Bekas Perdana Menteri,Tun Dr.Mahathir berkata jika kerajaan menangkap dan mendakwa Anwar Ibrahim dalam masa terdekat ini kerana kes liwat, Anwar akan mengatakan kerajaan takut kepadanya. Maka itulah sebabnya dia tergesa gesa mahu bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. Tun Mahathir yakin dia akan menang.
Hal ini adalah 'sudah terang lagi bersuluh'. Semua orang nampak macam Tun Mahathir nampak. Tetapi jika Mahathir dan lain lain nampak dari sudut negatif, Menteri Besar Kelantan Datuk Aziz Nik Mat dan Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa nampak dari sudut positif. Mereka nampak keputusan 'Mahkamah Rakyat Permatang Pauh' akan membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat.
Keputusan ini akan menyelamatkan maruah Pas sebagai parti Islam dari tuduhan menjadikan seorang yang moralnya dipertikaikan sebagai ketua mereka dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Pas.
Dr.Mahathir sendiri tidak setuju dengan keputusan yang beliau dapat jangkakan akan dibuat oleh 'Mahkamah Rakyat Permatang Pauh' itu tetapi beliau tidak boleh berbuat apa apa lagi kerana tindakannya dahulu telah menyebabkan beliau dituduh hendak mempertahankan kedudukannya sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri.
Sekarang Naib Presiden Pas Husam Musa juga membuat tuduhan yang sama kepada Pak Lah yang menurutnya telah cuba memulihkan imejnya di kalangan UMNO dengan mengekspolitasi isu muzakarah UMNO Pas.
Dalam blognya dia mengatakan pilihanraya ini akan menentukan sama ada Pak Lah masih relevan dengan UMNO dan juga kedudukannya dalam pemilihan Presiden UMNO di perhimpunan Perwakilan UMNO Disember ini.
Ini adalah suatu gambaran dan persepsi politik yang tidak logik sama sekali. Yang pergi untuk mendapatkan mandat baru di Permetang Pauh bukan Pak Lah tetapi Anwar Ibrahim. Isterinya Wan Azizah meletakan jawatan untuk memberikan laluan kepada suaminya yang menggesanya supaya berbuat demikian kerana dia perlu membasuh dosa barunya demi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Pak Lah memang dah tahu pengundi dikawasan itu menolak UMNO, menolak Barisan Nasional yang bererti menolaknya dalam pilihanraya lalu. Pak Lah tidak pernah mengharapkan perubahan sikap mereka dalam masa yang singkat.
Tidak ada bezanya kedudukan Pak Lah sebelum Wan Azizah mengosongkan kerusi kawasan Permatang Pauh dan setelah digantikan oleh Anwar Ibrahim kelak. Ia adalah kesenimbungan kepercayaan sejak Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Kemenangan kawasan ini adalah kemenangan emosi dan sentimen yang mengatasi sikap rasional, hak dan kebenaran.
Yang penting sekali ialah keputusan piliahanraya ini akan menjadi ukuran kepada prinsip moral dan nilai Islam Pas, akan menentukan ketulenan Pas sebagai parti yang memperjuangkan syiar Islam dan juga nasib masa depan maruah umat Islam dan Melayu Malaysia.
Bahawa Datuk Husam mengatakan populariti Pak Lah akan ditentukan oleh Permatang Pauh adalah membuktikan bahawa semua kawan baik Anwar termasuk Nik Aziz adalah kaki putar belit dan putar alam no wahid.
MAHARAJA BLOGGER
5 Ogos 2008
http://maharajablogger.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment