Pengarah Induk Pas bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Salahuddin Ayub, mendakwa pihak perhotelan pernah mencadangkan maskot terbaik untuk bandar ini adalah lalat.
“Port Dickson jadi bandar pembiakan lalat dan nyamuk, malah pihak perhotelan pernah mencadangkan maskot terbaik untuk bandar ini adalah lalat.
“Tidak perlu mengisytiharkan Bandar Tentera Darat kerana masih banyak kelemahan perlu diperbaiki.
“Kerajaan negeri gagal menyediakan sistem pembentongan berkesan sekaligus membawa pencemaran kepada alam sekitar,” katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.
Menjawab isu dibangkitkan itu, calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Mohd Isa Samad, 60, berkata sistem perparitan di Port Dickson diperbaiki dari semasa ke semasa.
“Perparitan memang sudah lama kita buat, yang dia (Pas) serang berkenaan itu buat apa? Bukannya boleh selesaikan masalah.
“Kalau pilih Pas lagilah tak boleh buat apa, dia cuma nak menunjukkan kesalahan tapi tiada cara untuk selesaikan dan pasti kerajaan BN juga akhirnya yang akan selesaikan,” katanya.
No comments:
Post a Comment