20100328

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 2006

There are 3 messages in this issue.

Topics in this digest:

1. Berita, Blog Politik Hari Ini - 27 Mac 2010
From: dunia-politik@yahoogroups.com

2. minta sokongan semua untuk pesakit kanser - Let's Rock Cancer (Mala
From: mrzeli

3. SAKSIKAN INDONESIA TALKS : Ujian Nasional Belum Adil (Imam B Prasodj
From: Qtv Channel


Messages
________________________________________________________________________
1. Berita, Blog Politik Hari Ini - 27 Mac 2010
Posted by: "dunia-politik@yahoogroups.com" dunia-politik@yahoogroups.com pdniaga
Date: Sat Mar 27, 2010 2:57 am ((PDT))

http://dunia-politik.blogspot.com

Get the latest info on Dunia Politik direct. Analisa Politik. Informasi
tentang parti-parti Politik dan keadaan politik di segenap pelusok
dunia. Home · Messages. Members Only; Post; Files; Photos; Polls;
Promote ? Already a member? Sign in to Yahoo! ...


Apakah Nik Aziz mahu disingkir

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa
beliau tidak kisah sekiranya Majlis Syura Ulama Pas memutuskan untuk
tidak melantik kembali beliau sebagai Mursyidul Am.

"Ambo (saya) mujur benar la, (kalau tidak dilantik), kerja di sini
(Kelantan) pun banyak, nak pergi Kuala Lumpur bukannya mudah,"
katanya ditemui selepas solat Jummat di Masjid Kampung Semut Api, dekat
sini semalam.

Nik Aziz berkata demikian ketika ditanya mengenai sebuah laporan sebuah
portal berita yang menyatakan mesyuarat pertama bagi sesi baru Majlis
Syura Ulama Pas akan memilih Mursyidul Amnya bagi mempengerusikan majlis
itu.

Bagaimanapun, laporan pada hari berikutnya menimbulkan spekulasi apabila
portal berkenaan menyatakan bahawa pemilihan mursyidul am tidak dibuat,
sebaliknya majlis tersebut hanya melantik lima anggota tambahan. Ketika
ini, Timbalan Musryidul Am disandang oleh, Datuk Dr Harun Din.

Nik Aziz berkata, faktor kesihatan juga diambil kira kerana jawatan
Musyidul Am memerlukan banyak masa selain terpaksa ulang-alik dari
Kelantan ke Kuala Lumpur.

Sebelum ini Nik Aziz dilihat pemimpin yang kerap tidak sependapat
berhubung dengan pemimpin kanan parti itu termasuklah Presiden Pas,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang, terutamanya dalam isu Kerajaan Perpaduan
Pas-UMNO.

Kedudukan Nik Aziz kini dilihat masih belum jelas dan bergantung kepada
sokongan 16 lagi anggota majlis tersebut.

Sebelum ini spekulasi mengenai jawatan Menteri Besar yang dipegang Nik
Aziz juga timbul apabila Exconya mencadangankan agar beliau menamakan
calon yang sesuai bagi mengambil alih kepimpinan negeri dimasa hadapan.

Namun, Nik Aziz mengesahkan bahawa, calon yang sesuai mengambil alih
tampuk pemerintahannya dibuat mengikut hierarki tertinggi dalam
kepimpinan parti peringkat negeri.

* Saya menyokong penuh kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz. Tidak ada pemimpin
lain yang boleh tandinginya buat masa ini di Malaysia. Beliau adalah
contoh terbaik.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

Parti Demokratik Indonesia SBY sokong Kongres Homoseksual

JAKARTA - Ahli politik dari Parti Demokratik pimpinan Presiden
Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono semalam menyokong hak sekumpulan gay
dan lesbian untuk mengadakan kongres untuk golongan itu.

Demokrat menegaskan bahawa golongan homoseksual mempunyai hak
perlembagaan untuk mengadakan kongres pada bila-bila masa dan di mana
saja.
Pengerusi Suruhanjaya Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan
Perwakilan Rakyat (DPR), Benny Kabur Harman berkata, kebebasan
mengadakan kongres adalah hak asasi asas bagi setiap warganegara.

"Gay dan lesbian adalah warganegara, di mana hak undang-undang dan
politik mereka dijamin dan dilindungi oleh Perlembagaan," katanya.

Menurutnya, Perlembagaan Indonesia menjamin dan melindungi kebebasan
rakyat dalam menyuarakan pendapat dan berhimpun.

Kerajaan tiada alasan untuk menghalang golongan itu menganjurkan
kongres, katanya.

sinar

Surabaya Tuan Rumah Kongres Kaum Homoseksual se-Asia

Metrotvnews.com, Surabaya: Surabaya, Jawa Timur, akan menjadi tuan rumah
kongres regional Internasional Kaum Homoseksual dan Biseksual se-Asia
ke-4, 26-27 Maret mendatang. Macam-macam saja.

"Komunitas kaum gay, lesbian, dan biseksual di Surabaya mulai
memberanikan diri untuk eksis di tengah masyarakat. Kita ditunjuk
sebagai tuan rumah," kata sekretaris panitia kongres Adi Purwanto di
Surabaya, Selasa (23/3).

Kongres diselenggarakan International Lesbian, Gay, Bisexual,
Transgender and Interessex Association atau (ILGA), sebuah organisasi
lesbian, gay dan biseksual di Asia. "Sebagai tuan rumah ditunjuk
komunitas gay dan lesbian Surabaya yang tergabung dalam Gaya Nusantara.
Kita menyiapkan akomodasi serta kebutuhan teknis lainnya," katanya.

Kongres bakal diikuti 20 negara seperti Jepang, Filipina, Thailand,
Singapura, Malaysia, dan Indonesia sebagai tuan rumah. "Ada sekitar 200
peserta yang nantinya hadir dalam kongres, sebagian besar sudah
menyatakan kesediaannya. Tinggal menunggu jadwal kedatangan," ujar Adi.

Majelis Ulama Indonesia (MUI) Jatim langsung bereaksi. Lembaga ini tegas
menolak kongres karena bisa menyinggung perasaan umat Islam.

''Jawa Timur ini 99,6 presen penduduknya muslim. Jangan sampai mereka
marah dan tersinggung karena kongres itu. Komunitas mereka selama ini
bentuk penyimpangan yang dilarang agama,'' kata Ketua MUI Jatim Kiai
Haji Abdullah Shomad.

MUI Jatim mengimbau panitia menghentikan kegiatan tersebut. Kongres
dikhawatirkan memunculkan kemarahan orang lain. Selain itu, kepolisian
diminta tak mengeluarkan izin kongres.

metrotvnews

Panas !! - majlis Raja bersama Umno atau majlis Raja bersama rakyat ?
Kemuncak majlis Pentas Rakyat melawan 'fitnah' akan diadakan pada malam
ini..! Bukan esok atau lusa, Wow ! Malam ini ramai pimpinan tinggi parti
dari PR akan hadir seterusnya bercakap-cakap.

Anwar dijangka tiba pada jam 10 malam. Banyak 'benda' dia nak cakap !
Jangan tak cakap..rakyat tunggu malam ini. Begitu juga Nizar, akan turun
ke sini, dia juga akan bercakap. Mungkin Nizar sampai lewat sikit. Sikit
jer..!! Katanya dah ada 216 soklan nak dicakapkan pada Sidang DUN selasa
ini. Banyak tu..! Rakyat bawahan dan yang mengundi PR nak tahu malam
ini.

Siapa yang akan 'goyang', team Nizar atau 'Zambry' nanti. Tentu tapak
ceramah jadi 'panas'. Bahang beb !

Tapi okay, biarpun panas dan bahang-bahang, ceramah tu dibuat waktu
malam. Tepi laut tu..beb! Angin laut harap akan tiup kencang malam ini.
Sekencang 'katak' menerpa kandut duit dari gerombolan buat makan anak
cucu.

Antara lain yang hadir malam ini, sumber diberi oleh YB Yunos kelmarin
yang diantaranya:Mustapha kamil Ayub, Ustaz Abu Bakar (PJ PAS Perak) dan
Ngeh.

Majlis padat beb ! 5 orang nak bercakap-cakap. Anwar mungkin cilok 1
jam. Nizar 45 minit. Dan yang lain ambik 25 minit. Tuan pengerusi
nampaknya kena bercakap lepas habis majlis. Pasal kuota masa bercakap
habis kena balun dengan penceramah yang mai..! Ngam-ngam 180 minit (12
malam). Tapi apa nak kesah ! Lawan fitnah ni beb..!

Kisah (2) - Misi blogger Umno yang gagal. Gagal untuk menunjukkan foto
yang benar ! Dengan menggunakan 'magic' foto ceramah LGE di Penang,
blogger Umno ini cuba mengaburi pembaca berkaitan dengan berita yang
ditulisnya. Kisahnya di Taiping, tapi foto ceramahnya diambil di Penang.
Per ker jadah !

Nampaknya mungkin tahap itu jer yang mampu dibuat oleh blogger-blogger
Umno ni. Patutnya foto berkait dengan berita ditempat itu. Tetapi boleh
pusing-pusing pulak. Se'toya-toya' Utusan Meloya, rupanya ada lagi orang
paling 'toya..' ! Hadoiyy..lu memang 'toya' laa..!

Kisah (3) - Kelmarin Raja Muda Perak telah datang ke kawasan Parlimen
Parit Buntar. Gumbira sungguh rakyat.

Dari pagi sampai ke petang Raja Muda berjumpa rakyat. Maka puas rakyat
Kerian dapat berjumpa Raja Muda. Dapat salam dengan Raja Muda. Tak
kurang juga yang dapat bercakap-cakap dengan Raja Muda. Raja berjiwa
rakyat. Raja layan semua hamba rakyat. Juga bersolat jumaat bersama
rakyat. Juga makan-makan bersama rakyat.

Mungkin Raja Muda tertanya-tanya, dalam ramai rakyat yang menerpa
baginda bersalam dan say 'hello..hello' ampun tuanku ! Mana pulak 'wakil
rakyat'nya yang jadi 'kepala' di 2 DUN ini. Di mana gerangannya Adun
Titi Serong dan Kuala Kurau ? Juga mana 'taiko' Parlimennya, Mujahid ?
Tidak beta lihat kelibat mereka..!! Cis..!! Sungguh 'durhaka' mereka..!

Apakah kerana Adun Titi Serong terlalu sibuk membaiki 'titi'nya yang
tidak mahu lurus-lurus itu hingga terlupa bahawa 'beta' datang ke
kawasan DUNnya ? Atau apakah Adun Kuala Kurau juga jadi sibuk menjaga
bubu-bubu dan 'tempirai'nya di kuala, di muara sungainya? Musykhil
sungguh beta..!

Memanda menteri..! Sang Raja memanggil si zambry. Mana perginya 2
gerangan 'wakil rakyat' jajahan ini ? Tuan Memanda tidak jemput samakah
? Lalu dijawab penuh ketar oleh menteri 'memanda'nya..,
"errr...err..err, ampun tuanku..patik sembah derhaka, er..err.., 2
gerangan itu memang tidak disenaraikan dalam 'list' jemputan, tuanku !
err..err..err" Apaa....? seraya wajah zambry berubah menjadi hitam
mendengar gempita suara baginda yang terkejut.

Usahkan Adun-Adun dan wakil Parlimennya tidak dijemput, malah PTA Daerah
pun sama tidak dijemput. Kasihan mereka...! nasib kau laa labu !
Musykhil ? Apakah majlis kunjungan Raja Muda ini majlis Raja bersama
Umno atau Majlis Raja bersama rakyat ? Jika ia majlis Raja bersama
rakyat, mesti ada 'wakil rakyat'nya...tapi mana ? Hanya zamry boleh
jawab !

(*) untuk anakjati kuala kurau - sabaq sat noo..! bendera PAS dan PKR yg
kena 'samun' tu, hangpa pi laaa...pacak pelan-pelan pagi ni. Kalau tak
cukup, pi jerkah jer kat stor Majlis Daerah kat pekan PB, rasanya banyak
kot depa bawak naik lori..itu pun kalau tak kena 'tetak' dan
di'cantas'..on de spot. (rujuk komen di sini )

by albanjari

RESEPI LAKSA JOHOR

Oleh matuse68

"
Bahan-bahan:
Spagetti 1 paket (direbus)
1 kilo ikan kembung / parang - direbus (ambil isi)
1 1/2 paket kecil serbuk kari ikan
(dicampurkan dengan sedikit santan cair)
15 ulas bawang merah }
5 ulas bawah putih }
3 inci Lengkuas } dikisar halus (A)
3 batang serai }
300 gm udang kering (dikisar) (B)
150 gm ikan kurau kering (dibakar dan di kisar) (C)

kerisik
Santan kelapa
Garam dan serbuk perasa

Cara menyediakan:
• Tumis bahan A hingga naik bau dan masukkan rempah kari.
• Tumis hingga garing Masukkan bahan kisar B dan C Masuk isi ikan,
gaul sebati dan masukkan santan Bila kuah dah mendidih, masukkan kan
kerisik.
• Biar kuah masak lama sikit agar rasanya sebati.
• Untuk pengetahuan, kalau kuah disimpan semalaman, rasanya lagi
sedap

Untuk Ulam:
Taugeh
Daun kesom & Daun selasih
lobak asin
sambal belacan
timun dipotong ikut keliling dan dipotong halus -
(bukan seperti buat laksa asam)
Limau kasturi. [Koleksi Resepi Masakan...]

PKR terus gelora, Undi tak percaya pada Gobala

Gobalakrishnan adalah orang suruhan Anwar yang diguna untuk buat kecoh
di masa penamaan calun PRK Permatang Pauh dan baru-baru ini dalam
Parlimen untuk melambat2kan Ibrahim Ali berucap.

Peel dia memang macam sial. Masuk pejabat2 tempatan dan buat bisingd an
tidak mempedulikan pegawai kerajaan. Sementang Pakatan Rakyat dalam
Government, macam gitulah dia. Pegawai kerajaan dijadikan macam budak2
untuk dijerit dan maki hamun.

Macam mana pun seberapa lama kau boleh terus kurang ajar. Walaupun ini
parti pembangkang yang perangai berpolitik macam sial dan pelbagai kaum,
orang Melayu tetap orang Melayu. BUdi bahasa dan sopan santun itu tetap
penting. Cakap meninggi dan suara tinggi tak akan diterima baik oleh
sesiapa sekali.

Ini orang PKR tak tahu tapi kami The Unspinners dah tahu. Pada hari Ahad
28 Mac 2010 malam akan diadakan Mesyuaarat Agung Tahunan PKR cabang
Padang Serai. Mesyuarat diadakan di Dewan Serbaguna Kelang Lama, Kulim.

Kami fahami bahawa seramai 16 orang AJK PKR Cabang Padang Serai yang
diketuai oleh Ketua Penerangan AMK Kedah serta AJK PKR Cabang, Khairul
Nizam bin Razali akan membuat usul undi tidak percaya pada Gobala
Krishnan sebagai Pemangku Ketua PKR.

Kalau dia tahu, dia bakal pelakun wanita menyanyi Tamil dengan suara
sedih dan sayu. Mereka 16 orang yang nak kerjakan dia kebanyakkannya
adalah ahli Majlis MPKK.

Setakat ni surat undi tak percaya sudah siap dan surat ini akan
dimajukan kepada PKR kedah bagi mendesak Gobala turun dari terus
menjawat jawatan Ketua PKR Cabang Padang Serai.

Nampaknya kerjaya Gobala sudah hampir ke penghujung ... jeng jeng jeng
... Tunggu lagi banyaklah stunt dia akan lakukan.

by The Unspinners

EDITOR SABAHKINI.NET TERIMA UGUTAN

Oleh: HAFIZ JAMAIL

EKORAN penyiaran gambar seorang penerima Sijil Penghargaan sempena Hari
Ulang Tahun ke 203, PDRM melalui artikel bertajuk `Hari Polis
Buktikan Kejalangan Polis Kunak?; seorang lelaki menghubungi Editor
Sabahkini.net dan meluahkan kemarahan berhubung isu berkenaan.

Editor Sabahkini.net, Mutalib M.D yang ketika ini sedang bercuti di
Sandakan memaklumkan beliau menerima panggilan telefon pada jam 7.32
pagi tadi daripada telefon bimbit bernombor 0195376789 daripada seorang
lelaki yang bernama Djapri.

"Siapa yang suruh kita yang letak saya punya anu di kita punya
Sabahkini ha. Itu Pangazou itu. Itu Pangazou itu. Sayalah itu yang
gambar itu. Sudah kamu tidak puas hati itu, kau letak lagi gambar ha.
Kau kenalkah saya siapa? Kau berapa kali mau kasi malu saya. Saya
Djapri. Saya yang terima sijil itu. Ha..Nanti besok kita jumpa ha. Kau
ini jangan kurang ajar bah. Babi…" kata Mutalib yang mengajuk
percakapan Djapri ketika menghubungi Ibu Pejabat Sabahkini.Net di Kota
Kinabalu, Sabah.

Menurut Mutalib, beliau hairan kenapa Djapri melenting akibat penyiaran
gambar beliau menerima Sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Daerah
Kunak, DSP M. Radzali Mahmud sedangkan di bawah caption gambar berkenaan
hanya menyebut;

"TERIMA....Salah seorang yang berjasa kepada Polis Kunak menerima
sijil penghargaan daripada Ketua Polis Daerah sempena sambutan Hari
Polis."

