20100302

Najib, Rosmah Dalang Beli Pemimpin KEADILAN

Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor menjadi dalang mendorong Ahli Parlimen KEADILAN keluar parti.

Beliau berkata tindakan tersebut tidak mengejutkan kerana umum tahu kedua-dua mereka memainkan peranan penting dengan mengumpan imbuhan kewangan dan material untuk memancing pemimpin Pakatan Rakyat.

Tindakan terbaru Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng keluar KEADILAN serta bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang menyertai Umno sudah dijangka dan menganggap ianya sebagai satu proses pembersihan demi memantapkan dan memperkasakan parti.

"Saya telah minta Mohammad Fairus Khairuddin letak jawatan setahun lalu disebabkan prestasi dia yang tidak memuaskan.

Kita perlukan pemimpin Melayu yang wibawa dan berkelayakan untuk bekerjasama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Jadi apabila dia umumkan untuk masuk umno tindakan itu tidak mengejutkan kita. Semasa pilihan raya di Penanti dan Permatang Pasir beliau tidak pernah hadir dan ini jelas menunjukkan pendirian beliau," kata Anwar ketika ditemui media di perkarangan Mahkamah Persekutuan hari ini.

Manakala kes Tee Beng pula ia merupakan rasa tidak puas hati beliau terhadap keputusan Pakatan Rakyat untuk terus bekerjasama dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Kenyataan yang dia keluarkan terhadap Lim Guan Eng sudah jelas membuktikan pendiriannya dan kita tahu tindakan yang dia akan ambil. Kita telah memutuskan untuk terus bekerjasama dengan PR.

Ketua Menteri dalam memantapkan kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Tindakan ini menyebabkan beliau tidak puashati.

Beliau juga memberi komen berhubung tindakan serupa oleh bekas Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Salehuddin Hashim meninggalkan parti.

"Kes Datuk Salehuddin Hashim, sebelum ini beliau telah menunjukkan hasrat untuk letak jawatan sejak tahun lalu lagi tetapi kita minta tangguh dan juga ada beberapa masalah lain dan kita terima baik keputusan tersebut.

"Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail bulan lepas mengatakan Najib dan Rosmah berada disebalik tindakan pemimpin yang keluar dari PKR dan akan membeli seberapa ramai pemimpin dari pembangkang dan mereka akan diberi jawatan dan apa juga yang mereka mahu," tegas Anwar.

Ketua Pembangkang menyarankan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengambil perhatian mengenai hal sebegini kerana kebanyakan mereka yang lompat parti menjadi lebih mewah berbanding sebelumnya. -SK/TVS

http://www.youtube.com/watch?v=F-0OnHjiKfg&feature=player_embedded

by greenboc

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com