20100418

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 2017

There is 1 message in this issue.

Topics in this digest:

1. Berita, Blog & Web Dunia Politik 17 April 2010
From: dunia-politik@yahoogroups.com


Message
________________________________________________________________________
1. Berita, Blog & Web Dunia Politik 17 April 2010
Posted by: "dunia-politik@yahoogroups.com" dunia-politik@yahoogroups.com pdniaga
Date: Sat Apr 17, 2010 4:32 am ((PDT))

Dunia-Politik.blogspot.com <http://dunia-politik.blogspot.com/>
Get the latest info on Dunia Politik direct. Analisa Politik. Informasi
tentang parti-parti Politik dan keadaan politik di segenap pelusok
dunia. Home · Messages. Members Only; Post; Files; Photos; Polls;
Promote ? Already a member? Sign in to Yahoo! ...

Memperingati 6 Tahun Kembalinya asy-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi

Pulangnya asy-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi

oleh PROF MADYA DR HAFIDZI MOHD NOOR

Kita sering tercari-cari siapakah dalam kalangan manusia pada hari ini
yang wajar dijadikan contoh ikutan dalam perjuangan menegakkan kalimah
al-Haq. Kita mahu mencontohi beliau baik dari sisi istiqamahnya, baik
dari segi tsabatnya, baik dari segi jihad, kesungguhan dan
pengorbanannya. Nah, salah seorang daripada insan yang pernah memiliki
sifat-sifat ini ialah asy-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi. Pada 17 April
2010 ini genaplah enam tahun asy-Syahid meninggalkan kita semua. Beliau
dibedil oleh helikopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu
Hellfire yang juga telah mengambil nyawa asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin
dua puluh enam hari lebih awal.

Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga
selepas waktu Isyak, beliau dengan hati penuh harap berkata,
“Semoga Engkau masukkan kami ke dalam syurga mu ya Allah. Inilah
puncak harapanku…�

Tidak berapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi
ledakan. Ternyata helikopter Apache telah siap menunggu dan
menganugerahkan apa yang didambakan oleh asy-Syahid. “Ia adalah
kematian sama ada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah
sama ada dengan Apache atau sakit jantung. Dan aku memilih
Apache..�

Bukti bahawa asy-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar daripada
senyuman yang menguntum di bibirnya dan darah yang terus mengalir
setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum kasturi. Semua
yang hadir menziarahi jenazah asy-syahid yang mulia melihat kebesaran
Allah dan benarnya janji Allah dan Rasul-Nya,

“Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan
mereka hidup dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya.�

Pendirian Asy-Syahid Abdul Aziz Rantisi terhadap perjuangan, cintanya
terhadap tanah airnya bumi Palestin dan Baitul Maqdis yang suci telah
sedia kita maklumi. Dia mengabdikan seluruh hidupnya untuk jihad dan
untuk al-Quds. Inilah yang digambarkan oleh isteri asy-Syahid Ummu
Muhammad, beliau adalah gambaran ayat Allah, “Sesungguhnya tidak
dijadikan manusia dan jin melainkan untuk menyembah Dia.�

Sebagaimana juga asy-Syahid Syeikh Ahmad Yasin yang mendahului beliau,
Israel tidak pernah berasa aman dengan beliau yang tidak pernah mengenal
erti mengalah dan lemah. Tidak seperti pemimpin-pemimpin Palestin
sekular yang siap untuk menggadaikan prinsip dan tanah air atas nama
rundingan damai, asy-Syahid Abdul Aziz Rantisi tidak pernah berganjak
dari keyakinan bahawa bumi Palestin tidak mungkin ditukar ganti dengan
apa pun. Pilihan yang ada pada Israel hanya satu iaitu keluar dari bumi
Palestin yang mereka jajah dan kembalikan hak rakyat Palestin yang
mereka rampas. Jika mereka gagal untuk melakukan ini maka bersedialah
untuk berhadapan dengan api jihad yang akan terus bersemarak membakar
jiwa-jiwa para mukmin sehingga akhir.

Hasrat Zionis untuk melihat lumpuhnya HAMAS dengan terbunuhnya dua
pemimpin utama dalam selang empat minggu meleset sama sekali. Bahkan
kematian dua tokoh ini menyuburkan lagi jihad di bumi Palestin. Kini
setelah enam tahun kedua-dua mereka meninggalkan kita, Palestin terus
berdiri teguh berhadapan dengan segala macam kekuatan yang ditalakan
dunia ke atas mereka. Bukan sahaja mereka diperangi oleh senjata-senjata
terkini bahkan mereka dikepung dan di kelilingi oleh tembok-tembok
kematian serta dikhianati pula oleh saudara-saudara seagama yang
bersekongkol dengan musuh-musuh untuk mencengkam Gaza dan tanah suci
al-Quds. Inilah karamah yang terbit daripada kehebatan asy-Syahid Syeikh
Ahmad Yassin dan asy-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.

“Di belakang seorang lelaki yang agung pastinya seorang wanita
yang mulia�, demikianlah ungkapan yang disebut kepada isterinya
Ummu Muhammad. Namun Ummu Muhammad segera menyanggah kata-kata ini.
Sebaliknya beliau memuliakan ibu asy-Syahid yang mana di atas didikan
kemuliaan dan kehebatan daripada almarhumah ibunyalah lahir asy-Syahid
Abdul Aziz Rantisi.

Beliau digambarkan oleh isterinya sebagai seorang suami, ayah dan datuk
yang bukan sahaja melimpah kasih sayangnya terhadap isteri, anak-anak
dan cucu-cucu bahkan kasih sayang itu akan segera diluahkan sebaik
sahaja ada ruang dan kesempatan. Bahkan ketika dikelilingi oleh tugasan
yang banyak termasuk ketika melayan para tetamu dan wartawan beliau akan
berhenti sebentar untuk menegur anak-anaknya dengan penuh kemesraan.
Lantaran itu tidak seorang pun daripada anak-anaknya dan cucu-cucu (14
orang semuanya) yang tidak merasakan kemesraan ayah dan datuk mereka
sehingga mereka semua bercita-cita untuk mengikuti jejak langkah
asy-Syahid dalam perjuangan.

Kelembutan asy-Syahid terhadap keluarga digambarkan oleh Ummu Muhammad
dalam satu pengalaman di mana beliau tersinggung peti televisyen
sehingga pecah skrinnya. Beliau begitu bimbang kerana sekatan ekonomi
tidak memungkinkan mereka menggantikan TV yang pecah itu. Tetapi
asy-Syahid yang melihat kebimbangan Ummu Muhammad telah memujuk beliau
dan berkata “Qadarallah maa syafaa’a fa’al�
(Setiap sesuatu itu ada tempoh akhirnya).

