Topics in this digest:
1. Seminar - SIS Pembela atau Perosak Wanita
From: Ahmad
2. Membuat Perancangan Simpanan Pendidikan Anak (Bahagian 2)
From: afyan afyan
Messages
________________________________________________________________________
1. Seminar - SIS Pembela atau Perosak Wanita
Posted by: "Ahmad" ahmus@yahoo.com ahmus
Date: Wed Oct 21, 2009 2:12 am ((PDT))
Seminar: Sisters In Islam - Pembela atau Perosak Wanita?
Ahad, 25 Oktober 2009 08:00
Satu
lagi seminar anjuran Ikatan Intelektual Nusantara (IKIN) dengan
kerjasama HTM dan Muslimah HTM pada 25 oktober 2009 (Ahad). Maklumat
lanjut seperti berikut:
Tarikh: 25 Oktober 2009
Tempat: Dewan Serbaguna, Jalan 51A/227, Petaling Jaya, Selangor DE
Masa: 9.00 Pagi - 1.30 Petang
- Masuk Adalah Percuma, Semua Dijemput Hadir -
Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis
Ada yang menghisabnya.
Ahmus
Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2. Membuat Perancangan Simpanan Pendidikan Anak (Bahagian 2)
Posted by: "afyan afyan" afyan.ikhlas@gmail.com afyan2ikhlas
Date: Wed Oct 21, 2009 2:30 am ((PDT))
Membuat Perancangan Simpanan Pendidikan Anak (Bahagian 2)Blog:
http://www.afyan.com
Tulisan ini adalah sambungan daripada tulisan sebelum ini yang bertajuk Membuat
Perancangan Simpanan Pendidikan Anak <http://afyan.com/?p=1225>.
*Manakah instrumen yang terbaik?***
Sekiranya kita menemui seorang wakil takaful untuk meminta plan terbaik bagi
pendidikan anak-anak, sudah tentu dia akan mencadangkan plan takaful
pendidikan.
Sebaliknya, sekiranya kita menemui seorang ejen unit amanah bagi tujuan yang
sama, maka sudah tentu dia akan mencadangkan unit amanah sebagai instrumen
terbaik.
Manakala sekiranya kita ke bank-bank pula, sudah tentu pegawai bank akan
mencadangkan skim simpanan pendidikan bank berkenaan atau Skim Simpanan
Pendidikan Nasional (SSPN).
Jadi, manakah yang terbaik?
Oleh kerana saya seorang wakil takaful, tentulah saya akan mengatakan bahawa
skim takaful pendidikan adalah yang terbaik? J
Oh, sebenarnya tidaklah begitu….
Untuk tulisan ini, saya tidak akan "bias" kepada fungsi takaful pendidikan
sekalipun saya seorang wakil takaful. Dan sebenarnya beginilah pembentangan
saya tentang perancangan pendidikan dalam mana-mana pertemuan dengan
prospek, atau taklimat dan ceramah.
Jadi, sebelum meneruskan pembacaan, eloklah terlebih dahulu baca tulisan
saya sebelum ini yang bertajuk Membuat Perancangan Simpanan Pendidikan
Anak<http://afyan.com/?p=1225>,
kerana saya akan menggunakan contoh yang telah digunakan di dalam tulisan
tersebut.
*Tiada orang yang merancang untuk gagal, tetapi ramai yang gagal untuk
merancang…*
Dalam merancang pendidikan anak-anak, beberapa faktor yang menjadi asas
pengiraan adalah umur ibu bapa, umur anak, tempoh masa serta sasaran
simpanan.
Sebagai contoh dalam kes yang sebut dalam tulisan sebelum ini, bagi sepasang
suami isteri yang mempunyai anak berusia setahun dan merancang untuk
mengumpulkan wang sebanyak RM 80,000 pada usia anak 18 tahun, maka mereka
perlu menyimpan sebanyak RM 277.00 sebulan.
Pengiraan ini dibuat tanpa mengambil kira kadar keuntungan simpanan (atau
dalam bahasa perbankan konvensional disebut "faedah") tersebut. Ia bertujuan
memudahkan proses pengiraan iaitu RM 80,000 bahagi 17 tahun bahagi 12 bulan
= RM 277.00.
Dibundarkan kepada ratus yang hampir, jumlah RM 277.00 menjadi RM 300.00.
Jadi, secara umumnya untuk mengumpulkan sekurang-kurangnya RM 80,000 selama
17 tahun, seseorang perlu menyimpan sebanyak RM 300.00 sebulan.
Di peringkat ini, kesedaran tentang peri pentingnya simpanan awal bagi
tujuan pendidikan anak-anak adalah amat penting. Maka timbul persoalan di
sini, di manakah tempat simpanan yang terbaik untuk RM 300.00 sebulan tadi.
Baiklah, kita buat perbandingan satu persatu;
*1) **SIMPANAN*
Sebagaimana yang saya sebutkan di awal tulisan sebelum
ini<http://afyan.com/?p=1225>,
instrumen yang terbaik untuk membuat simpanan pendidikan adalah SIMPANAN.
Maka tempat yang sesuai untuk menyimpan adalah institusi penyimpanan, iaitu
bank.
Mudah bukan?
Nampak mudah, namun ia tidaklah semudah yang disangka kerana selalunya
apabila simpanan dibuat di bank, isu yang selalu timbul ialah DISIPLIN.
DISIPLIN di sini adalah disiplin menabung secara konsisten dan rutin secara
bulanan, dan yang kedua untuk berdisiplin dalam memastikan tiada satu sen
pun yang keluar dari tabungan tersebut sebelum sampai tempoh usia anak 18
tahun.
Apa pun, sebenarnya ia adalah instrumen yang terbaik untuk menyimpan kerana
dengan menyimpan pada kadar RM 300 sebulan dengan kadar keuntungan 5%
setahun, mampu menghasilkan sejumlah RM 97,676 pada usia anak tersebut 18
tahun.
Namun, ia berbalik kepada dua disiplin tadi. Disiplin pertama: menyimpan
secara konsisten RM 300 sebulan selama 17 tahun, dan disiplin kedua: tidak
mengeluarkan walau satu sen pun daripada tabung berkenaan.
*2) **PELABURAN*
Fungsi pelaburan adalah untuk menjana lebih PENDAPATAN dan SIMPANAN. Ia
telah saya sentuh dalam tulisan saya yang bertajuk 7 Langkah: Asas
Pengurusan Kewangan <http://afyan.com/?p=1121>.
Jadi, secara teorinya, berbanding dengan membuat SIMPANAN di bank, sudah
tentu PELABURAN akan menghasilkan pulangan yang lebih tinggi.
Sekiranya simpanan secara tetap RM 300 sebulan pada kadar keuntungan 5%
setahun selama 17 akan menghasilkan RM 97,676, maka sudah tentu PELABURAN
akan menghasilkan kadar pulangan yang lebih lumayan.
Maka, PELABURAN sebanyak RM 300 sebulan pada kadar keuntungan 15% setahun
selama 17 tahun, akan menghasilkan RM 269,410!!!! Ia sudah mampu untuk
membiayai anak tadi sehingga ke peringkat PhD. Atau ia mampu menampung
sejumlah 3 orang anak dengan kadar RM 80,000 seorang.
Namun, apabila memperkatakan tentang pelaburan, ia tidak akan lari daripada
RISIKO. Perkara ini berkali-kali saya tekankan di dalam perbincangan laman
facebook saya <http://www.facebook.com/afyan.ikhlas>(iklan: sudahkah
saudara/i masukkan nama saya sebagai rakan facebook saudara/i?), bahawa
"kalau takut dengan RISIKO, usah bicara soal PELABURAN".
RISIKO dan PELABURAN adalah umpama adik beradik kembar siam. Semakin tinggi
pulangan yang dijanjikan, semakin tinggi risiko yang perlu dihadapi.
Prinsipnya mudah, h*igh risk, high return*, *low risk, low return*.
Jadi, kebarangkalian yang paling buruk akan berlaku di dalam PELABURAN (*worst
case scenario*), RM 300 sebulan yang anda laburkan tadi akan LEBUR!
*3) **PERLINDUNGAN*
Apabila disebut tentang perlindungan di sini ia adalah merujuk kepada
takaful, dan produk takaful yang dimaksudkan adalah takaful pendidikan.
Jika saudara/i mampu membuat SIMPANAN dengan berdisiplin, atau bijak membuat
PELABURAN yang menjanjikan pulangan yang tinggi, ia sudah tentu akan
terganggu apabila berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
Sejauh mana kita mampu menjamin bahawasanya kita mampu untuk membuat
SIMPANAN atau PELABURAN sebanyak RM 300 sebulan selama 17 tahun?
Sudah tentu perancangan tersebut akan tergendala sekiranya berlaku kematian,
lumpuh atau sakit kritikal.
Jadi, di sinilah fungsi takaful.
Secara perkiraan matematik, memang "SIMPANAN" di dalam polisi takaful tidak
akan mampu menyaingi pulangan di dalam akaun simpanan tetap bank atau
mana-mana pelaburan.
RM 300 sebulan selama 17 tahun di dalam instrumen PELABURAN dan instrumen
SIMPANAN menghasilkan pulangan yang jauh lebih tinggi daripada pulangan di
dalam instrumen PERLINDUNGAN / TAKAFUL.
Namun, yang membezakan fungsi PERLINDUNGAN a.k.a takaful pendidikan tadi
adalah jaminan RM 300.00 sebulan tadi akan berterusan sekalipun hayat kita
untuk menyimpan tidak lama (dengan syarat, simpanan tersebut berterusan
sebelum berlaku musibah)
Sebagai contoh, sekiranya caruman sebanyak RM 300 tadi dibuat ke dalam
polisi takaful pendidikan, maka caruman tersebut akan berterusan sekalipun
berlaku kematian, lumpuh atau sakit kritikal menimpa diri kita. Inilah
perbezaan utama antara TAKAFUL PENDIDIKAN dengan SIMPANAN PENDIDIKAN dan
PELABURAN PENDIDIKAN.
Dalam masa sama, ia juga turut memberi PERLINDUNGAN kepada si anak sekiranya
berlaku sebarang musibah.
Dan satu lagi, takaful pendidikan akan memberi sedikit "paksaan" kepada kita
untuk membuat pembayaran caruman secara rutin.
Jadi, mana satu pilihan saudara/i?
Saya memilih untuk menggunakan kesemua instrumen. Bukankah tidak elok untuk
letakkan semua telur dalam satu bakul? [image: :)]
(mungkin bersambung lagi)
--
Ikhlas dari Afyan :)
Phone: 013-353 4967
Blog: http://www.afyan.com
Facebook: http://www.facebook.com/afyan.ikhlas
Messages in this topic (1)
Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.
Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.
Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.
=============================================
Link List:
• Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
• Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
• Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com
------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/
<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:dunia-politik-normal@yahoogroups.com
mailto:dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment