Apabila saya mengambil alih pentadbiran kerajaan, saya telah membuat kesimpulan iaitu hala tuju kerajaan di bawah pentadbiran saya hendaklah berjaya mencapai transformasi nasional dengan mengangkat ungkapan kata Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi kemajuan yang telah kita capai setakat ini.
Sebaik sahaja menyempurnakan hari ke-100 saya yang begitu penting sekali dalam pentadbiran, saya telah mengumumkan sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ketat untuk negara. Semua ini telah ditetapkan bagi kesemua kementerian di samping enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NJRA). KPI ini merupakan mekanisme penyampaian yang direncanakan untuk membantu kita mencapai hasil yang dihajati. Hasil yang kita harap dapat dicapai ádalah sama dengan apa yang telah ditekankan oleh pentadbiran yang lalu di bawah Wawasan 2020: untuk mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara membangun yang berpendapatan tinggi.
Ini merupakan satu matlamat yang istimewa. Kita telah lama menetapkan sasaran untuk mencapainya pada 2020 seperti yang terangkum dalam dasar Wawasan 2020. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan merupakan satu kenyataan yang menyelaraskan kedudukan sosioekonomi Malaysia masa kini dengan matlamat ini, melalui pelaksanaan KPI dan NKRA yang berkesan. Dengan yang demikian mengintegrasikannya, dengan licin dan lancar sebagai sebahagian daripada perjalanan ini.
Kini, setelah lima bulan berlalu, fasa pertama telah berjaya dilaksanakan. Dengan segala perancangan, pembangunan dan penjajaran program selesai, kami kini sedang memasuki fasa pelaksanaan. Tugas sebenar kami akan bermula sebaik sahaja transformasi perkhidmatan kerajaan berlaku.
Sumber: 1malaysia.com.my
No comments:
Post a Comment