Ketua perhubungan Pro-Mahasiswa (Pro-M) UUM, Ahmad Zafir Mairop berkata, SMS tersebut mula tersebar pagi ini ketika proses penamaan calon sedang berlangsung dan dijadual berakhir jam 2 petang ini.
katanya, beliau dimaklumkan mengenai penyebaran SMS tersebut oleh dua penyokong Pro-M yang turut menerima SMS yang sama.
Malah, katanya, salah satu SMS tersebut turut menyebut Pro-M berjanji tidak akan ada laungan azan secara terbuka, kecuali di dalam masjid dan surau sahaja.
Satu lagi SMS yang disebarkan itu berbunyi pihak pentadbiran universiti akan didesak menyediakan tempat ibadat untuk bukan Islam dan menyediakan tempat ruang makanan tidak halal di kafe.
Sehubungan itu, Ahmad Zafir berkata, pihaknya bercadang untuk membuat laporan polis berhubung penyebaran SMS tersebut.
"Kita akan membuat laporan polis itu hari ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
UUM merupakan antara universiti yang awal mengadakan penamaan calon bagi pilihanraya kampusnya, selepas Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) semalam.
Pengundian di UUM dijadual berlangsung Isnin depan.
Selain membuat laporan polis, Ahmad Zafir berkata, pihaknya juga akan memaklumkan perkara itu kepada pihak keselamatan universiti.
No comments:
Post a Comment