Topics in this digest:
1a. Re: Lintas langsung kes liwat Anwar Ibrahim - 15 Julai 2009
From: HANIFA MARISA
2. Misteri 'sakit' Sulaiman Abdullah, siapa bakal ketua peguambela?
From: siti_salma442000
3. Anwar pohon dokumen: Keputusan hakim, 2.30 petang ini
From: siti_salma442000
Messages
________________________________________________________________________
1a. Re: Lintas langsung kes liwat Anwar Ibrahim - 15 Julai 2009
Posted by: "HANIFA MARISA" gmdiqhan2002@yahoo.com gmdiqhan2002
Date: Wed Jul 15, 2009 9:12 pm ((PDT))
Apakah tidak ada kemungkinan lagi Cik Anwar berrbaikan dengan lawan politiknya, dan membangun Malaysia dengan bersama-sama.
--- On Tue, 7/14/09, siti_salma442000 <siti_salma442000@yahoo.com> wrote:
From: siti_salma442000 <siti_salma442000@yahoo.com>
Subject: Dunia-Politik.blogspot.com - Lintas langsung kes liwat Anwar Ibrahim - 15 Julai 2009
To: dunia-politik@yahoogroups.com
Date: Tuesday, July 14, 2009, 11:31 PM
Untuk perkembangan terkini kes liwat Anwar Ibrahim dari mahkamah. Lintas langsung akan dibuat via chatroll roll n blog Aidc. Perbicaraan akan bermula pukul 2 ptg nanti.
http://www.anwaribr ahimdotcom. blogspot. com/
Messages in this topic (2)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2. Misteri 'sakit' Sulaiman Abdullah, siapa bakal ketua peguambela?
Posted by: "siti_salma442000" siti_salma442000@yahoo.com siti_salma442000
Date: Wed Jul 15, 2009 9:15 pm ((PDT))
Oleh AIDCNews
Jenis sakit, peguam bela Anwar, Sulaiman Abdullah, masih menjadi misteri
hingga ke hari ini, kerana peguam itu tidak tampil sendiri memberi
kenyataan, sebaliknya diceritakan oleh pihak lain.
Misteri itu terus menjadi tanda tanya, kerana tidak dinyatakan apakah
jenis penyakit sebenarnya yang dialaminya yang berppunca dari sakit
kepala. Tambah misteri lagi Anwar Ibrahim menggambarkan kesakitan yang
dialami oleh peguamnya 'sangat teruk', tetai tidak menjelaskannya secara
terperinci.
Sulaiman Abdullah mulai sakit kepala sejak akhir Jun, apabila kali
terakhir beliau hadir ke Mahkamah Rayuan untuk memohon kes liwat itu
kekal di Mahkamah Seksyen. Tetapi permohonan memindahkan kes itu gagal
dan kes tersebut dikekalkan di Mahkamah Tinggi.
Perbicaraan memohon dokumen yang sepatutnya dibicarakan pada 1 Julai
terpaksa ditangguhkan kepada 3 Julai apabila mahkamah membenarkan
permohonan Anwar untuk mengikuti persidangan parlimen.
Pada 3 Julai, mahkamah sekali lagi terpaksa ditangguhkan kepada 8 Julai,
apabila Sulaiman Abdullah sendiri memberitahu mahkamah memohon agar kes
ini ditangguhkan kerana beliau sakit sejak semalam (2 Julai) dan diberi
surat cuti sehingga selasa depan (7 Julai).
Pada 8 Julai, sekali lagi hakim terpaksa menangguhkan kes kepada 15
Julai, apabila peguam Anwar memohon di mahkamah, kes ini tidak boleh
dimulakan selagi Sulaiman belum sihat kerana Anwar amat memerlukan
khidmat ketua peguambela itu. Mahkamah dimaklumkan Sulaiman Abdullah
terpaksa menyambung cuti kerana kesihatannya belum pulih.
Sulaiman Abdullah dikatakan menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur
(HKL) kerana mengalami masalah kesihatan.
Mahkamah turut dimaklumkan bahawa pihak pembelaan menerima surat
daripada pihak hospital bertarikh 6 Julai yang menyatakan Sulaiman perlu
menjalani pemeriksaan lanjut selama seminggu kerana menghadapi masalah
pening kepala.
Pada hari ini (15 Julai), peguam Anwar, Sivarasa Rasiah memberitahu
mahkamah bahawa Sulaiman Abdullah terpaksa menarik diri kerana
kesihatannya masih teruk dan memohon mahkamah menangguhkan kes ini
sekurang-kurangnya dua minggu untuk Anwar mencari pengganti terbaik
kepada Sulaiman.
Mahkamah memutuskan prosiding diteruskan dan pihak penguambela Anwar
diberi tempoh hingga ke petang(2 petang) untuk menyelesaikan masalah
mereka.
Dalam pada itu, Anwar dalam sidang media tengahari tadi berkata, beliau
dimaklumkan Sulaiman menghadapi masalah kesihatan yang agak teruk.
"Saya dimakkumkan mengenai masalah kesihatan Haji Sulaiman yang kini
agak teruk lewat petang semalam.
"Beliau tidak boleh teruskan kes saya ini dan juga mana-mana kes lain,
beliau terpaksa menarik diri dari kes ini...ia adalah berita yang
menyedihkan bagi barisan pembelaan.
"Oleh itu saya perlu berbincang semula dengan barisan peguam yang lain
untuk menentukan penggantinya," katanya semasa ditemui di dalam
mahkamah.
Sementara itu, wakil peguam Anwar, Sankara Nair ketika ditemui berkata,
pihaknya cuba untuk meminta hakim menangguhkan prosiding hari ini bagi
memberi peluang kepada anak guam mereka menentukan pengganti Sulaiman.
Bagaimanapun katanya hakim menolak dengan alasan Anwar boleh diwakili
oleh mana-mana peguam yang terlibat dalam kumpulan pembelaan ini.
"Jadi kita terpaksa untuk berbincang dahulu mengenai kedudukan kes ini.
"Buat masa ini kita belum kenal pasti siapa yang akan menggantikan
Sulaiman," katanya.
Ditanya sama ada salah seorang peguam Anwar akan mengetuai kes Anwar,
Sankara berkata tidak ada seorang dari mereka yang layak untuk memikul
tanggungjawab tersebut.
"Pengganti Sulaiman mestilah setaraf dengannya dari segi senioriti, kami
masih junior malah saya sendiri masih belum capai tahap beliau
terutamanya kecekapannya dalam berbahas," katanya.
Sankara juga berkata jika sehingga pukul 2 petang ini pihaknya masih
belum menemui pengganti yang sesuai, mereka berkemungkinan akan menemui
semula hakim bagi memohon supaya mempertimbangkan supaya kes ini
ditangguhkan.
"Untuk mencari pengganti bukannya mudah, kami memerlukan masa
sekurang-kurangnya satu atau dua minggu.
"Malah Datuk Seri Anwar mempunyai hak untuk menentukan siapakah peguam
yang akan mewakilinya di bawah Seksyen 5 Perlembagaan Persekutuan...kami
hanyalah peguam pembantu," katanya.
sumber - AIDCNews
<http://aidcnews.blogspot.com/2009/07/misteri-sakit-sulaiman-abdullah-si\
apa.html>
Maklumat lanjut sila layari http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
<http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/>
Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
3. Anwar pohon dokumen: Keputusan hakim, 2.30 petang ini
Posted by: "siti_salma442000" siti_salma442000@yahoo.com siti_salma442000
Date: Wed Jul 15, 2009 9:17 pm ((PDT))
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan jam 2.30 petang ini
terhadap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan dokumen
dan barangan berkaitan kes liwat yang dihadapinya.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menangguhkan prosiding pagi ini
selepas peguam Anwar, Edmund Bon, Amer Hamzah dan R Sivarasa selesai
mengemukakan hujah bagi permohonan mendapatkan dokumen dan barangan
berkenaan.
Mohamad Zabidin akan membuat keputusan ringkas petang ini sama ada
menerima atau menolak permohonan Anwar.
sumber - berita harian
<http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090716101\
920/Article>
Messages in this topic (1)
Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.
Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.
Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.
=============================================
Link List:
• Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
• Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
• Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com
------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/
<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:dunia-politik-normal@yahoogroups.com
mailto:dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment