KESEDARAN AWAM yang semakin meningkat telah menyebabkan Polis Diraja Malaysia menghadapi tekanan yang semakin berat.Bersempena dengan kehilangan Nurin Jazlin yang dibunuh dengan kejam,bapanya Jazimin Abdul Jalil memfailkan dua saman terhadap pihak polis dan kerajaan Malaysia atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan penyebaran gambar bedah siasat anaknya dan memfitnah kononnya kehilangan kanak kanak itu akibat penglibatannya dengan ah long.
Jazimin membuat tuntutan ganti rugi RM$2 juta bagi saman fitnah manakala tiada jumlah tuntutan ganti rugi dinyatakan dalam saman akibat kecuaian pihak polis.
Menurut Jazimin tindakannya itu adalah untuk membersihkan namanya dan membetulkan tanggapan orang ramai yang mendakwa kehilangan Nurin adalah disebabkan kesilapannnya.
Menurut Peguamnya Akberdin tindakan itu diambil setelah pihaknya menunggu setahun perkembangan hasil siasatan dan tindakan pihak polis.
Mungkin anda mempunyai pandangan yang tersendiri dalam pekara ini,bersetuju atau tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh bapa Nurin ini.Jangan menafikan haknya tetapi anda juga berhak memberikan pandangan seperti anda berhak memberikan pujian terhadap kejayaan polis dalam membongkar dan bertindak terhadap banyak kejadian jenayah di negara ini.
Jawapan kepada pertanyaan ini boleh dijadikan sebagai suatu bahan "kajian sikap rakyat Malaysia" dalam kesedaan awam.
Berilah pandangan anda secara rasional,tanpa emosi,tanpa perasaan marah dan prajudis dengan bahasa yang bersopan.
Maharaja Blogger menghargai semua pandangan yang diberikan ke blog ini sejak di lahirkan.Saya membacanya dan saya mendapati orang yang berkualiti yang melawat blog ini dan tangan anda semualah yang akan bersama saya untuk membina blog ini supaya menjadi blog popular dengan peradaban yang tinggi.
Untuk pengetahuan anda pelawat blog ini telah meningkat begitu cepat dalam masa yang sangat singkat.
posted by Maharaja
http://maharajablogger.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment