20100410

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 2013

There is 1 message in this issue.

Topics in this digest:

1. Berita, Blog Politik Hari Ini - 09 April 2010
From: dunia-politik@yahoogroups.com


Message
________________________________________________________________________
1. Berita, Blog Politik Hari Ini - 09 April 2010
Posted by: "dunia-politik@yahoogroups.com" dunia-politik@yahoogroups.com pdniaga
Date: Fri Apr 9, 2010 3:20 am ((PDT))

Dunia-Politik.blogspot.com <http://dunia-politik.blogspot.com>
Get the latest info on Dunia Politik direct. Analisa Politik. Informasi
tentang parti-parti Politik dan keadaan politik di segenap pelusok
dunia. Home · Messages. Members Only; Post; Files; Photos; Polls;
Promote ? Already a member? Sign in to Yahoo! ...


SPR masih raja di Malaysia
Setiap kali nak pilihanraya saja, SPR pasti menjadi punching bag bagi
Pakatan Rakyat.

Isu isunya tak banyak berubah, masih bertenggek pada isu isu lapuk yang
langsung tak diberi perhatian oleh SPR sejak dulu iaitu salah satu dari
cawangan Umno yang paling raja di Malaysia. Terbaru menjelang
pilihanraya kecil Hulu Selangor, MP bagi Machang, Sdr Saifuddin Nasution
Ismail mendedahkan di dewan Rakyat bahawa daftar pemilih yang
dikeluarkan oleh SPR tidak bersih.

"Hari ini senarai daftar pemilih di Bangladesh, kertas undi akan
dikeluarkan setelah identiti mereka dikenal pasti secara pasti melalui
tangan dan apabila wajah mereka tertera di skrin komputer, kertas undi
dikeluarkan maka tidak ada lagi pertikaian di negara yang politiknya
bergolak gara-gara daftar pemilih dan saya fikir itu boleh kita contohi
kerana saya berpendapat di mana ada kemahuan di situ ada jalan," tegas
Saifuddin dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan
di Dewan Rakyat.

Dari segi ketelusan nak dibandingkan dengan Bangladesh pun kita dah jauh
ketinggalan... tok sah cakap la negeri negeri maju yang lain...

Respon Kepada Pengunjung Mac - Bahagian 1
1. Perbahasan Titah di Raja
Dewan menjadi riuh semasa saya membahas Titah di Raja. Khususnya apabila
saya menyentuh YB Kulim BB. Ada seorang Ustadz beritahu saya, begitulah
keadaannya bila kita nak halau Jin dan Syaitan dari rumah yang berhantu.
Naik riuh apabila ayat yang dibaca itu mengena! Saya dengar je lah. Saya
tak tahu nak komen kerana tidak pernah menghalau hantu dari rumah
berhantu.

Bahagian yang tidak didengari mengandungi ungkapan-ungkapan pedas
terhadap `Katak2 Bebas'. Di antaranya syair yang berbunyi:

Bagaikan lendiran
yang diselaputi debu.
Ayam tak patuk,
itik tak sudu.
Datangmu tak diundang,
Pergimu tak ditangisi.
Kalau UMNO ambil korang,
Kami senang hati!

Saya telah merayu bagi pihak mereka supaya UMNO terima mereka kerana
kalau tidak, sudah pasti mereka akan dilihat sebagai `tidak
bernilai'. Pada masa yang sama saya tahu UMNO tidak akan terima
mereka walaupun memuji mereka. Ini pun sebagai perkara yang perlu
difikirkan rakyat.

Ada yang bertanya mengapa saya tidak benarkan YB Kulim BB mencelah.
Sebenarnya saya ada jawab, "Kita debat sahaja dalam Astro Awani atau
TV9". Masa yang diperuntukkan hanya 20 minit dan saya tidak mahu
membuang masa melayani YB Kulim BB sedangkan kita tidak akan berpeluang
untuk berdebat sepenuhnya dalam tempoh masa yang begitu singkat. Pada
masa yang sama saya tidak mahu menolak permintaan sahabat-sahabat yang
ingin memperluaskan hujjah yang saya bawa.

2. Bangi Residency ada menulis beberapa perkara. Respon saya pula adalah
begini:

Siyaasah Syariyyah dan Maqasid memang wujud. Ianya sebahagian dari
Syariat Islam. Siapa yang bersandarkan Siyaasah Syariyyah dan Maqasid
dan siapa yang hanya menggunakannya sebagai alasan terpulang untuk
masyarakat menilai. PAS sememangnya parti Islam dan perlembagaannya
jelas menyatakan asas dan panduan perjuangannya. UMNO jelas parti
Kebangsaan Melayu dan jelas tidak bercita-cita untuk melaksana Islam.
Malahan, pada beberapa ketika, UMNO pernah memperlekehkan Syariat Islam.

Kalau PAS memerintah dan tidak melaksanakan sesuatu atas sebab Maqasid
dan Maslahah, ia berhak melakukannya tanpa menafi atau menolak wajibnya
sesuatu hukum. Kalau UMNO tidak melaksanakan, ianya kerana UMNO tidak
bersetuju dengan hukum berkenaan. (Sebagai contoh ungkapan sup tangan
dan sbgnya).

