Topics in this digest:
1. Mengesan dalang komplot Teoh Beng Hock
From: siti_salma442000
2. Ada pihak enggan bekerjasama kes kematian Teoh - Kenapa ?
From: siti_salma442000
3. Ean Yong Hian Wah dan peguam akan disiasat polis
From: siti_salma442000
Messages
________________________________________________________________________
1. Mengesan dalang komplot Teoh Beng Hock
Posted by: "siti_salma442000" siti_salma442000@yahoo.com siti_salma442000
Date: Mon Jul 20, 2009 11:23 pm ((PDT))
Oleh NTanwar, AIDCclub
Kematian Teoh Beng Hock umpama senjata baru kepada Anwar Ibrahim
(penasihat PKR), Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor-PKR), Ronnie Liu
(Exco Selangor-DAP), Ean Yong Hian Wah (exco Selangor-DAP).
Kalau sebelum ini, Anwar Ibrahim, kerajaan Selangor dan DAP Selangor
dilanda kemelut dalaman, Anwar dengan kes liwatnya, Khalid Ibrahim
dengan kecaman sesama sendiri (Azmin Ali), DAP Selangor pula dengan
penyelewengan dan kongsi gelap, kini semuanya 'terhenti' dengan matinya
seorang Setiausaha politik exco Selangor bernama Teoh Beng Hock.
Anwar, Khalid, Ronnie Liu, Ean Yong Hian Wah, cepat-cepat bingkas
menuduh kematian Teoh angkara SPRM. Sehari selepas mati, PR yang
diketuai oleh Anwar telah menjatuhkan hukuman, SPRM bersalah. Belum ada
siasatan, belumpun mayat dikebumikan, tetapi Anwar sudah tahu siapa
pembunuhnya. Macam mana Anwar tahu ?
Siapa Anwar, nak menjatuhkan hukuman ikut kepalanya sendiri ?
Sebelum rakyat Malaysia diasak minda dengan propanganda 'racist' Anwar
Ibrahim, sekarang mari kita jejaki kes ini secara lebih terperinci.
[http://2.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SmTScI2j5sI/AAAAAAAAE2I/QNWLg2RlM\
Uw/s320/AnwariringiJenazahTeoh.jpg]
<http://2.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SmTScI2j5sI/AAAAAAAAE2I/QNWLg2RlM\
Uw/s1600-h/AnwariringiJenazahTeoh.jpg>
[http://2.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SmTSxUA6qVI/AAAAAAAAE2Q/pqJpqKSUe\
OI/s320/AnwarkebumiTeoh.JPG]
<http://2.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SmTSxUA6qVI/AAAAAAAAE2Q/pqJpqKSUe\
OI/s1600-h/AnwarkebumiTeoh.JPG> Anwar Ibrahim mengiringi upacara
pengkebumian mendiang Teoh Beng Hock di Alor Gajah semalam
Siapa Teoh ?
Teoh adalah Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah
(DAP). Berumur 30 tahun dan berasal Melaka. Ada yang mempertikaikan
status Setiausaha politik yang disandang oleh Teoh, kerana taraf exco
kerajaan negeri tidak memperuntukkan jawatan sebagai 'Setiausaha
Politik' tetapi hanya diberi jawatan hakiki sebagai 'pembantu khas'
sahaja, tetapi biarkanlah jika exco DAP itu ingin mengangkat status
pembantu khasnya sebagai Setiausaha Politik, suka hati dia lah.
Teoh adalah bekas penuntut UKM. Di kampus itu dia mengenali
tunangnya,Soh Cher Wei. Selepas tamat belajar, dia bekerja sebagai
wartawan di Sin Chew Daily (Sin Chew Jit Poh, Chinese Daily) berpejabat
di Kajang.
Sebagai wartawan, dia banyak berkenalan dengan tokoh-tokoh politik Cina
khususnya dari DAP. Maka tidak hairanlah, dari wartawan, dia menjadi
pembantu khas kepada Tony Pua, Ahli Parlimen DAP, Petaling Jaya Utara
dan pembantu khas (Setiausaha Politik) kepada ADUN DAP Sri Kembangan,
Ean Yong Hian Wah, 29 tahun.
Kawan baik Teoh di Chinese Daily, Tan Yu Chyan berkata Teoh berhenti
sepenuhnya sebagai wartawan pada April 2008 setelah bekerja dengan Ean
Yong.