Semoga contoh-contoh kecil dari tokoh besar ini membekas di hati kita
semua dan menjadikan kita berjiwa besar dan tidak terikat dengan dunia.
Sesungguhnya membebaskan diri daripada kesempitan dunialah yang
menjadikan seseorang itu mendambakan kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Ketegasannya dalam perjuangan tidak dipersoalkan. Sewaktu asy-Syahid
Abdul Aziz Rantisi diusir bersama 416 orang pejuang oleh Israel di
selatan Lubnan pada tahun 1992, beliau didatangi oleh seorang wartawan
media barat mengajukan soalan “Kenapa HAMAS enggan iktiraf
Israel?�

Jawapan yang diberikan oleh asy-Syahid Abdul Aziz Rantisi meninggalkan
wartawan tersebut sendiri kebingungan. “Israel yang mana? Israel
1948? Atau Israel 1967? Atau Israel 1981? Atau Israel 1993? Atau Israel
2000?�

Hakikatnya, Israel adalah entiti palsu yang tidak punya sebarang
sempadan yang hakiki. Bagaimana mahu mengiktiraf sebuah negara haram
yang tidak punya sebarang ketentuan sempadan kerana ia didirikan di atas
negara orang lain yang dirompak dan dirampas semahunya dan sekehendak
hati mereka. Lantaran itu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi berikrar
“Israel tidak akan mengenal keamanan. Kami akan memerangi mereka
sehingga Palestin dibebaskan, dibebaskan seluruhnya.�

Inilah gambaran orang-orang beriman yang digambarkan oleh Allah
sunhanahu wataala,

“…Mereka kasih kepada Allah dan Allah kasih kepada mereka,
mereka berkasih sayang sesama mukmin (izillah alal mu’mimin) dan
tegas terhadap golongan kafir (a’izatul alal kafirin), mereka
berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang
mencela…�

Selepas Menipu 1Malaysia, Najib Cuba Menipu 1Dunia

Bernama melaporkan bahawa Laporan media asing yang memetik Datuk Seri
Najib Razak sebagai berkata bahawa Malaysia telah menghentikan bekalan
minyak ke Iran adalah tidak betul, kata perdana menteri.

Beliau berkata sebenarnya Petronas terlibat dalam penjualan lani (spot
sale) kepada Iran pada pertengahan Mac melalui urus niaga pihak ketiga,
tetapi selepas itu tidak ada lagi permintaan terhadap bahan tersebut.

“Tak betul, ia bukan keputusan Petronas sendiri. Ia melibatkan
satu jualan lani dan tidak ada lagi keperluan selepas itu, jadi mereka
dah tak buat (lagi),� katanya kepada wartawan Malaysia pada
Jumaat.

“Ia suatu urus niaga pihak ketiga yang dibuat pada pertengahan
Mac, bukan sekarang. Saya agak terperanjat apabila perkara ini telah
menimbulkan keadaan yang begitu riuh-rendah,� kata Najib pada
hari terakhir dalam rangka lawatan beliau selama seminggu ke Washington
dan New York.

Beliau berkata urus niaga itu semata-mata bersifat komersial dan
sekiranya terdapat lagi permintaan bagi penjualan lani, terserahlah
kepada pihak yang terlibat untuk menguruskannya.

Laporan media mengaitkan penghentian jualan itu dengan tekanan
antarabangsa terhadap Iran berkaitan program nuklearnya serta
perkembangan yang berlaku menjelang berlangsungnya Sidang Kemuncak
Keselamatan Nuklear di Washington minggu lepas yang turut memberi
kesempatan kepada Najib untuk mengadakan rundingan dua hala buat julung
kalinya dengan Presiden Barack Obama.

Sebelum ini, Najib telah menyatakan bahawa Iran berhak menggunakan
tenaga nuklear bagi tujuan aman dan Malaysia tidak akan menyokong
program pengeluaran senjata nuklear oleh negara itu.

Putrajaya goes on ‘damage-control mode’ over Iran fuel
snub

KUALA LUMPUR, April 17 �" The Najib administration today went
on a “damage-control mode� for stopping fuel sales to Iran
as the opposition Pakatan Rakyat picked up the issue in the Hulu
Selangor by-election campaign.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak clarified from New York that
the Iran sale was a one-off deal while national oil Petronas said it was
done on “commercial conditions�.

In a two-paragraph statement, Petronas group corporate affairs
division said it wanted to clarify reports on its gasoline supply to
Iran.

“Petronas, through its subsidiary Petronas Trading Company
(PETCO), sold spot volumes of gasoline from third-party traders and
suppliers to customers in Iran. The last shipment of gasoline into Iran
was made in mid-March this year. PETCO’s decisions in these sales
were based purely on commercial considerations,� said the
statement issued by Azman Ibrahim, from the group corporate affairs
division.

Iran is facing sanctions from the United States over its nuclear
programme and Najib reportedly said it had to earn the world’s
trust by allowing international inspection.

Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim called Najib a
“hypocritical leader without principles�, saying the
government criticised the US for its impotence to resolve the
Palestinian-Israeli conflict while at the same time bowing to
Washington’s pressure with the Iranian sanctions in the name of
“improved bilateral ties�, which Anwar alleged was done
merely to boost the PM’s image.

“When US President Barack Obama calls failed to resolve the
Israeli-Palestinian conflict, I had criticised him. When Obama called
for sanctions against Iran, I said fine, but what of Israel?�
Anwar asked last night when bringing up the issue on the Hulu Selangor
campaign trail.

Malays form slightly more than half of the 64,500 registered voters
eligible to cast ballots in the April 25 by-election, and are generally
against US pressure for an embargo on Iran and view the sanction call as
a product of lobbying by the Israelis.

“But what did Najib do? He supported the US call for
sanctions against Iran,� pounded Anwar to a roar of applause from
the crowd of 200 Felda settlers in Hulu Selangor.

The PR and PKR de facto leader has already linked Najib’s
public relations consultant APCO Worldwide to Israel and news of
Petronas stopping fuel supplies to Iran adds another issue in
PR’s Hulu Selangor election campaign against the ruling Barisan
Nasional (BN).

But the prime minister said Petronas was involved in a spot sale to
Iran in mid-March under a third-party deal but since then there had been
no requests.

