20090724

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 1895

There are 4 messages in this issue.

Topics in this digest:

1a. Re: Ada pihak enggan bekerjasama kes kematian Teoh - Kenapa ?
From: HANIFA MARISA

2. OOT: anggun mempesona
From: Ali Cestar

3. Liwat : Tujuh saksi yang ditakuti Anwar!
From: siti_salma442000

4. Menjawab misteri handphone Teoh
From: siti_salma442000


Messages
________________________________________________________________________
1a. Re: Ada pihak enggan bekerjasama kes kematian Teoh - Kenapa ?
Posted by: "HANIFA MARISA" gmdiqhan2002@yahoo.com gmdiqhan2002
Date: Wed Jul 22, 2009 7:24 pm ((PDT))

Wanted! Tokoh untuk mempererat silaturrahmi Malaysia Indonesia, setelah fenomena Manohara/Tengku Fachri dan Laut Ambalat. Semacam yab PM yang akan berkunjung ke Gowa Sulawesi dan Siti Nurhaliza yang disenangi orang awam di Indonesia.








Messages in this topic (2)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2. OOT: anggun mempesona
Posted by: "Ali Cestar" ali_cestar@yahoo.com awang_juned_bin_ayub
Date: Thu Jul 23, 2009 2:19 pm ((PDT))

 
Judul: Blazer Muslim & outfit
Tag: fashion, butik, taylor, outfit, blazer, seragam, jas, stelan, pakaian Muslim, Muslimah
 
Thayara Outfit & Muslimwear:
konveksi kilat, outfit diukur di tempat; pakaian Muslim dan Muslimah, seragam kantor, seragam pabrik, jas dokter, seragam perawat, stelan eksekutif, dll.
 

Warna: oren, ungu, coklat, maroon, biru, toscha , coklat, abu-abu
Ukuran: S, M, L, XL, XXL, XXXL
Bahan : Triton, Laviola, Vintage, Cellini, Winterland
Harga : Rp185.000 (sudah termasuk stelan celana)
 
Harga sudah termasuk biaya kurir khusus Jabodetabek.
Untuk luar kota/Jawa ditambah ongkos kirim sesuai tarif
 
Lihat gambar: http://www.surau.net/epromo_blazer.html
Langsung pesan: http://www.surau.net/contactme/pesanblazer.htm
 
Harga khusus untuk pesanan partai sedang dan besar
Dicari agen untuk seluruh wilayah Indonesia (ready factory stock: 800 stel)
 
Dukung industri kreatif Indonesia, cintai produksi dalam negeri
(Forward ke kerabat dan sahabat / simpan jika sewaktu2 perlu)
 
 
 
 


New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/

Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
3. Liwat : Tujuh saksi yang ditakuti Anwar!
Posted by: "siti_salma442000" siti_salma442000@yahoo.com siti_salma442000
Date: Thu Jul 23, 2009 11:38 pm ((PDT))

Oleh Cyber1trooper, AIDCclub

Hari ini 24 Julai sepatutnya Mahkamah Tinggi mendengar permohonan Anwar
untuk menggugurkan kes liwatnya. Sekiranya permohonan Anwar ditolak,
maka sebutan kes akan mula bermula hari ini, selepas keputusan dibuat
oleh hakim. Tidak tahulah hari ini juga Anwar dan barisan peguambelanya
berusaha untuk menangguhkan kes lagi, maklumlah Anwar sendiri akan
mencari seribu alasan untuk berbuat demikian, termasuk 'sakit', walhal
semasa menghadiri kematian Teoh di Melaka, dia segar bugar, sanggup
berjalan kaki mengiringi kereta mayat dan sanggup 'ruku' sama naik
dengan Lim Kit Siang kepada mayat Teoh.

Apabila melihat perbuatannya yang sanggup 'ruku' (tunduk) kepada mayat
Teoh, sepertimana yang dilakukan oleh Lim Kit Siang, satu perkara yang
bermain di minda, Anwar sanggup melakukan apa sahaja, termasuk
'menggadai' dengan agama, semata-mata untuk mendapat undi Cina. Lim Kit
Siang nak 'ruku'(tunduk) sampai paras lutut pun tak apa, sebab itu agama
dia. Tetapi Karpal Singh, tidak 'ruku' atau menundukkan kepala, dia
hadir untuk menghormati mayat, tetapi dia tidak tunduk, kerana dia
menjaga patang larang agamanya. Tetapi Anwar lebih laju daripada Kit
Siang, seolah-olah Anwar adalah seorang humanis yang tidak ada pegangan
agama.

Bayangkan Anwar yang sedang meruku' kepada mayat mendiang Teoh itu
adalah Presiden PAS (seperti yang diramalkan oleh Subky Latif) atau
Presiden ABIM yang pernah dipegang ketika muda-muda dahulu, apa
pandangan masyarakat Islam kepadanya. Sebab itu Allah tidak makbulkan
Anwar menjadi Presiden PAS seperti yang didoakan oleh Subky Latif.

Sebab itu, Anwar bukan Anwar yang dulu. Bukan Anwar ketika Presiden ABIM
atau ketika diramal menjadi Presiden PAS. Anwar sekarang adalah seorang
yang humanis dan pluralis serta sanggup menggadai Islam kepada agama
lain.

Sebab itu, jika Anwar sanggup 'ruku' kepada mayat Teoh, jangan terkejut
Anwar juga 'ruku' kepada Yahudi, sujud kepada Paul Wolfowitz, Carl
Gershman, Madeline Al Bright, malah memuja-muji Presiden Obama
seolah-olah manusia paling berkuasa di dunia, melebihi kuasa Tuhan. Kaji
ucapan Anwar di Doha, memuji Obama dan meletakkan dirinya ke dalam diri
Obama, manusia-manusia yang memperjuangkan 'kebebasan', 'demokrasi',
'pluralisme' dan 'humanis'

Anwar memasukkan watakkan seumpama Obama iaitu orang yang memperjuangkan
demokrasi adalah matlamat segala-galanya yang berteraskan 'vox Populi
vox day' iaitu 'Kekuasaan Rakyat sama dengan kekuasaaan Tuhan'

Jadi di atas premis ini, Anwar sanggup ruku kepada mayat Teoh, walaupun
bertentangan dengan Islam, Anwar sanggup bertuankan Yahudi seperti ketua
(pernah menjadi budak suruhan Paul Wolfowitz), Anwar bertuhankan
'demokrasi' melebihi Al Quran dan As Sunnah, tidakkah mungkin Anwar juga
seorang peliwat, yang memangsakan pekerjanya sendiri, Saiful Bukhari
Azlan ?

Semua ini tidak mustahil kerana manusia yang sifatnya 'gila kuasa',
ghairah kepada 'demokrasi', 'humanis', 'pluralis' dan 'diktator', Allah
campakkan ke dalam dirinya satu pembalasan dunia iaitu naluri kepuasan
seks kepada lelaki (homoseksual). Mustafa Kamal Ataturk, Presiden
Republik Turki adalah model terbaik dalam dunia Islam. Selain diktator,
merosakkan Islam di Turki. Kamal Ataturk adalah 'bapa demokrasi Turki'
dan 'bapa homoseksual Turki'.

Tujuh saksi liwat Anwar

1. Mohd Saiful Bukhari Azlan (saksi utama)

Saiful, 24 tahun, bekas pembantu peribadi Anwar. Dibawa masuk oleh
Rahimi Osman, rakan sekolahnya yang ketika itu menjawat sebagai pembantu
khas kepada Anwar Ibrahim. Pada mulanya sebagai 'sukarelawan' (walaupun
nama 'sukarelawan' tetapi bergaji dan diberi penginapan percuma di
Kondominium Bukit Damansara (Unit 11-5-1 Desa Damansara Kondominium,
Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur). Tempat ini juga,
Saiful mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar pada 26 Jun 2008, antara jam
3.01 petang dan 4.30 petang.

Selepas PRU 12, Anwar menaikkan pangkat Saiful sebagai pembantu peribadi
Anwar, manakala Rahimi pula dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Sulit
Anwar menggantikan tempat Nik Nazmi Nik Ahmad yang menang sebagai ADUN
Seri Setia, Selangor. Sekarang Nik Nazmi adalah SETPOL kepada Khalid
Ibrahim, MB Selangor.

Penyokong-penyokong Anwar berusaha mengalihkan isu mengatakan kenapa
Saiful melaporkan kepada polis ketika diliwat pada 26 Jun 2008,
sedangkan dia sudah diliwat sembilan kali sebelum ini ?

