20091012

Pro-Aspirasi menang percuma, pro-M dakwa disabotaj

Kumpulan pro-Aspirasi di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyapu bersih kesemua 28 kerusi - tujuh kerusi umum dan 21 kerusi fakulti - selepas penamaan calon bagi pilihanraya kampus universiti tersebut ditutup semalam.

Ini ekoran empat calon pro-Mahasiswa gagal bertanding selepas gagal mendapat tandatangan pengesahan daripada naib canselor dan dekan hal ehwal pelajar UniMAP
link.

Berikutan itu semua kerusi terbabit telah dimenangi tanpa bertanding, maka tiada pilihan raya kampus akan diadakan di UniMAP tahun ini.

Sementara itu, jurucakap pro-Mahasiswa UniMAP mendakwa calon-calonnya telah disabotaj kerana Naib Cancelor, Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin dan Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Razni Ahmad didakwanya enggan menandatangani borang pencalonan mereka.

Jurucakap itu mendakwa, naib canselor dan HEP enggan berbuat kerana mendakwa borang pencalonan itu lewat diserahkan dan mereka memerlukan masa untuk menelitinya.

Katanya, mereka menyerahkan borang tersebut kepada pejabat naib canselor pada hari Selesa - sehari sebelum penamaan calon semalam.

Ditanya mengapa mereka menghantar sehari sebelum, jurucakap menjelaskan, mereka sudah berusaha sejak hari Isnin untuk mendapatkan tandatangan naib canselor atau HEP bagi mengesahkan borang pencalonan mereka.

Cuba hubungai HEP

Katanya, mereka telah ke pejabat Razni pada hari Isnin tetapi beliau tidak ada di pejabat.

Jurucakap itu berkata, apabila dimaklumkam oleh calon-calon tersebut mengenai perkara itu, beliau sendiri telah cuba menghubungi Razni.

“Saya dapat bercakap dengan Razni dan beliau memberitahu saya yang dia sedang berada di Kuala Lumpur dan hanya akan balik 10 Oktober (Sabtu),” katanya.

Berikutan itu, katanya, mereka telah pergi ke pejabat naib canselor pada pagi hari berikutnya (Selasa) untuk mendapatkan tandatangan pengesahan pada pencalonan masing-masing.

Bagaimanapun, jurucakap itu mendakwa, Datuk Prof Dr Kamarudin pula cuba mengelak menemui mereka dengan alasan “mereka tidak buat sebarang temujanji untuk menemuinya”.

Selepas gagal menemui naib canselor tersebut, jurucakap itu berkata, kerani di pejabat itu meminta mereka supaya meninggalkan borang tersebut untuk “cuba ditandatangani oleh naib canselor”.

Pada sebelah petangnya, kata jurucakap itu, mereka sekali lagi pergi ke pejabat naib canselor untuk mendapatkan semula borang pencalonan mereka itu.

'Perlu masa teliti'

Bagaimanapun, katanya, kerani itu memberitahu mereka yang borang pencalonan tersebut telah dimajukan kepada HEP.

Berikutan itu, katanya, mereka pun pergi ke pejabat HEP untuk mendapatkan borang pencalonan tetapi malangnya pejabat itu telah ditutupkan sudah lepas waktu pejabat, jam 5 petang.

Katanya, pada hari Rabu - hari penamaan calon - keempat-empat calon tersebut pergi ke pejabat HEP kira-kira jam 8 pagi untuk mendapatkan semula borang pencalonan mereka.

Mereka dapat menemui HEP pada jam 10.45 pagi dan perjumpaan tersebut, Razni didakwa memberitahu mereka bahawa beliau tidak dapat menandatangani borang tersebut kerana tidak diberi masa yang mencukupi untuk menelitinya terlebih dahulu.

Jurucakap itu juga mendakwa, perkara yang sama berlaku tahun lepas.

“Ia berulang dengan skrip yang sama. Kali ini tidak boleh sembunyikannya lagi, kita mahu ketengahkan isu tersebut tahun ini," kata sumber.

Pilihan raya kampus di UniMAP tahun membabitkan pertandingan bagi 28 kerusi iaitu tujuh kerusi umum dan 21 fakulti.

malaysiakini.com

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com