“It is not correct, it was not a decision taken by Petronas
per se. It involved a spot sale and there was no requirement anymore, so
they don’t do it (anymore),� he told Malaysian reporters
yesterday.

“It is a third-party deal that was done in mid-March, not
now. I was a bit surprised, a lot of noise has been made out of this
thing,� said Najib, who is on the final day of his week-long
visit to Washington and New York.

Najib said the transaction was purely commercial and if there were
further requests for spot sales, it would be up to the parties involved.

News reports had linked the halt in sales to the international
pressure on Iran over its nuclear programme and to the run-up to the
Nuclear Security Summit held in Washington last week during which Najib
had a bilateral meeting with Obama for the first time.

Ulasan GB

Apakah media asing yang membuat laporan mengenai kenyataan Najib itu
semua bodoh belaka, dan hanya Bernama saja yang mebuat laporan yang
betul terhadap kenyataan Najib, itu pun setelah dua hari ianya tersebar
di seluruh dunia?

Dan sewaktu kali pertama berita itu tersebar, tiada sebarang penafian,
hanya setelah ianya dilontarkan oleh masyarakat sempena PRK Hulu
Selangor, Najib bersuara dari New York cuba menafikan kenyataannya yang
terdahulu.

Satu dunia nak ditipunya. Satu hari Najib pasti terjerat juga. Tunggu
dan lihat.

Polis selsema babi di Hulu Selangor.

Baju inilah menjadi punca polis bagaikan dirasuk hantu Altantuya. Polis
mahu mereka membuka baju tersebut.

Awatlah polis jadi bangang tahap terlampau. Kalau nak jadi barua umno
pun agak-agak la..jangan buat perangai macam babi dicucuk hidung selsema
babi H1N1.

Chegu Bard bersama anak muda Malaysia. Lawan tetap lawan, sampai sudah
baju itu kita tidak tanggalkan.

Pihak polis merempuh masuk ke kawasan penyokong PR untuk menangkap Chegu
Bard

Ketua Sri Kandi PKR sedang berucap

Turut Berucap YB Johari Abdul MP Sungai Petani

Sebentar tadi berlaku sedikit kekecohan yang berpunca dari pihak polis
yang cuba menangkap sekumpulan pemuda yang dikenali dengan Solidariti
Anak Muda Maalaysia yang diketuai oleh Chegu Bard kerana memakai baju
Siapa Arah Bunuh Altantuya.

Ini menunjukkan pihak polis sekali lagi telah di baruakan oleh Najib
dalam PRK ini - kasi pecah la....

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...

Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

(Din Binjai)

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Bekas Ketua Pemuda Pas bantah pencalonan Zaid di P94.

Posted by che_wan

Apr 17

GEORGETOWN - Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin
membidas Pas kerana turut menyokong Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon
Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Hafiz yang juga Pengerusi Badan Anti IFC (Badai) berkata, tindakan
Pas itu amat memalukan kerana menyokong pemimpin Parti Keadilan Rakyat
(PKR) walaupun mengetahui personaliti dan tindak tanduknya sebelum ini,
terutama ketika di dalam UMNO.

“Bagaimana Pas tergamak mengangkat seorang yang pernah
mencabar pelaksanaan hudud di Kelantan ke mahkamah, terlibat dan
menyokong penubuhan IFC (Suruhanjaya Antara Agama) serta berhasrat
membuang kekuatan mahkamah syariah dalam perlembagaan dengan kempen
terhadap Artikel 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan.

“Dia tidak pernah patah balik termasuk menarik balik tuduhan
atau meminta maaf atas keterlanjurannya menghina umat Islam,�
katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Artikel 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan menyebut mahkamah sivil
tidak mempunyai bidang kuasa terhadap apa-apa perkara dalam bidang kuasa
mahkamah syariah tidak boleh dipinda.

Menurutnya, Zaid pada zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun
Abdullah Ahmad Badawi mempunyai perjuangan dengan agenda tersembunyi
yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai orang Islam.

Katanya, Zaid juga terlibat dengan penerbitan buku-buku sekularis,
liberalis dan anti hadis melalui sebuah syarikat penerbitannya.

“Dia adalah seorang yang berjiwa pluralisme berdasarkan
tulisan dalam bukunya berjudul In Good Faith.

“Adakah orang seperti ini sesuai untuk menjadi
pemimpin?,� katanya.

Sehubungan itu, beliau turut membidas PKR dan PR kerana mencalonkan
Zaid Ibrahim sebagai calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu
yang tidak langsung mencerminkan hasrat murni perjuangan umat Islam.

“Carilah calon yang lebih sesuai dan mampu meningkatkan
martabat bangsa dan agama serta berkeupayaan membela nasib
pengundi,� katanya. - SINARHARIAN-

Seluruh ahli serta penyokong Pakatan Rakyat sebenarnya sudah tahu dengan
isu moral yang ada pada Zaid Ibrahim. Tapi mereka terpaksa juga akur
dengan keputusan De Facto PKR yang tetap mahukan Zaid bertanding disitu.

Jentera kempen dan juga seluruh penyokong Pas di Hulu Selangor kini
terpaksa menahan malu dan berpura-pura menyanjung Zaid hanya semata-mata
takutkan Anwar Ibrahim.

Kesemua 2000 jentera Pas dari seluruh negara terpaksa menjadi MUNAFIQ di
Hulu Selangor kerana mahu memenangkan pesalah moral tegar seperti Zaid
Ibrahim.

Apa boleh buat..., demi kuasa dan demi menjaga hati kafir DAP,
penyokong-penyokong taksub Pas rela memalitkan najis ke muka sendiri
dengan harapan mereka diterima berkongsi kuasa didalam gerombolan
Pakatan Rakyat.

Inilah keadaan sebenar yang terjadi kepada seluruh organisasi parti Pas
hari ini. Mereka rela melakukan apa sahaja kini akibat dari "hidayah"
yang telah hilang dalam pemikiran mereka.

Kewarasan fikiran dan keseimbangan akal sudah semakin terhakis didalam
kepala jemaah dan pemimpin Pas kesan dari perhubugan "haram" mereka
dengan puak kafir DAP dan juga melayu sekular PKR.

PERTANDINGAN 4 PENJURU DI HULU SELANGOR!

Pilihan raya kecil Parlimen kerusi Hulu Selangor (P094) pada 25 April
ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara Barisan
Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dua calon Bebas.

Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan akan ditentang oleh bekas Menteri
di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, bekas Naib Pengerusi MIC
Hulu Selangor V.S. Chandran dan Johan Mohd Diah, seorang peniaga.

Senarai calon yang bertanding itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus
Pilihan Raya Nor Hisham Ahmad Dahlan yang juga Pegawai Daerah Hulu
Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu
Selangor di Kuala Kubu Baru kira-kira 11.15 pagi.

Maka terpilihlah sudah calon yang mewakili parti masing-masing dan tidak
kurang juga yang menjadi wakil bebas...

Zaid yang hampir ditolak keluar terpaksa diletakkan juga setelah Anwar
and the Gang membuat mesyuarat tergempar semalam, hingga pagi tadi
mereka cuba untuk menukar calon mereka tetapi dek kerana risau ianya
akan backfire maka diletakkan juga Zaid!

Tau pun kau takut ya Anwar? He he he

Kalau korang nak tengok betapa ganasnya penyokong PAKATAN HARAM ni, sila
klik kat sini, sahabat blogger aku Dr Novandri, ada merakam video secara
live tadi, bangsat betul penyokong Pakatan Haram ni.

Makin lama makin haramjadah perangai mereka ni!

Posted by House PK

LIVE ! VIDEO ! : Penyokong Pakatan Rakyat Mengganas.

Dr Novandri Hasan Basri (di Hulu Selangor)

Suasana di tempat pencalonan pilihanraya Hulu Selangor menjadi tegang
apabila kedua-dua pihak saling bertegang leher. Ketika di sana, penulis
telah menyaksikan sendiri penyokong-penyokong Pakatan Rakyat (PR)
bertindak liar dan mula membaling batu dan botol air ke arah penyokong
Barisan Nasional(BN).

Tindakan mereka itu menimbulkan kemarahan penyokong-penyokong BN dan
mereka bertindak balas. Pihak FRU terpaksa memanjat pagar Masjid Kuala
Kubu Bahru untuk mengejar penyokong-penyokong PR yang bertindak ganas
itu.

Saksikanlah video di bawah :-

video

Yang memeranjatkan ialah saiz batu-batu yang dibaling oleh penyokong
Pakatan Rakyat. Nasib baik tidak ada yang cedera parah cuma beberapa
pemuda yang cedera ringan kerana terjatuh tebing di masjid tersebut.

Penulis terkejut dengan provokasi berlebihan yang ditunjukkan oleh
penyokong Pakatan Rakyat. Yang amat memalukan ialah mereka telah
menyembunyikan diri di dalam masjid tersebut setelah bertindak liar dan
cuba mencederakan penyokong-penyokong BN.

Apakah ini yang dimahukan oleh rakyat Hulu Selangor?

Apakah rakyat Hulu Selangor mahu sebuah parti pembangkang yang
menghalalkan keganasan dan yang amat memalukan ialah sesama muslim di
negara ini?

Provokasi berlebihan dari penyokong parti pembangkang juga menyebabkan
sebuah kereta yang dipercayai kepunyaan penyokong parti pembangkang
rosak sedikit kerana mereka cuba meluru ke arah kumpulan parti BN!

Penulis menjangka media-media parti pembangkang akan memutarbelitkan isu
kereta rosak tersebut dan mendakwa bahawa penyokong-penyokong BN
bertindak ganas pada hal penyokong Pakatan Rakyat sendiri yang tidak
hormat kepada peraturan semasa berkempen!

Percayalah!

Nasib baik tak sengaja, BN pulak tu

Foto Malaysiakini

Aku saja je petik laporan dari TVS ni, yang memberitakan Presiden MIC
dan Speaker Perak CEDERA!

Dalam laporan seterusnya dikabarkan jugak Samy Vellu cedera di kaki dan
berdarah-darah selepas dikasari secara tidak sengaja oleh
penyokong-penyokong BN. Nasib baik secara tak sengaja, kalau sengaja
mesti akan jadi berita panas, Penyokong tak puas hati kat Samy Vellu...
hihi...

Beliau dipercayai tertolak lalu terlanggar besi kawat berhampiran Pusat
Penamaan Calon Kuala Kubu Bharu. Samy Vellu kini dirawat di ambulan
berhampiran. Turut cedera adalah Speaker Perak R Ganesan yang berbalut
di tangan kanan.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Khalid Abu Bakar mengesahkan jumlah
penyokong Pakatan mencecah 10,000 orang.

60 peratus pelajar KPTM ditaja oleh Mara

17/04/2010 2:52pm

KOTA BAHARU 17 April - Kira-kira 60 peratus daripada 12,000 pelajar
Kolej Polytech-Mara (KPTM) di seluruh negara mendapat tajaan Mara, kata
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Yusoff Harun.

Menurut beliau, pembiayaan pendidikan oleh agensi kerajaan itu terbahagi
dalam dua bentuk iaitu pinjaman dan pembiayaan sepenuhnya berdasarkan
tahap pencapaian seseorang pelajar dalam pengajian.

"Mereka yang mendapat pencapaian 3.8 atau 4 Peratusan Nilai Gred Purata
(PNGK) akan mendapat pembiayaan sebagai biasiswa sepenuhnya, manakala
mereka yang mendapat kurang daripada itu akan membayar balik sebagai
pinjaman,� katanya yang juga rektor kolej itu di sini hari ini.

Katanya, ini tidak bermakna semua pelajar KPTM diberi pembiayaan
pendidikan sepenuhnya walaupun kolej itu adalah anak syarikat Mara dan
diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah
(KPLBW).

Beliau berkata, kira-kira 60 peratus daripada sejumlah 12,000 pelajar
yang belajar di kolej itu kini dibiayai oleh Mara dan selebihnya
mendapat pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rungutan sesetengah ibu
bapa pelajar terbabit yang gagal mendapatkan pembiayaan pendidikan Mara
selepas penyusunan semula Kementerian dalam kabinet dan Mara tidak lagi
diletakkan di bawah Kementerian Perusahaan Awam.

Sehubungan itu, Yusoff meminta orang ramai supaya tidak terkeliru dengan
isu berkenaan kerana kerajaan tetap membantu pelajar yang melanjutkan
pelajaran di institusi di bawah Mara itu. - Bernama

SPR: Anurad lewat tiba serah borang pencalonan

Salhan K Ahmad

Apr 17, 10

1:30pm

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
menjelaskan bahawa seorang lagi calon Bebas tidak sempat memfailkan
kertas pencalonannya kerana lewat tiba di pusat penamaan calon bagi
pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Ketika ditemui Malaysiakini, beliau berkata, calon tersebut - Anurad
Jeyasingam - sepatutnya datang lebih awal.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, ketika pegawai pengurus pilihan
raya keluar hendak umumkan tempoh penamaan calon tamat, baru Anurad
hendak menghantar borang.