PAS tidak mengkafirkan orang. Ini adalah apa yang "UMNO kata PAS
kata". Kalau ada berlaku diperingkat bawahan, ianya tidak
mencerminkan pendirian PAS yang sebenar. PAS sepatutnya melihat diri
sendiri sebagai pendakwah dan bukan qadi.

Tuduhan arak dan rumah urut bertambah di Selangor adalah pembohongan
UMNO. Sebenarnya beberapa kawasan di Shah Alam, beberapa kedai yang dulu
menjual Beer, termasuk 7-Eleven, sekarang telah berhenti penjualan
barangan tersebut. Perkara ini telah dicapai melalui perbincangan dengan
pihak pengurusan kedai-kedai berkenaan. Kami meminta mereka menghormati
kehendak pelanggan mereka sendiri, iaitu penduduk sekeliling mereka yang
ramainya orang Islam. MB sendiri turut berbincang dengan mereka dalam
soal ini. Saya juga hadir juga.

Dalam soal-soal lain yang ditimbulkan, seperti yang saya sebut,
bergantung kepada penilaian masing-masing. Sekiranya dianggap tiada yang
ikhlas, Islam hanya digunakan oleh PAS dan UMNO, maka apa sekalipun yang
saya kata, ianya akan ditolak. Namun yang penting bagi saya, PAS telah
menyatakan wawasannya dan apa yang sedang PAS lakukan ialah berusaha
untuk ke destinasi tersebut sambil mengharungi realiti yang sediada.

Oleh kerana realiti yang sebegini, di kalangan orang Islam dan yang
bukan Islam, maka penumpuan perlu diberi kepada mendidik dan menyalurkan
ilmu kepada rakyat sebelum melaksanakan undang-undang tertentu. Proses
mendidik rakyat ini memakan masa tetapi berjalan terus di bawah PAS yang
sedang bersama PR.

Undang-undang mencerminkan kesedaran dan kecenderungan rakyat. Apabila
rakyat memahami Syariat Islam dan ingin kepada perlaksanaannya, maka
ianya akan dilaksana. Dakwah adalah usaha untuk membawa rakyat ke arah
kesedaran dan keinginan yang sebegitu. Ini yang dapat kita lakukan tanpa
halangan di bawah PR.

Dalam soal penggunaan perkataan kesat oleh pimpinan PAS dalam ceramah
mereka, tuan perlu berikan contoh khusus, siapa dan apa yang dikatakan.

Dalam soal kalimah Allah, pendirian DS Presiden PAS bukan atas sebab
tunduk kepada kehendak DAP. Sebaliknya, ianya adalah pendirian yang
terkandung dalam Al-Quran dan oleh itu PAS memilih untuk tunduk kepada
kehendak Al-Quran. Maka pendirian beliau dan PAS dalam soal ini bukan
atas sebab `political expediency' tetapi sebaliknya berdasarkan
bukti yang nyata dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah (SAW). Sebagai
contoh, sila baca ayat 63 Surah Al-Ankabut dan tafsirnya sekali.

With respect to the statement "Nabi is also practising
cronyism", I do not know who was reported to have said it. I reject
that statement - completely. Tetapi harap sahkan dulu betulkah itu yang
dikatakan. Saidina Ali dilantik bukan atas dasar kronisme tetapi atas
dasar kemampuan beliau. Tidak salah melantik menantu dan sesiapa
sekalipun asalkan perlantikkan itu atas dasar kemampuan dan bukan atas
dasar hubungan kekeluargaaan dan persahabatan. Di antara kaedah yang
digunakan untuk menentukan perlantikkan adalah atas dasar kemampuan dan
bukan hubungan ialah pihak berkepentingan tidak boleh terlibat dalam
membuat keputusan dan perlu mengistiharkan kepentingan beliau.

insyaAllah kita bersambung... male ni kawe ke kelate...

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Posted by Khalid Samad

Fakta 'terkejut' mengenai PDRM - Nak Sangkal Lagi Ker

Mr. Izhak Naskar & Dr. Ido Schechter ketika pelancaran bursa saham
syarikat TIS di Bursa Saham Tel Aviv

Tulisan di bawah ini diperolehi dari penghantar email / orang sumber
yang sama yang telah mendedahkan maklumat mengenai PDRM dan agen Zionis.
Diperturunkan di sini maklumat lanjut dari pendedahan awal tempoh hari.

Singapura
Republik ini walaupun kecil tetapi taringnya lebih besar dari Harimau
Malaya. Maka tidak hairanlah jika ada orang mengatakan jika Malaysia
berperang dengan Singapura maka Malaysia akan kalah.Sejauh manakah
kebenaran kata-kata ini?

Ianya memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir
keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui tali barut-tali barut di
Malaysia. Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 %
dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura.

Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura
Dalam menguruskan sistem keselamatan negara, salah satu aspek penting
ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara pejabat persekutuan dengan
ibu pejabat negeri. Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting
kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka
strategi rahsia keselamatan negara.

Namun sekarang, ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki
sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem
komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di
Singapura. Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos
2008 (Selasa)

Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM
Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari
analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft
(M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H). Syarikat ini adalah milik penuh
kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. yang berpengkalan di
Singapura.
Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion
tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta. Apa yang mencurigakan ramai
penyelidik ialah 'individu' yang bertanggungjawab membina sistem itu.
Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang
berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel
bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah
kita menganggap ini suatu kebetulan? Paling membimbangkan ialah Izhak
bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah 'pakar' sistem
komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan
Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan
berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga
1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi
PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor
56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang
bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama
Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah
bukannya tentera pencen. Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil
orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak? Bukankah
lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian
pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel .

Penguasaan Singapura dan Israel di Malaysia
Seperti yang didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun
berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri. Tetapi kita harus
ingat perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan
Yahudi ke atas Malaysia.

Kerja-kerja penguasaan Israel ini disambung pula oleh Khairy Jamaludin
apabila bertungkus lumus menjual saham Pantai Holding kepada Parkways
Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal iaitu Richard Blum.

Isu-Isu yang perlu diberi perhatian
Penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways
Holding. Jumlah saham sebanyak 31 peratus. Penjualan saham Telekom
sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding. Syarikat
MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di
Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu
DiGi.

Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3
sen untuk 1000 gelen. Untuk menampung keperluan air rakyat Johor,
kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen
untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura.
Dikhabarkan sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF)
sentiasa diserang hacker dari luar negara

Kesimpulan
Sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel.
Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar
siam dengan ketenteraan Israel. Apabila keberkaitan ini berlaku maka
harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba
menguasai ekonomi Malaysia.

Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai
ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto. Orang-orang Israel
adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi
dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat
keputusan sesebuah negara.

Walaupun pemimpin dipilih rakyat dan pemimpin akan mengikut kehendak
rakyat, namun putaran itu akan kembali semula kepada penentu kemajuan
ekonomi negara iaitu pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam negara.

by cheguBard

Yahudi mana nak nasihat kata yahudi pengganas?
Semalam semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri
salah satu daripada perkara yang muncul didalam item peruntukan sebanyak
RM 28350000.00 yang digunakan untuk FBC Media (UK) Limited yang mana
bila kita semak adalah bertujuan untuk mempromosikan Malaysia kepada
luar agar luar melihat Malaysia sebagai pro bussiness, pro pelaburan,
pro reform dan anti terrorism.
Bila semak pula siapa yang bersiap sedia menjalankan kerja-kerja FBC
Media ni, rupanya tak lari daripada APCO worldwide juga dimana mereka ni
yang telah diketahui terdiri dari kalangan peisik tentera Air force
Israel dan programmer Yahudi Israel yang disebut oleh Ketua Pembangkang
telah diambil bertugas menukarkan sistem analog PRS di Bukit Aman kepada
sistem digital.
Nampaknya benda ni dah berlaku sejak lama dah, mungkin dah berlambak
rahsia negara terlepas kenegara Israel agaknya melalui syarikat ni. Tu
kot Menteri Pertahanan kata kebocoran maklumat hari tu dalam dewan tu.

Umum mesti tahu siapakah programmer ini .
semua maklumat boleh dilihat disini.
Ana sempat celah bila Pokok Sena bahas kata mereka inilah yang terbit
dengan ungkapan bahawa Sayyid Qutb sama jahat saperti Hitler dan
menganggap Ikwanul Muslimin sebagai terroris.
Ana kata apakah kita harap bila mengambil orang yang kata Pejuang Islam
itu pengganas saperti Ikhwan dan Sayyid Qutb itu akan menasihatkan
kerajaan Malaysia bahasa yang maha penggagan di dunia ini adalah Israel,
bapak segala pengganas, itu pengganas. Tentu tidak, maknanya tentulah
nasihat mereka sesuai dengan 4 perkara tadi iaitu anti terrorism
bermakna mengecam pejuang islam sebagai pengganas sesuai dengan sikap
Yahudi israel mereka.

Comment by PAC chairman on involvement of Israel in accessing
information in August 2008

During the Public Accounts Committee Meeting on 11 August 2008, to
discuss the performance of Khanazah Nasional, the PAC chairman himself,
Dato Seri Azmi Khalid made a comment prior to the arrival of TS Azman
Moktar with regards to an Israeli "perolehan". Apparently he admitted
that Israel potentially have access to our information.

By Abd Rahman

Tuan Pengerusi: PAC ini sudah menjadi macam satu focal point kepada
rakyat mendapat apa yang dikatakan maklum balas dan diharapkan kita lah
membantu mengatasi, although we have no executive power tapi kita ada
suara yang didengari oleh kerajaan. Namun secara umum itu susah, we can
zoom to specifics. Kalau ada yang spesifik macam visa on arrival is very
specific. Kelulusan seperti Yang Berhormat bagi Gelang Patah sebut, ia
ada spesifik.

Macam polis, kalau kita cakap in general, susah...

Puan Roosme binti Hamzah: Latest dia punya perolehan.

Tuan Pengerusi: Ha! Perolehan baru ini yang melibatkan Israel. It's very
scary you know because people have accessed to all our information.
Israel is working together dengan US, they implementing security system
that they want to know everyone around the world. US have privatize dia
punya security system, so everything is privatized termasuk Guantanamo
Bay pun privatize. It's managed by the ex-CIA officers who form
their own company to manage.

MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA DI BILIK MESYUARAT
JAWATANKUASA 1, BANGUNAN PARLIMEN, Isnin, 11 Ogos 2008

Yang Hadir ketika perbincangan:
YB. Dato' Seri Azmi bin Khalid [Padang Besar] - Pengerusi
YB. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] - Timbalan Pengerusi
YB. Puan Tan Ah Eng [Gelang Patah]
YB. Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]
YB. Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed [Pulai]
YB. Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam]
YB. Tuan Alexander Nanta Linggi [Kapit]
YB. Dato Lee Chee Leong [Kampar]
YB. Datuk Wilfred Mojilip Bumburing [Tuaran]
YB. Dato' Kamarul Baharin Abbas [Telok Kemang]
YB. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang]
YB. Dato' Kamarudin Jaffar [Tumpat]
YB. Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]
YBhg. Puan Roosme binti Hamzah [Setiausaha Dewan Rakyat] - Setiausaha

Musa Hassan Jangan Berdalih Siasat Kaitan Israel Dalam Projek IT PDRM

Oleh Faizal Ezzany

KUALA LUMPUR 8 April - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
menegaskan supaya pihak polis meneruskan siasatan berhubung pembabitan
syarikat berkepentingan Israel dalm projek IT PDRM berdasarkan kepada
bukti yang sedia ada bukan mengeluarkan kenyataan meminta beliau
menyerahkan bukti untuk membantu siasatan.

"Tan Sri Musa Hassan telah meminta saya untuk memberi keterangan supaya
beliau boleh memulakan siasatan. Pertama kali saya ingin menyuruh beliau
merujuk kepada hansard ucapan saya yang telah dikeluarkan untuk rujukan
umum kerana disitu sudah cukup bukti. Oleh kerana beliau telah menyebut
maka saya ingin menyatakan kembali bukti-bukti tersebut.

"Beliau boleh merujuk surat Pengarah Logistik Polis kepada Penasihat
Undang-undang Kementerian Dalam Negeri bertarikh 7 Januari 2009, surat
Pengarah Logistik Polis kepada Ketua Setiausaha bertarikh 3 Disember
2008, serta laporan yang telah dibuat oleh Pengarah Jabatan logistik
melalui surat kepada Ketua Pengarah Bahagian Pencegahan Rasuah (BPR)
sekarang SPRM.

"Laporan itu menyebut antara kaitan Asiasoft Sdn Bhd dengan Israel,
menyebut pemegang saham Asiasoft dan pengarah syarikat yang mempunyai
kaitan dengan perisik Israel," jelas Anwar pada sidang media di Palrimen
tengahari tadi.

Selain itu juga beliau juga menjelaskan ada laporan polis telah dibuat
tentang penglibatan tersebut.

"Laporan polis Dang Wangi, no report 0337776/2008 yang telah dibuat oleh
ASP Abdullah Suhaimi Daud dari Bahagian Unit Perundangan dan Pendakwaan
pada 28 November 2008, telah menyebut tentang Syarikat Masterplan
Consulting Sdn Bhd yang melantik sub kontraktor Asiasoft yang
didaftarkan di Tel Aviv, Israel.

"Selain itu juga pada 11 Ogos 2008, mesyuarat PAC Datuk Seri Azmi Khalid
ada menjelaskan dalam perolehan baru ada penglibatan Israel dan ini
suatu yang menakutkan kerana Israel bekerjasama dengan Amerika Syarikat
(AS) dan mereka telah melaksanakan sistem keselamatan dengan tujuan ini
mendapat semua maklumat seluruh dari seluruh dunia," katanya lagi.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga menyambung laporan terbaru
dikeluarkan oleh akhbar Suara Keadilan jelas mengatakan ada pertemuan
antara APCO dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan bukti ini boleh
dirujuk kepada laman sesawang KDN.

"Saya ingin menegaskan agar Musa Hassan menyambung kembali siasatan yang
telah dibuat pada tahun 2008 tetapi telah terbantut yang tidak diketahui
sebabnya, jadi apa tunggu lagi dengan banyak persoalan siasat sahaja
jangan jadi macam Utusan Malaysia yang memutar belit berita selain
menuduhkan kita mempertikaikan soal keselamatan negara," tegas Anwar.

AMK Minta ZulKulim Henti Tindakan Ala Syaitannya

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mendesak Ahli Parlimen (AP) Kulim
Bandar Baharu, Zulkifli Nordin menghentikan sikap dan tindakan ala
syaitannya itu.

Berikutan siri 'pendedahan' Zulkifli yang mengaitkan pihak ketiga dalam
kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu, media pro-Barisan Nasional (BN)
seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian kini galak menyiarkan
pendedahan AP Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim.

Beliau kononnya telah dimaklumkan oleh Zulkifli bahawa pihak ketiga yang
dimaksudkan ialah Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar
Ibrahim.

AMK menerusi ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin telah memberikan
respon terhadap perkara itu.

"Itu sama sekali berbeza dengan apa yang diceritakan oleh Zulkifli
melalui wawancara Suara Keadilan Julai 2007 di mana beliau menegaskan
bahawa penarikan diri beliau adalah disebabkan oleh tindakan Azilah yang
mahu mengubah strategi pembelaan di saat akhir meskipun sebanyak 12 sesi
konsultansi diadakan di antara beliau dan Azilah.

