20090714

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 1889

There are 4 messages in this issue.

Topics in this digest:

1. Kegemaran Anwar suka mengurut
From: siti_salma442000

2. Kerajaan Selangor bergolak : Khalid gagap didesak letak jawatan!
From: siti_salma442000

3. Saiful Bukhari berharap kes tidak ditangguh lagi
From: siti_salma442000

4. TOK GURU NIK AZIZ, MICHAEL JACKSON, WANITA GERMAN & TUN DR M
From: az wan


Messages
________________________________________________________________________
1. Kegemaran Anwar suka mengurut
Posted by: "siti_salma442000" siti_salma442000@yahoo.com siti_salma442000
Date: Mon Jul 13, 2009 9:54 pm ((PDT))

Oleh : The Unspinners

Baru-baru ini, kecoh mengenai khabar Anwar diurut oleh seorang lelaki
lembut tersiar di TV Thailand. Perkara sedemikian tidak ada apa-apa
kepada orang biasa tetapi adalah kurang manis bagi seorang pemimpin. Ini
hanya menunjukkan kesukaan Anwar diurut adalah sesuatu yang diketahui
ramai hingga ke Thailand.

Mengurut adalah antara taktik Anwar menjerat anak-anak muda hensem ke
dalam perhubungan seks luar tabii. Anwar memang terkenal dengan
kebolehan memujuk rayu. Itu yang dia mempunyai ramai pengikut dan
penyokong hingga boleh membuat permuafakatan antara parti-parti yang
sering bertelagah.

Kebolehan ini juga digunakan untuk menggoda anak-anak muda hensem
berkulit bersih. Mula-mula dia meminta tolong diurut dengan pelbagai
alasan sakit belakang atau tengkok. Dia mula bermain kata-kata untuk
menghilangkan tension mereka. Setelah ia menjadi sesuatu yang lumrah,
dia mula memujuk dan menggoda mereka.

Menurut sumber dari dalam PKR, orang yang paling suka mengututnya adalah
Azmin Ali, Naib Presiden PKR. Anwar tidak malu untuk memberitahu ramai,
memuji dan menyatakan kesukaannya kepada urutan Azmin. Sesiapa yang
sering melihat Azmin dan Anwar sama-sama berucap di atas pentas akan
sedar Anwar suka bergurau mengusik Azmin.

Semasa kes 1998, isteri Azmin, Shamsidar Tahrin telah didedahkan
mempunyai hubungan seks dengan Anwar Ibrahim. Itu yang tilam yang
diusung pergi balik mahkamah. Malangnya ada masaalah teknikal dengan
bukti DNA yang ingin dipersembahkan.

Jika perkara ini tidak berlaku, kenapa hingga hari ini Shamsidar tidak
dibenarkan datang ke rumah oleh Kak Wan? Bukan saja Shamsidar, termasuk
juga Sukma, Mior Razak dll. Kalau sesiapa masih ingat, Shamsidar adalah
salah seorang yang telah diintip oleh Umi Hafilda pergi ke kondo Tivoli
Villa, Bangsar tempat Anwar bercengkerama.

Berbalik kepada cerita Azmin mengurut Anwar. Pada satu kala, Azmin
selalu mengurut Anwar di pejabat dalam bilik Anwar. Sumber tidak pula
beritahu mereka menyewa bilik hotel seperti yang pernah dilihat Anwar
selalu menyewa bilik di Saujana Subang dahulu untuk bertemu Sukma.

Bilik Anwar akan ditutup dan tiada sesiapa dibenarkan masuk. Sumber
tidak pernah dapat terlihat atau terdengar apa yang dibuat oleh Azmin
dan Anwar. Selalunya mereka berada dalam bilik untuk satu jangka masa
yang agak lama. Bila mereka keluar dari bilik, aksi mereka berdua cuba
dibuat-buat natural. Kadang-kadang disedari rambut mereka agak ronyok
sedikit.

Anwar, Azmin dan Shamsidar pernah digelar oleh Tiga Serangkai oleh satu
kumpulan berkecenderungan tertentu yang sering berlegar satu masa dahulu
di Citi Square Kuala Lumpur.

sumber - the unspinners
<http://theunspinners.blogspot.com/2009/07/mystery-anwar-suka-diurut-azm\
in.html>

Sila klik di sini untuk join egroup AIDC
http://groups.yahoo.com/group/anwaribrahimdotcom/
<http://groups.yahoo.com/group/anwaribrahimdotcom/>

Untuk maklumat lanjut sila layari
http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/>

Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2. Kerajaan Selangor bergolak : Khalid gagap didesak letak jawatan!
Posted by: "siti_salma442000" siti_salma442000@yahoo.com siti_salma442000
Date: Mon Jul 13, 2009 9:55 pm ((PDT))

Oleh Tomyampoktek, AIDCclub

Berita harian melaporkan
<http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/2009071318115\
3/Article/index_html> Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit
Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali, hari ini terus mendesak supaya kerajaan
negeri Selangor mengadakan rombakan terhadap barisan Exco Selangor.

"Sungguhpun, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata tidak
akan membuat sebarang rombakan dalam masa terdekat, beliau perlu
menekankan peranan exco-exco supaya lebih berkesan dalam menjalankan
tanggungjawab mereka untuk membangunkan Selangor" kata Azmin Ali.

Selain itu Azmin turut meminta Ahli Parlimen Wangsa Maju daripada PKR,
Wee Choo Keong memberi penjelasan berhubung dakwaan bahawa wujudnya
pembabitan seorang Exco kerajaan negeri dalam aktiviti "gelap"
di Selangor. Katanya, dakwaan yang dibuat oleh Wee menerusi laman
blognya
<http://weechookeong.wordpress.com/2009/07/11/yes-selangor-state-ex-co-s\
hould-be-reshuffled/#more-405> , itu perlu perlu disahkan daripada segi
kesahihannya.

Antara yang ditulis oleh Wee Choo Keong ialah:

"Saya sendiri telah menerima banyak aduan daripada ahli-ahli Pakatan
Rakyat dan golongan peniaga di Selangor bahawa pejabat salah seorang
ahli Exco telah dan sedang digunakan sebagai tempat bermesyuarat untuk
orang yang terlibat dalam peniagaan jenis yang boleh dipersoalkan
ataupun "underground business activities." Ini adalah rahsia
terbuka dalam pejabat pentadbiran Selangor dan ini akan menjejaskan imej
pentadbiran Pakatan.

Ekoran kenyataan Ahli Parlimen Wangsa maju itu telah menyebabkan Ronie
Liu dan Teresa Kok mempersoalkan kembali isu tersebut didalam blognya.
klik sini
<http://teresakok.com/2009/07/12/what-underground-business-activities/>
. Dan memperlekeh pandangan ahli parlimen Wangsa Maju tersebut.

Dalam jawapan balas kepada Teresa dan Ronnie Liew berkaitan isu itu, Wee
mempersoal kenapa Ronnie Liew terasa dan marah dengan kata-katanya,
sedangkan dia tidak pernah menyatakan siapa ahli exco tersebut dan
beliau ada menyebut diblognya SIAPA Makan CILI DIA terasa PEDAS!,
kemungkinan besar istilah ini mungkin ditujukan kepada Teresa Kok dan
Ronnie Liew.

"Saya mungkin tidak ada yang berkunjung ke pejabat sebagai anggota exco,
tetapi tidak bererti bahawa saya tidak megetahui apa yang berlaku. Sama
seperti polis, mereka tidak pernah mengunjungi rumah urut, pusat
perjudian, dan lain-lain namun mereka tahu kegiatan tersebut dan mereka
mengambil tindakan berdasarkan maklumat yang diterima. Saya akan
memberikan nama anggota exco pada waktu yang tepat." jelas Wee dalam
blognya.

Tambah wee lagi "Ini sangat tidak sihat kerana akan menyatakan bahawa
anggota exco mennyokong 'kegiatan kongsi gelap' dan akhirnya akan
mempengaruhi imej Pakatan rakyat yang memerintah Selangor," kata ahli
parlimen Wangsa Maju.

Situasi terbaru yang melibatkan exco DAP ini membuktikan Khalid Gagap
tidak mampu menguruskan negeri Selangor dengan baik tidak seperti yang
digambarkan sebelum ini. Jika Exco PKR dibelit dengan skandal peribadi
dan ketidakmampuan melaksanakan tugas dengan cemerlang kini exco DAP
pula dikaitkan dengan masalah kongsi gelap.

Timbul persoalan adakah selama ini rakyat negeri Selangor sudah tertipu
dengan kenyataan bahawa kerajaan Selangor berada didalam prestasi yang
baik, secara logik akal jika MB sendiri sudah tidak dapat mengawal
exconya, ia membuktikan MB sendiri secara tidak langsung gagal
menguruskan negeri.

Sebab itu, menurut suara-suara dari SUK Selangor kutipan hasil
pendapatan sehingga 1 jun 2009, dikatakan terdapat pengurangan hasil
sebanyak 140 juta jika dibandingkan tempoh yang sama tahun 2008.
Sebenarnya keadaan ini dikatakan tidak pernah berlaku sejak tujuh tahun
lalu. Antara faktor yang menjadi punca permasalahan ini ialah campur
tangan pihak atasan dalam penguatkuasaan kutipan hasil dan pembatalan
pelbagai projek pembangunan hartanah.

Persoalannya adakah Ronniu Liew dan Teresa Kok juga campurtangan dalam
perkara ini, jika benar wujud kaitan ini dengan exco DAP tersebut, ia
membuktikan lagi bahawa kepimpinan Khalid Gagap adalah lemah dan tidak
layak untuk memimpin sebuah negeri maju seperti Selangor.

sumber - tomyampoktek
<http://tomyampoktek.blogspot.com/2009/07/kerajaan-pr-selangor-bergolak-\
khalid.html>

Sila klik di sini untuk join egroup AIDC
http://groups.yahoo.com/group/anwaribrahimdotcom/
<http://groups.yahoo.com/group/anwaribrahimdotcom/>

Untuk maklumat lanjut sila layari
http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/>

Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
3. Saiful Bukhari berharap kes tidak ditangguh lagi
Posted by: "siti_salma442000" siti_salma442000@yahoo.com siti_salma442000
Date: Mon Jul 13, 2009 9:57 pm ((PDT))

SHAH ALAM - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari
Azlan mahu masyarakat mendoakan kes perbicaraan kes liwatnya dapat
berjalan lancar tanpa sebarang penangguhan lagi selepas ini.

Katanya, harapan itu disuarakan selepas mahu persoalan mencari siapa
yang benar dalam kes tersebut tidak terus menjadi tanda tanya dan
berakhir segera. :

"Jadi, saya mohon kepada anda, tidak kira sama ada yang percaya atau
tidak supaya mendoakan agar perbicaraan kes saya ini dapat dijalankan
dengan syarat tiada lagi penangguhan bagi anda sendiri mengetahui
kebenaran yang sebenar. :

"Selagi ia dibiarkan begitu sahaja, selagi itulah ia akan menjadi
satu persoalan yang tiada kesudahannya," katanya dipetik dalam
cacatan terbaru berjudul `Detik-Detik Kebenaran' dalam blognya
semalam.

Dalam catatan sama, Mohd Saiful juga menamakan beberapa individu yang
pernah terlibat dalam pergerakan Reformasi 1998 tetapi kini sudah
meninggalkan Anwar atas beberapa sebab yang tidak dinyatakan.:

Antara individu yang dinyatakannya adalah, bekas peguam bela Anwar,
Zainur Zakaria, Ezam Mohd Noor (bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan), Dr
Chandra Muzaffar (bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan), rakan karib
Anwar, Datuk K.S Nallakaruppan dan Menteri Besar Pera, Datuk Seri Dr
Zambry Abdul Kadir yang pernah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) semasa memperjuangkan Anwar pada 1998.

"Saya paparkan beberapa individu penting yang pernah terlibat dengan
pergerakan Reformasi 1998 yang kini sudah meninggalkan Datuk Seri Anwar
Ibrahim atas beberapa sebab.

"Bagaimanapun, ada yang tidak pernah menyatakan alasan sebenar
mereka, tetapi sebagai manusia yang berakal, tentu kita boleh
mentafsirnya.

"Terdapat ramai lagi individu yang saya tidak paparkan disini.
Cukuplah sekadar contoh yang berada di atas (dalam blog) untuk saya
papar. Jika anda mahu lebih dari itu, anda boleh cari di Internet,"
katanya.:

Mahkamah Tinggi pada 8 Julai lalu menangguhkan perbicaraan kes liwat
Anwar pada 15 Julai ini dan menetapkan tarikh yang sama untuk sebutan
permohonannya bagi membatalkan pertuduhan liwat terhadap Mohd Saiful
Bukhari.

Anwar, 62, mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya
itu, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit
Damansara di sini di antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun
tahun lalu.

sumber - sinar harian
<http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2951054.asp>

Sila klik di sini untuk join egroup AIDC
http://groups.yahoo.com/group/anwaribrahimdotcom/
<http://groups.yahoo.com/group/anwaribrahimdotcom/>

Untuk maklumat lanjut sila layari
http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/>

Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
4. TOK GURU NIK AZIZ, MICHAEL JACKSON, WANITA GERMAN & TUN DR M
Posted by: "az wan" fiveruz2002@yahoo.com fiveruz2002
Date: Mon Jul 13, 2009 10:06 pm ((PDT))


http://www.mcm2ade.blogspot.com/ -> TOK GURU NIK AZIZ, MICHAEL JACKSON, WANITA GERMAN & TUN DR M


Messages in this topic (1)

Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
• Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
• Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
• Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com

------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/

<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
mailto:dunia-politik-normal@yahoogroups.com
mailto:dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

------------------------------------------------------------------------

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com