Ditanya mengenainya dakwaan Anurad kepada pihak media bahawa polis
menghalangnya, Abdul Aziz berkata:

"Dia boleh cakap apa dia mahu, tapi sebagai orang yang hendak
bertanding, dia kenalah datang awal

"Kita ikut peraturan. Jam 10 pagi lebih tidak boleh terima borang,"
tambahnya.

Abdul Aziz juga mengesahkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang
bantahan dari mana-mana pihak sewaktu tempoh bantahan.

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor 25 April ini akan menyaksikan
pertandingan empat penjuru antara calon BN P Kamalanathan, Datuk Zaid
Ibrahim (PKR) dan dua calon Bebas, iaitu bekas pemimpin MIC bahagian, VS
Chandran dan ahli jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam, Johan Mohd Diah.

Mengenai dua calon bebas tersebut, Abdul Aziz berkata Johan akan
bertanding atas simbol cangkul manakala Chandran pula menggunakan simbol
loceng.

Mengenai insiden kekasaran yang berlaku sewaktu penamaan calon pagi
tadi, Abdul Aziz berkata, ia disebabkan ada penyokong yang tersesat
masuk ke dalam kumpulan lain.

Berikutan itu, katanya, berlaku provokasi sehingga membawa kepada baling
membaling objek.

Dakwa dihalang polis

Sementara itu, Anurad memberita media, mendakwa dia tiba jam 9.40 dekat
pintu pagar pusat penamaan calon itu, tetapi dihalang oleh polis.

Beliau mendakwa, pihak polis membuatnya bersama suami dan seorang
penyokongnya, menunggu di luar pagar hinggalah tamat tempoh penamaan
calon.

Berikutan itu, katanya, beliau akan berkempen menyokong PKR.

Anurad (tengah) selepas itu pergi menemui ketua umum PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim yang berkata beliau mengalu-alukan sokongan Anurad itu.

Anurad - seorang guru sekolah swasta - berkata, bapanya adalah seorang
pengasas kepada penubuhan MIC bahagian Hulu Selangor.

Manakala suaminya, K Subramaniam berkata berkata mereka akan mengambil
tindakan sewajarnya selepas ini.

Anurad berkata, beliau adalah pernah menjadi ahli MIC di bahagian Jalan
Tun Perak, Kuala Lumpur selama sepuluh tahun.

Apakah Soal Isu Atau Kredibiliti Calon Jadi Pilihan Pengundi ?

Posted on Friday, April 16 @ 21:04:46 PDT by tokdalang

Oleh IZMAS

DALAM pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 hb April ini
beberapa faktor sudah dikenal pasti boleh menentukan kemenangan atau
kekalahan calon-calon yang bertanding. Antara faktor penting dan cukup
signifikan yang boleh mempengaruhi kuat sentimen pengundi adalah soal
isu yang bakal dibangkitkan dan krebiliti calon-calon yang bertanding

Pakatan melalui PKR yang bertanding di kawasan itu sudah membangkitkan
isu besar APCO untuk menunjukkan kelemahan dan kepincangan dasar BN yang
diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Najib dikatakan
menggunakan pengaruh fikiran orang Yahudi dalam merancang dan
melaksanakan gagasaan 1Malaysianya yang sudah diceduk dari idea dasar
1Israel oleh bekas perdana menterinya, Ehud Barak dalam kempen pilihan
raya tahun 1999 dulu.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menonjolkan isu itu sebagai
isu yang membuktikan gagasan 1Malaysia Najib bukanlah idea original tapi
idea luar yang diimport dari negara musuh Islam. Ini menunjukkan
kebergantungan Najib kepada sumbangan buah fikiran orang Yahudi yang
sudah terkenal menjadi musuh Malaysia dan umat Islam sedunia terutama
dalam isu Palestin. Walaupun Najib cuba menafikan, presepsi umum sudah
menular bahawa pengaruh Yahudi seolah-olah sudah meresap dalam
pentadbiran beliau. Sepatutnya Najib mengutip dan melaksanakan kepakaran
luar bukan Yahudi yang juga berkesan seperti cendikiawan dan pemikir
dari barat atau timur yang diakui dalam menentukan dasar
pemerintahannya.

Menurut pemimpin Pakatan, Najib ketandusan idea dan tidak ada daya
kreatif tulen dengan meniru konsep Yahudi bagi merealisasikan gagasan
1Malaysianya. Segelintir pendapat mendedahkan, apakah idea dan fikiran
pemikir dan tokoh-tokoh terkemuka Islam silam dan terkini mengenai cara
pemerintahan Islam tidak boleh diceduk dan diamalkan dalam memilih corak
pemerintahan negara? Lebih serius lagi, Anwar menuduh pentadbiran Polis
Diraja Malaysia (PDRM) sudah diterjah masuk oleh pengaruh Yahudi melalui
agen-agennya yang boleh membahayakan keselamatan negara. Dalam episod
ini Anwar cuba membuktikan tuduhan pemimpin Umno selama ini bahawa
beliau menjadi agen Yahudi sudah terpercik ke muka pemimpin BN sendiri
dengan terlibatnya agen-agen Yahudi dalam perjalanan pengurusan PDRM.

Banyak isu lain yang juga sudah dibangkitkan Pakatan yang boleh
mempengaruhi sensitiviti pengundi di Hulu Selangor. Antaranya isu
kerajaan Perak yang menurut Pakatan tidak sah, isu perselisihan pendapat
antara Najib dan timbalannya Muhyiddin tentang konsep 1Malaysia, krisis
dalam MCA, pemilihan calon MIC yang sepatutnya diberikan kepada calon
Umno, isu GST dan kenaikan tariff elektrik tidak lama lagi dan beberapa
isu lama yang masih menjadi perhatian dan kebimbangan rakyat.

Bagi BN pula isu perletakan jawatan dan pemecatan beberapa pemimpin PKR
menjadi bahan permainan politik yang sudah dipergunakan sepenuhnya
sebelum pilihan raya kecil Hulu Selangor lagi untuk menunjukkan wujud
perpecahan dalam kepimpinan PKR. Pendedahan dan pembongkaran episod
Anwar oleh YB Zulkiflee Noordin, Datuk Zahrain Mohamed Hashim dan
beberapa bekas pemimpin PKR di dalam dan di luar parlimen bakal
digunakan semaksimumnya oleh pemimpin BN untuk memancing undi pengundi
di Hulu Selangor tentang kelemahan kempimpinan PKR.