Nampak seperti logik hujah penyokong-penyokong totok Anwar ini, bahkan
soalan ini seolah-olah telah diprogramkan/ditaklimat kepada
pendokong-pendokong PKR. Soalnya dari mana penyokong PKR tahu, Saiful
diliwat Anwar sebanyak 9 kali ? Soalan kedua, kalau sudah sampai 9 kali
Anwar meliwat Saiful, bermakna benarlah Anwar seorang peliwat. Bagi PKR,
mereka sudah didoktrin, peliwat tidak salah menjadi ketua umum mereka,
bahkan mereka berusaha menobatkan Anwar sebagai 'bakal PM', kerana
Mustafa Kamal Artaturk, seorang homoseksual pun boleh menjadi Presiden
Republik Turki.

PKR bukan bertunjangkan agama, parti mereka bertunjangkan 'demokrasi'
dan 'hak asasi', sebab itu, moral ahli, dari ketua umum hingga ke
ahli-ahli tidak pernah dititikberatkan. Bagaimana moral Elizabeth Wong,
moral Zaid Ibrahim ?

2. Rahimi Osman

Seperti yang diulas di atas, dia adalah kawan baik Saiful. Kawan baik
sejak dari sekolah. Malah mereka pernah satu kelas. Semasa di
universiti, Rahimi menuntut di UIA, manakala Saiful menuntut di UNITEN.
Kedua-dua tidak berjaya menamatkan pengajian di universiti
masing-masing.

Seperti kata Saiful, kalau dia diperlekehkan sebagai tidak habis
universiti, bagaimana pula dengan Rahimi? Bagaimana dengan Jonah yang
menjadi Timbalan AMK Pusat?

Kata saiful, Anwar sengaja memilih budak-budak muda yang low class,
supaya senang dieksploitasi dan dijadikan hamba suruhannya. Kalau yang
muka 'jambu' seperti Saiful dijadikan pembantu peribadi merangkap hamba
seksual.

Rahimi pernah memegang jawatan Presiden Anwar Ibrahim Club(AIC), tetapi
tidak digemari oleh sesetengah pihak dalam AIC terutamanya Najwan Halimi
dan Marini Kamal. Bermakna semasa Rahimi memegang jawatan Presiden AIC,
pecah dua kelompok, kelompok penyokongnya adalah Saiful Bukhari,
manakala kelompok menentangnya adalah Najwan Halimi dan Marini Kamal.

Rahimi pun mempunyai misteri yang tersendiri. Pernah satu ketika
dikatakan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Sulit Anwar kerana mahu
menumpukan kepada perniagaan, tetapi tidak lama selepas itu, dia kembali
bekerja dengan Anwar. Apa misteri sebenar ?

Yang lebih misteri lagi, Rahimi pernah digossipkan dalam internet,
mengatakan dia juga merupakan 'jambu' Anwar. Soal lemah lembut, memang
itu sifat peribadi Rahimi, tetapi tidak dapat dipastikan adakah Rahimi
juga merupakan 'jambu' Anwar.

Barangkali secara kebetulan, sesiapa yang dilantik berjawatan 'peribadi'
atau 'sulit' selalunya kaitan dengan hal-hal yang bercorak
'peribadi'/'sulit'. Saiful Bukhari (pegawai peribadi), Azmin Ali
(Setiausaha Sulit) dan Rahimi (Setiausaha Sulit).

3. Rashid Othman

Rashid Othman mungkin nama baru kepada rakyat Malaysia, tidak sepopular
Saiful Bukhari atau Rahimi Osman. Tetapi nama Rashid sangat dikenali
oleh Anwar dan Wan Azizah. Malah orang inner circle Anwar (yang boleh
masuk melalui dapur ke rumah Anwar) sangat mengenali Rashid.

Rashid adalah kenalan Anwar semasa di penjara Sungai Buloh. Ketika
menghabiskan sisa-sisa pemenjaraan di Sungai Buloh, selain hobi Anwar
membaca buku-buku Shakepeare, hobinya juga adalah berurut.

Ketika itu Rashid adalah salah seorang tahanan penjara Sungai Buloh dan
Rashid menjadi 'kawan paling rapat' dengan Anwar. Rashid juga sering
mengunjungi sel VIP Anwar untuk berurut.

Setelah Anwar keluar penjara Sungai Buloh pada 2004, pada tahun yang
sama juga Rashid turut dibebaskan. Anwar menghubungi semula Rashid dan
melantiknya sebagai pembantu peribadi merangkap 'tukang urut'. Rashid
juga bukan kelulusan tinggi, tetapi keistimewaan sebagai tukang urut
muda, menyebabkan Anwar sanggup beri gaji lumayan termasuk bonus-bonus.