Persoalannya kata Mutalib, apakah Djapri tokoh yang dimaksudkan oleh
Pangazou sebagai; "….penganugerahan Sijil Penghargaan kepada
seorang pemimpin politik dan anak-anaknya yang terlibat dengan kegiatan
jenayah dan penagihan dadah serta beberapa orang yang disifatkan sebagai
`Penyamun' di Skim Pekebun Kecil Tingkayu."

Dalam artikel Pangazou tidak menyebut nama pemimpin politik berkenaan
dan anak-anaknya. Malahan kata Mutalib, gambar Djapri berkenaan dimuat
turun daripada blog Kunakpress.blogspot.com dan bukan gambar
superimposed.

"Apa silapnya dengan gambar Djapri tersebut? Mungkin seperti kata
pepatah, siapa makan cili, dia merasa pedas. Apatah lagi, bukan dia
sahaja pemimpin politik yang menerima Sijil Penghargaan kerana ada dua
orang lagi pemimpin politik yang turut menerima Sijil Penghargaan
daripada PDRM Kunak atas jasa gemilang mereka selama ini," ujar
Mutalib M.D yang menggesa Djapri mengambil tindakan undang-undang
terhadap Sabahkini.net dan bukannya menjadikan Sabah sebagai `Little
Tingkayu' yang menghalalkan pembunuhan dan perompakan.

Tegas Mutalib, beliau sudah lali dengan pelbagai ancaman dan ugutan
daripada bukan sahaja samseng jalanan; malah daripada pembesar negara
apabila rahsia mereka terdedah kepada umum kerana beliau masih percaya
kepada `Keluhuran Perlembagaan' dan `Kedaulatan
Undang-Undang' sehingga membuat pendedahan berani melalui buku IC
Palsu Merampas Hak Anak Sabah; Pengundi Untuk Disewa; IC Projek Agenda
Tersembunyi Mahathir; 007-Lelaki Malaysia Terakhir dan sebagainya.

Dalam pada itu, siasatan Krew Sabahkini.net di Tawau mendapati Djapri
Kudosat merupakan tokoh politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang begitu
istimewa kerana walaupun disahkan `Muflis' oleh Jabatan
Insolvensi, namun masih memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua PKR
Kunak dan menjadi perwakilan dalam Perhimpunan PKR Sabah.

Djapri juga merupakah tokoh tempatan yang dihormati oleh polis dan
merupakan rakan akrab Ketua Polis Daerah Kunak dan tidak hairan jika kes
jenayah anaknya, yang terlibat dengan Akta Dadah Berbahaya 1952 belum
dihadapkan ke mahkamah sejak ditangkap tahun lalu.

Walaupun kereta kancil berwarna biru bernombor ST26*** masih berada di
kompaun Balai Polis Kunak, namun kes berkenaan belum disebut. Tidak
dikenalpasti apakah kes berkenaan telah ditutup atau cuba disembunyikan
oleh pegawai pendakwa.

Mungkin Ketua Polis Negara wajar menilai semula untuk memberikan elaun
RM200 kepada semua anggota polis Kunak yang melindungi Djapri selama
ini?

KISAH BENAR DISEBALIK KEHANCURAN SEBUAH PARTI KERAMAT!
Semalam Dato Rocky dalam blognya ada menyebut bahawa kerjasama antara
Proton dan VW akan diteruskan mulai bulan depan dengan kerjasama untuk
memasang kereta di kilang Tanjung Malim, kalau korang masih ingat lagi,
bagaimana kisah ni terpendam selama 6 tahun di zaman rejim Tundun
Sleepy.

Aku seronok dengar berita ini sebab ianya akan mengujudkan peluang
pekerjaan di Tanjung Malim dan sekaligus bakal menaikkan ekonomi negeri
Perak amnya, Syukur Alhamdulillah.

Kita tinggalkan itu dulu, sekarang ni mari kita cerita apa yang berlaku
terhadap Proton sebenarnya, masih ingat lagikah penjualan MV Augusta
pada harga 1 EURO oleh golongan 'pengkhianat'? Tahukah anda hari ini
berpa nilai MV Augusta? Ianya bernilai ratusan juta dollar, tapi ada
manusia bingai jual syarikat tersebut pada 1 EURO je..klik sini untuk
selanjutnya..

Siapakah yang bertanggungjawab dalam semua urusan ini? Menurut blog Big
Dog, salah seorang yang bertanggungjawab dalam hal ini adalah Zarinah,
boss kepada SC! Bukan urusan MV Augusta sahaja malah kalau dilihat
terlampau banyak 'urusniaga' luarbiasa yang terjadi pada zaman itu. Klik
sini

Macamana orang jenis macam ni masih boleh berlegar dalam GLC atau badan
bukan kerajaan di negara kita ya? Dengar cerita kontrak minah ni dah
dilanjutkan setahun lagi, apa perlu buat sedemikian, dah jenis banyak
kontroversi ni elok direhatkan je..

Lagi satu hal aku nak cerita selain dari isu-isu kontroversi yang
melibatkan ratusan juta ringgitdi atas, aku tertarik dengan artikel yang
terbit di Melayu Bersatu dan My Anger tentang 'tangan ghaib' di belakang
dongengan Altantuya, klik sini dan sini

Kenapa kita masih simpan orang-orang yang pernah mengkhianati negara
kita ni ya? Kalau nak cerita pasal pengkhianatan yang dilakukan oleh
MENANTU HANTU ni, memang banyak, cuma aku nak korang fikir balik secara
rasional dan lihat semula segala kemusnahan yang telah dibawa oleh
beliau!

Jangan la kita membohongi diri sendiri dengan mengatakan takpe itu
cerita lama, oh jangan saudara/saudari, mana bisa nak maafkan sang
PENGKHIANAT yang menjual negara agama dan bangsa? Lantas disebabkan
dosa-dosa lampau hari ini beliau secara terus-terusan mencuba untuk
memasukkan diri ke dalam kabinet!

Kepad PM yang kita yang kita hormati, elakkan la dari melantik si Kitol
menjadi ahlul Kabinet anda, bukan apa, sekiranya ini berlaku, kelak UMNO
yang masih sakit ini akan terus hancur lebur! Kami sebut sebab kami
masih sayangkan parti yang memperjuangkan Melayu ini.

Tetapi sekiranya orang-orang UMNO sendiri tak sayang dan mahu lihat
parti ni terus hancur, maka buatlah sesuka hati korang, esok kami boleh
tolong cerita kat anak cucu kami bahwa memang ahlul dan pemimpin UMNO
sendiri yang mahu memusnahkan parti keramat ini, kita masih nak mencari
sang pereka cerita dongengan Altantuya! Aku harap kebenaran bakal
diketahui jua!

Fikir-fikirkanlah!
by House PK

Azizulhasni Awang dan Keropok Lekor ke Copenhagen

Oleh Lan Iisma 27 March 2010
Sukan
Nampaknya orang Terengganu hebat berbasikal. Pelumba trek negara, Mohd
Azizulhasni Awang mengibarkan Jalur Gemilang di Velodrom Ballerup Super
Arena selepas meraih perak acara keirin pada Kejohanan Dunia Berbasikal
Trek UCI di Copenhagen, Denmark.

Tahniah! Terengganu menjadi jagoan berbasikal. Baru-baru ini Anuar Manan
mencipta nama dalam acara LTdL. Orang Ganu kata mereka bertenaga kerana
memakan keropok lekor, baik untuk kesihatan dan setanding tongkat ali.
Kayuhan menjadi lebih mantap, kalau ke Terengganu makanlah keropok
lekor. Promosi keropok lekor ke Copenhagen. Orang Ganu kata lagi mereka
berlatih pada musim tengkujuh, tiupan angin kuat, rintangan banyak dan
cuba memecut laju-laju. Kalau di tempat tiada angin lebih mudah dan
tidak payah untuk memecut.

Sekali lagi tahniah diucapkan kepada Azizulhasni Awang dan Anuar Manan,
kekalkan prestasi dan cuba dapatkan pingat emas Olimpik London 2012.

Kes Malek Hussein: Keputusan mahkamah retrogresif, tidak adil

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menyuarakan rasa kecewa terhadap
keputusan Mahkamah Rayuan kerana menolak keputusan Mahkamah Tinggi
menghadiahkan RM2.5 juta kepada bekas tahanan ISA Abdul Malek Hussein.

"Malek bukan sahaja dinafikan RM2.5 juta tetapi diarah oleh mahkamah
untuk membayar RM50,000 pula sebagai kos," kata penyelaras SUARAM, E
Nalini dalam satu kenyataan semalam.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan itu mengenepikan keputusan Mahkamah
Tinggi berikutan dari rayuan kerajaan Malaysia dan memutuskan penahanan
Abdul Malek adalah sah di sisi undang-undang.

Mahkamah juga menafikan beliau di dera ketika dalam tahanan.

Beliau berkata, "penghakiman itu bersifat retrogresif dan secara
terang-terang bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia yang asas dan
universal.

Menurut beliau, SUARAM yang berkempen supaya ISA dihapuskan sejak 1989,
melihat keputusan mahkamah ini sebagai satu hari yang gelap untuk hak
asasi manusia di negara ini.

"Keputusan mahkamah ini dilihat sebagai memihak kepada mereka yang
melanggar hak asasi manusia dan menafikan keadilan kepada mangsa-mangsa
mereka," ujar beliau.

Malek ditahan pada malam 25 September 1998 selepas berceramah dalam satu
perhimpunan pada sebelah petang itu di Masjid Negara.

Beliau mendakwa polis menderanya dengan teruk, secara fizikal dan
mental.Ketika perbicaraan yang lalu, Malek memberitahu mahkamah beliau
ditampar oleh responden, Borhan Daud ketika ditahan. Kemudian beliau
ditelanjangi dan ditutup mata semasa tempoh soal siasat.

Beliau didera secara fizikal sebanyak 60 kali, dipukul dan kepalanya
dipukul dengan kuat sehingga beliau membuang air besar. Beliau dipaksa
minum sejenis air, dipercayai air kencing. Mereka yang menderanya juga
mengancam untuk menyuntik beliau dengan virus HIV/AIDS.

Malek memfailkan saman pada Mac 1999, menamakan pegawai cawangan khas,
Borhan Daud; Abdul Rahim Noor, ketua polis negara pada ketika itu dan
kerajaan sebagai responden.

Pada 18 Oktober 2007, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada ketika
itu, Mohd Hishamudin Mohd Yunus, dalam satu keputusan yang bersejarah
memutuskan penahanan Malek dalam demonstrasi reformasi pada 1998 dibuat
dengan niat jahat di bawah Artikel 5, Perlembagaan Persekutuan. Beliau
dihadiahkan RM2.5 juta sebagai bayaran ganti rugi. -fmt

Najib telah buktikan
sumber: Pak Long

Salam semua...

Alhamdulillah... Pak Long bersyukur sungguh sungguh, hasrat murni
Zulkifli Noordin untuk berjumpa Najib, bertujuan nak minta maaf tu akan
tercapai jua. Ini berikutan persetujuan Piem Najib yang cukup sibuk
ber"fesbuk" ini meluangkan masa untuk bertemu dengan Zul, tapi
semestinya lah bukan di Kulim.

Pak Long faham niat Piem Umno ni, jiwa rakyatnya membuatkan dia tak
sampai hati nak hampakan harapan orang ramai. Apatah lagi tukang tukang
hias sebagaimana Zul Kulim ni. Amat tidak munasabah sekiranya Najib
menolak untuk mendakap orang orang seperti Zul ni yang jelas dalam
ucapannya di Parlimen ari tu seolah olah telah mendepa luas tangannya.

Najib telah sekali lagi membuktikan pada umum betapa besar jiwanya untuk
bersama rakyat. Beliau amat perihatin terhadap nasib rakyat jelata. Pak
Long difahamkan juga, si Saiful yang telah diliwat Anwar tu pun Najib
sanggup untuk berjumpa. Malah merelakan bahunya menjadi tempat Saiful
sandarkan kepala untuk mengadu hal, walaupun pada mulanya berlagak
seakan akan pemohon biasiswa.

