Tiada sejarah Pak Lah menaniaya orang…itulah komen Setiausaha Politiknya Datuk Alwi Che Mat ketika mengulas tohamahan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merancang konspirasi isu liwat terhadapnya.
Menurut beliau, jika dilihat daripda rekod politik Pak Lah, Perdana Menteri itu tidak pernah menganiaya sesiapa pun.
“Tetapi Pak Lah pernah menjadi mangsa penganiayaan politik. Buktinya pada tahun 1993, bagaimana Anwar ketika itu telah membuat gerakkan politik hingga menjejaskan peluang politik Pak Lah. Jadinya nak kata Pak Lah aniaya orang tak adalah tapi kena aniaya adalah,” katanya kepada Agendadaily.
Alwi ditanya mengenai perakra itu ekoran alam ceramah-ceramah pembankang, Abdullah sering dituduh sebagai perancang untuk memenjarakan semula Anwar setelah melihat kebangkitan Anwar dalam politik.
Menurut Alwi, dalam kes Anwar, sepatutnya keluarga Anwar tidak lupa apakah bentuk bantuan dan pertolongan yang yang sesuai dengan undang-undang yang telah diberikan oleh Pak Lah kepada Anwar.
Terbaru, apabila Anwar hendak ditahan bagi tujuan siasatan kes liwat, beberapa pemimpin kanan PKR telah berjumpa dengan beliau meiminta diaturkan pertemuan antara isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah dengan Pak Lah.
“Kita bawa jumpa, menangis minta bantuan dan jaminan. Pak Lah beri jaminan, Anwar tidak akan dipukul atau dizalimi. Alhamdulillah hingga kini Anwar selamat.
“Ini bukan kali pertama Wan Azizah minta jaminan dan pertolongan Pak Lah. Jadi janganlah nak tuduh Pak Lah atur konspirasi ini kerana Pak Lah bukan jenis orang yang suka aniaya kat orang,” jelasnya.
Menurut beliau yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, sebenarnya pada pilihan raya kecil Permatang Pauh, Anwar sebenarnya berlawan dengan dirinya sendiri dan bukannya dengan Barisan Nasional (BN). - 24/8/2008
No comments:
Post a Comment