Pada mulanya Anwar membawa Rashid bertugas di rumah peribadi Anwar dan
diberi bilik khas, tetapi memandangkan Wan Azizah tidak 'mengemari'
kehadiran Rashid ke rumahnya, Anwar kemudiannya memindahkan Rashid di
tempat rahsia. Khabarnya ditempatkan dikondominium pejabat rahsia
Saiful.

Ketika itu Anwar berulang alik dari Malaysia ke Amerika Syarikat. Malah
lebih banyak masa ditumpukan di Amerika Syarikat. Anwar juga telah
menghantar semua anak-anaknya (kecuali Ehsan) melanjutkan pengajian ke
Amerika Syarikat. Sebagai seorang pekerja Washington, di bawah Presiden
Bush, Anwar diberi keistimewaan menghantar anak-anak melanjutkan
pengajian ke Amerika. Keistimewaan yang diberi kepada Anwar akan turut
dinikmati oleh anak-anaknya. Itulah kesitimewaan sebagai pekerja
Presiden Bush.

Satu ketika, Azizah berangkat ke Amerika Syarikat melawat anak-anaknya
yang sedang menuntut di sana, manakala dalam masa sama, Anwar pula balik
ke Malaysia menghadiri program PKR.

Semasa Anwar berada di rumah kediamannya, hanya inner circle sahaja yang
boleh berjumpa dengan Anwar. Ketika itu, Ezam salah seorang inner circle
Anwar yang menjawat jawatan Ketua AMK PKR.

Ezam berkunjung ke rumah Anwar untuk berbincang mengenai perancangan
parti. Wan Azizah dari Amerika telah mengirim sms kepada Ezam
bertanyakan 'siapakah yang ada dalam mesyuarat itu'. Ezam menjawab satu
persatu. Wan Azizah kirim lagi SMS, bertanyakan soalan, 'selain daripada
aktivis parti, adakah mana-mana lelaki lain ?'. Ezam jawab tidak ada.
Wan Azizah kirim lagi SMS dengan beri peringatan, 'Pastikan tiada
mana-mana lelaki bermalam di rumah Anwar'. Ezam jawab ok!

Selesai bersms, Ezam meneruskan perbicangan dengan Anwar dan di
pertengahan perbincangan, seorang lelaki 'pembancuh kopi' membawa air
kepada Anwar, Ezam dan beberapa orang lain. Pembancuh kopi itu bukan
Saiful Bukhari, tetapi Rashid.

Soalnya, apakah kuasa Ezam mahu menunaikan permintaan Wan Azizah supaya
tidak ada mana-mana lelaki menginap di rumah Anwar, kerana Rashid adalah
pembancuh kopi dan tukang urut Anwar. Gila ke Ezam mahu halau Rashid,
sedangkan dia diminta oleh Anwar untuk bermalam di rumahnya menjadi
pembantu peribadinya.

Ezam keluar dari rumah Anwar dengan seribu tanda tanya. Semasa di
penjara Kajang, Ezam telah mendengar perkara-perkara ini dari Sukma,
tetapi Ezam menolaknya. Tetapi setelah melihat kehadiran Rashid, Ezam
mula berfikir semula. Banyak soalan yang berlegar di minda Ezam yang
gagal dijawab sepenuhnya.

Seandainya kes ini Anwar gagal gugurkan, Anwar bakal mendengar sendiri
pengakuan-pengakuan benar daripada tukang urutnya itu secara terperinci,
termasuk cerita Anwar di penjara Sungai Buloh dan cerita Anwar selepas
keluar penjara.

Sebenarnya, perkara inilah yang amat menghantui Anwar. Sebab itu Anwar
bermati-matian berusaha menguggurkan kes, Anwar tidak mahu semua
ceritanya akan didengar oleh rakyat. Kalau rakyat tahu, maka hancurlah
karier politiknya sebagai bakal PM Malaysia dan Ketua Pakatan Rakyat!

Banyak lagi akan didedahkan di mahkamah. Saiful dan rashid akan
mendedahkan kisah di sebalik tabir Anwar itu.

4. Hassanuddin Abdul Hamid

Dia adalah kawan baik Anwar. Dia merupakan pemilik kondominium Desa
Damansara Condominium, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, tempat
berlakunya aktiviti liwat sepertimana yang didakwa Saiful.

Kondominium itu bertaraf mewah dan tersembunyi serta dikawal dengan rapi
oleh pegawal keselamatan serta dilengkapi dengan CCTV.