Kini giliran wakil kepada rakyat Kulim pulak yang juga merupakan rakyat
Piem Najib untuk mengadu hal dan memohon maaf secara peribadi... tahniah
YB Zul... wassallam...
by Din

Hidup Kerajaan Perpaduang! PAS bakal masuk BN - updated version
oleh ali :

Salam satu Malaysia. Setelah penyingkiran Ustaz Ahmad Awang sebagai
anggota Majlis Syura PAS, kehendak Task Force 2010 makin lengkap bila TG
Nik Aziz sedia mengundurkan diri sebagai Mursyidul Am PAS. Ini mesti ada
hanky-panky disebalik kesanggupan TG Nik Aziz nak berundur dari
jawatannya. TG Nik Aziz adalah satu-satunya batu penghalang PAS dari
memasuki BN.

Rahsia

Sepatutnya bukan sekarang den bocorkan rahsia ni. Segala detil dah ada.
Cuma tunggu masa yang sesuai. Den bongkar sedikit. Mungkin korang dah
tahu dan mungkin juga tidak.

Sebelum projek Anwar 16 September bermula, satu kertas kerja telah
dibikin oleh Majlis Syura dengan panduan Dr. Harun Din. Dalam kertas
kerja itu ialah tahaluf siyasi dengan UMNO lebih aula dari Pakatan
Rakyat. Majoriti bersetuju tetapi tanpa kehadiran TG Nik Aziz. Jadi Dr.
Harun Din telah ditugaskan ke Kota Bharu untuk mendapatkan endorsement
dari TG Nik Aziz.

Sebaik tiba ke pejabat TG Nik Aziz, Dr. Harun Din terus bertemu TG Nik
Aziz. Setelah bertanya khabar lebih kurang, Dr. Harun Din telah
menunjukkan kertas kerja itu kepada TG Nik Aziz. Melihat tajuknya sahaja
terus TG Nik Aziz tepuk meja sambil berhadapan dengan Dr. Harun Din.

"Ambo toksey dengan UMNO!" herdik TG Nik Aziz kepada Dr. Harun Din.

"Mu nak bagi PAS pecah!" sambung TG Nik Aziz.

*Kalau perlu sambung, den akan sambung.
by ali

RM600,000 baiki lif Pangsapuri Pandamaran Jaya
Harakahdaily

KLANG, 27 Mac: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul
Samad mengumumkan, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM600,000 untuk
membaiki lif rosak di Taman Permai Indah, Pandamaran Jaya.

Kerja-kerja pembaikan akan dijalankan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri
Selangor (PKNS), ia akan dimulakan pada akhir bulan Mac dan dijangka
akan disiap pada bulan Mei 2010.

Selaku Pengerusi Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan,
Iskandar berkata Kerajaan Selangor sangat prihatin terhadap
masalah-masalah yang dihadapi oleh pangsapuri kos rendah di dalam
negeri.

Katanya, ini di seluruh Selangor mempunyai 300 unit lif pangsapuri kos
rendah perlu dibaiki di mana Pangsapuri Taman Permai Indah dipilih
sebagai pakej kedua projek selepas 41 unit lif di kawasan Ampang
dibaiki.

"Walaupun kerajaan negeri mempunyai sumber kewangan yang terhad,
kerajaan akan berusaha untuk membantu penduduk pangsapuri kos
rendah," ujarnya pada Majlis Kesyukuran Pembaikan Lif Kerajaan
Selangor, dekat sini petang semalam. (Gambar kiri)

Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri, Ronnie Liu,
Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Selangor merangkap Penyelaras
Dun Pelabuhan Klang, Nik Nazmi Nik Ahmad, Pembantu Khas kepada Ahli
Parlimen Klang, Ng Yap Hwa, Setiausaha Majlis Perbandaran Klang Mohamad
Iksan, Pesuruhjaya Bangunan Klang, Ari Adam dan wakil PKNS. .

Beliau menyeru penduduk menjaga dengan baik lif selepas kerja-kerja
pembaikan, jangan beranggapan `ini lif kerajaan' atau `lif
PKNS', tidak menjaganya dengan baik dan melaporkan kerosakan kepada
pesuruhjaya bangunan sebentar selepas pembaikan.

Iskandar juga berkata, kerajaan negeri menolong dalam meningkatkan
kesedaran penduduk pangsapuri dengan melancarkan kempen
`Pangsapuriku Ceria dan Bersih' di seluruh Selangor.

Ronnie Liu pula berkata, langkah kerajaan negeri itu adalah berita
sangat baik kepada semua warga pangsapuri kos rendah di Selangor.

Beliau akan cuba sebaik mungkin untuk mendapatkan lebih banyak
peruntukan itu bagi kawasan Klang.

Katanya, sungguhpun sumber kewangan sangat terhad, kerajaan Pakatan
Rakyat Selangor akan meletakkan kebajikan rakyat di kedudukan pertama
bagi manfaat lebih ramai rakyat.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago pula mengucapkan terima kasih
kepada kerajaan negeri kerana memperuntukkan kewangan untuk
menyelesaikan dilema penduduk Taman Permai Indah.

Beliau dimaklumkan bahawa peruntukan itu berasal dari pakej rangsangan
ekonomi Selangor dan percayai tindakan itu selaras dengan agenda
merakyatkan ekonomi Selangor, iaitu berkongsi kekayaan negeri dengan
semua rakyat.

Charles di dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Ng Yap Hwa menyeru
penduduk mengambil bahagian dalam pengurusan JMB secara aktif pada masa
depan untuk menangani masalah-masalah umum yang dihadapi oleh semua
penduduk.

Katanya, pihak JMB harus menjalankan tugas-tugasnya iaitu mengutip
bayaran air, elektrik dan penyelenggaraan, memantau kerja-kerja
pembaikan kontraktor.

Tambahnya, penduduk harus membuat bayaran seperti yang ditetapkan oleh
JMB dan memberi kerjasama sepenuhnya kerana jika gagal berbuat demikian
akan melumpuhkan fungsi-fungsi JMB.

PERKASA - mengimbau sejarah lampau penyatuan orang Melayu
Pagi ini, Sabtu 27 Mac 2010, bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putera
(PWTC), satu peristiwa bersejarah akan tercatat dalam sejarah umat
Melayu. Pada hari ini, Mesyuarat Agung Pertama Pertubuhan Pribumi
Perkasa (PERKASA) akan berlangsung dan majlis yang amat bersejarah ini
akan dirasmikan Perdana Menteri Malaysia keempat Malaysia, Tun Dr
Mahathir Mohammad.

PERKASA merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan bagi
menyediakan landasan bagi kaum pribumi menegakkan hak-hak mereka tanpa
mengira fahaman politik. Pengasas dan Presiden Pertama PERKASA adalah
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dan Timbalannya adalah Dato'
Fuad Hassan.

Peristiwa pagi ini penting kerana ia menghimbau semula peristiwa
penyatuan umat Melayu bagi menentang Malayan Union pada tahun 1946.
Ketika itu Tanah Melayu berada di dalam keadaan yang amat genting kerana
dengan tertubuhnya Malayan Union, negeri-negeri Melayu tidak lagi
menjadi negeri naungan sebaliknya akan menjadi tanah jajahan British.
Kedudukan umat Melayu sebagai kaum pribumi akan terhakis manakala status
dan hak mereka akan menjadi lebih rendah dari kaum imigran ketika itu.

Menyedari masa depan yang kelam untuk pribumi ketika itu, gerakan
menyatukan orang Melayu dimulakan dan pada 1 Mac 1946 Kongres Melayu
Seluruh Tanah Melayu telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala
Lumpur dengan disertai oleh 200 orang wakil dari 41 persatuan.

Bagaimanapun British tetap dengan pendirian mereka dan penubuhan Malayan
Union telah diisytiharkan secara rasmi pada 1 April 1946 dan Gabenor
pertamanya adalah Sir Edward Gent.

Peristiwa ini mengudang kemarahan orang Melayu, sekali lagi Kongres
Melayu Seluruh Tanah Melayu ke-2 telah diadakan dan kali ini, umat
Melayu yang terpisah oleh suku, keturunan, darjat dan bahasa telah
disatukan di bawah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang
lebih dikenali sebagai UMNO. Dato' Onn Jaafar, Menteri Besar Johor
dipilih sebagai Presiden pertama dan kongres telah mengisytiharkan
bahawa perjanjian-perjanjian MacMichael tidak sah dan menuntut Malayan
Union dibubarkan.

Akhirnya, selepas berjuang selama TIGA tahun, perjuangan ini menjadi
realiti dengan terbatalnya Malayan Union pada 1 Februari 1948 dan
Persekutuan Tanah Melayu dibentukkan.

Atas kebimbangan terhadap masa depan pribumi akibat perpecahan yang
disebabkan oleh perbezaan pegangan politik, PERKASA telah ditubuhkan
pada 12 September 2008 dan beriltizam untuk menyatukan kembali pribumi
agar prinsip-prinsip kenegaraan seperti berikut dapat dipertahankan;

* Memperkasakan Islam Sebagai Agama Persekutuan
* Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
* Memperkasakan Kedaulatan Raja-Raja Melayu
* Mempertahankan hak-hak keistimewaan Orang Melayu
* Memperkasakan kaum Pribumi
* Menyatupadukan kaum Pribumi dan perpaduan rakyat Malaysia
* Mempertahankan kedaulatan Negara


Menyedari akan kemurnian hasrat ini, saya dengan ini akan memberi segala
sokongan terhadap perjuangan ini. Saya juga ingin menyeru agar setiap
kaum pribumi untuk turut serta menyokong hasrat murni penubuhan PERKASA.

Demi membuktikan sokongan saya, saya telah mengalihkan program yang
sepatutnya dianjurkan pada hari ini ke hari esok SEMATA-MATA bagi
memberi laluan kepada setiap kaum pribumi untuk bersama-sama hadir
dengan 8,000 pribumi yang lain dan menyatakan sokongan mereka dalam
Mesyuarat Agung Pertama PERKASA.

Ingatlah pesanan Raja Muda Perak, DYTM Raja Nazrin Shah,

"(Orang Melayu yang berjaya)... janganlah berperangai seperti si
Tenggang, terlalu cepat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga
melupakan asal keturunan, hingga memisahkan dirinya dari akar bangsanya,
menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat
bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung."

DYTM Raja Nazrin Shah, MCKK, 21 June 2008

Najib yakin Hulu Selangor milik BN
Oleh Sariha Mohd Ali dan Zanariah Abdul Mutalib
bhnews@bharian.com.my
2010/03/27
NAJIB bersama Muhyiddin dan pemimpin Umno memotong pulut kuning sempena
ulang tahun pertama Najib sebagai Presiden Umno sebelum menghadiri
mesyuarat MT di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam
tadi.
NAJIB bersama Muhyiddin dan pemimpin Umno memotong pulut kuning sempena
ulang tahun pertama Najib sebagai Presiden Umno sebelum menghadiri
mesyuarat MT di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam
tadi.
Persiapan awal dilaksanakan jentera parti

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yakin Barisan Nasional (BN) boleh
menang kerusi Parlimen Hulu Selangor berdasarkan senario dan suasana
yang sudah berubah pada masa ini, berbanding penerimaan rakyat ketika
Pilihan Raya Umum 2008.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, keyakinan itu tidak menyebabkan
BN selesa, sebaliknya jentera parti akan digerakkan sepenuhnya dan
persiapan awal ke arah itu sudah dilakukan. Sehubungan itu, katanya,
jentera pilihan raya BN akan diketuai Timbalan Presiden Umno, Tan Sri
Muhyiddin Yassin, manakala Datuk Seri Noh Omar sebagai Pengarah Pilihan
Raya dan Timbalannya, Datuk Idris Bakar yang juga Ketua Umno Bahagian
Hulu Selangor.

Katanya, calon BN untuk kawasan itu masih belum diputuskan dan pertemuan
dengan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu akan diadakan bagi
membincangkan permintaan parti itu yang mahu kerusi dikekalkan kepada
MIC.

"Berdasarkan kepada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di
Parlimen Hulu Selangor diwakili BN dan kita yakin kerusi Parlimen itu
juga akan dimenangi kali ini.

"Melalui pendekatan yang kita gunakan sekarang, saya percaya jentera
kita berjalan lancar dan apa saja yang kita lakukan untuk mencapai
kemenangan.
"Bagaimanapun, kita mesti memberi tumpuan dan menunjukkan
kesungguhan untuk bekerja keras bagi mencapai kejayaan," katanya
selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini,
malam tadi.

Pada mesyuarat MT itu, majlis angkat sumpah ahli MT yang baru dari
Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman turut diadakan, sekali gus memenuhi
perlembagaan baru Umno yang mahukan wakil Wanita dalam MT.

Mengulas permintaan Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli
Noordin yang berhasrat menemui Perdana Menteri selepas membuat
pendedahan wujud konspirasi untuk mengaitkan Najib dalam kes pembunuhan
warga Mongolia Altantuya Shariibuu, beliau berkata, sedia memenuhi
permintaan itu.

"Saya gembira untuk bertemunya kerana saya ingin mengetahui
kebenaran kerana saya percaya kebenaran akan terbukti juga,"
katanya.

Sementara itu, Najib berkata, mesyuarat MT turut dimaklumkan mengenai
Model Ekonomi Baru (MEB) yang akan dibentangkan kerajaan tidak lama
lagi.

Katanya, kerajaan mengambil kira pandangan ahli MT berhubung pelaksanaan
model itu supaya ia mencapai matlamat ditetapkan untuk menstransformasi
Malaysia menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi.

"Kita juga mencari kaedah dan pendekatan sesuai supaya mendapat
sokongan dan keyakinan di kalangan Bumiputera dan bukan Bumiputera,
pelabur asing dan pasaran global. Kita sedar apa kita lakukan, mesti
mesra pasaran dan mendapat sokongan padu rakyat," katanya.

Najib turut mengesahkan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sudah
menjalani pembedahan pintasan jantung minggu lalu dan kini beransur
pulih.

Sementara itu di PUTRAJAYA, BN mempunyai banyak bahan untuk digunakan
pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor bagi membolehkan rakyat
membezakan keupayaan parti itu dengan pakatan pembangkang.

Muhyiddin berkata, ia akan menyedarkan pengundi mengenai siapa
sebenarnya pakatan pembangkang dan BN supaya rakyat dapat melakukan
pertimbangan lebih baik kali ini.

"Kita berpendapat mungkin senario 2008 itu sudah berubah sedikit,
kalau dulu dikatakan tsunami politik dan dalam tsunami pun kita kalah
dengan 198 undi.

"Bagaimanapun, dalam situasi sekarang banyak pihak terutama penduduk
di situ yang menyatakan di Selangor yang ditadbir Parti Keadilan Rakyat
(PKR) saya dapat tahu peniaga banyak tak puas hati, projek pembangunan
tak berjalan lancar, ada kelulusan projek tertangguh dan rakyat sudah
mula sedar bagaimana kerajaan PKR mentadbir negeri," katanya.

Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2. minta sokongan semua untuk pesakit kanser - Let's Rock Cancer (Mala
Posted by: "mrzeli" mrzeli@gmail.com mrzeli
Date: Sat Mar 27, 2010 3:24 am ((PDT))

Let's Rock Cancer Malaysia adalah satu program menarik golongan remaja tentang kanser melalui persembahan muzik band-band dimalaysia.Program ini adalah ditubuhkan oleh Youcare (Youth Cancer Community Malaysia)

HEAD OF MEMBER:
Youcare (Youth Cancer Community Malaysia)
Persatuan Barah Otak Dan Urat Saraf

Macammana hendak menyokong?

kami tidak memnta derma cuma sokongan anda.
kepada yang mempunyai facebook anda cuma perlu join "Let's Rock Cancer (Malaysia)"

setiap keahlian anda ada sumbangan besar kepada pesakit kanser dan barah otak malaysia..

jadilah warganegara yang perihatin :)

Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
3. SAKSIKAN INDONESIA TALKS : Ujian Nasional Belum Adil (Imam B Prasodj
Posted by: "Qtv Channel" qtvmedia@yahoo.com qtvmedia
Date: Sat Mar 27, 2010 3:39 am ((PDT))


VIDEO OF THE DAY

Imam B Prasodjo : Ujian Nasional Belum
Adil

Pro kontra ujian nasional sampai saat ini masih
berlangsung. Untuk mencapai
standar tertentu, selain peserta didiknya,
apakah lembaga pendidikan,
program dan staf pengajarnya juga sudah
memenuhi standar yang ditetapkan?

Saat ini terkesan anak didik digenjot
mati-matian sementara faktor
pendukungnya belum diperhatikan.

Sudah
adilkah sistem pendidikan nasional kita?

Simak dan saksikan Pendapat
Imam B Prasodjo (Dosen FISIP UI),
tentang Ujian Nasional


Join our Facebook Fan
Page and
GET A CHANCE TO WIN A FREE
BOOK TODAY


Click www.facebook. com/QTVMEDIA


For More Clips, Visit www.qchannel. tv

Apakah demonstrasi & turun ke jalan itu hal yang wajar? Temukan jawabannya di Yahoo! Answers! http://id.answers.yahoo.com

Messages in this topic (1)

Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
• Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
• Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
• Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com

------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/

<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
dunia-politik-normal@yahoogroups.com
dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

------------------------------------------------------------------------

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com