Topics in this digest:
1. 7 Langkah: Asas Pengurusan Kewangan
From: afyan afyan
Message
________________________________________________________________________
1. 7 Langkah: Asas Pengurusan Kewangan
Posted by: "afyan afyan" afyan.ikhlas@gmail.com afyan2ikhlas
Date: Wed Sep 2, 2009 8:20 pm ((PDT))
Baca artikel penuh: www.afyan.com
Selaku seorang perunding takaful dan kewangan Islam, adalah menjadi tugas
saya untuk menerangkan konsep pengurusan kewangan secara umum.
Di dalam setiap pembentangan secara personal atau taklimat, saya akan
mulakan dengan konsep pengurusan kewangan secara umum sebelum fokus kepada
takaful.
Ia bertujuan supaya klien saya memahami bahawa takaful merupakan salah satu
daripada pelbagai instrumen yang lain.
Secara umumnya, asas pengurusan kewangan saya simpulkan kepada 7 langkah dan
peringkat, sebagaimana berikut;
**
1. *PENDAPATAN (**Income**);
*Sumber kewangan adalah PENDAPATAN. Sumber PENDAPATAN adalah daripada
pekerjaan seharian kita. Daripada kerja kita itu, barulah kita memperoleh
gaji atau PENDAPATAN. Hanya orang yang mempunyai PENDAPATAN perlu untuk
menguruskan wang mereka. Jika seseorang itu tidak ada PENDAPATAN,
bagaimanakah dia ingin mengurus kewangan?
2. SIMPANAN (*Saving*);
Ia menjadi teras kepada pengurusan kewangan. Jika seseorang itu gagal
untuk menguruskan SIMPANANnya dengan baik, agak sukar untuk dia mengurus
instrumen-instrumen kewangan yang lain. SIMPANAN menjadi faktor utama untuk
peringkat-peringkat pengurusan kewangan seterusnya.
3. PERBELANJAAN (*Expenses*);
Ia merujuk kepada perbelanjaan harian seperti rumah, makan, minum,
kenderaan, dan sebagainya. Selalunya ia menjadi perkara utama selepas setiap
orang menerima gaji, iaitu;
PENDAPATAN – PERBELANJAAN = SIMPANAN
Tetapi, yang sepatutnya ialah;
PENDAPAAN – SIMPANAN = PERBELANJAAN
Seharusnya kita perlu MENYIMPAN terlebih dahulu sebelum BERBELANJA.
4. PERLINDUNGAN (*Protection*);
Dalam kita bekerja untuk memperoleh PENDAPATAN, dan membuat SIMPANAN,
kita seharusnya untuk memastikan kedua-duanya itu dilindungi. Di sinilah
fungsi PERLINDUNGAN, iaitu untuk memberi perlindungan kepada PENDAPATAN dan
SIMPANAN kita apabila berlaku musibah. Dengan adanya PERLINDUNGAN, kita
dapat mengekalkan kedua-dua PENDAPATAN dan SIMPANAN. Instrumennya ialah
takaful dan insurans.
5. PELABURAN (*Investment*);
Inflasi akan menurunkan nilai SIMPANAN kita. Jadi, di sini perlunya untuk
seseorang itu untuk membuat PELABURAN sekurang-kurangnya untuk melawan
inflasi. Lebih jauh lagi, fungsi PELABURAN adalah untuk meningkatkan
PENDAPATAN dan SIMPANAN. Apabila bercakap tentang PELABURAN, ia akan berkait
rapat dengan risiko.
6. PENYUCIAN (*Purification*);
Dalam mencari harta dan wang, Islam mewajibkan zakat untuk memastikan
setiap wang dan harta yang kita miliki bersih dan suci. Ada sebahagian harta
yang kita cari adalah hak dan milik orang lain yang kurang berkemampuan.
Jadi, di sinilah fungsi PENYUCIAN bagi membersihkan harta benda kita. Malah,
di dalam undang-undang negara pun ada mewajibkan cukai ke atas rakyat
jelata. Selain itu, sedekah dan amal jariah juga di bawah langkah PENYUCIAN.
7. PEMBAHAGIAN (*Distribution);*
Harta benda yang kita cari dan simpan, tidak akan dibawa ke kubur.
Selepas kematian kita, ia menjadi milik orang lain pula. Jadi di sinilah
fungsi wasiat, dan faraid untuk memastikan PEMBAHAGIAN harta kita berjalan
lancar. Ia kadang-kadang dilupakan oleh kebanyakan orang kerana menganggap
faraid sudah ada. Ya, betul faraid itu hak, tetapi perlu ada elemen
penyediaan wasiat supaya proses PEMBAHAGIAN mengikut faraid berjalan
lancar.
--
Ikhlas dari Afyan :)
Phone: 013-353 4967
Blog: http://www.afyan.com
Messages in this topic (1)
Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.
Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.
Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.
=============================================
Link List:
• Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
• Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
• Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com
------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/
<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:dunia-politik-normal@yahoogroups.com
mailto:dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment