Saya telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Kenaf dan Tembakau Negara pada hari Isnin, 18 Ogos 2008. Antara intipati ucapan perbahasan saya adalah seperti berikut:
A. Berkenaan penstrukturan industri tembakau
[1] Penstrukturan ini adalah satu usaha yang baik untuk membangunkan industri baru, iaitu kenaf, sebagai tanaman gantian atau replacement crop bagi tembakau,
[2] Penggantian perlu kerana tembakau di Malaysia dilihat sebagai sunset industri disebabkan oleh:
§ Industri tembakau tempatan yang tidak kos efektif mengakibatkan harga tembakau tempatan lebih tinggi pada harga RM14 sekilogram pada tahun 2005 berbanding RM5 sekilogram bagi Filipina dan Vietnam.
§ Pengurangan permintaan domestik lantaran cukai eksais yang tinggi dan kempen anti merokok
§ Fenomena 'dumping' rokok-rokok seludup
§ Asean Free Trade Agreement atau AFTA yang memaksa pengurangan harga untuk kekal kompetitif di mana harga tembakau tempatan dijangka turun kepada RM9 sekilogram pada tahun 2010.
[3] Keadaan ini memerlukan penstrukturan semula industri tembakau, bukan sahaja dari sudut persaingan ekonomi tapi lebih penting dari sudut sosio ekonomi kerana ia merupakan punca rezeki bagi lebih 4,000 keluarga di Kelantan, dimana terdapat lebih 3,000 keluarga bagi kawasan Bachok sahaja.
[4] Berhubung dengan kenaf, ia mempunyai potensi yang tinggi dengan penggunaannya yang sebagai bahan bagi membuat kertas, pakaian, bahan binaan, aksesori kereta dan juga biofuel dan ini dapat menjana nilai tambah dan pulangan yang lebih baik kepada pengusaha kenaf berbanding tembakau. Di samping itu kenaf juga diiktiraf oleh Protokol Kyoto sebagai produk mesra alam dan boleh membantu mengurangkan pemanasan global yang mana ini melayakkan pengusaha menikmati insentif cukai khas bila kenaf dieksport ke Kesatuan Eropah.
B. Pertanyaan kepada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK)
[1] Secara dasarnya, saya bersetuju agar tanaman gantian dikenal pasti dan dipelbagaikan agar sumber pendapatan tidak terjejas, namun saya juga turut mengutarakan beberapa persoalan dan isu dengan niat memastikan penstrukturan semula industri tembakau kepada kenaf berjaya di mana, antara lain, saya bertanya mengenai justifikasi dan sebab pemilihan kenaf sebagai tanaman alternatif bagi tembakau berbanding tanaman lain seperti padi, jagung, tembikai dan kacang tanah serta mekanisme bagi membantu petani dan penguasaha kenaf menampung kos pembangunan pertanian yang tinggi, yang bukan sahaja melitupi kos penanaman kenaf tetapi juga kos kehilangan sumber pendapatan sebelum hasil kenaf dapat dituai.
[2] Saya juga mengenengahkan keperluan machinery atau jentera yang cukup untuk memaksimumkan pendapatan yang mana mencakupi bantuan benih dan peralatan tetapi juga latihan-latihan bagi memantap dan meningkatkan lagi produktiviti tanaman.
[3] Dari segi pemasaran produk kenaf ini, saya menyarankan kepada pihak KPPK agar usaha-usaha pemasaran dan pendidikan pemasaran produk kenaf dibuat secara bersepadu dan terancang kerana kita tidak mahu petani-petani berpindah dari tanaman tembakau ke kenaf, di samping menampung kos yang tinggi, tetapi tidak mendapat hasil yang berbaloi kerana tiada permintaan dari pasaran. Saya juga meminta pihak Kementerian mengambil kira bahawa sunggupun terdapat permintaan produk kenaf dari Jepun dan Korea, kita perlu mengkaji samaada permintaan global mencukupi, konsisten dan berbaloi untuk penanaman kenaf berskala sebesar 10,000 hektar persegi?
[4] Saya juga meminta penjelasan samaada Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara yang bakal ditubuhkan akan dipertanggungjawabkan sebagai "buyer of last resort" bagi membeli lebihan bekalan yang tidak dibeli atau diserap di pasaran kenaf untuk mempastikan kestabilan harga dan kebajikan pengusaha-pengusaha kenaf tempatan.
[5] Di samping itu saja juga saya meminta pihak KPPK memberi penjelasan mengenai struktur subsidi dan insentif yang bakal diberi kepada pengusaha-pengusaha kenaf seperti migration grant yang boleh membantu meringankan beban mereka untuk berpindah dari tanaman tembakau ke kenaf.
[6] Saya juga mengutarakan pertanyaan samaada KPPK mempunyai perancangan bagi membina lebih banyak kilang pemprosesan kenaf bagi menggiatkan industri ini serta membantu meningkatkan nilai tambah dan pendapatan pengusahanya.
http://www.rembau.net.my
No comments:
Post a Comment