Isu kepincangan karakter pemimpin PKR akan terus diekspolit dan menjadi
bahan fokus utama bagi mendedahkan kepada pengundi supaya tidak mengundi
calon PKR. Penjelasan dan penafian segera dari pemimpin PKR mungkin
boleh meredakan tuduhan itu khususnya di kalangan pengundi Melayu yang
amat kritikal menyentuh soal fitnah dan cakap-cakap politik yang boleh
mengubah pendirian dan persepsi mereka.

Faktor yang tidak boleh dipinggirkan dalam memastikan calon-calon
bertanding ialah mengenai pemilihan calon yang benar-benar layak dan
berpotensi. BN sudah memilih P. Kamalanathan dari MIC mewakilli BN
sementara PKR mencalonkan Datuk Zahid Ibrahim yang dihebahkan sebagai
calon paling sesuai menentang mana-mana calon MIC pilihan BN.

Persoalan sudah dibangkitkan apakah calon MIC pilihan BN nanti boleh
menandingi calon Melayu dari PKR yang didakwa mempunyai kelebihan dari
sudut sentimen pengundi majoriti Melayu di daerah Hulu Selangor.
Dikatakan sudah timbul kegelisahan dan rasa tidak puas hati di kalangan
pemimpin dan ahli MIC apabila bekas AP yang tewas dalam PRU 12 lalu,
G.Paleneveil tidak dipilih.

Pemilihan Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan didakwa tidak memenuhi
kehendak majoriti pengundi India tapi PM Najib dan Muhyiddin yakin calon
muda itu boleh membawa kemangan kerana beliau berasal dari Selangor,
anak tempatan yang rapat dengan pengundi di Hulu Selangor. Tidak
diketahui apakah pemilihan Kamalanathan boleh memuaskan hati pengundi
Melayu di situ yang dikatakan lebih inginkan calon Umno bertanding.
Ramalan awal menunjukkan BN mempunyai banyak kelebihan jika tokoh Umno
yang bertanding dan bukan calon MIC yang sudah ketara ditolak pengundi
berdasarkan rekod keputusan PRU 12 yang lalu.

Pemilihan calon dari kalangan pemimpin Melayu bagi kedua-dua parti yang
bertanding begitu kritikal dan signifikan bagi meraih undi orang Melayu
yang merangkumi 52 peratus jumlah pengundi berdaftar. Mana-mana calon
yang berjaya memenangi lebih 60 peratus hati pengundi Melayu dijangka
boleh menang majoriti mudah. Ini belum dikira undi dari kaum Cina yang
dikatakan memihak Pakatan dan undi kaum India yang didakwa sudah
berbelah bagi antara menyokong BN atau PKR.

Statistik awal menunjukkan majoriti kaum India sudah beralih arah
menyokong MIC setelah dasar 1Malaysia Najib didakwa sudah diterima baik.
Namun, kebanyakan pengundi Cina masih setia memihak Pakatan atas dasar
tidak puashati mereka kepada MCA/Gerakan dan menyokong DAP atau PKR yang
dikatakan lebih memahami kehendak dan hasrat mereka. Pengundi Cina di
negeri yang dikuasai Pakatan lazimnya tidak memihak BN bersandarkan
sentimen keputusan PRU 12 lalu dan sentimen itu dijangka berterusan
kerana MCA masih bermasalah dan Gerakan pula belum stabil. Jika lebih
lebih 80 peratus kaum Cina memilih calon PKR dan separuh undi kaum India
yang merangkumi 26 peratus jumlah pengundi keseluruhan juga mengundi PKR
dan 60 peratus undi orang Melayu memihak calon Melayu dari Pakatan,
peluang Pakatan mempertahan kerusi parlimen di kawasan itu amat positf.

Di sebalik permainan isu dan pemilihan calon yang tepat menjadi faktor
penentu calon-calon yang bertanding, kempen yang hebat dan agresif
terutama di saat-saat akhir dari kedua-dua parti juga boleh mempengaruhi
sentimen dan mood pengundi. Tektik dan teknik kempen yang pintar
�" yang kadangkala bersifat emosional �" boleh mempengaruhi
hati pengundi khususnya penduduk kampong yang sudah berusia dan kurang
berpendidikan. Semua fakta dan segala macam janji manis pembangunan
tidak menarik perhatian gulungan ini jika fikiran dan pendirian mereka
sudah kekal menyokong parti yang disukai dari mendengar isu-isu yang
dibangkitkan.

Undi kaum muda dan pengundi atas pagar masih menjadi faktor kritikal
yang perlu diberi perhatian kerana undi mereka boleh menentukan. Hasrat
dan impian kaum muda amat berbeza dan sukar diramal yang biasanya
menentang establishment. Mereka ini berfikiran terbuka, tidak terikat
dengan ideologi mana-mana parti dan biasanya menuntut sesuatu
pembaharuan dalam kadar segera yang sukar dibuktikan oleh pemimpin BN.
Gulungan di atas pagar pula biasanya tidak berparti, tidak termakan
dengan janji-janji besar, condong kepada idea pembangkang dan tidak
menyokong kerajaan. Mereka bertindak dan mengundi mengikut selera
sendiri yang sukar dijangka berdasarkan sentimen kelompok mereka.
Slogan-slogan hebat yang dicanang di saat-saat akhir kempen oleh
parti-parti yang bertanding boleh mempengaruhi sentimen dan sensitiviti
gulungan ini.

Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor 4 penjuru

HULU SELANGOR: Pilihan raya kecil Parlimen kerusi Hulu Selangor (P094)
pada 25 April ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara
Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dua calon Bebas.

Ketua Penerangan MIC P Kamalanathan akan ditentang oleh bekas Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, bekas Naib Pengerusi MIC
Hulu Selangor V.S. Chandran dan Johan Mohd Diah, seorang peniaga.

Senarai calon yang bertanding itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus
Pilihan Raya Nor Hisham Ahmad Dahlan yang juga Pegawai Daerah Hulu
Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu
Selangor di Kuala Kubu Baru kira-kira 11.15 pagi.

Keempat-empat mereka menyerahkan borang pencalonan selepas pusat
penamaan dibuka pada jam 9 pagi. Tiada bantahan semasa tempoh bantahan
selama satu jam.

Zaid menyerahkan borang pada jam 9.06 pagi, diikuti Kamalanathan 9.30
pagi, Chandran empat minit kemudian dan Johan pada 9.36 pagi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya
daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac
lalu. Kawasan itu mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri
daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Dr Zainal menang dengan majoriti 198
undi menewaskan penyandangnya ketika itu Datuk G Palanivel yang kini
Timbalan Presiden MIC.

Parlimen Hulu Selangor yang sebesar negeri Melaka itu terbahagi kepada
tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu N05 Hulu Bernam, N06
Kuala Kubu Baru dan N07 Batang Kali, yang ketiga-tiganya dikuasai BN.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai perarakan
calon BN dari Pejabat UMNO Hulu Selangor.

Antara pemimpin parti-parti komponen BN yang turut hadir ialah Presiden
MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow
Tiong Lai, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Naib-naib presiden
Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Timbalan Pengerusi BN Selangor
dan Pengarah Jentera Pilihan Raya kecil ini Datuk Seri Noh Omar dan
ribuan penyokong.

Perarakan calon PKR diketuai Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail,
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Presiden PAS Datuk
Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri
Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang .

Proses pencalonan berjalan lancar dengan kawalan ketat lebih 1,000
anggota polis tetapi berlaku sedikit kekecohan apabila Samy, Mohd Shafie
dan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Datuk R. Ganeson cedera ringan
apabila terkena dawai berduri selepas terjatuh akibat diasak oleh
penyokong-penyokong BN ketika hendak masuk ke pusat penamaan.

Kejadian itu berlaku kira-kira 9.25 pagi apabila polis hanya membenarkan
100 orang pemimpin dan penyokong setiap parti yang bertanding memasuki
pusat penamaan.

Ketika tiba di dewan itu, ketiga-tiga mereka terjatuh akibat diasak oleh
para penyokong yang cuba memasuki pusat penamaan itu dan mereka terkena
dawai berduri yang diletakkan oleh pasukan keselamatan untuk mengawal
keadaan.

Mereka kemudiannya dirawat oleh pegawai perubatan di sebuah ambulans
yang diletakkan di dalam pusat penamaan.

Beribu-ribu penyokong dari BN dan pakatan PKR, DAP dan PAS tiba di pekan
kecil Kuala Kubu Baru sejak awal pagi tadi, menyebabkan kesesakan lalu
lintas beberapa kilometer menuju ke pusat penamaan.

Pihak polis turut menggunakan helikopter untuk memantau keselamatan
proses penamaan calon itu. - Bernama

Zaid Ibrahim lambang “taubat� PKR

Posted on April 17, 2010 by pemudasarawak

Oleh Zukri Aksah

PKR edisi pasca Pilihanraya Umum 2008 menyaksikan parti ini terpukul
teruk dibadai isu kebolehpercayaan. Ini berlaku dek kerana kronologi
peristiwa pembelotan dan pengkhianatan beberapa orang pemimpin serta
wakil rakyatnya. Ia bermula dengan sangat menyakitkan bila dua orang
wakil rakyat PKR di Perak, Jamaluddin Radzi dan Osman Jailu, bersama
Nasharuddin Hashim, wakil rakyat UMNO yang ketika kejadian, baru
seminggu mengisytiharkan kemasukannya ke dalam PKR, mengambil tindakan
khianat dan belot bila keluar dari PKR menjadi ADUN Bebas, Nasha pula
kembali ke pangkuan UMNO. Natijah paling perit akibat kejadian ini ialah
runtuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat di sana di bawah pimpinan Mohd. Nizar
Jamaluddin.

Polemik ini tidak terhenti setakat itu sahaja. Di negeri berjiran dengan
Perak, Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menterinya ketika itu, Mohammad
Fairus Khairuddin ) mengambil tindakan meletak jawatan termasuk
melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri Penantinya. Fairus baru-baru ini
telah mengumumkan kemasukannya ke dalam UMNO.

Arus deras ini seakan tidak mahu kendur bila tiba-tiba Setiausaha Agung
PKR yang melepaskan jawatannya, Salehuddin Hashim mengumumkan
pengunduran mutlaknya dari parti. Ia tidak sudah di situ sahaja,
Salehuddin seperti melajukan semula arus pengkhianatan dalaman PKR. Di
sekitar masa yang sama, tiga orang Ahli Parlimen dari PKR
mengisytiharkan keluarnya mereka dari PKR dan menjadi Ahli Parlimen
Bebas, Zahrain Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru dan seketika pernah
menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Pulau Pinang mendahuluinya,
ini diikuti oleh Tan Tee Beng, Ahli Parlimen Nibong Tebal dan terakhir
Mohsin Fadzli Samsuri, Ahli Parlimen Bagan Serai.

Jajaran peristiwa ini belum lagi termasuk episod pemecatan Zulkifli
Noordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu sebagai ahli PKR akibat
masalah disiplin.

PRK Hulu Selangor

Belum habis letih dan lenguh PKR berhadapan dengan pengkhianatan dan
pembelotan ini, hadirlah sebuah Pilihanraya Kecil di Negeri Selangor,
yang mana Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah di situ diterajui oleh
PKR. Anwar Ibrahim sendiri bertindak sebagai Penasihat Ekonomi negeri
antara yang terkaya di Malaysia ini. Bekas Timbalan Menteri Besar
Selangor ketika di dalam UMNO, kemudiannya menyertai PKR, Zainal Abidin
Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac 2010 menyebabkan kerusi Parlimen Hulu
Selangor kosong.

Ketika sedang menangani isu kebolehpercayaan inilah, PKR dipaksa untuk
membuat pilihan, memilih calon untuk Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu
Selangor. Soalnya, siapa calon yang boleh dipercayai bila yang bertaraf
Setiausaha Agung dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri pun mampu membelot
dan mengkhianat?

PKR kini terikat dengan janji Pengarah Pilihanrayanya, Fuziah Salleh,
Ahli Parlimen Kuantan, bahawa tiada lagi wakil rakyat PKR melompat
selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Selaku Pengarah Pilihanraya yang
baru menggantikan Saifuddin Nasution Ismail, itulah iltizamnya, namun
bukan jangkaan beliau akan adanya satu lagi pilihanraya kecil sebelum
PRU-13, jadi apakah Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor ini boleh
menjadi model kepada janji dan iltizam Fuziah itu?

Belum terjawab soalan itu, senarai panjang calon sudah pun sampai. Mahu
tidak mahu keputusan perlu dibuat, walaupun saya percaya, ada sedikit
jangkitan trauma pada sesetengah pimpinan PKR akibat insiden-insiden
pengkhianatan sebelum ini. Akhirnya, setelah habis mengkaji
baik-buruknya, PKR membuat keputusan berani bila menamakan Zaid Ibrahim
sebagai calonnya dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Calonkan Zaid keputusan yang berani

Berani saya katakan kerana majoriti pengundi Hulu Selangor adalah
Melayu, dan Melayu di sini adalah Melayu tradisional, Melayu kampung.
Saya seorang Melayu yang juga berasal dari kampung, saya tidak nampak
masalah dengan imej Zaid sebagai Melayu urban dan Melayu elit. Tetapi
saya pasti, UMNO terutamanya tidak akan melepaskan peluang untuk menjaja
cerita kepada Melayu di Hulu Selangor ini, terutamanya kepada yang
dilihat condong kepada agama, bahawa Zaid Ibrahim inilah yang dahulunya
mahu menyaman Kerajaan Negeri Kelantan kerana cadangan mereka untuk
melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah (Hudud) di negeri tersebut, Zaid
akan dijaja sebagai anti Islam. Bagi saya, saya sudah memahami niatnya
setelah membaca buku Aku Pun Melayu.

PKR terpaksa mengkesampingkan faktor dan kemungkinan ini. Zaid memang
seorang yang kontroversi, sama ada ketika di dalam UMNO dahulu mahupun
semasa bersama PKR sekarang. Kalau dalam dunia korporat, nama Zaid
Ibrahim memang tersohor, dari seorang anak kampung, berjaya membawa nama
firma guaman miliknya sendiri, Zaid Ibrahim & Co. menjadi saya kira
firma guaman terbesar di Malaysia, sekarang firma itu terus gah walaupun
Zaid sudah melepaskan semua kepentingan di dalamnya.

Dalam politik, saya rasa Zaid Ibrahim bukanlah siapa-siapa sehinggalah
Pak Lah melantiknya sebagai Senator dan mengangkatnya sebagai Menteri Di
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang). Ketika itulah baru
namanya terlakar di arena politik nasional Malaysia, itupun dengan
calitan-calitan kontroversi. Kerana tidak tahan, Zaid akhirnya meletak
jawatan sebagai Menteri dan seterusnya dipecat dari UMNO.

Dalam PKR juga, Zaid tidak sunyi dari dilanda kontroversi. Beliau pernah
dihadap ke Lembaga Disiplin parti kerana kritikan terbukanya terhadap
PKR yang dikatakan tidak tegas dalam membuat keputusan terhadap Zulkifli
Noordin.

Manusia kontroversi inilah yang menjadi pilihan PKR untuk dipertaruhkan
di Hulu Selangor, mengapa? Saya menyusuri secara rambang
peristiwa-peristiwa di sekitar kontroversi yang menyelubungi diri Zaid
Ibrahim ini. Ringkasnya ia terjadi kerana Zaid cukup terbuka dalam
memperkata atau mengkritik sesuatu perkara, sehingga mungkin ramai yang
tidak boleh menerima kepedasannya, Zaid juga saya lihat tidak mudah
tunduk kepada kebiasaan yang pada pemikirannya salah. Semua kritikan
tindakan kontroversinya ini pula hanya memusat kepada satu perkara,
pendirian hidupnya!

Apakah ini lambang “taubat� PKR yang ingin dipotretkan
kepada rakyat, setelah diuji teruk dengan isu kebolehpercayaan,
pengkhianatan dan pembelotan? Zaid Ibrahim bukan kawan Anwar 30 tahun,
Zaid Ibrahim bukan mentee politik Anwar, Zaid Ibrahim memang manusia
kontroversi, tetapi kontroversinya kerana prinsip, kontroversinya kerana
pendirian, yang tidak pernah dijual-belinya dengan harta mahupun kuasa.
Senang cakap, Zaid Ibrahim ini boleh percaya! Sekurang-kurangnya beliau
telah terbukti lebih berprinsip berbanding Zulkifli Noordin yang ada
latar belakang PAS atau Mohsin yang tidak pernah lekang kopiah.

Saya pun pernah berjumpa dengan Zaid Ibrahim pada satu ketika, beliau
nyata seorang yang humble.

*Zukri Aksah ialah bekas aktivis keADILan (PKN �" PKR), pernah
terpilih sebagai Exco AMK selama dua penggal. Beliau meninggalkan PKR
pada tahun 2007, kini sebagai kolumnis Harakahdaily.

TUN MAHATHIR SEPERTI SELESA DENGAN PR DI SELANGOR?

MAKA, mulai hari ini bermulalah pertempuran di Hulu Selangor. Siapakah
calon pilihan ranyat di Hulu Selangor? Adakah mereka akan memilih PR
yang telah mempamirkan kecemerlangannya di Negeri Selangor atau memilih
kerajaan yang kini masih diselubungi dengan masalah APCO?

Saya tertarik dengan kata-kata Tun Mahathir yang dipetik dari akhbar
Sinar keluaran hari ini 17 Apr 2010. “Secara sendirian, dia
sendiri tiada apa-apa, parti yang berikan dia kuasa. Pilihlah parti,
jika anda (pengundi) merasakan Pakatan Rakyat boleh berikan kerajaan
lebih baik, anda boleh pilih Pakatan,� Ditanya mengenai peluang
Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor, Dr Mahathir berkata: “Ia
sama baik bagi semua pihak.". (Sinar Harian) Ini boleh kita fahami
bahawa Tun sendiri mulai merasai mengapa rakyat perlu berfikir terlebih
dahulu sebelum memangkah Bn.

Tidak seperti kebiasaan Tun akan terus berkempen untuk Bn, kali ini Tun
membuat kenyataan yang positif . Mungkin Tun dapat merasai di Selangor
kerajaan di bawah PR lebih baik dari kerajaan terdahulu. Bukan rahsia
lagi bagaimana Tun suatu ketika pernah mempertikaikan kekayaan Mantan MB
Selangor Khir Toyo yang dikatakan mempunyai mahligai puluhan juta
ringgit itu. Apakah kenyataan Tun ini sebagai satu isyarat bahawa rakyat
Selangor perlu terus bersama PR? Hulu Selangor terkenal di bawah Khir
Toyo hanya kerana anugerah penyapu. Ingat Bn, Ingat Penyapu.

Posted by WFAUZDIN NS


Messages in this topic (1)

Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
• Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
• Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
• Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com

------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/

<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
dunia-politik-normal@yahoogroups.com
dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

------------------------------------------------------------------------

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com