"Strategi Azilah, disifatkan Zulkifli, merosakkan strategi pembelaan
yang dirancang lebih awal yang hanya memberi kelebihan dan perlindungan
kepada 'pihak ketiga'," ujar Shamsul Iskandar dalam satu kenyataan
medianya kepada erapakatan.com.

AMK mengegaskan sikap memutar belit cerita dan menimbulkan keraguan yang
tidak munasabah adalah hanya satu unsur munafik yang menghampiri sikap
syaitan.

Zulkifli pada 23 Mac 2010 yang lepas mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa
beliau ditawarkan ganjaran yang disifatkannya boleh menggoyah iman untuk
mengaitkan Perdana Menteri, Najib Razak, dan isteri, Rosmah Mansor oleh
'pihak ketiga' yang tidak didedahkan.

Menurut Shamsul, Zulkifli sebagai seorang peguam, secara jelasnya
menghina mahkamah dengan membenarkan kenyataan subjudis yang boleh
mengganggu perjalanan mahkamah, dalam keadaan rayuan bagi kes ini masih
berjalan.

Bagi Shamsul, apa yang menjadi persoalan adalah kenapa Zulkifli acapkali
memberikan kenyataan yang samar dan meragukan?

"Sewajarnya sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab, beliau harus
mendedahkan siapa pihak ketiga yang dimaksudkan sedari awal lagi,
bukannya mewujudkan dua versi cerita yang berbeza mengikut iktikad
politik beliau," menurut kenyataan Shamsul itu lagi.

Zulkifli sebelum ini tidak pernah mendedahkan sebarang nama pun, baik
dalam cerita 'pihak ketiga' ini termasuklah seloka 'Firaun Kecil' yang
menjadi mainan hujah beliau saban waktu.

Shamsul menyimpulkan bahawa, Zulkifli harus berhenti daripada meneruskan
sikap berdolak-dalik seumpama ini. Jangan cemarkan imej Islamik yang
dibawa beliau ke sana sini kerana ianya hanya menghampiri sikap syaitan
yang sesat lagi menyesatkan umat manusia seluruhnya. -erapakatan

PRK Hulu Selangor: PKR Ada Kelebihan – Khir Toyo

SABAH DAILY

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR)
mempunyai kelebihan dalam pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor 25
April ini kerana berjaya memainkan isu-isu perkauman khususnya untuk
menarik pengundi Melayu.

Selain itu, bekas menteri besar Selangor berkata, 16,964 pengundi Cina
iaitu 26.3 peratus daripada 64,500 pengundi yang mengundi PKR dalam
pilihanraya umum lalu belum kembali kepada Barisan Nasional (BN).

Khir Toyo yang juga bekas pengerusi perhubungan Umno Selangor itu
berkata, PKR telah memainkan isu perkauman apabila mendesak BN supaya
meletakkan calon Melayu di parlimen tersebut.

"PKR yang rasis telah membuat provokasi kepada Umno supaya meletakkan
calonnya kerana PKR akan meletakkan calon Melayu.

"Banyak penyokong Umno sudah termakan isu dan kemungkinan besar mereka
akan mengundi parti pembangkang yang meletakkan calon Melayu.

"PKR boleh letak calon Melayu tetapi jika BN letak calon Umno, maka
orang tidak akan percaya lagi kepada parti itu," katanya ketika diminta
mengulas keputusan BN untuk meletakkan calon MIC dalam pilihanraya Hulu
Selangor.

Semalam semasa menutup Kovensyen BN Selangor di Shah Alam, Perdana
Menteri yang juga Pengerusi BN negeri mengumumkan BN akan meletakkan
calon dari MIC.

Sebelum ini, ada ura-ura Umno mahu meletakkan calonnya bekas Menteri
Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib bertanding di kerusi
tersebut.

Mengulas perkara tersebut, Dr Khir yang kini Adun Sungai Panjang
berkata, dakwaan tersebut merupakan provokasi yang dibuat oleh PKR
bertujuan untuk memecahbelahkan undi Melayu.

"Umno tidak boleh bertanding di situ kerana ia merupakan kerusi tradisi
MIC.

Jika Umno meletakkan calonnya, orang tidak akan percaya lagi kepada
parti Melayu itu," tambahnya.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata, daripada kira-kira 32,000
pengundi Melayu, 15,000 merupakan penyokong PAS dan Umno hanya 17,000
orang.

Beliau menambah, sehingga ini pengundi Cina yang menyokong pembangkang
dalam pilihanraya umum 2008 belum kembali ke pangkuan BN.

"Saya rasa pengundi Cina akan menjadi penentu kemenangan kali ini,"
katanya.

Dr Khir juga berkata, kerajaan Selangor akan menggunakan semua jentera
kerajaan untuk membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat.

Katanya, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim telah membuka sebuah
pejabat di Hulu Selangor sebagai persiapan menghadapi pilihanraya kecil
itu.

"Dia (Khalid) tidak pernah melawat Hulu Selangor tetapi oleh kerana
adanya pilihanraya (kecil) beliau telah mengadakan mesyuarat exco dan
saya difahamkan meluluskan berjuta-juta ringgit untuk penduduk di
kawasan parlimen tersebut.

