20100421

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 2018

There are 2 messages in this issue.

Topics in this digest:

1. PAS: Semua mantan PM kecuali Pak Lah minum arak
From: mr nobody

2. Perang 'botol arak' di dunia siber
From: mr nobody


Messages
________________________________________________________________________
1. PAS: Semua mantan PM kecuali Pak Lah minum arak
Posted by: "mr nobody" yahuu_mailer@yahoo.com.my yahuu_mailer
Date: Tue Apr 20, 2010 3:25 am ((PDT))

PAS: Semua mantan PM kecuali Pak Lah minum arak
Jimadie Shah Othman
Apr 20, 10
3:12pm
BN digesa menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat
Datuk Zaid Ibrahim - dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak -
kerana perkara tersebut "melampau batas" dan menjadi budaya dalam Umno,
parti terasnya sendiri.

Menyifatkan
kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali
mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad
Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.

"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak,
kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum
arak.

"Tetapi empat yang lain ini semua terlibat.
Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang
juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.

Bercakap dalam sidang media di pejabat agung parti itu di ibu negara
tengah hari ini, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada
pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu
"rasuah, judi dan perempuan."

"Kadangkala
empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku
mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu
bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.

Bagaimanapun, Mustafa memberi jaminan, PAS tidak akan mengikut rentak
parti lawan dengan mengambil pendekatan yang sama kerana strategi
tersebut "orang PAS tidak pernah buat".

"Tidak,
tidak, tidak. Maknanya nak beri tahu, kalau PAS nak main isu ini, dah
lama dulu PAS boleh main. Tetapi PAS tak buat, kita jaga etika.

"Tetapi saya nak bagi tahu, kamu (Umno) main isu Zaid ini, kalau kita (PAS) hendak main, kita boleh sebut.

"Ini
apa yang kamu buat dulu, sekarang pun kamu masih terus (terlibat),"
katanya ketika disoal sama ada PAS akan mengikut rentak yang sama
dengan Umno selepas ini.

Ditanya sama ada PAS mahu
menjadikan isu tersebut sebagai "peluru terakhir" dalam pilihan raya
kecil Hulu Selangor kali ini, Mustafa sambil ketawa berkata:

"Tengoklah kalau (mereka) agas (sombong) sangat."

Katanya, isu melibatkan peribadi silam Zaid sengaja dimainkan Umno
kerana parti itu tidak mempunyai sebarang lagi itu untuk "memukul" Zaid.

Mustafa
juga berkata, selain Zaid, dua lagi pemimpin Pakatan yang sering
menjadi mangsa serangan peribadi dalam kali ini, Ketua Pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim
sendiri.

"The Ibrahim brothers (adik-beradik Ibrahim)," guraunya lagi.

Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2. Perang 'botol arak' di dunia siber
Posted by: "mr nobody" yahuu_mailer@yahoo.com.my yahuu_mailer
Date: Tue Apr 20, 2010 3:30 am ((PDT))

Perang 'botol arak' di dunia siber
Nigel Aw
Apr 19, 10
8:20pm
Beberapa pemimpin utama Umno kini turut terkena tempias kepanasan
kempen serangan peribadi terhadap calon PKR Datuk Zaid Ibrahim yang
dikaitkan dengan tabiat minum arak.
Ia
ekoran tindak balas penulis blog pro-Pakatan yang menyiarkan foto yang
dikatakan menunjukkan pemimpin Umno itu, turut melakukan perkara yang
sama.
Dua
blog memulakan 'perang' dengan mendakwa mereka akan menyiarkan bukti
tabiat minum Zaid tengahari ini. Berita tersebut turut disiarkan di
muka depan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Dua blog pro-Umno - Gerakan Anti-PKR dan Pisau.net - masing-masing menyiarkan gambar Zaid meletakkan tangannya atas meja dengan memegang sebotol wiski yang belum dibuka.

Selepas
beberapa jam berlaku, posisi ganjil tangan dan botol tersebut, membuat
warga internet membuat kesimpulan bahawa gambar itu telah diubahsuai.

Gambar asalnya disiarkan pada 2008 oleh portal berita Nut Graph, yang menunjukkan Zaid sedang diwawancara di sebuah restoran, tanpa botol wiski tersebut.

'Gambar menteri dan isteri'

Menurut
artikel Gerakan Anti-PKR, gambar tersebut diberikan oleh 'orang dalam
PKR' dan penulisnya berjanji banyak lagi pendedahan akan menyusul.

Penulisnya
mendakwa dia memiliki lapan lagi gambar dan video selama lapan minit
mengenai tiga pemimpin PKR dalam "situasi yang memalukan".

Dalam reaksi tindakan balas, blog bernama Salt, Pepper and a little kicap menyiarkan satusiri foto yang
dikatakan menunjukan seorang pemimpin kanan Umno yang juga menteri
kabinet, sedang memegang satu tin bir. Foto itu juga menunjukkan isteri
pemimpin Umno tersebut, juga melakukan perkara yang sama.

Artile tersebut kemudiannya dipetik oleh peguam terkemuka Haris Ibrahim dalam blognya, di mana beliau mengecam menteri berkenaan kerana mendakwa Umno tidak terbabit dalam serangan peribadi terhadap Zaid.

Ahli parlimen Kota Belud yang juga bekas setiausaha Pemuda Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan terus menjawab melalui twitternya, mendakwa gambar tersebut telah diubahsuai.
Kemudiannya, satu lagi gambar muncul di internet di mana seorang individu yang kelihatan seperti ahli
parlimen Rembau yang juga ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bersama
dengan seorang lelaki yang tidak dikenali dan dua orang wanita.

Suasananya kelihatan seperti di kelab malm dan mereka duduk di depan meja yang penuh dengan botol minuman keras.

Perkara itu sampai ke perhatian Khairy yang menjawabnya melalui Twitter.
"Apa yang betul? Adakah saya minum apa2 dalam gambar tersebut?" soalnya.
Ketika
dihubungi, ketua penerangan PKR, Latheefa Koya berkata pengedaran
gambar Zaid yang diubahsuai itu dan paparan besar mengenainya oleh Utusan Malaysia, menunjukkan bahawa BN sudah ketandusan idea.

Sebaliknya,
kata beliau, pihaknya tidak mahu tersimpang daripada isu-isu sebenar di
Hulu Selangor dan para penulis blog berkenaan "boleh buat apa sahaja
yang mereka mahu".

Usaha untuk menghubungi Khairy untuk mendapatkan komennya tidak berhasil.

Messages in this topic (1)

Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
• Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
• Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
• Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com

------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/

<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
dunia-politik-normal@yahoogroups.com
dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

------------------------------------------------------------------------

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com