20100415

Khairy cakap macam Samy nak kena kencing pun

PIHAK-PIHAK dalam Barisan Nasional (BN) yang mengugut untuk keluar parti jika tidak dipilih menjadi calon diminta supaya menghentikan perbuatan itu demi kepentingan dan keharmonian parti.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata ugutan seumpama itu boleh disifatkan bukan hanya ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN bahkan kepada keseluruhan parti.

"Saya rasa tidak senang bila ada ugutan kepada BN, apabila ada ugutan kata kalau calon ini tidak dipilih parti ini akan keluar, parti ini akan boikot, parti ini akan tutup bilik gerakan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini Rabu.

Khairy, yang juga Pengerusi Pemuda BN, berkata semua pihak sewajarnya menunggu pengumuman penamaan calon BN untuk kerusi Hulu Selangor bagi pilihan raya kecil di situ 25 April ini, dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin esok.

"Saya yakin siapa sahaja yang dipilih, yang pasti (calon) adalah dari MIC. Yang pasti adalah yang kita janji melalui formula BN akan kita pertahankan, maknanya kerusi ini ialah kerusi MIC," katanya.

Beliau berharap khabar angin kononnya ada bahagian yang akan menutup bilik gerakan dan memboikot pilihan raya kecil itu terbabit tidak berulang pada masa-masa akan datang.

"Cuma maklumat balas sebagai Pengerusi Pemuda BN adalah pengundi di situ mahu calon tempatan dan seorang calon muda. Dulu saya kata calon yang mesra kepada orang muda, lebih tepat lagi mereka nak calon muda dan saya harap calon muda diletakkan di situ," katanya.

Ketika ditanya kemungkinan berlaku kesan negatif sekiranya calon yang diletakkan tidak memenuhi hasrat pengundi dan Pemuda BN, Khairy berkata adalah penting untuk ahli BN menyokong siapa sahaja yang ditampilkan sebagai calon BN di Hulu Selangor.- BERNAMA

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com