"Khalid sudah mula tabur janji dan projek untuk penduduk Hulu Selangor,"
tambahnya lagi.

Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang dari PKR,
Datuk Zainal Abidin Ahmad baru-baru ini.Dalam pilihanraya lalu, Zainal
mengalahkan calon MIC, Datuk G Palaninel dengan majoriti 198 undi.

PKR dijangka meletakkan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Zaid Ibrahim bertanding di situ.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan 17 April sebagai hari penamaan
calon dan 25 April hari mengundi. -FMT
Dicatat oleh ELBI RISALAH

Menjana ekonomi dengan judi sukan?

Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) mempersoalkan tindakan Perdana Menteri
Malaysia, Najib Razak yang telah mengemukakan cadangan agar membenarkan
Judi Sukan di Malaysia sempena FIFA World Cup 2010 yang akan berlangsung
di Afrika Selatan Jun nanti. Beliau berkata ketika menjawab solan
pemberita ketika menghadiri Persidangan Pelaburan Asia Credit Suisse
ke-13 2010 di Hong Kong tempohari.

DPPP merasakan adalah lebih memalukan apabila perkara ini dibangkitkan
oleh Ahli Parlimen Rasah yang beragama Kristian, Anthony Loke Siew Fook
(gambar kiri) pada sidang media di lobi parlimen. Sebagai seorang yang
mengaku seorang yang beragama Islam, Perdana Menteri sepatutnya lebih
prihatin terhadap perkara ini.

DPPP juga mendesak Najib Razak agar jangan berdiam diri sebaliknya perlu
segera menjelaskan pendirian beliau terhadap isu ini yang mana jelas
bercanggah dengan syariat Islam memandangkan ini boleh menjejaskan imej
Malaysia yang sebelum ini terkenal dengan slogan "Islam Hadhari" serta
meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

DPPP juga mencabar Pemuda UMNO dan NGO-NGO agar menyatakan pendirian
mereka terhadap kenyataan ini. Jangan hanya berani bertindak jika ianya
melibatkan Pakatan Rakyat tetapi "menikus" apabila melibatkan UMNO dan
Barisan Nasional. Sekiranya Judi Sukan ini diteruskan, akan menyebabkan
mutu sukan di negara kita merosot disebabkan perbuatan mengatur
perlawanan di kalangan "taukeh-taukeh" judi seperti mana yang berlaku di
dalam Liga Bolasepak Malaysia di era 1990-an dahulu.

Ini juga menjadi punca terjejasnya kepercayaan di kalangan peminat
sukan. Bayaran yang dibuat kepada individu tertentu juga akan
menyebabkan hubungan di antara rakan sepasukan terjejas. Selain itu
berjudi juga dilarang di dalam mana-mana agama. Justeru itu, DPPP
secara lantang mendesak agar kenyataan itu ditarik balik kerana ini
jelas boleh merosakkan masyarakat Malaysia umumnya dan akhlak umat Islam
khasnya.

*Kenyataan media oleh Nasrudin Hassan Tantawi selaku Ketua Dewan Pemuda
PAS Pusat.

Jadi jutawan kutip tin kosong dan makan sisa makanan di tong sampah

Sayang kekayaan itu dikumpul tetapi tak boleh dibawa mati. Akhirnya
di mati sebagai seorang pengutip tin kosong, sedangkan saudara maranya
sibuk berebutkan harta. Beginilah hidup kita manusia. Ketika sudah mati,
orang lain sibuk merebut harta warisan yang tak habis kita
nikmati…..

SKELLEFTEA, Sweden – Seorang lelaki berumur 60 tahun di sini
memiliki kekayaan rahsia lebih AS$1.6 juta (RM5.21 juta) menerusi
pelaburan di pasaran saham dengan cuma bermodalkan wang yang diperoleh
daripada mengutip dan menjual tin kosong, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu, Curt Degerman yang digelar Kurt Tin Kosong, meninggal dunia
18 bulan lalu manakala saudara-maranya bertengkar berhubung siapa
sepatutnya mewarisi kekayaannya.

Sejak 40 tahun lalu, Degerman dipandang rendah oleh masyarakat kerana
menyara hidupnya dengan menyelongkar tong-tong sampah untuk mencari tin
kosong dan menjualnya di sebuah loji kitar semula.

Bagaimanapun, setelah dia meninggal dunia semasa berusia 60 tahun akibat
serangan jantung, saudara-maranya mendapati dia memiliki wang AS$1.1
juta (RM3.58 juta) dalam satu akaun bank Switzerland.

Mendiang turut menyimpan jongkong emas bernilai kira-kira AS$378,000
(RM1.2 juta) selain wang AS$1,358 (RM4,428) di rumahnya.

Di sebalik penampilannya yang selekeh, Degerman sebenarnya seorang
pelabur aktif dalam pasaran saham antarabangsa.

Selain memakan sisa makanan daripada tong sampah dan memakai sehelai kot
kotor, dia akan meluangkan masa di perpustakaan awam pada setiap hari
untuk mengkaji berita kewangan di akhbar.

