan bergabung dengan Liow – merebut sama ada jawatan presiden atau timbalan presiden. Tee Keat belum menamakan rakan pertandingannya.

“Adalah menarik untuk melihat sama ada tiga puak ini akan berkembang atau mengecil. Jika ia kekal menjadi pertandingan tiga penjuru untuk jawatan presiden, ia akan menguntungkan mereka yang mendapat sokongan paling ramai perwakilan,” ujar orang dalaman itu.

Sumber-sumber lain parti berpendapat mungkin tidak wujud lebih dari tiga puak oleh kerana bukan mudah membentuk perkongsian mantap oleh kerana kebanyakan penyokong mereka tidak percayakan satu sama lain.

Misalnya, penyokong Tee Keat dan Dr Chua menyimpan rasa bahawa mereka telah “memperdaya satu sama lain” semasa Mesyuarat Agung Luar Biasa 10 Okt tahun lepas bila kedua-dua mereka ditewaskan dalam dua usul.

Undi tidak percaya terhadap Tee Keat diluluskan dengan kelebihan 14 undi sekalipun ia kurang dari majoriti dua-pertiga sementara usul untuk mengembalikan jawatan Dr Chua selaku timbalan presiden ditolak dengan 100 undi.

Kem Tee Keat mengsyaki penyokong Liow mempermainkan Tee Keat sementara kem Dr Chua mengsyaki penyokong Ka Chuan tidak mempunyai pengaruh yang cukup kuat ketika itu, kata sumber itu.
Yang demikian, adalah tidak wajar bagi Dr Chua membentuk gabungan dengan Liow atau Liow dengan Tee Keat, jelas beliau.
Sumber yang sama juga berkata beberapa penyokong Dr Chua tidak selesa bekerja dengan puak Liow oleh kerana kebanyakan penyokong Liow sebelumnya adalah orang-orang bekas presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting dan abangnya, Ka Chuan.

Beberapa penyokong Dr Chua juga percaya pemimpin mereka telah “dijerat” dengan skandal seks DVD oleh penentang dari puak-puak lain.

Begitu juga dalam hal beberapa penyokong Tee Keat yang tidak menerima dengan baik perkembangan terbaru dalam parti bila 22 anggota Jawatakuasa Pusat yang dipilih baru-baru ini meletak jawatan bagi memberi laluan kepada pemilihan baru parti.

Pengerusi MCA bahagian Padang Besar Loh Yoon Foo berkata beberapa orang perwakilan parti masih belum sedia menyokong Dr Chua, yang terbabit dalam skandal seks, selaku presiden parti kerana bimbang titik hitam ini boleh melemahkan parti dalam kedudukan tawar menawar.

“Ia mungkin berakhir dengan pertandingan tiga penjuru. Namun, saya berharap seorang daripada mereka tidak bertanding, membolehkan persaingan satu lawan satu untuk jawatan presiden,” kata beliau.

Penganalisis politik berkata adalah jelas bahawa Tee Keat mempunyai jumlah kukuh kira-kira 600 daripada seramai kira-kira 2,400 perwakilan berdasarkan bilangan yang hadir di Perhimpunan Agung Tahunan hari ini sementara puak Liow mempunyai sokongan dengan kekuatan yang kira-kira sama berdasarkan taklimat 28 Nov yang dipanggil oleh beliau untuk mendesak diadakan pemilihan baru.

“Hanya Soi Lek mempunyai sokongan satu pertiga atau kira-kira 800 perwakilan berdasarkan kempen tandatangannya yang lepas untuk mendesak diadakan EGM pada 10 Okt tahun lalu berikutan penyingkirannya dari parti oleh majlis presiden,” kata penganalisis itu.

Beliau berpendapat jika berlaku pertandingan tiga penjuru, ia menguntungkan Dr Chua.

“Kerana itu terdapat desas-desus bahawa beberapa broker politik sedang bergerak di belakang tabir untuk memujuk sama ada Tee Keat atau Liow memberi laluan antara mereka agar pertandingan satu lawan satu dapat dipastikan,” katanya.-Malaysiakini

1 comment:

Goldman said...

COD emas tulen 999.9 Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram, harga semasa RM 1380.

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Harga belian semula yang hebat.

Terima kasih.

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com