|
|
KUALA LUMPUR - Pembentangan Bajet 2009 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat semalam berjalan lancar tanpa banyak gangguan daripada pembangkang.
Sepanjang ucapan hanya dua kali pembangkang cuba menganggu iaitu ketika Perdana Menteri tersilap membaca 'menjana pesakit' berbanding teks asal menaja pesakit ketika membentang langkah untuk mengukuhkan pelaburan swasta di Iskandar Malaysia.
Perdana Menteri yang kemudiannya membaca semula teks tersebut kemudiannya menyindir pembangkang dengan berkata: "Sekali-sekala salah biasalah. Ini ada orang bersalah tak mengaku."
Ahli Parlimen pembangkang kemudian sekali lagi cuba membuat 'bising' apabila Abdullah mengumumkan isi rumah yang menggunakan elektrik RM20 dan ke bawah tidak perlu membayar bil.
"Membazir, membazir" kata ahli-ahli parlimen pembangkang.
Kemudian, wakil rakyat Barisan Nasional (BN) juga dilihat membalas balik sindiran pembangkang itu apabila menyebut 'betul, betul' apabila Abdullah mencadangkan bajet tersebut menyediakan peruntukan RM5.4 bilion bagi meningkatkan keupayaan polis kerana ketenteraman awam dan keselamatan negara tidak boleh dikompromi.
Perdana Menteri dalam pada itu turut menerima ketukan meja yang gemuruh daripada wakil rakyat BN dari Sabah dan sarawak apabila mengumumkan kedua-dua negeri itu masing-masing akan mendapat peruntukan RM3 bilion dan RM3.3 bilion bagi melaksanakan projek infrastruktur.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.
No comments:
Post a Comment