"Dia pergi ke perpustakaan setiap hari kerana tidak membeli akhbar.
Di perpustakaan itu, dia membaca akhbar kewangan Dagens Industri,"
kata seorang sepupunya.

"Dia amat arif tentang pasaran saham," tambahnya.

Jutawan itu disifatkan saudara-maranya sebagai seorang kanak-kanak
genius yang berhenti sekolah kerana krisis peribadi.

Kekayaan lelaki itu akhirnya dikongsi oleh dua sepupunya dalam satu
penyelesaian di luar mahkamah.

Kenyataan media : PAS Reform bersedia letak calon PRU13

Oleh : AdukaTaruna

Kenyataan Media PAS Reform
9 April 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Ego.

Prinsip PAS Reform membela maruah dan setiap helai undi penyokong PAS
dan komponen Barisan Rakyat yang lain.

Adalah satu yang melukakan apabila setiap helai kepercayaan dan maruah
pengundi dikhianati parti komponen Barisan Rakyat seperti mana yang
terjadi muktahir ini. Sangat-sangat melukakan. Menginjak-injak,
memijak-mijak maruah intelek para pengundi.

Kami, PAS Reform telah lama mencadangkan dan mendesak, bahawa, di mana
kerusi yang telah berlaku pengkhianatan tersebut, supaya menyerahkan
kepada rakan komponen Barisan Rakyat lain sebagai satu sifat
bertanggungjawab kepada maruah dan kepercayaan para pengundi.

Sebagai contoh, di Pasir Mas, seluruh pengundi bebas yang memilih
Barisan Rakyat dan seluruh pengundi PKR dan DAP (jika ada), telah
dikhianati oleh PAS melalui Ibrahim Ali. Ini sangat melukakan pengundi
di situ. Maruah yang telah dipijak dan diludah dengan hina.

Seluruh ahli PAS berdaftar Pasir Mas / Kelantan dan pemimpin PAS Pasir
Mas / Kelantan harus bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Salah
tetap salah, benar tetap benar. PAS harus bertanggungjawab terhadap
pengkhianatan yang berlaku terhadap pengundi PKR di situ. Terhadap
pengundi bebas anti-BN di situ. Dan juga bertanggungjawab terhadap
pengundi DAP sekiranya ada di situ.

Jadi, jika mengikut sifat intelek dan professional yang setaraf negara
maju, pertama, PAS perlu memohon maaf secara rasmi. Keduanya, serahkan
tanggungjawab kepada rakan lain sebagai rasa bertanggungjawab terhadap
segala maruah dan kepercayaan mereka. Dan sekiranya dia juga turut
gagal, barulah tuntut semula.

Di sini, kami menyenaraikan kerusi-kerusi yang telah berlaku
pengkhianatan yang di maksudkan.

Nama kerusi.


Nama parti yang mengkhianat pengundi.

Parti komponen BR yang berhak mendapat kerusi sebagai sifat
bertanggungjawab atas pengkhianatan.
Parlimen Pasir Mas
(Ibrahim Ali)

PAS

PKR atau DAP. PKR lebih sesuai berdasarkan pecahan pengundi.
DUN Behrang
(Jamaluddin Radzi)

PKR

PAS atau DAP. PAS lebih sesuai berdasarkan pecahan pengundi.
DUN Jelapang
(Hee Yit Foong)

DAP

PKR atau PAS. PKR lebih sesuai berdasarkan pecahan pengundi.
DUN Changkat Jering
(Kapt (B) M. Osman Jailu)

PKR

PAS atau DAP. PAS lebih sesuai berdasarkan pecahan pengundi.
Parlimen Kulim-Bandar Bharu
(Zulkifli Nordin)

PKR

PAS atau DAP.
DUN Perlabuhan Kelang
(Badrul Hisham Abdullah)

PKR

PAS atau DAP.
Parlimen Bagan Serai
(Mohsin Fadzli Samsuri)

PKR

PAS atau DAP. PAS lebih sesuai berdasarkan pecahan pengundi.
Parlimen Bayan Baru
(Datuk Zahrain Mohd Hashim)

PKR

PAS atau DAP.
Parlimen Nibong Tebal
(Tan Tee Beng).

PKR

PAS atau DAP.
DUN Lunas
(Mohd Radzhi Salleh)

PKR

PAS atau DAP. PAS lebih sesuai berdasarkan pecahan pengundi.
DUN Ngemah
(Gabriel Adit Demong Rabu)

PKR

PAS atau DAP. DAP lebih sesuai kerana faktor kelemahan PAS di Sarawak.

Masalah kekuatan spiritual calon PAS Reform.

Secara keseluruhan kenyataan media ini adalah membicarakan kekuatan
dalaman satu-satu calon dalam menjaga dan menghormati maruah intelek
pengundi Malaysia. Dan kumpulan PAS Reform adalah satu kumpulan pendesak
yang menjaga kepentingan pengundi.

Secara berterus-terangnya, seandainya parti sebaru dan semuda PKR pun
gagal menyediakan calon yang benar-benar layak, apatah lagi kumpulan
semuda kami. Kami tahu persoalan ini kerana kami juga pengundi seperti
anda.

Jadi, untuk itu, seandainya diizinkan Allah untuk PAS Reform meletak
calon di mana-mana kerusi di atas (mengikut turutan kepentingan dan
kemampuan), kami akan memilih calon dari anggota PAS Reform segar, muda,
bijak dan licik, yang telah lama mendapat pentarbiyahan PAS. Itu janji
kami. Insyallah. Diulangi sekali lagi, kepentingannya di sini, jika
diizinkan Allah, kami akan meletakkan calon yang telah lama mendapat
didikan pentarbiyahan PAS.

Untuk itu, kami, PAS Reform, bersetuju untuk bergerak dalam melaksanakan
perancangan meletakkan calon di kerusi-kerusi pengkhianat (mengikut
turutan kepentingan dan kemampuan), seandainya parti-parti pengkhianat
tersebut enggan bertanggungjawab. Enggan tunduk kepada maruah pengundi.

Melancarkan tabung dana.

Dengan ini, demi maruah pengundi Malaysia, demi intelek pengundi
Malaysia, PAS Reform akan melancarkan Tabung Dana Pilihanraya dalam masa
sedekat yang termampu. Tabung ini akan dikendalikan oleh seorang anggota
PAS Reform yang dilantik dan diumumkan secara awam.

Jadi, kami memohon kepada seluruh pengundi Malaysia untuk menyumbang
kepada perjuangan ini. Dan juga, perlu dijelaskan, Tabung Dana ini akan
dilancarkan selepas Projek Langgar Hadi 2010 terdekat ini. Insyaallah.

AdukaTaruna
Kumpulan PAS Reform.

Ketua Wanita MCA baru mampu bawa Wanita ke depan
09/04/2010 3:43pm

KUALA LUMPUR 9 April - Ketua Wanita MCA yang baru Datuk Yu Chok Tow
diyakini mampu menyatupadukan sayap parti itu serta membawa pergerakan
itu terus mara ke hadapan, kata Setiausaha Agung Wanita MCA Senator Heng
Seai Kie.

"Kita mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap pimpinan Datuk Yu dalam
memimpin wanita untuk terus maju ke hadapan di bawah pimpinan baru MCA
demi kepentingan Barisan Nasional (BN)," kata Heng yang juga
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu.

Beliau berkata, Wanita MCA menerima keputusan yang dibuat Datin Seri
Paduka Chew Mei Fun untuk meletak jawatan sebagai Ketua Wanita MCA
walaupun berat hati untuk melepaskan beliau sebagai pemimpin sayap itu.

"Keputusan yang dibuat oleh Chew bukan secara tergesa-gesa tetapi
selepas beliau membuat penelitian perkembangan yang menyeluruh,"
katanya ketika diminta mengulas mengenai peletakan jawatan Chew semalam
setelah melancarkan Pameran Pendidikan Smart Kid 2010, di sini hari ini.

Chew semalam meletak jawatan sebagai Ketua Wanita MCA serta Timbalan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Senator bagi
mengotakan janjinya untuk berbuat demikian jika Datuk Seri Dr Chua Soi
Lek menjadi Presiden MCA. - Bernama

Warga Myanmar dihukum gantung kerana bunuh kekasih isteri

SHAH ALAM: Seorang pengawal keselamatan warga Myanmar dihukum gantung
sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati
bersalah membunuh teman lelaki isterinya, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas menolak
pembelaan tertuduh, Mohd Naki Mohd Yusuf, 44, yang didapati bersifat
penafian semata-mata.

Tertuduh didapati bersalah membunuh Nowshad, 27, yang juga warga
Myanmar, di kilang Sin Guan Huat, Jalan Perusahaan 3, Beranang, Kajang,
kira-kira jam 9.30 malam, 14 April 2007.

Pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan
hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mangsa dipercayai telah meninggal dunia beberapa minggu sebelum mayatnya
dijumpai dalam sebuah tangki air di tempat kejadian pada 20 Mei 2007.

Hasil bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia kerana kecederaan
otak dan kepala akibat dipukul.

Seramai 22 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang
perbicaraan sementara pihak pembelaan mengemukakan seorang saksi.

Dalam penghakimannya, Mohtarudin berkata berdasarkan keterangan saksi,
ada bukti menunjukkan bahawa perkahwinan tertuduh dan isterinya
kucar-kacir dan isteri tertuduh juga rapat dengan mangsa.

Selain itu, beliau berkata, seorang daripada saksi yang merupakan anak
lelaki tertuduh dalam keterangannya memberitahu beliau terdengar
pertengkaran yang kuat antara tertuduh dan mangsa di rumah tertuduh
selain ternampak tertuduh memukul mangsa menggunakan besi.

"Tahap cemburu dan tahap menangani cemburu adalah berbeza mengikut
individu.

Mahkamah juga mendapati keterangan yang bersifat penafian semata-mata
bukanlah pembelaan.

"Justeru itu saya menolak pembelaan tertuduh. Di bawah Seksyen 302 Kanun
Keseksaan tidak ada pilihan lain melainkan hukuman mati," katanya.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar
sementara Mohd Naki diwakili peguam Ahmad Nizam Mohamed.-Bernama


Messages in this topic (1)

Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
• Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
• Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
• Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com

------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/

<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
dunia-politik-normal@yahoogroups.com
dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

------------------------------------------------------------------------

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com