20080830

Pengangkutan awam terbaik dunia


BEBERAPA pesakit dan kakitangan menonton pembentangan Bajet 2009 di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar semalam.


KUALA LUMPUR - Kualiti sistem pengangkutan awam bakal memasuki dimensi baru apabila kerajaan akan membelanjakan RM35 bilion bertujuan mengubah sistem itu kepada antara yang terbaik di dunia.

Peruntukan besar berkenaan akan digunakan untuk meningkat kapasiti perkhidmatan rel sedia ada, membina rel baru, menambah bilangan bas serta menyediakan kemudahan infrastruktur berkaitan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, usaha meningkatkan kecekapan pengangkutan awam itu akan dimulakan mulai tahun depan dan dijangka pada 2014 negara bakal memiliki pengangkutan awam antara terbaik di dunia.

"Selepas turun padang baru-baru ini untuk melihat sendiri keadaan pengangkutan awam, saya percaya pengangkutan lebih bersepadu dan efisien amat penting.

"Sehubungan itu, antara lain sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di Lembah Klang akan dipanjangkan sejauh 30 kilometer yang dijangka siap pada tahun 2011," katanya.

Jelas Perdana Menteri, rel baru itu akan dibina bagi aliran Kelana Jaya dan aliran Ampang yang akan menampung peningkatan penumpang seramai 2.6 juta orang.

Tambah Abdullah, satu lagi laluan baru LRT sepanjang 42 kilometer juga akan turut dibina dari Kota Damansara ke Cheras yang dijangka siap pada 2014.

Sementara itu, beliau turut memberitahu bahawa sebanyak 200 buah bas baru dalam perkhidmatan bas Rapid- Penang akan ditambah bagi membolehkan 14 jaringan laluan baru dioperasikan.

Perdana Menteri juga berkata, dua terminal pengangkutan bersepadu akan dibina untuk menangani isu kesesa- kan trafik.

"Sebuah terminal bersepadu akan dibina di Bandar Tasik Selatan bagi menyediakan kemudahan kepada teksi dan bas dari selatan Semenanjung yang dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2011.

"Terminal moden pada skala sama akan turut dibina di Lembah Klang," katanya.

Bajet 2009 turut mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk merancang, mengintegrasi, mengawal selia dan memajukan sistem pengangkutan awam.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com