Jika dibicarakan, Hasanuddin akan mendedahkan bagaimana Anwar
berjumpanya untuk mendapatkan sebuah rumah mewah untuk operasi sulit,
berapa bayarannya dan siapakah yang menginap di kondominium itu.

Terdapat tiga saksi lagi yang bakal dikemukakan oleh pendakwaraya. Salah
seorangnya adalah Dr Osman Abd. Hamid, dari hospital Pusrawi. Sebelum
ini, rakyat Malaysia dimomok-momok Anwar bahawa Dr Osman berpihak
kepadanya, Anwar sedaya upaya menggunakan nota Dr Osman untuk
membebaskan dirinya, tetapi hakikat sebenar, Dr Osman adalah saksi pihak
pendakwa.

Cerita yang digembar-gembur oleh Anwar mengenai Dr Osman, tidak sama
dengan laporan bertulis dan pengakuan bersumpah Dr Osman sendiri. Ini
juga faktor Anwar beriya-iya mahukan semua dokumen dan beriya
menguggurkan kes, kerana rakyat Malaysia akan didedahkan dengan cerita
sebenar yang disembunyikan Anwar sebelum ini.

Sebenarnya ramai lagi saksi pendakwaraya. Bukan 7 orang, malah ramai
lagi termasuk para doktor dari HKL yang bakl menghuraikan penemuan DNA
mereka, pegawai penyiasat khusus Anwar yang bernama Jude Pereira dan
ramai lagi.

Anwar memang takut menghadapi saat-saat pembuktian dari pihak pendakwa,
sebab itu dia seboleh mungkin berusaha menangguhkan kes ini dan berusaha
menguggurkan kes.

Anwar boleh rancang segalanya, tetapi semua perancangan itu tidak dapat
mengatasi perancanganNYA.

sumber - cyber1trooper
<http://cyber1trooper.blogspot.com/2009/07/liwat-tujuh-saksi-yang-ditaku\
ti-anwar.html>

artikel lain berkaitan :

. Sesudah meliwat, Anwar cipta 'teori Konspirasi' ?
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/07/sesudah-meliwat-anwar-ci\
pta-teori.html>

Maklumat lanjut sila layari http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/>


Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
4. Menjawab misteri handphone Teoh
Posted by: "siti_salma442000" siti_salma442000@yahoo.com siti_salma442000
Date: Thu Jul 23, 2009 11:39 pm ((PDT))

Oleh AIDCNews

Blog the unspinners membuat dua posting berkaitan dengan misteri
handpone mangsa, Teoh Beng Hock. Kedua-dua posting ini dibuat bagi
menjawab artikel Malaysiakini yang mengambarkan seolah-olah handphone
Teoh dirampas oleh SPRM.


Dalam artikel Malaysiakini, bertajuk 'Teoh mati 4-5 jam sebelum
ditemui',20 Julai portal itu menyiarkan satu kenyataan Datuk Khalid Abu
Bakar, Ketua Polis Selangor yang berkata, 'polis sudah mendapat telefon
bimbit Teoh daripada seorang pegawai penyiasat SPRM'

Datuk Khalid tidak menjelaskan lanjut mengenai persoalan bagaimana
handphone itu didapati daripada pegawai penyiasat SPRM, memandangkan
tiada soalan khusus daripada wartawan bertanyakan soalan tersebut.

Lagipun, mengikut tradisi, pihak polis tidak akan menjawab semua soalan,
apatah lagi yang dianggap sensitif kerana dikhuatiri akan menganggu
siasatan.

Justeru itu blog The Unspinners telah melakukan penyiasatan sendiri
untuk menjawab teka teki ini.

"Ada pihak yang cuba 'SPIN' kisah handphone Teoh untuk menyatakan
handphone itu diperolehi dari seorang pegawai SPRM. Tujuan pakar-pakar
tak bertauliah yang sedang memusing cerita ini adalah untuk memalitkan
balik kepada SPRM", dedah The Unspinners

"Pihak polis tidak memberitahu maklumat di mana mereka mendapat talipon
bimbit kepunyaan Teoh dalam kenyataan mereka (baca berita Malaysiakini
sini). Tak timbul pun isu yang mengatakan SPRM mengambil handphone
mendiang", dedahnya lagi dalam posting bertajuk "UNSPIN: Dimana
handphone Teoh?".

