20100502

MCA perlu buktikan mereka masih relevan untuk masyarakat Cina

02/05/2010 4:20pm

RAUB 2 Mei - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MCA perlu membuktikan yang mereka masih merupakan parti yang relevan untuk masyarakat Cina di negara ini.

Beliau berkata, sekalipun sokongan masyarakat Cina agak merosot pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini, ia bukanlah satu ukuran sebenar keyakinan masyarakat Cina terhadap MCA.

"Mereka (MCA) kena buktikan yang mereka boleh membawa kembali sokongan penyokong kaum Cina,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat serentak 30 cawangan UMNO Bahagian Cameron Highlands, di Sungai Koyan, dekat sini hari ini.

Menurut beliau, sebagai parti tunjang Barisan Nasional (BN), UMNO masih berkeyakinan MCA mampu mengembalikan semula keyakinan penuh kaum Cina terhadap parti itu (MCA).

"UMNO sendiri pernah meniti (melalui) detik-detik getir dalam lanskap politik semasa, jatuh bangun, dan kita akan terus memberikan sokongan penuh kepada MCA sebagai rakan kongsi dalam Barisan Nasional,” katanya.

Hishammuddin berkata, apa yang penting ialah perubahan besar yang perlu dilakukan dalam usaha menarik semula keyakinan masyarakat Cina terhadap parti berkenaan. - Bernama

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com