Teoh digambarkan oleh kawan-kawan rapatnya, mula bosan dengan karenah
kekotoran politik setelah berkhidmat selama satu tahun tiga bulan
(sehingga tarikh kematiannya) kepada Ean Yong.
Teoh juga terdedah dengan permainan politik kotor yang ditanggung oleh
bosnya, Ean Yong yang memegang jawatan sebagai ADUN Sri Kembangan,
Pengerusi DAP Selangor dan exco kerajaan Selangor yang memegang bidang
kuasa Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang
Haram Selangor.
Bidang kuasa Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram
ini akan menghubungkan Ean Yong dan Teoh kepada kancah kumpulan-kumpulan
Cina cauvanis (Kampung Baru) dan kumpulan gangter dan kongsi gelap Cina
yang sering menjalankan perniagaan secara haram.
Sebab itu, seminggu sebelum kematian, Teoh pernah meluahkan perasaan
tertekannya terus terlibat dalam kancah politik kepada Daniel Chong,
(pembantu khas kepada Ronnie Liu). Daniel Chong mengakui Teoh pernah
meluahkan kepadanya untuk meninggalkan dunia politik dan menyambung
pengajian ke peringkat master dalam bidang undang-undang.
Oleh itu mudah difahami kenapa bapa Teoh, How Meng Hui, 60, tidak begitu
gembira anaknya berkecimpung dalam politik. Menurut bapanya, dia
sekeluarga pernah meminta mendiang supaya tidak bekerja sebagai
Setiausaha Politik kerana menganggap ia berisiko tinggi.
Bapanya juga yakin anaknya bukannya membunuh diri, tetapi telah
disabotaj oleh pihak lain.
Teoh bukan suspek, tetapi saksi SPRM
Teoh dipanggil ke SPRM pada 15 Julai, bukan kerana dia didakwa melakukan
penyelewengan, tetapi sebagai saksi kepada bosnya Ean Yong Hian Wah yang
didakwa antara empat exco Selangor yang menjadi suspek penyelewengan
dana kerajaan negeri.
Selain Ean Yong, exco Selangor lain yang turut menjadi suspek
menyelewengkan wang peruntukan negeri adalah Ronnie Liu, exco Selangor
yang memegang Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan
Penyelidikan.
Menurut Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul, Teoh datang ke
pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam pada 5
petang 15 Julai untuk memberi keterangan dan dibenarkan pulang pada
pukul 3.45 pagi itu.
"Dia adalah saksi untuk kes itu dan kami selesai merakamkan
percakapannya bagi membantu siasatan berhubung salah guna wang
peruntukan ADUN Selangor itu" kata Mohd Shukri.
"Dia berjanji akan datang kembali ke pejabat SPRM Selangor pada 16 Julai
untuk membawa beberapa dokumen bagi membantu siasatan", katanya lagi.
Mohd Shukri berkata, semasa siasatan dilakukan, Teoh memberi kerjasama
sepenuhnya dan tidak menunjukkan sebarang rasa tertekan pada riak
wajahnya.
Selepas habis siasatan, Teoh dikatakan memohon untuk tidak balik ke
rumahnya, sebaliknya pohon untuk berehat di bilik tetamu pejabat SPRM.
Pada pukul 6 pagi, dia masih kelihatan tidur di atas sofa dan selepas
itu SPRM tidak melihatnya.
Pada jam 1.30 tengahari (16 Julai), mayat Teoh ditemui dalam keadaan
terlungkup di koridor luar, tingkat 5, Plaza Masalam, Shah Alam.
Persoalan-persoalan berbangkit
1. Kenapa selepas habis siasatan, 3.45 pagi, Teoh memohon untuk tidur di
bilik tetamu SPRM sehingga jam 6.00 pagi ? Adakah Teoh takutkan
'sesuatu' dan mengambil keputusan untuk tidak terus balik ke rumah pada
jam 3.45 pagi serta mengambil keputusan untuk balik selepas jam 6.00
pagi (16 Julai) kerana waktu itu lebih selamat kerana telah ada orang
datang bekerja ?
2. Seandainya 'ketakutan' itu menghantui Teoh, siapakah 'orang yang
ditakutkan' itu. Adakah Teoh dapat menjangkakan, kehadirannya di pejabat
SPRM pada jam 5 petang, 15 Julai tidak begitu disenangi oleh bosnya Ean
Yong ?
[http://2.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SmRsj0k0OFI/AAAAAAAAE1g/AieS74unA\
b4/s320/EanTeohSPRM.jpg]
<http://2.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SmRsj0k0OFI/AAAAAAAAE1g/AieS74unA\
b4/s1600-h/EanTeohSPRM.jpg> Ean Yong, bos mangsa tahu SPRM sedang
menyiasat kesnya. Foto menunjukkan pegawai penyiasat SPRM sedang berbual
dengan Ean Yong di pejabat exco Selangor itu. Teoh (kanan) sedang
menelefon seseorang
3. Apa perasaan Ean Yong apabila pembantunya telah diwajibkan hadir ke
pejabat SPRM, Selangor, pada jam 5, 15 Julai. Adakah Ean Yong gelisah,
takut dan bimbang jika sekiranya pembantunya membocorkan segala rahsia
penyelewengannya dalam kerajaan negeri.
4. Jika Ean Yong takut, sangsi dan was-was dengan pembantunya yang
dibimbangi akan membocorkan segala rahsianya yang menjadi suspek SPRM,
apakah agaknya tindak balas Ean Yong seterusnya untuk menutup mulut
pembantunya ?
5. Ketakutan Ean Yong pula kerana apa ? Adakah takut pendedahan
penyelewengan dana kerajaan negeri yang sedang disiasat oleh SPRM atau
bimbang terbongkarnya penglibatannya dengan tali temali kegiatan kongsi
gelap yang di bawah jagaan jawatankuasanya ?
6. Ketakutan Ean Yong, jelas kelihatan, apabila dia bersama-sama dengan
Ronnie Liu, kawan baiknya menyerbu ke pejabat SPRM, sebaik sahaja
mendapati Teoh telah mati dibunuh. Kenapa hanya Ean dan Ronnie Liu
sahaja yang datang menyerbu ke pejabat SPRM, kenapa tidak exco-exco
lain, Teresa Kok, Elizabeth Wong, misalnya ?
[http://2.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SmRgjokd7PI/AAAAAAAAE1A/JFE8Zwu1C\
0k/s320/TanbonHwa.jpg]
<http://2.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SmRgjokd7PI/AAAAAAAAE1A/JFE8Zwu1C\
0k/s1600-h/TanbonHwa.jpg> Tan Boon Hwa, aktivis DAP, ahli Majlis
Perbandaran Kajang, turut disiasat SPRM tetapi enggan berkerjasama.
Malah ketika ditemui polis untuk mendapat keterangan kematian Teoh, dia
juga menolak untuk bekerjasama. Tan Boon Hwa adalah kroni Ronnie Liu
7. Kalau Teoh 'takut', dan sanggup tidur di bilik tetamu SPRM, bagaimana
pula dengan Tan Boon Hwa (ahli majlis perbandaran Kajang) yang turut
disoalsiasat oleh SPRM pada tarikh sama. Beza masa tamat siasatan pun
selang 1.45 minit. Tan tamat jam 2. 00 pagi, Teoh, tamat jam 3.45 pagi.
Ke mana Tan pergi selepas tamat siasatan itu, adakah terus pulang ke
rumah atau berlegar di sekitar plaza itu, kerana tidak maklumat
mengatakan Tan bermalam di pejabat SPRM. Teoh dikatakan bekerjasama
dengan SPRM, manakala Tan pula menyatakan kepada media, dia tidak akan
sesekali bekerjasama dengan SPRM ataupun polis.
[http://1.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SmRnVOOSvRI/AAAAAAAAE1Y/TbY3rtFlG\
kg/s320/maut276.jpg]
<http://1.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SmRnVOOSvRI/AAAAAAAAE1Y/TbY3rtFlG\
kg/s1600-h/maut276.jpg>
8. Kenapa mayat Teoh dijumpai di koridor luar Tingkat 5, Plaza Masalam,
bukannya di Tingkat 14, atau 15 Plaza Masalam yang boleh dikaitkan
dengan SPRM ? Tingkat 5 bukan kepunyaan SPRM, jadi bagaimana mahu
dikaitkan dengan SPRM?
9. Untuk makluman, Plaza Masalam, Shah Alam mempunyai banyak tingkat,
dan hanya tingkat 14 & 15 adalah kepunyaan SPRM Selangor, manakala
tingkat-tingkat lain dimiliki oleh pihak lain termasuk pelbagai agensi
kerajaan lain, swasta dan badan persendirian.
10. Plaza Masalam juga mempunyai bangunan berkembar dengan pusat membeli
belah yang sering dikunjungi ramai. Dalam pusat membeli belah Plaza
Massalam, terdapat 'Old Town Coffee' yang turut didakwa dibiayai oleh
sumber kewangan kongsi gelap dan Ah Long.
11. Seseorang yang ingin pergi/keluar dari SPRM mesti melalui pintu
pusat membeli belah Plaza Masalam dan mendaftarkan diri di pondok
pegawal tingkat 5 untuk naik lift ke tingkat seterusnya.
[http://2.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SmTEATRy9bI/AAAAAAAAE1w/3FJ28zRsc\
rs/s320/PlazaMasalam.jpg]
<http://2.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SmTEATRy9bI/AAAAAAAAE1w/3FJ28zRsc\
rs/s1600-h/PlazaMasalam.jpg>
12. Apa yang ingin disimpulkan di sini, adalah apabila disebut Plaza
Masalam bukan semuanya dimiliki oleh SPRM, tetapi plaza itu digunakan
oleh pelbagai pihak lain, seperti agensi kerajaan lain, pihak swasta dan
pesendirian, termasuk juga para peniaga seperti "Old Town Coffee".
13. Di Plaza Masalam itu, SPRM menyewa dua tingkat (14 & 15) sebagai
pejabat SPRM Negeri Selangor. Ibu pejabat SPRM adalah di Putrajaya.
14. Jadi berdasarkan kedudukan lokasi Plaza Masalam yang digambarkan di
atas, logikkah Teoh ditolak dari tingkap SPRM (tingkat 14 & 15) hingga
jatuh ke koridor luar tingkat 5 sedangkan mangsa tidak menunjukkan
pendarahan teruk ?
15. Beza ketinggian antara tingkat 5 dengan tingkat 14 & 15, milik SPRM
adalah 9 tingkat. Jadi jika benar mangsa ditolak dari tingkap SPRM,
tingkat 14 & 15 apakah rupa bentuk yang sepatutnya mangsa alami, sebagai
orang yang terjatuh dari ketinggian 9 tingkat ? Adakah kepala mangsa
retak/pecah, kerana kedudukan kematiannya dilaporkan terlungkup ?
[http://4.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SmSfCl7rkrI/AAAAAAAAE1o/8fxXMKMuj\
8c/s320/kosmo_teoh.jpg]
<http://4.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SmSfCl7rkrI/AAAAAAAAE1o/8fxXMKMuj\
8c/s1600-h/kosmo_teoh.jpg>
16. Berdasarkan foto yang disiarkan oleh Kosmo, mangsa tidak mengalami
kecederaan teruk di bahagian bawah (muka, tangan dan dada), tetapi
mengalami pendarahan di bahagian punggung. Kenapa terjadi begitu ?
Sepatutnya jika mangsa jatuh terlungkup, bahagian yang paling teruk
mengalami kecederaan adalah bahagian bawah (muka, tangan dan dada) dan
bukan sebaliknya.
17. Apakah benar, mangsa sebenarnya 'takutkan' sesuatu, sebab itu dia
mengambil keputusan untuk keluar dari pejabat SPRM (Tingkat 14 & 15)
pada jam 6.00 pagi, dengan harapan ketika itu orang mulai datang membuka
pejabat/kedai masing-masing ?
18. Apakah yang terjadi kepada Teoh di antara pukul 6 pagi hingga 1.30
tengahari, pada 16 Julai ? Selang masa adalah tujuh jam setengah. Dengan
siapa dia bertemu ? Apakah peritiwa sebenar yang berlaku sepanjang masa
itu ?
19. Apakah benar, 'orang yang ditakuti' Teoh, sebenarnya sudah menunggu
di dalam bangunan Plaza Masalam (di luar pejabat SPRM) dari jam 3.45
pagi hingga ke 6 pagi ? Mungkin orang itu datang berkumpulan menunggu
kelibat mangsa di setiap tingkat, sehinggalah mangsa ditemui mati di
tingkat 5, Plaza Masalam, jam 1.30 tengahari (16 Julai) ?
