20080822

Tuduhan Sama, Suasana Berbeza

Oleh Husam Musa

Yang Arif Puan Hakim sebelum berdiri meninggalkan Mahkamah, bertanya kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, “Hari jadi Dato’ Seri 10 haribulan, kan?” Suasana di mahkamah sama sekali berbeza dengan 10 tahun dahulu, ketika pusingan pertama bermula.

Saya gembira dapat peluang hadir bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim di mahkamah pagi ini. Andaikata beliau diainaya, saya sekurang-kurangnya membantu meringankan perasaan saudara saya yang dizalimi. Sebagai rakan, berkongsi senang dan susah, itu tugas. Lebih gembira lagi bila presiden PAS didalam mesyuarat Lujnah Politik PAS tengah hari ini memutuskan untuk memberi sokongan penuh kepada Dato’ Seri Anwar di pilihanraya kecil Permatang Pauh. Dato’ Seri Presiden sendiri akan hadir merasmikan konvensyen PAS Pulau Pinang pada 10 Ogos ini di dalam menyuntik semangat kepada jentera PAS di Permatang Pauh.


Speker Dewan Undangan Negeri Kelantan, YB. Haji Mohd. Nassuruddin Bin Hj. Daud juga bersama di kamar mahkamah dan suara lega memenuhi mahkamah bila Hakim membenarkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di ikat jamin. Beliau bebas berkempen di Permatang Pauh. Pujian kepada Yang Arif Hakim.

Dato’ Seri Anwar di dakwa. Tarikh sebutan baru nanti adalah 2 minggu selepas pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan di adakan pada 26 Ogos ini. Kerajaan serius dengan pendakwaan ini?Atau ia adalah pendakwaan politik bagi menutup malu menjelang pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh?

Husam Musa

Kuala Lumpur

7 Ogos 2008

Bersamaan 5 Syaaban 1429H

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com