20090930

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 1930

There is 1 message in this issue.

Topics in this digest:

1. Penama Takaful/Insurans : Jangan Letak Nama Anak!
From: afyan afyan


Message
________________________________________________________________________
1. Penama Takaful/Insurans : Jangan Letak Nama Anak!
Posted by: "afyan afyan" afyan.ikhlas@gmail.com afyan2ikhlas
Date: Tue Sep 29, 2009 11:21 pm ((PDT))

Penama Takaful/Insurans : Jangan Letak Nama Anak! 30 September 2009 No
Comment

www.afyan.com

Saya menerima satu maklumat yang agak mengejutkan ketika saya menghadiri
satu kursus latihan baru-baru ini.

*"Kira-kira 80% suami akan meletakkan nama isteri mereka sebagai penama
polisi takaful mereka, namun hanya kira-kira 30% isteri meletakkan nama
suami mereka sebagai penama",* kata pegawai latihan tersebut kepada para
peserta.

Ia disambut dengan hilai tawa para peserta porgram. Baik lelaki mahupun
wanita. Ada yang tersenyum-senyum, terutama wanita. Bagi peserta lelaki
pula, nampak senyuman sinis di bibir mereka.

Saya pun agak sedikit terkejut dengan pendedahan tersebut. Apabila diimbas
sekali polisi-polisi klien-klien saya sebelum ini, memang tidak dapat
dinafikan kaum wanita akan cenderung untuk tidak meletakkan nama suami
mereka sebagai penama takaful mereka.

Malah, sebenarnya perkara ini bukan saya berlaku di dalam memilih penama
polisi takaful, ia juga melibatkan penama di dalam perkara-perkara lain.
Sebagai contoh, penama Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP), selalunya
wanita meletakkan nama ibu atau bapa mereka.

Baca beberapa contoh kes di dalam tulisan: Siapa Penama Polisi Takaful /
KWSP Anda? <http://afyan.com/?p=947>

Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, selalunya wanita akan meletakkan
nama anak-anak mereka sebagai penama. Dalam kes KWSP pula, nama ibu
selalunya diletakkan kerana selalunya mereka bekerja terlebih dahulu dan
kemudian baru berkahwin. Selepas berkahwin, penama tersebut tidak diubah.

*Isteri "Kurang" Percaya Kepada Suami?*

Berdasarkan pengalaman saya berhadapan dengan pelanggan-pelanggan wanita,
selalunya alasannya adalah kekhuatiran (baca: ketidakpercayaan) mereka
terhadap suami mereka selepas mereka meninggal dunia nanti. Mereka khuatir
suami mereka akan berkahwin lain menggunakan duit pampasan takaful mereka!

Kekhuatiran bertambah lagi apabila mereka membayangkan selepas itu suami
dengan isteri barunya akan mengabaikan anak-anak kandung mereka. Juga
membayangkan yang isteri baru suaminya akan bertindak tidak sewajarnya
kepada anak-anak mereka.

Mereka membayangkan isteri baru suami mereka a.k.a ibu tiri anak-anak mereka
laksana Rika Sumanto di dalam drama Bawang Merah Bawang Putih! Atau seperti
watak Sofia di dalam Puteri Aurora Beradu.

Ya, satu kekhuatiran yang berasas!

Saya tidak nafikan, kekhuatiran kaum hawa tersebut ada asasnya. Demi kasih
sayang ibu kepada anak, kadang-kadang mengatasi kasih sayang isteri kepada
suami sendiri.

Apabila ditanya kepada isteri saya pun, begitulah juga perasaannya. Apabila
ditanyakan kepada ibu saya pun begitulah halnya.

*Penama Hanya Pemegang Amanah, Bukan Penerima*

Namun, sebenarnya tindakan meletakkan nama anak sebagai penama tidak
menyelesaikan masalah. Kerana, penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau
pemegang amanah. Penama bukanlah pemegang hak tersebut.

Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan
pada tahun 1978 lagi. Rujuk
http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=103

Fatwa tersebut berbunyi;

1. Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana
badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak
sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia
adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka
tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak.
2. Bahawa orang-orang Islam tidak boleh melantik penama (Nominee) oleh
kerana penama mengikut definisi undang-undang awam (sivil) adalah
bertentangan dengan hukum syarak dan tidak sah.
3. Oleh itu udang-undang awam (sivil) yang berkenaan hendaklah dipinda
supaya sebarang penamaan (Nomination) oleh seseorang Islam menjadi tidak
sah. Ini bermakna peruntukan mengenai Nomination atau perlantikan nominee
tidak tertakluk kepada orang-orang yang beragama Islam sama ada sesuatu
Nomination itu dibuat sebelum atau selepas fatwa ini dipersetujui oleh
Raja-raja Melayu.

Secara umumnya, penama hanyalah bertindak sebagai pemegang amanah sahaja.

Penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta bagi si mati sama ada
pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain. Penama tadi bertanggung
jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta tadi kepada pewaris si mati
mengikut hukum faraid.

Apabila penama yang diletakkan adalah anak di bawah umur 18 tahun, ini akan
menimbulkan masalah, kerana harta tersebut akan dibekukan sehinggalah anak
tersebut mencapai usia 18 tahun.

Saya pernah mendengar satu kes, apabila seorang lelaki meninggal dunia dan
meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak. Beruntung bale berkenaan
kerana suaminya mengambil polisi takaful. Namun apabila dibuat tuntutan,
didapati penama yang diletakkan adalah nama anak-anak mereka.

Maka, wang pampasan tersebut terpaksa dibekukan sehingga penama mencapai
usia 18 tahun. Lebih malang lagi, anak sulung mereka baru mencecah usia
sekolah rendah. Maka, balu tadi terpaksa menunggu kira-kira sepuluh tahun
selepas itu untuk membuat tuntutan sepenuhnya terhadap harta peninggalan si
mati.

Justeru, berhati-hati sekiranya Tuan-tuan dan Puan-puan ingin meletakkan
nama anak sebagai penama. Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun.

Sebaiknya, letaklah nama orang yang kita terima ijab dan qabulnya sebagai
pemegang amanah harta kita sesudah kita tiada.

Nota: Sekiranya tuan-puan masih mampu membaca tulisan ini, bermakna
tuan-puan masih berpeluang untuk menukar nama penama tuan-puan sebelum
tuan-puan
pergi terlebih dahulu <http://afyan.com/?p=759>.

*[image: Ustaz Zamri]<http://afyan.com/ver1/wp-content/uploads/2009/09/Ustaz-Zamri.jpg>Gambar
salah keluarga salah seorang pelanggan saya <http://www.ustaz-zamri.com/v2/>.
Suami meletakkan nama isteri sebagai penama polisi takafulnya. Isteri pula
meletakkan nama isteri sebagai penama polisinya. Polisi anak-anak diletakkan
nama ayah dan ibu mereka sebagai penama. Mantoooop!*

--
Ikhlas dari Afyan :)
Phone: 013-353 4967
Blog: http://www.afyan.com


Messages in this topic (1)

Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
• Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
• Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
• Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com

------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/

<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
mailto:dunia-politik-normal@yahoogroups.com
mailto:dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

------------------------------------------------------------------------

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com