20100515

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 2027

There are 2 messages in this issue.

Topics in this digest:

1. PPIM: Jangan cemarkan sukan dengan judi
From: mr nobody

2. Bukan Islam dibenar pohon jadi peguam syarie di KL
From: mr nobody


Messages
________________________________________________________________________
1. PPIM: Jangan cemarkan sukan dengan judi
Posted by: "mr nobody" yahuu_mailer@yahoo.com.my yahuu_mailer
Date: Fri May 14, 2010 8:57 pm ((PDT))

PPIM: Jangan cemarkan sukan dengan judi
Mei 15, 10 10:02am
Langkah kerajaan memperkenalkan lesen judi pertaruhan perlawanan bola sepak Piala Dunia ters mendapat bidasan daripada pelbagai pihak.

Terbaru, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Ma'amor Osman berkata, jika judi dibenarkan dengan alasan bimbang akan berlakunya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini, ia sesuatu yang tidak wajar.

"Jika begitu, isu pelacuran, rasuah... juga boleh dihalalkan", katanya lagi.

Ma'amor berasa sangat kecewa dengan keputusan kerajaan itu.

Katanya, hal berkenaan tidak menggambarkan seperti mana yang telah dijanjikan oleh perdana menteri iaitu 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

"Sepatutnya hal ini harus ditentang kerana persoalan di manakah kehendak rakyat sebenar didahulukan. Ia seperti seolah-olah memperbodohkan orang lain.

"Pusat perjudian yang ada seperti Sport Toto sekalipun adalah bertujuan untuk keuntungan. Malahan orang yang ketagih dengan perjudian juga boleh bankrap," tambahnya lagi.

"Jangan cemarkan sukan dengan perjudian. Hal ini kerana sukan merupakan satu yang bersifat semula jadi dan sihat," katanya.

Ma'amor berkata jika perjudian ini dibenarkan kemungkinan besar akan berlakunya isu rasuah dalam sesuatu permainan sukan yang dijalankan.

"Contohnya, jika sesuatu kumpulan inginkan kemenangan dengan mudah mereka boleh 'membayar' kepada pihak yang bertanggungjawab kerana jika judi dihalalkan tidak salah jika rasuah juga dihalalkan.

"Sebagai rakyat biasa kita mahu mengajar perkara yang baik terutama kepada kanak-kanak kecil. Tidak mustahil akan berlakunya perjudiaan secara kecil-kecilan", katanya.

Menurut Ma'amor dalam Islam tiada ideologi yang membenarkan berjudi.

"Malahan dalam rukun negara yang pertama ada mengatakan 'kepercayaan kepada tuhan'. Oleh itu, bagi mereka yang berjudi adalah orang yang ingkar kepada kepercayaan tuhan," katanya.

Ma'amor berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku menteri kewangan meneliti semula pemberian lesen judi itu.

11 Mei lalu, Kementeri Kewangan secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini.

Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2. Bukan Islam dibenar pohon jadi peguam syarie di KL
Posted by: "mr nobody" yahuu_mailer@yahoo.com.my yahuu_mailer
Date: Fri May 14, 2010 9:00 pm ((PDT))

Bukan Islam dibenar pohon jadi peguam syarie di KL
Mei 14, 10 1:17pm
Seorang peguam wanita yang bukan beragama Islam, Victoria Jayaseelee Martin, hari ini memperolehi kebenaran Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur bagi mendapatkan semakan kehakiman untuk beliau berkhidmat sebagai peguam di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh memberi kebenaran kepada permohonan untuk suatu perintah bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerima masuk Victoria sebagai peguam syarie.
Ini adalah kes pertama di Kuala Lumpur apabila seorang peguam bukan Islam diberi kebenaran untuk mencabar bahawa hanya peguam yang beragama Islam sahaja boleh bekerja sebagai peguam di Mahkamah Syariah.
Hakim Zawawi yang membenarkan permohonan itu menolak bantahan yang dikemukakan oleh MAIWP.

Victoria (atas, kanan) mendapat kelulusannya pada tahun 2004 daripada Universiti Islam Antrabangsa dan berkata beliau ingin menjadi peguam syarie demi kepentingan keadilan.

Di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, syarat sebelum seseorang boleh menjadi peguam syarie adalah dia mesti merupakan seorang Islam.

Di negeri-negeri lain, bukan Islam dibenarkan menjadi peguam syarie.

Bagaimanapun, Selangor baru-baru menarik balik kekecualian itu dan hanya peguam Islam yang dibenarkan di mahkamah syariah di negeri itu.

Victoria diwakili oleh peguam Ranjit Singh, manakala pendakwa kanan persekutuan, Nadia Hanim Mohd Tajuddin mewakili MAIWP.
Victoria, yang mempe roleh Diploma dalam Undang-undang dan Amalan Syariah (DSLP) pada 2004 dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sivil selepas permohonanya sebagai peguam syarie ditolak MAIWP Islam melalui jawatankuasa peguam syarie.

Beliau berkata melalui sepucuk surat bertarikh 6 April, 2006, beliau menghantar permohonan tetapi MAIWP memaklumkan beliau bahawa permohonannya sedang diproses.

Selepas lebih tiga tahun, tiada jawapan daripada MAIWP berhubung permohonannya.

Katanya melalui sepucuk surat bertarikh 4 Ogos, 2009 beliau memohon semula sebagai peguam syarie tetapi MAIWP melalui jawatankuasa peguam syarie melalui sepucuk surat bertarikh 9 Sept, 2009 menolak permohonannya atas alasan bahawa beliau bukan Islam.

Beliau kemudian memfailkan permohonan kebenaran pada 23 Oktober tahun lalu yang antara lain untuk satu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan MAIWP kerana menolak permohonannya untuk diterima sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Victoria juga mahukan satu pengisytiharan bahawa Kaedah 10 daripada Rukun Peguam Syarie 1993, yang memberi mandat bahawa orang Islam sahaja boleh diterima sebagai peguam syarie adalah ultra vires kepada Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

Beliau juga menuntut satu pengisytiharan bahawa di bawah kaedah yang sama, yang memberi mandat bahawa hanya orang Islam diterima sebagai peguam syarie, adalah bertentangan dengan Artikel 8(1), 8(2), 5 dan 10(1) Perlembagaan Persekutuan.

Peguamnya, Ranjit Singh memberitahu pemberita bahawa hakim menolak hujahan MAIWP bahawa hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa bagi mendengar permohonan anak guamnya berhubung permohonan menjadi peguam syarie.

Katanya beliau memaklumkan hakim bahawa mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk menangani perkara itu.

Ranjit berkata hakim juga menolak hujahan MAIWP bahawa jika Victoria tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Majlis Agama, beliau boleh membuat rayuan dengan majlis itu.

Messages in this topic (1)

Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
� Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
� Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
� Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com

------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/

<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
dunia-politik-normal@yahoogroups.com
dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

------------------------------------------------------------------------

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com