20090914

Polis Indonesia siasat tiga laman web

JAKARTA - Polis Indonesia sedang menyiasat tiga laman web yang dituduh menyokong aktiviti pengganas di negara ini, lapor Jakarta Post semalam.

"Kami menyiasat asal laman web tersebut termasuk tempat ia dibangunkan dan siapa di sebaliknya," kata jurucakap polis, Inspektor Jeneral Nanan Soekarna.

Menurutnya, polis menempatkan unit jenayah siber bagi menjalankan siasatan terhadap laman web berkenaan.

Polis juga menaruh keyakinan penuh atas siasatan yang dilakukan walaupun mereka dijangka menghadapi kemungkinan laman web tersebut dibangunkan di negara asing.

Tiga laman web yang disiasat ialah rumahjihad.blogspot.com, suarajihad.wordpress.com dan sebuahkemuliaan.wordpress.com.

Bukti terbaru menunjukkan laman web berkenaan menyiarkan mesej terakhir Imam Samudera, seorang pengebom Bali yang dihukum mati tahun lalu.

Selain itu, polis turut mendapati dua daripada laman web tersebut mempunyai kaitan dengan suspek pengganas paling dikehendaki di Asia, Noordin Mat Top.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com