20090904

Pemilik senjata kejutan elektrik boleh dipenjara

KUALA LUMPUR: Orang awam yang disabit dengan kesalahan memiliki senjata kejutan eletrik "taser" dan "stun gun" yang dapat membuatkan mangsa lumpuh untuk sementara waktu, boleh dikenakan hukuman penjara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata masih ramai yang tidak sedar bahawa senjata ini disenaraikan sebagai senjata berjadual dibawah Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan, Senjata Berbahaya 1958.

"Sesiapa yang didapati membawa, memiliki atau mengawal, mengeluar, menjual, menyewa, mendedahkan bagi tujuan menjual atau menyewa, meminjamkan atau berikan kepada sesiapa jua senjata taser dan stun gun ini, mereka boleh didakwa dengan kesalahan di bawah Seksyen 7 (1) Akta berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara bagi tempoh tidak lebih dua tahun, atau didenda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Mohd Bakri berkata, beberapa pihak menyuarakan kebimbangan sejak kebelakangan ini apabila senjata berkenaan didapati mudah diperolehi oleh orang ramai, dan polis turut menyuarakan kebimbangan mengenainya kerana ia membangkitkan beberapa isu yang berkaitan dengan soal keselamatan.

Beliau berkata, orang ramai perlu sedar bahawa memiliki senjata taser ataupun stun gun ini adalah satu kesalahan.

"Pemeriksaan rapi akan diadakan di premis-premis yang disyaki menjual senjata-senjata ini dan sesiapa yang didapati menjualnya akan dikenakan tindakan mengikut akta berkenaan," katanya. - Bernama

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com