20091023

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 1939

There is 1 message in this issue.

Topics in this digest:

1. Tips: Bagaimana Untuk Menyimpan?
From: afyan afyan


Message
________________________________________________________________________
1. Tips: Bagaimana Untuk Menyimpan?
Posted by: "afyan afyan" afyan.ikhlas@gmail.com afyan2ikhlas
Date: Thu Oct 22, 2009 9:14 pm ((PDT))

[image: tabung botol]<http://afyan.com/ver1/wp-content/uploads/2009/10/tabung-botol.jpg>

*Tips*: *Bagaimana Untuk Menyimpan? (1)*

*http://www.afyan.com*

*"Bagaimana mula menyimpan?"* soalan ini bertalu-talu ditanya kepada saya
melalui emel, dan jugafacebook <http://www.facebook.com/afyan.ikhlas>.

Lebih-lebih lagi selepas saya menulis tentang perancangan simpanan
pendidikan anak-anak <http://afyan.com/?p=1234>dalam tulisan-tulisan lepas di
blog ini <http://www.afyan.com/>.

*Antara persoalan-persoalan yang kerap ditanya di facebook saya: bagaimana
cara untuk menyimpan?*

SIMPANAN merupakan satu tahap yang paling penting dalam pengurusan kewangan.
Dalam semua buku-buku pengurusan kewangan di seluruh dunia dan tempatan akan
menekankan perkara ini.

Malah di dalam Al-Quran sendiri, cerita Nabi Yusof menunjukkan bahawa
menyimpan itu adalah sengat perlu.

Di dalam modul pengurusan kewangan yang saya
kendalikan<http://afyan.com/?p=1121>,
SIMPANAN diletakkan sebelum PERLINDUNGAN dan PELABURAN.

Sekiranya seseorang itu gagal untuk menyimpan, maka sebenarnya dia telah
gagal untuk menguruskan kewangannya dengan baik. SIMPANAN merupakan satu
tanda aras pengurusan kewangan yang baik.

Ya, untuk memperkatakannya memang mudah, tetapi untuk melaksanakannya
amat-amat payah dan sukar sekali!

Namun, tiada perkara mustahil di dunia ini!

Semoga tip-tip yang diberikan dapata membantu saudara-saudara untuk membuat
simpanan…

*Berapakah jumlah yang sepatutnya disimpan?*

Sebelum pergi kepada kaedah bagaimana untuk menyimpan, pertama sekali harus
letakkan matlamat terlebih dahulu.

Ada orang menyimpan untuk membeli rumah, ada orang menyimpan untuk menabung
untuk pendidikan anak-anak, ada orang menyimpan untuk persaraan, ada orang
menyimpan untuk menunaikan haji, dan sebagainya.

Contoh-contoh di atas adalah situasi-situasi berbeza-beza tujuan simpanan
tersebut.

SIMPANAN yang paling utama adalah untuk DANA RIZAB / DANA KECEMASAN. Tujuan
DANA RIZAB ini adalah untuk menyediakan kewangan yang cukup untuk memastikan
kestabilan hidup seandainya kewangan kita terjejas.

Dalam kisah Nabi Yusof, Raja Mesir telah bermimpi tujuh ekor lembu gemuk
dimakan oleh tujuh ekor lembu kurus, serta melihat tujuh tangkai gandum
hijau di samping tujuh tangkai gandum kering.

Nabi Yusof mentafsirkan mimpi tersebut bahawa negara Mesir akan menghadapi
tujuh tahun musim kemarau selepas tujuh tahun musim menuai hasil. Nabi Yusof
menyarankan agar tujuh tahun pertama digunakan sebaik-baiknya untuk menanam
dan menuai hasil dalam masa sama menyimpan sebahagiannya untuk menghadapi
musim kemarau selepas itu.

Jadi, *pendapat peribadi saya* (saya terpaksa *bold *kerana takut
disalahtafsirkan sebagai pendapat ulama') jumlah yang sepatutnya untuk
membuat simpanan adalah selama tujuh tahun perbelanjaan.

Ataupun, kita perlu menyimpan separuh daripada pendapatan kita.

Ya, satu jumlah yang besar!

*Beberapa persoalan:*

Mungkin timbul persoalan, *Saya mempunyai pendapatan sebanyak 2000 sebulan,
maka adakah saya perlu untuk menyimpan sebanyak RM 168,000 (RM 2000 x 12
bulan x 7 tahun)?*

Oh, bukan begitu sebenarnya. Cuba baca kembali ayat-ayat saya sebelum
ini; *tujuh
tahun perbelanjaan*. Seseorang perlu menyimpan sebanyak tujuh tahun
perbelanjaan, bukan tujuh tahun pendapatan.

*"Bagaimana sekiranya sememangnya saya berpendapatan RM 2000.00 dan
perbelanjaan RM 2000.00?"*

Saya mengandaikan perbelanjaan seseorang itu akan kurang daripada
pendapatannya. Malah sepatutnya begitulah, kerana perbelanjaan melebihi
pendapatan adalah neraka dunia.

Jadi, dalam situasi ini, ada dua pilihan yang perlu dilakukan:

*Pertama*: Mengurangkan perbelanjaan, atau

*Kedua*: Menambah pendapatan.

Saya lebih tekankan untuk menumpukan kedua-duanya, berbanding memilih salah
satu. Ramai orang yang menghadapi masalah kekurangan wang, menumpukan aspek
penambahan pendapatan. Namun, apabila pendapatan bertambah, maka
perbelanjaan juga turut bertambah dan ia tidak menyelesaikan masalah.

Gali lubang, tutup lubang akhirnya…

Inilah yang disebut sebagai "gejala poket bocor'. Ia pernah saya sentuh
dalam beberapa tulisan saya beberapa tahun dahulu;

- Cari Duit Lebih? Jangan lupa poket yang bocor <http://afyan.com/?p=39>
- 3 Tips Elak Poket Bocor <http://afyan.com/?p=50>
- 5 Gejala Poket Bocor <http://afyan.com/?p=91>

Dengan mengurangkan perbelanjaan, secara automatiknya seolah-olah saudara
menambah pendapatan. Sebagai contoh, sekiranya perbelanjaan kita selam ini
RM 2000 sebulan, dengan mengurangkan perbelanjaannya kita kepada RM 1900,
seolah-olah pendapatan kita bertambah RM 100. Maknanya, jika selama ini di
hujung bulan tiada langsung duit baki, tetapi dengan cara pertama ini,
saudara memiliki baki lagi RM 100 di hujung bulan.

Mungkin ada sesetengah orang yang langsung perbelanjaannya tidak boleh
dikurangkan, maka sebab itulah ada pilihan kedua iaitu "menambahkan
pendapatan".

Apa yang penting di sini, selepas berjaya menambahkan pendapatan pastikan
saudara kekalkan dengan perbelanjaan yang sedia ada.

Sekiranya sebelum ini pendapatan saudara RM 2000 sebulan dengan perbelanjaan
RM 2000 sebulan, pastikan selepas pendapatan saudara meningkat kepada RM
2100, perbelanjaan saudara masih kekal pada tahap RM 2000.00.

*Bersambung….*

--
Ikhlas dari Afyan :)
Phone: 013-353 4967
Blog: http://www.afyan.com
Facebook: http://www.facebook.com/afyan.ikhlas


Messages in this topic (1)

Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
• Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
• Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
• Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com

------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/

<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
mailto:dunia-politik-normal@yahoogroups.com
mailto:dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

------------------------------------------------------------------------

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com