20091012

KDN: Tiada larangan lapor isu Isa digantung

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengeluarkan sebarang arahan yang melarang mana-mana akhbar di negara ini untuk melaporkan isu penggantungan keanggotaan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dalam Umno menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Mahmood Adam dalam kenyataan semalam berkata perkara itu merujuk laporan berita laman portal Malaysiakini yang bertajuk 'Larangan lapor isu Isa digantung'.

"Ingin ditegaskan bahawa tiada arahan sedemikian dikeluarkan oleh kementerian ini.

"Malaysiakini diharap agar lebih bertanggungjawab kerana penyiaran berita yang tidak benar hanya akan mengelirukan rakyat," kata beliau.

Malaysiakini melaporkan akhbar-akhbar harian berbahasa Cina telah diarahkan supaya tidak melaporkan mengenai penggantungan keanggotaan Isa. BERNAMA

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com