20090715

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 1890

There are 4 messages in this issue.

Topics in this digest:

1. Sesudah meliwat, Anwar cipta 'teori Konspirasi' ?
From: siti_salma442000

2. Sulaiman Abdullah, ketua peguambela Anwar tarik diri
From: siti_salma442000

3. Prosiding kes Anwar disambung jam 2.00 petang
From: siti_salma442000

4. Lintas langsung kes liwat Anwar Ibrahim - 15 Julai 2009
From: siti_salma442000


Messages
________________________________________________________________________
1. Sesudah meliwat, Anwar cipta 'teori Konspirasi' ?
Posted by: "siti_salma442000" siti_salma442000@yahoo.com siti_salma442000
Date: Tue Jul 14, 2009 8:26 pm ((PDT))

Oleh Cyber1Trooper, AIDCclub

Ramai mangsa-mangsa telah mendedahkan aktiviti seks luar tabii Anwar.
Adiknya sendiri (Sukma Darmawan), Azizan Abu Bakar (bekas pemandu
Azizah), Hairani Hj Nahfis (bekas penulis pidato, Meor Abd Razak (tukang
jahit Wan Azizah) dan mangsa terbaru Saiful Bukhari Azlan (bekas
pembantu peribadi).

Semuanya bercerita dengan nada yang sama, bermula dengan pujuk-pujukan,
mengurut dan berakhir dengan liwat. Kalau satu individu yang membuat
tuduhan, mungkin individu itu sengaja merekacipta untuk menjatuhkan
karier politik Anwar, tetapi kalau lebih daripada seorang, sudah tentu
mempunyai kebenaran yang selama ini cuba disembunyikan oleh Anwar.

Pada 8 Ogos 2000, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ariffin Jaka menjatuhkan
hukuman sembilan tahun penjara terhadap Anwar dan enam tahun penjara
serta empat sebatan ke atas Sukma Darmawan selepas didapati bersalah
meliwat bekas pemandunya, Azizan Abu Bakar.

Hakim Mahkamah Tinggi dalam penghakiman setebal 206 halaman menghurai
dengan secara teliti keterangan sembilan saksi pendakwa dan 29 saksi
pembela dalam 10 sebab mensabitkan kesalahan Anwar dan adik angkatnya,
Sukma Darmawan Sasmitaat Madja meliwat Azizan

Pada 2 September 2004, 2 daripada 3 hakim di dalam Mahkamah Persekutuan
(Mahkamah tertinggi di Malaysia) membuat keputusan untuk mengenepikan
tuduhan meliwat ke atas Anwar Ibrahim di atas sebab-sebab teknikal yang
bercanggah di dalam kes tersebut.

Bagaimana pun, kesemua hakim bersependapat bahawa bukti-bukti yang
dibawa ke mahkamah menjuruskan Anwar Ibrahim kepada melakukan aktiviti
homoseksual.

Di dalam penggulung kes tersebut, hakim tersebut berkata :-

"We find evidence to confirm that the appellants were involved in
homosexual activities and we are more inclined to believe that the
alleged incident at Tivoli Villa did happen."

(Kami menjumpai bukti untuk mengesahkan bahawa perayu-perayu (Anwar
Ibrahim dan Sukma Darmawan) terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual
dan kami lebih cenderung untuk percaya bahawa kejadian dikatakan berlaku
di Tivoli Villa benar-benar berlaku)

Jadi secara umumnya, kesemua hakim bersetuju Anwar melakukan aktiviti
meliwat dan Anwar gagal membuktikan dalam mahkamah bahawa aktiviti liwat
itu tidak berlaku.

Anwar gagal membersihkan dirinya sebagai bukan seorang peliwat di
mahkamah. Walaupun telah banyak ruang diberikan di mahkamah, tetapi
Anwar gagal membersihkan dirinya hingga ke hari ini, nota-nota bertulis
mahkamah menyebut beliau seorang peliwat!


Mangsa-mangsa liwat Anwar pula telah melakukan pelbagai cara, termasuk
pengakuan bersumpah, bersumpah di masjid dengan nama Allah, dibicarakan
di mahkamah semata-mata untuk membuktikan mereka bercakap benar dan
tidak mahu rakyat tertipu dengan lakonan seorang 'pemimpin rakus' yang
bercita-cita mahu menjadi PM, walhal pemimpin rakus itu adalah seorang
homoseksual.

Sukma Darmawan mengaku dalam pengakuan bersumpahnya, diliwat Anwar sejak
Anwar belum kahwin dengan Wan Azizah lagi. Selepas Anwar kahwin, Anwar
berpindah rumah dan Sukma turut berpindah bersama Anwar serta diberi
bilik khas.

Azizan Abu Bakar mengaku di mahkamah diliwat oleh Anwar sebanyak 15 kali
di pelbagai lokasi termasuk Port Dikson dan Tivoli Villa, dengan
perantaraannya adalah Sukma Darmawan. Azizan asalnya adalah pemandu
peribadi Shamasidar Tahrin (isteri Azmin Ali)kemudian menjadi pemandu
peribadi kepada Wan Azizah (isteri Anwar).

Hairani Nahfis penulis pidato Anwar mengaku di depan ustaz Taib
Azamuddin (ketika itu Imam besar Masjid Negara), diliwat beberapa kali
oleh Anwar, termasuk pujukan Anwar untuk melakukan perkara itu (liwat)
dalam bulan Ramadhan. Ustaz Taib yang mendengar pengakuan itu, mengeluh
dengan mengucap "Ya Allah!".

Sebelum ini Nallakarupan (kawan baik Anwar) telah mendedahkan Anwar
banyak melakukan perkara tidak baik dalam bulan Ramadhan, tetapi tidak
mahu menjelaskan lanjut kerana mahu menjaga maruah sahabat karibnya itu.

Perantara perbuatan liwat Anwar dan Hairani juga Sukma Darmawan. Jadi
berbaloi Sukma menjadi adik angkat Anwar, selain perantara untuk
melakukan aktiviti-aktiviti luar tabii, Sukma juga diberi kemewahan
kewangan hasil daripada abang angkatnya menjadi Menteri Kewangan
Malaysia.

Anda masih ingat aduan Wan Azizah wangnya bernilai jutaan ringgit hilang
di rumahnya ? Pencurinya juga dikaitkan dengan Sukma, kerana Sukma bebas
keluar masuk ke rumah Anwar!

Lagi satu, perbuatan meliwat Anwar berkaitan dengan 'orang-orang
terdekat'. Adik angkat (Sukma), pemandu peribadi (Azizan), tukang jahit
pakaian (Mior), penulis pidato (Hairani) dan pembantu peribadi (Saiful).

Selepas terdedah, Anwar cepat-cepat beritahu wartawan bahawa dia tidak
kenal siapa Saiful, walhal hubungan mereka sangat intim, hingga dibawa
ke Hong Kong, Thailand dan Singapura.

Jangan terkejut, kalau Anwar akan mengatakan bahawa dia tidak kenal
siapa Sukma Darmawan, siapa Mior, siapa Azizan Abu Bakar dan siapa
Hairani, walaupun nama-nama itu sudah tidak asing lagi kepada Azizah
sekeluarga.

Anwar kata tidak kenal siapa Saiful, tetapi Azizah kenal dia dan
perlekeh Saiful sebagai pembancuh kopi. Macam mana tu, 'pembancuh kopi'
ertinya orang rapat, yang bermula di dapur rumah Anwar.

Ingat Hairani juga mengakui kali pertama dia diliwat setelah Sukma bawa
Hairani melalui dapur rumah Anwar!

Cerita liwat Anwar bermula sekitar 1993. Kalau berdasarkan pengakuan
Sukma, Anwar melakukan perbuatan luar tabii itu lebih awal lagi. Cerita
'teori konspirasi' hanya bermula pada tahun 1998, itupun setelah
semuanya terbongkar, kalau belum terbongkar, teori konspirasi tidak akan
bergema.

Kalau pengakuan bersumpah Azizan Abu Bakar, Hairani Nahfis, tidak benar,
kenapa Anwar tidak memfailkan saman ke atas mereka ? Lagipun pengakuan
sumpah itu sudah tersebar ke seluruh rakyat Malaysia, mencemar imej
Anwar, tetapi Anwar mendiamkan diri, mengakui semua pengakuan itu benar!

Kenapa Anwar takut saman Umi Hafilda (adik Azmin Ali) yang mula-mula
mendedahkan seks luar tabii Anwar bersama Azizan itu. Gara-gara
pendedahan Umi Hafilda, Anwar kehilangan jawatan TPM dan Menteri
Kewangan.

Memang benar, Anwar tidak akan berani saman semula Umi Hafilda, Azizan
dan Hairani, kerana dakwaan mereka betul. Sekiranya disaman, maka Anwar
akan menjerut lehernya sendiri, kerana semakin banyak cerita akan
terbongkar!

Cerita teori konpirasi liwat ke atas Saiful mula kedengaran, selepas 28
Jun 2008, selepas Saiful membuat laporan polis. Anwar memang 'ketakutan'
kehilangan bekas pembantu peribadi itu, hinggakan menyuruh aktivis PKR
mencari di mana Saiful. Kenapa Anwar takut ?

Penyokong-penyokong PKR cuba berhujah betulkah Anwar meliwat Saiful
tanpa kerelaan, sedangkan Saiful boleh menolak kemahuan Anwar.
Sebenarnya jawapan untuk soalan ini telah diberikan oleh salah seorang
mangsa liwat Anwar (Hairani), macam mana hendak tolak kemahuan Anwar,
dia siapa, saya siapa, kata Hairani seperti dalam video di atas. Lagipun
Hairani telah dibayar sebanyak rm14,000 sebulan atas alasan penulis
pidato.

Saiful pula siapa ? Bagaimana Saiful boleh menolak kemahuan Anwar,
sedangkan dia dibayar gaji yang banyak atas jawatan pembantu peribadi ?
Kondo itu juga diberi kepada Saiful ?

Anwar dan Azizah tentu masih ingat kisah di sebuah hotel di Singapura,
ketika Azizah curiga Anwar naik ke bilik Saiful. Kisah ini berlaku
sebelum laporan polis. Semua ini bakal terbongkar di mahkamah.

Azizah juga masih ingat, ketika dia berada di Amerika, ketika itu Anwar
balik ke rumah lama (Damansara). Azizah pernah hantar SMS kepada 'orang
kuat PKR' bertanyakan sesuatu mengenai Anwar.

Sebenarnya Azizah lebih banyak tahu mengenai Anwar, tetapi sengaja
menyembunyikan untuk menyelamatkan maruah keluarganya. Bukan untuk
menyelamatkan Anwar tetapi untuk menyelamatkan maruahnya sendiri.

sumber - cyber1trooper
<http://cyber1trooper.blogspot.com/2009/07/sesudah-meliwat-anwar-cipta-t\
eori.html>

Artikel lain berkaitan :


. Pengakuan bersumpah Sukma Darmawan Sasmitaatmadja (Adik angkat Anwar)
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/06/pengakuan-bersumpah-sukm\
a-darmawan.html>

. PENGAKUAN BERSUMPAH ......saya diliwat - Mior Abd Razak bin Yahya
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/05/pengakuan-bersumpah-saya\
-diliwat-mior.html>

. Anwar dan Teori Konspirasi - Ibrahim Ali
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/08/anwar-dan-teori-konspira\
si-ibrahim-ali.html>

. Anwar perlu buktikan bukan homoseksual
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/01/anwar-perlu-buktikan-buk\
an-homoseksual.html>

. Liwat : Bahasa 'muka' Anwar
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/07/liwat-bahasa-muka-anwar.\
html>

. Hari-hari terakhir sebelum pembuktian kes liwat didedah..
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/07/hari-hari-terakhir-sebel\
um-pembuktian.html>


Maklumat lanjut layari http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
<http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/>


Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2. Sulaiman Abdullah, ketua peguambela Anwar tarik diri
Posted by: "siti_salma442000" siti_salma442000@yahoo.com siti_salma442000
Date: Tue Jul 14, 2009 8:28 pm ((PDT))

Oleh AIDCNews

Anwar Ibrahim memberitahu media pagi ini (15 Julai), ketua pasukan
peguamnya, Sulaiman Abdullah telah menarik diri daripada mengendalikan
kes liwat Anwar dengan alasan sakit tenat.

"Saya jumpa Sulaiman semalam, dia sakit tenat dan tidak boleh meneruskan
untuk kendalikan kes. Saya perlukan masa untuk mencari peguam baru",
kata Anwar di bangunan mahkamah pagi ini.

Desas desus Sulaiman Abdullah menarik diri daripada mengendalikan kes
ini, sudah kedengaran sejak 7 Julai lalu, apabila beliau menyambung cuti
sakit yang sebelum ini sudah dua minggu telah diberi cuti.

Ketidakhadiran Sulaiman menyebabkan mahkamah terpaksa menangguhkan
perbicaraan sebanyak dua kali.

Difahamkan, Sulaiman mengambil keputusan untuk menarik diri daripada
mengendalikan kes Anwar setelah pihak pendakwaraya membekalkan
dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang bakal dibawa ke mahkamah.

Dokumen tersebut termasuk laporan DNA, senarai saksi dan rakaman CCTV.

sumber - AIDCNews
<http://aidcnews.blogspot.com/2009/07/sulaiman-abdullah-ketua-peguambela\
.html>


Maklumat lanjut layari http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
<http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/>


Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
3. Prosiding kes Anwar disambung jam 2.00 petang
Posted by: "siti_salma442000" siti_salma442000@yahoo.com siti_salma442000
Date: Tue Jul 14, 2009 8:30 pm ((PDT))

Oleh AIDCNews

Anwar Ibrahim dengan nada kecewa memaklumkan kepada media, bahawa beliau
memohon agar kes ini ditangguhkan sehingga mendapat penganti sesuai
untuk menggantikan Sulaiman Abdullah yang telah menarik diri daripada
menjadi ketua pasukan peguambelanya.


Tetapi hakim memutuskan prosiding kes perlu diteruskan kerana Anwar
masih mempunyai lapan orang peguamnya yang lain.

Prosiding kes akan disambung semula jam 2.00 petang ini, setelah
berhenti rehat pagi tadi.

Pada petang ini, mahkamah dijangka mendengar dua permohonan yang telah
Anwar sebelum ini iaitu perbicaraan memohon dokumen dan perbicaraan
menggugurkan kes. Kedua-dua perbicaraan ini terpaksa ditangguh sebanyak
dua kali kerana Sulaiman Abdullah cuti sakit.

Desas desus Sulaiman Abdullah menarik diri daripada mengendalikan kes
ini, sudah kedengaran sejak 7 Julai lalu, apabila beliau menyambung cuti
sakit yang sebelum ini sudah dua minggu telah diberi cuti.


Difahamkan, Sulaiman mengambil keputusan untuk menarik diri daripada
mengendalikan kes Anwar setelah pihak pendakwaraya membekalkan
dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang bakal dibawa ke mahkamah.

Dokumen tersebut termasuk laporan DNA, senarai saksi dan rakaman CCTV.

sumber - AIDCNews
<http://aidcnews.blogspot.com/2009/07/anwar-kecewa-permohonan-untuk.html\
>

Maklumat lanjut layari http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
<http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/>


Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
4. Lintas langsung kes liwat Anwar Ibrahim - 15 Julai 2009
Posted by: "siti_salma442000" siti_salma442000@yahoo.com siti_salma442000
Date: Tue Jul 14, 2009 8:31 pm ((PDT))


Untuk perkembangan terkini kes liwat Anwar Ibrahim dari mahkamah. Lintas
langsung akan dibuat via chatroll roll n blog Aidc. Perbicaraan akan
bermula pukul 2 ptg nanti.

http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
<http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/>

Messages in this topic (1)

Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
• Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
• Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
• Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com

------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/

<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
mailto:dunia-politik-normal@yahoogroups.com
mailto:dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

------------------------------------------------------------------------

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com