Dalam posting kedua The Unspinners yang bertajuk "UNSPIN: Kedudukkan
talipon bimbit Teoh", blog itu mendedahkan handphone itu dijumpai di
bilik tetamu, tempat Teoh tidur.

Menurut sumber The Unspiners yang dikutip hasil temubual pekerja-pekerja
di Plaza Masalam, Teoh tidur di bilik tetamu SPRM dengan meletakkan
handphone di tepi begnya. Apabila Teoh meninggalkan bilik tetamu SPRM,
(kira-kira 6 pagi), dia tidak menyedari handphonenya tertinggal itu dan
mungkin tercampak di bawah kerusi. Seorang pekerja SPRM sewaktu
melakukan pembersihan pejabat terjumpa handphone itu dan menyerahkan
kepada pegawai SPRM.

Apabila Teoh dijumpai mati di koridor luar, tingkat 5, Palaza Masalam,
pada jam 1.30 tengahari, 16 Julai, pihak polis telah menemubual
pegawai-pegawai SPRM dan mereka menyerahkan handphone itu kepada pihak
polis

"Handphone tidak dirampas oleh SPRM seperti yang didakwa oleh pihak
pembangkang. Handphone bukan barang bukti seperti notebook yang perlu
disimpan oleh SPRM", dedah blg itu lagi.

Pendedahan the unspinners ini menjawab persoalan hanya notebook sahaja
disimpan oleh SPRM sebagai bahan bukti dan apabila pegawai SPRM membuka
notebook mangsa pada malam siasatan itu menyebabkan mangsa panik, kerana
terdapat rahsia besar di dalam notebook itu.

Ini juga menjawab bahawa handphone sorang lagi saksi SPRM yang
disoalsiasat pada malam itu, Tan Boh Hwa tidak dirampas hanphonenya oleh
SPRM.

Mangsa dikatakan tidak mampu untuk menipu lagi, apabila SPRM telah
mendedahkan satu persatu dokumen-dokumen sulit yang terdapat dalam
notebook mangsa dan untuk melindungi dirinya mangsa berjanji akan
membawa beberapa dokumen-dokumen sokongan pada keesokan harinya.

Kepanikan itu barangkali mangsa mengambil keputusan untuk tidur di bilik
tetamu SPRM dan tertinggal untuk mengambil semula beg dan handphone
apabila meninggalkan bilik itu jam 6 pagi.

Pada sekitar jam 6.00 pagi juga mangsa dikatakan berjumpa dengan Tan Bon
Hwa, di pantry berdekatan dengan bilik air Plaza Masalam, tetapi tidak
dinyatakan secara spesifik di manakah tempat itu.

Kira-kira jam 8 hingga 9 pagi, mangsa ditemui mati di koridor luar,
tingkat 5, Plaza Masalam.


Dengan maklumat yang terdapat di dalam handphone mangsa itu, polis
berjaya mengesan Kesemua individu terakhir yang berhubung dengan Teoh
sama ada melalui panggilan telefon atau pesanan SMS dalam tempoh 24 jam
sebelum mayat mendiang ditemui pukul 1.30 tengah hari 16 Julai lalu.

Di antara mereka adalah Woo Chuan Sing, 30, pemilik sebuah kedai
telekomunikasi (sahabat karib yang sama-sama menuntut di Universiti
Kebangsaan Malaysia(UKM), Chan Sun Sann, Anggota Majlis Perbandaran
Ampang Jaya (MPAJ), tiga anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
Chong Hoon Ming, Tai Cheng Heng dan Pooi Weng Keong, anggota Majlis
Perbandaran Kajang (MPKj) Lee Kee Hiong dan dua anggota DAP yang tidak
dikenali.

"Kami berbual kira-kira dua minit. Sebelum Teoh hubungi saya, dia ada
menghantar SMS kepada saya bertanyakan bolehkah saya jadi pegapitnya
semasa majlis perkhawinannya nanti tetapi apabila saya tidak balas SMS,
mendiang hubungi saya", kata Woo Chuan Sing

"Jadi pada saya tidak mungkin Teoh mempunyai niat untuk membunuh diri
kerana dia hubungi saya meminta untuk jadi pengapitnya," tegas Woo lagi.

sumber - AIDCNews
<http://aidcnews.blogspot.com/2009/07/menjawab-misteri-handphone-teoh.ht\
ml>


Messages in this topic (1)

Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
• Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
• Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
• Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com

------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/

<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
mailto:dunia-politik-normal@yahoogroups.com
mailto:dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

------------------------------------------------------------------------

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com