20100305

LAWATAN TAPAK UITM CADANGAN DAN KELOLAAN YBK

http://www.youtube.com/watch?v=_LGoQ6gFEAY&feature=player_embedded

oleh TAIPINGMALI

KELAJUAN PUMP BOT SUKAR DIATASI POLIS MARIN?

DIALOG….. Liew Teck Chan bersama Pemimpin-pemimpin dari kawasan Likas, Sepanggar dan Karambunai semasa sesi dailog bersama Polis Marin Tuan ASP Mohammad Aris

Polis Marin sukar menangani jenayah penyeludupan di kawasan perairan Pantai Barat Sabah kerana kaedah pengangkutan yang digunakan penjenayah lebih laju berbanding dengan bot milik pasukan keselamatan itu.

Pegawai Memerintah Polis Marin Kota Kinabalu ASP Mohammad Aris Jambul berkata, penyeludup sering menggunakan Pump Boat satu jenis pengangkutan air yang laju dan sukar diatasi.

Katanya, pihak polis mendapati Pump Boat menjadi alat untuk mengangkut barang seludup yang sering digunakan penjenayah yang terdiri daripada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Beliau berkata demikian dalam satu sesi dailog bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas Datuk Liew Teck Chan dan kakitangan pejabat wakil rakyat itu di Inanam, dekat sini.

"Oleh itu kita berharap kerajaan dapat meluluskan satu akta agar penggunaan pump boat ini diharamkan di negeri ini secara menyeluruh," katanya.

Mohammad Aris seterusnya berkata, jenayah bermaksud pengedaran dadah seperti Syabu, penyeludupan, curi, gaduh, menangkap ikan menggunakan bahan terlarang seperti bom.

Katanya, pasukan beliau bertanggungjawab menjaga perairan di pesisir pantai dari Teringai dalam daerah Kudat hingga ke Kuala Penyu yang melibatkan enam daerah.

Mohammad Aris juga meminta kerjasama ADUN Likas serta masyarakat setempat di kawasan itu agar bersama-sama menangani serta membenteras jenayah demi keselamatan bersama.

Teck Chan berkata, beliau dan kakitangannya sedia memberi kerjasama dengan pihak polis dalam membanteras jenayah untuk kebaikan bersama.

Turut hadir bersama Polis Marin Kota Kinabalu ialah Suaib Mutalib, David Liew, Tan Ek Piew, Simon Liew, Helen Baikan, Rose Ng, Etor Masambal, Dzulkifli Chin, Alfred Lim, Tuan Hj Bantilan Bin Alkis, Matlan Bin Marasin, Ag. Talip Ag. Bagul.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com