Demi untuk meyakinkan betapa hebatnya sokongan yang diterima, kadang kala tersasul juga kalimat yang berbau ‘kelentong’. Matlamatnya hanya satu biarlah ada kelentong sikit-skit, ia tak jadi hal. Apa yang penting, orang yang dengar ceramah seronok dan terhibur.
Inilah gambaran terbaru yang boleh diberikan terhadap taktik perang saraf berterusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung dengan rancangan mereka ‘menuju Putrajaya’ 16 September 2008.
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang konsisten dengan dakwaannya bahawa pakatan pembangkang telah mempunyai jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang cukup untuk melompat kepada mereka untuk membentuk kerajaan yang baru.
Dalam ceramahnya, Anwar berkata, wakil-wakil rakyat dari Sabah dan
"Rakan-rakan dari Sabah dan
Dalam nada yang sama orang kuat PKR di Sabah iaitu Naib Presiden parti itu, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dalam ceramahnya memberikan kenyataan lebih khusus iaitu 13 Ahli Parlimen BN Sabah telah nyatakan komitmen akan lompat parti menyertai pakatan pembangkang jika Anwar menang pada piihan raya kecil Permatang Pauh.
“Kita bercakap benar…sekarang mereka sedang menunggu masa sahaja,” katanya sambil menambah 13 Ahli Parlimen BN Sabah itu telah menemuinya bagi memberikan komitmen tersebut.
Menjelaskan dakwaannya itu, Jeffrey berkata daripada 13 Ahli Parlimen BN itu dua adalah Ahli Parlimen BN dari parti komponen SAPP dan selebihnya adalah Ahli Parlimen BN dari UMNO.
Jika ikut kiraan Jeffrey itu, Ahli Parlimen BN dari UMNO di Sabah semuanya berjumlah 13 orang dan daripada jumlah itu seorang adalah Menteri dan dua Timbalan Menteri serta seorang Timbalan Speaker.
Jika 11 Ahli Parlimen BN dari UMNO akan lompat sertai pembangkang, ini bermakna salah seorang daripada yang memegang jawatan adalah antara mereka yang akan melompat parti.
Namun, kelentong beliau ini nampaknya hanya jadi bahan pembakar semangat dalam ceramah sahaja kerana pada hakikatnya, semua Ahli Parlimen BN baik dari UMNO, SAPP, PBS, PBRS dan LDP nampaknya sudah menuju ke Permatang Pauh untuk membantu calon BN.
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Ahli Parlimen BN Sabah, Datuk Anifah Aman yang juga Ahli Parlimen dari UMNO kawasan Kimanis kerika dihubungi Agendadaily menolak dakwaan Jeffrey itu dan menegaskan tiada kebenaran dalam kenyataan Naib Presiden PKR itu.
“Mana ada kebenarannya, saya kini bersama-sama dengan beberapa Ahli Parlimen BN Sabah sedang dalam perjalanan menuju ke Permatang Pauh untuk membantu calon BN. Sama-sama dengan saya Datuk Eric Majimbun, Ahli Parlimen SAPP kawasan Sepanggar,” katanya lewat petang Selasa.
Malah bagi menyakinkan kenyataannya itu, Anifah telah memberikan telefon bimbitnya kepada Majimbun yang kemudiannya memberitahu Agendadaily, dakwaan Jeffrey itu hanya spekulasi.
“Semua itu tidak betul, dia buat spekulasi sahaja,” katanya.
Menjelaskan pendirian Ahli Parlimen BN Sabah, Anifah berkata, beliau telah bertemu dengan semua Ahli Parlimen BN Sabah dan tiada seorang pun yang akan melompat dari BN untuk menyertai pakatan pembangkang.
Malah katanya, mereka telah membahagikan Ahli-Ahli Parlimen BN Sabah kepada tiga kumpulan yang akan secara bergilir-gilir turun ke Permatang Pauh untuk berkempen untuk memastikan kemenangan calon BN.
Kesimpulannya, Jeffrey dalam dakwaannya berkata 13 Ahli Parlimen BN akan lompat parti jika Anwar menang namun hakikatnya memang Ahli Parlimen BN Sabah ke Permatang Pauh tetapi bukan untuk menyertai Anwar sebaliknya membantu calon BN.
Nampaknya, cerita lompat parti yang didendangkan tidak lebih daripada sekadar 'hanya nak kelentong lagi'.
Sementara Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama masyarakat Cina di Kampung Sungai Lembu, di Permatang Pauh Selasa malam menafikan dakwaan Dr Jeffrey Kitingan bahawa terdapat 13 anggota Parlimen BN dari Sabah akan menyertai Pakatan Rakyat.
"Saya nak beritahu, tak ada sebenarnya (yang lompat parti)," katanya.
Najib, yang juga Timbalan Pengerusi BN, turut menolak dakwaan terdapat anggota Parlimen BN dari
"Tiada katak di Sabah dan tiada katak di
Sehubungan itu, beliau menasihati rakyat supaya tidak terpengaruh dengan kenyataan mana-mana pihak yang mendakwa terdapat anggota Parlimen BN yang akan bertindak keluar parti.
Sementara itu, Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyidin Yassin menganggap dakwaan yang dibuat Jeffrey itu adalah sebagai "serkap jarang" dan peperangan psikologi yang dilancarkan bagi memancing undi di Permatang Pauh.
"Ini merupakan perang psikologi mendesak pengundi berpihak kepada mereka (PKR). Kalau betul ada, jangan hanya menyebut jumlahnya tetapi senaraikanlah juga nama-nama mereka yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra di jentera pilihan raya kecil UMNO cawangan Taman Pauh di sini Selasa malam.
Katanya dakwaan itu yang melibatkan dua anggota Parlimen dari Parti Maju Sabah (SAPP) dan bakinya wakil rakyat UMNO adalah tidak akan berlaku.
"Saya tidak percaya ia akan menjadi kenyataan, itu adalah isyarat untuk mengelirukan pengundi kerana mereka pernah mengeluarkan kenyataan yang sama tetapi tidak satu pun betul," katanya.
No comments:
Post a Comment