Benarkah Teoh pernah mengkritik Ean Yong dan Ronnie terlibat kongsi
gelap ?
Ronnie Liu dan Ean Yong Hian Wah(baju putih) datang mengamuk di pejabat
SPRM
Menurut sumber, Teoh pernah menyuarakan rasa kurang berpuas hati dengan
cara pentadbiran beberapa ADUN DAP Selangor, khususnya berkaitan rapat
Ronnie dan Ean Yong dengan kongsi gelap.
Mereka telah menyalurkan peruntukan kerajaan negeri untuk membiayai
kegiatan kongsi gelap dan seperti yang disebut oleh Ahli Parlimen Wangsa
Maju, Wee Choo Keong, menggunakan pejabat Exco sebagai tempat
bermesyuarat mereka untuk berbincang berkaitan dengan peniagaan dan
aktiviti haram.
Setelah tidak tahan dengan kerenah kongsi gelap yang selalu turun naik
pejabatnya maka Teoh telah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada
Ronnie dan Ean Yong tetapi tidak diendahkan.
Hampir kesemua ADUN-ADUN Cina di Selangor menggunakan kongsi gelap untuk
menjaga mereka dan Ah Long pula menjadi banker mereka. Dengan demikian,
kesemua mereka terikat dengan perjanjian dengan kongsi gelap dan Ah
Long.
[http://4.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SmRlohan3LI/AAAAAAAAE1I/8gFyVIH-K\
ho/s320/Teoh02_imagefokus.jpg]
<http://4.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SmRlohan3LI/AAAAAAAAE1I/8gFyVIH-K\
ho/s1600-h/Teoh02_imagefokus.jpg> Setiausaha Politik kepada Perdana
Menteri, Dr Oh Ei Sun, berkunjung ke rumah mangsa menyampaikan ucapan
takziah Perdana Menteri kepada keluarga Teoh di Taman Seri Kelemak, Alor
Gajah Melaka. Ean juga turut kelihatan di tengah (baju putih)
Kesimpulannya, bapa mangsa sendiri telah membuat hipotesis bahawa
anaknya bukan bunuh diri, sebaliknya menjadi mangsa sabotaj, jadi
siapakah dalang yang mensabotaj anaknya itu ?
sumber - NTanwar
<http://ntanwar.blogspot.com/2009/07/mengesan-dalang-komplot-teoh-beng-h\
ock.html>
Maklumat lanjut sila layari http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/>
Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2. Ada pihak enggan bekerjasama kes kematian Teoh - Kenapa ?
Posted by: "siti_salma442000" siti_salma442000@yahoo.com siti_salma442000
Date: Mon Jul 20, 2009 11:26 pm ((PDT))
Oleh Hambali Abd Latif
Hairan juga kenapa Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kajang, Tan Booh Wah
enggan memberikan kerjasama kepada polis untuk diambil keterangan
daripadanya dalam kaitan kematian Teoh Beng Hock.
"Kami sudah menghubungi Tan tetapi beliau enggan. Jika beliau terus
berdegil, kita akan menggunakan Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah untuk
membolehkan untuk turut direkodkan keterangan daripadanya," kata
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar .
Beliau menyatakan demikian selepas memberikan taklimat kepada Ketua
Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengenai kemajuan siasatan.
Siasatan polis terhadap kes Teoh Beng Hock yang mayatnya ditemui di
koridor luar
Khalid berkata polis sudah memanggil dua Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) iaitu ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan dan ADUN Seri Kembangan,
Ean Yong Hian Wah untuk membantu siasatan.
Dua individu terbabit adalah orang terakhir yang dihubungi mendiang
sebelum memasuki bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
untuk disoal siasat.
Difahamkan, taklimat kes itu dijalankan selama sejam.
Teoh, bekas wartawan adalah setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah,
merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan
penyalahgunaan peruntukan negeri baru-baru ini.
Musa berkata, pihaknya percaya kes itu dapat disiapkan dalam masa
terdekat.
Menurut beliau, siasatan pihaknya percaya mendiang jatuh dari tingkat 14
sebelum mayatnya ditemui kira-kira empat atau lima jam selepas itu.
Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta
semua pihak berhenti menuding jari kepada agensi itu sebagai punca
kematian Teoh kerana siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan.
Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata sejak insiden
itu dilaporkan, banyak pihak telah mengeluarkan pelbagai kenyataan dan
komen hingga menimbulkan spekulasi dan mengganggu siasatan yang
dijalankan.
"Biarlah polis siasat dan selesaikan dahulu kes ini. Janganlah keruhkan
keadaan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Teoh, 30, ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza
Masalam di Shah Alam, yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor di
Tingkat 14, pada 1.30 tengah hari Khamis lepas.
Ahmad Said berkata kes penyalahgunaan peruntukan negeri yang disiasat
SPRM itu hanyalah kes biasa dan bukannya kes besar sehingga boleh
menimbulkan kematian.
"Bukan kerja kami hendak siasat sampai buat (kematian) macam itu
sekali...kes biasa sahaja," katanya.
Ahmad Said berkata laporan sesetengah media didapati cuba mengeruhkan
keadaan dan mewujudkan perselisihan faham dan tanggapan bahawa SPRM
punca kematian Teoh.
"Jangan cuba wujudkan perselisian faham dan sensitiviti kaum...saya pun
secara peribadi hendak tahu juga apa yang berlaku sebenarnya," katanya.
Ahmad Said berkata SPRM turut bersimpati dengan keluarga mangsa
berikutan insiden itu.
sumber - hambali1
<http://hambali1.blogspot.com/2009/07/ada-pihak-enggan-bekerjasama-kes-t\
eoh.html>
Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
3. Ean Yong Hian Wah dan peguam akan disiasat polis
Posted by: "siti_salma442000" siti_salma442000@yahoo.com siti_salma442000
Date: Mon Jul 20, 2009 11:27 pm ((PDT))
Jul 20, 09 4:26pm
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis akan
mengambil keterangan Ean Yong Hian Wah dan ADUN Kota Alam Shah M
Manoharan bagi membantu siasatan kematian Teoh Beng Hock.
Tambahnya, setiausaha politik Ean didapati berhubung dengan ketuanya
itu, seorang exco kerajaan Selangor, dan Manoharan, yang juga seorang
peguam, sebelum disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) petang Rabu lalu.
Menurutnya lagi, seperti dilaporkan Bernama, polis juga akan merakamkan
percakapan anggota keluarga mendiang pada waktu yang sesuai nanti.
Polis juga ingin merakam percakapan Ahli Majlis Perbandaran Kajang
(MPKj) Tan Boon Wah kerana beliau membuat laporan polis di Shah Alam
terhadap SPRM pada Sabtu lepas tetapi enggan percakapannya dirakamkan.
"Saya menasihatkan dia supaya menghadirkan diri ke balai polis untuk
beri percakapan atas laporan yang dia buat, kalau tidak kita terpaksa
isu notis mengikut (Seksyen) 111, Kanun Acara Jenayah untuk perintah dia
beri keterangan di balai," Khalid dipetik berkata.
Jika Tan tetap enggan memberikan keterangan berkenaan laporan polis yang
dibuatnya itu, polis boleh mengambil tindakan lanjut terhadapnya atas
dakwaan membuat laporan palsu, katanya sidang media di ibu pejabat polis
Selangor hari ini.
Selain itu, tambah Khalid, polis juga akan memanggil dua orang yang
bersama-sama Tan dan Teoh yang disoal siasat oleh SPRM pada hari yang
sama.
Polis setakat ini merakam 33 percakapan termasuk 25 pegawai SPRM.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada pengerusi Jawatankuasa Tetap
Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor ditemui
mati di Tingkat Lima, Plaza Masalam di Shah Alam pada Khamis lalu
selepas disoal siasat oleh SPRM).
suruhanjaya tersebut Mendiang antara saksi yang dipanggil untuk membantu
siasatanberhubung kes salah guna peruntukan DUN oleh beberapa ADUN
Pakatan Rakyat di negeri itu.
sumber - Malaysiakini <http://www.malaysiakini.com/news/108894>
Maklumat lanjut sila layari http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/>
Messages in this topic (1)
Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.
Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.
Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.
=============================================
Link List:
• Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
• Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
• Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com
------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/
<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:dunia-politik-normal@yahoogroups.com
mailto:dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment