20090726

Tun Salleh wajar dilantik anggotai Suruhanjaya Diraja

KUALA LUMPUR, 26 JUlai (Hrkh) - Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak) mencadangkan agar bekas ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dilantik menganggotai Suruhanjaya Diraja yang menyiasat prosedur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menjalankan siasatan.


Menurut Pengerusi Gerak Mohd. Nazree Mohd. Yunus, pihaknya mencadangkan agar individu yang berintegriti dilantik menganggotai suruhanjaya diraja itu.

Bekas-bekas hakim yang terbukti prestasinya, boleh dipilih menganggotai dan mengetuai suruhanjaya diraja tersebut, antaranya Tun Salleh Abbas, ujarnya.

Menurut Mohd Nazree, siasatan suruhanjaya diraja itu juga perlu merangkumi aspek hak asasi Teoh Beng Hock ketika disiasat SPRM.

"Penubuhan suruhanjaya seumpama ini adalah langkah bijak bagi menyediakan suatu bentuk laporan yang boleh menjawab beberapa kemusykilan rakyat tentang tragedi kematian tersebut," kata Mohd Nazree. - mks. _

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com